Pages

Thursday, September 25, 2014

Rahsia Awal Zulhijjah yang tak diketahui ramai~





Bismillahirrahmanirahim,

Assalamualaikum wbt,


InsyaAllah esok kita akan memasuki 10 hari yang disebutkan di dalam al-Quran.

Menyebut tentang Zulhijjah, apa yang terbayangkan di dalam fikiran kalian?

Raya eid adha?
Korban kambing?
Hari Arafah?

Teringat dialog dengan seorang sahabat,

"Nak puasa tak esok?"

"Puasa sunat khamis ke?

Dia tersenyum. "Dua dalam satu. Puasa sunat khamis dan puasa zulhijjah".



***

Kita sering diwar-warkan tentang kelebihan berpuasa dan beramal kebaikan pada bulan ramadhan, lebih-lebih lagi pada 10 akhir ramadhan. Maka kita tidak melepaskan peluang keemasan itu.

Kemudian, apabila bulan Muharam bakal menjelang, di sana-sini terdapat tazkirah tentang fadilat berbuat kebajikan pada 10 awal Muharram. 

Namun, pertama sekali saya mendengar tentang kehebatan 10 awal Zulhijjah adalah apabila saya tiba di Mesir!

Tak sangka, rupa-rupanya di sebalik bulan Zulhijjah yang famous dengan Eid Adha, Allah swt turut menyediakan ganjaran yang tidak ternilai bagi kita.

Allah bersumpah dalam Surah Al-Fajr:

 وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

“Demi fajar. Dan malam yang sepuluh. Dan yang genap dan yang ganjil”. (Al-Fajr: 1-3)


Sesetengah tafsir mengatakan bahawa sepuluh malam tersebut adalah 10 akhir Ramadhan. Ada yang mengatakan 10 awal Muharam. Dan ada juga yang mengatakan 10 awal Zulhijjah.


Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari,
Nabi SAW telah bersabda :

ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني العشر)، قالوا: “يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟” قال -صلى الله عليه وسلم-: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء”.

Yang bermaksud :
Tidak ada amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah SWT lebih daripada (amalan) pada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari bulan zulhijjah). 

Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, sekalipun dengan jihad di jalan Allah?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Sekalipun dengan jihad. Kecuali jika seseorang keluar dengan dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi (mati syahid)”


Ada pendapat yang mengatakan bahawa 10 awal Zulhijjah lebih disukai Allah daripada 10 akhir ramadhan. Wallahua’lam.

1-    Mungkin kerana bulan Zulhijjah merupakan antara bulan-bulan haram.

2-  Pada bulan Zulhijjah, tiada biah (environment) yang menggalakkan umat Islam untuk berpuasa dan beribadah. Sangat berbeza dengan suasana di akhir ramadhan, di mana kebanyakan orang merebut Fastabiqul khairat ( berlumba-lumba membuat kebaikan).

Malah, untuk mengerjakan Solat tahajud sungguh mudah. Alang-alang nak bangun sahur tu, boleh terus menunaikan 2 rakaat solat sunat.  Budaya bersedekah juga tidak asing sepanjang bulan ramadhan.

Sejujurnya, dapatkah kita temui suasana fastabiqul khairat  tersebut ketika ini?

Selepas Allah menghadiahkan kita bulan Ramadhan bulan yang berkat, Allah mendatangkan bulan Syawal dan Zulkaedah untuk kita berehat seketika.

Kerana Allah sangat mengetahui akan kepenatan kita.

Kemudian, selepas kita terleka dengan rehat yang panjang ini, Allah menyediakan pula awal zulhijjah ini untuk kita mengecas semula rohani kita. Untuk kita tanamkan semula semangat fastabiqul khairat di dalam diri kita!

Namun, tak semua benda dapat diraih tanpa mujahadah.

Tika ini,  saya melihat ramai orang yang sudah kepenatan. Penat berulang-alik ke kuliah, mengejar kuliah yang baru bermula. Program-program semakin rancak. Kelas-kelas tambahan membuka tirai. Peperiksaan dan ujian sedang menanti, kerja di pejabat yang tidak pernah selesai dan sebagainya.

Keringat seperti diperah-perah.

Penat.

Tiba-tiba ingin berpuasa 10 hari?

Alamak..memang cabaran besar lerr.. =.=


Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

 Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)

Tup tup, rupa-rupanya Allah sangat mendengar bisikan hati kita.

Sweetnya Allah.

Dia sayangkan kita semua, dan Dia tak mahu meninggalkan kita terkapai-kapai macam tu sahaja. Dalam kita penat mengharungi kehidupan, Dia datangkan kembali bekalan untuk kita. Bekalan ibadah dan bekalan cintaNya.

Indahnya hidup menjadi orang muslim, buat apa-apa sahaja sudah mendapat pahala. 

(^.^)



***
Apakah amalan-amalan yang digalakkan?


Solat

 Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim].

Puasa 

Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: “Rasulullah  berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]

Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.

Banyakkan berselawat, takbir, tahmid, dan tahlil

 Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”

Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:

الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.
 لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.

Bersedekah

(^.^)

Dan Mana-mana amalan soleh yang kita lakukan ketika Ramadhan spt qiamullail, tilawah al-Quran, bersedekah dan sebagainya




Maka, yang tinggal sekarang hanyalah persiapan diri.

Tidaklah sesuatu ilmu itu berguna jika tiada amal yang berbuah daripadanya.


Maka, mari kita menyiapkan diri dengan:

  1.   Bertaubat


Taubat nasuha di atas dosa-dosa yang lalu.

Bayangkan anda ingin memberikan hadiah baju yang cantik kepada rakan anda, sayangnya baju itu kotor kerana terjatuh di atas air teh.

Tetapi selepas anda membasuh baju tersebut, ditambah pula dengan bau yang wangi, takkan la rakan anda akan menolak pemberian ikhlas itu?

Begitu juga Allah. Allah takkan bertindak zalim menolak doa-doa hamba-hambaNya yang ikhlas bertaubat!




  1. 2-   Berniat


Seeloknya, berniat dahulu untuk menambah kebaikan di awal 10 Zulhijjah ini. Jika sudah berniat, maka keazaman untuk melakukannya lebih tinggi.
  1. 3-   Merancang


Tiada guna hanya niat tanpa perancangan. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Jangan jadi seperti Mat Jenin. Hanya berangan-angan tanpa usaha.

Amek pen dan tuliskan perancangan anda sekarang.
Jangan bertangguh untuk merancang ibadah anda sesmart yang boleh!

  1. 4-   Mujahadah


Mujahadah bekal kejayaan. Selepas berniat, merancang. Janganlah pula dibiarkan perancangan anda berkubur tanpa usaha. Mujahadah kunci kekuatan.

Anda tahu kan syurga itu mahal harganya?

  1. 5-   Bertawakal dan terus berdoa


Semoga Allah menerima amalan kita dan memberikan kebaikan sebaik-baiknya di atas amalan-amalan yang telah kita usahakan.


Semoga Allah memberkati umur kita, panjang umur dan sentiasa berada di dalam ketaatan.

Ameen.


Selamat berusaha semua, Kullu sanah wa antum bikhair~ (^.^)




MHZ
beyt SQ, kaherah
10.45pm. 1 zulhijjah 1435H




Wednesday, September 17, 2014

Islam bukan sekadar nama, tahu?




"Ada satu 'perkara' yang apabila satu kaum itu meninggalkannya, dia akan membangun.

Tetapi apabila satu kaum lain meninggalkannya, kaum itu akan jatuh."


dan 'perkara' itu adalah Agama.

Agama yang sebenar-benarnya hanyalah agama Islam.

A019
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Al-Imraan: 19)


Kerana agama selain islam adalah agama yang menyeleweng. Agama yang membodohkan manusia. Walaupun kitab injil dan taurat merupakan kitab suci yang turun daripada Allah kepada Rasul pilihanNya, tetapi kini kedua-dua kitab itu telah jauh terseleweng dan menyimpang daripada kebenaran.

Paderi-paderi mengubahnya sesuka hati mengikut hawa nafsu mereka. Dan mereka memaksa pengikut Kristian mengikut ajaran kitab yang telah diolah itu.


Dan inilah yang telah terjadi ketika Zaman Gelap suatu masa dahulu.

Sebelum kemunculan Zaman Renaissance, rakyat Eropah hidup di zaman kegelapan. Zaman tertutup dari sudut ekonomi, politik, sosial dan pemukiran yang dikuasai oleh pihak gereja.

Paderi, Pope di gereja mengawal hampir keseluruhan hidup rakyat mereka dengan menggunakan kuasa agama. Apa-apa sahaja yang bercanggah dengan agama kristian ketika itu adalah salah dan mereka akan dihukum.

Betapa ramai saintis yang terkorban hanya semata-mata kerana ingin menegakkan kebenaran teori sains mereka.


Kemudian, bagaimana Zaman Renaisance boleh terjadi?


Setelah beberapa kebangkitan berlaku, akhirnya munculnya Zaman Renaissance yang merupakan zaman sempadan di antara zaman gelap kepada zaman pencerahan di Eropah.

Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju. Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dn kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah.

Seterusnya, rakyat mula berubah sikap dan membuka minta untuk menerima fahaman-fahaman baru sehingga lahirnya beberapa tokoh yang dikenali sehingga kini. Seperti:

  • -         Tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi.

  • -          Ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo.

  • -          Ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra.

  • -          Tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah.


Sains telah membangun mengalahkan kuasa-kuasa paderi yang menyalahkan kuasa mereka. Dan akhirnya Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

Di sini, saya bukan ingin menyanjung orang-orang Eropah, tetapi yang ingin saya tunjukkan ialah apabila orang-orang kristian (kafir) meninggalkan agama mereka, nescaya mereka akan membangun dan Berjaya.

Kerana agama Kristian yang dianutinya itu adalah sesuatu yang salah.


Namun sebaliknya akan terjadi kepada ummat Islam.

Apabila umat Islam meninggalkan agama mereka, nescaya mereka akan jatuh. Gagal di dunia dan juga gagal di akhirat kelak.

Nauzubillah min zalik.


A066


Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah . (Al-Ahzaab 33:66)

Kerana ummat Islam telah meninggalkan agama yang benar. Malah mendustakan kebenaran agama ini.

Tauhid adalah asas agama islam. Sekiranya kita tidak mengetahuinya, maka kita akan tergolong di dalam kalangan orang yang BUTA. Yang menganuti agama ini membuta tuli, tanpa pemahaman dan tanpa sebarang pedoman.

Sebaliknya, jika kita memahami agama Islam ini dengan sebaiknya, kita akan menjadi seorang muslim yang kuat imannya dan akan menggunakan akal dengan sebaiknya.


A019
Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Ar-Ra'd: 19)


“ True Muslim will translate Islam in his daily routine of life, while weak Muslim will only talk Islam at the mouth, media but no description at his life.”

-Professor Dr Taufiq, Doktor Bedah Neurosurgery


Kita harus selalu ingat bahawa musuh-musuh Islam sentiasa mahukan kita ‘khusyuk’ di dalam doa-doa kita, tetapi ianya sekadar doa tanpa usaha!

Contohnya seperti isu Palestine di serang. Kita heboh di FB tentang berita ini. Setiap doa-doa harian kita diselitkan doa kepada saudara di Palestine.

Tetapi setakat itu sahaja usahanya. Tiada usaha menderma, malah tidak memboikot barangan Israel.

Kerana kita terlalu yakin bahawa Allah akan menolong agama Islam ini. Kita terlalu yakin yang Allah akan bersama al-haq.

Kita hanya berdoa, dan kemudian kita hanya membayangkan ketika kita tidur tangan-tangan Allah akan mengucar kacirkan tentera Israel. 

Keyakinan ini tidak salah. Yang salah adalah yakin semata-mata tanpa usaha disampingnya! *alahai*

Saya tidak menyatakan doa itu salah. Ya, saya akui bahawa doa merupakan senjata mukmin. Tetapi doa sahaja tidak memadai. Perlu usaha kita untuk sama-sama merasai jerih perit saudara-saudara di sana mempertahankan masjid Al-Aqsa milik umat Islam sekalian.

Oleh itu, mari kita sama-sama renungkan, sejauh mana kefahaman kita terhadap Islam kita?

Sejauh mana keimanan kita terhadap aqidah Islam ini?
Sejauh mana kita benar-benar mengamalkan Islam yang sebenarnya?


A085
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:85)


Nauzubillah min zalik. 

Saya berharap kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang akan Berjaya di dunia dan Berjaya di akhirat kelak.

Semoga Allah terus memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita semua. Ameen.


May Allah bless us, here and hereafter.

dan, Selamat Hari Malaysia.



MHZ,
Beyt SQ, Kaherah 
10.00pm, 16092014

Saturday, September 6, 2014

Manisnya Al-Fatihah



Surah Al-Fatihah.


Surah yang dibaca minimum 17 hari sehari.
Persoalannya, sejauh manakah penghayatan anda terhadap makna dan kehebatan surah ini?

Kebiasaannya, setiap kali saya mentadabbur surah al-Fatihah ini, pasti akan ada sahaja ilmu-ilmu baru yang dipelajari. Subhanallah, kalam Allah yang Maha Agung.

Di sini saya bukanlah ingin berkongsi tentang fadilat dan rahsia-rahsia membaca Al-Fatihah. Tak, Bukan. Yang nak kongsikan adalah penghayatan dan lintasan hati saya ketika membaca surah ini.

Surah Al-Fatihah sering dilazimi di dalam solat kita. Dibaca pada setiap rakaat. Sehingga kita kadang-kala lebih focus kepada surah seterusnya. Lebih-lebih lagi apabila menjadi imam solat Maghrib, Isya dan Subuh. Pasti cuak kemain memikirkan surah apakah yang akan dibaca selepas surah Al-Fatihah?

Sehinggakan kita membaca surah Al-Fatihah ini sambil lewa sahaja.

Sedangkan ini adalah surah yang lengkap, dan melengkapi. Sesuai menjadi surah pembukaan kepada Al-Quran yang agung itu.

Sedangkan Al-Fatihah adalah benda yang wajib, dan surah seterusnya adalah benda yang sunat.
Err.

A001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

A002
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

A003
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

A004
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)



Subhanalalh, betapa gembiranya Allah apabila hamba-hambaNya memujiNya. Berulang-ulang kali  dalam kehidupan seharian.

Apabila Allah meminta hambaNya memujinya, Allah tidak mengatakan " Pujilah aku!"
Sebaliknya Allah mengajarkan kepada manusia bagaimanakah caranya,

Iaitu dengan menyebut Alhamdulillahi rabbil Alamin..

Inilah cara Allah mengajarkan hamba-hambaNya.

Begitu juga para Daie sekalian,
Apabila kita mengajarkan Islam kepada sesiapa pun, bukan mengajarkan teori semata-mata, tetapi ajarkannya secara praktikal.

Contohnya bila mengajar perkara berkaitan solat, bukan katakan kepadanya, " Solat la. Nanti kalau tak solat masuk neraka!" *dengan muka menggertak*

Sebaliknya, ajarkannya mengambil wudhu, bentangkan sejadah kepadanya dan ajarkan bacaan-bacaan dan gerakan di dalam solat itu kepadanya.

Dakwah bil hal.


A005
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Beruntunglah kita, orang muslim kerana mempunyai Allah yang sentiasa mendengar segala pengaduan kita. Yang menyediakan dirinya untuk membantu hamba-hambaNya. Yang sentiasa di sisi kita mendengarkan segala-galanya.

Ironinya, dalam kehidupan seharian kita, jika ada masalah yang mendatang. First of all, kepada siapa kita adukan masalah itu?

Sejauh mana kita betul-betul menyakini ayat di atas? Sejauh mana kita benar-benar bergantung kepada Allah? Sejauh mana kita benar-benar yakin yang Allah akan membantu kita?

(T______T)

* potong bawang*


Bersangka baik dengan Tuhanmu~


 A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

A007
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.




Jalan yang lurus

Apakah jalan lurus yang dipinta ini?

Inilah jalan Islam. Jalan manusia yang telah dikurniakan hidayah kepadanya, Alhamdulillah.

6 perkara yang menjamin kita berada di atas jalan yang lurus ini:

1- Mengenal kebenaran
2- Mahu dan inginkannya
3- Beramal kepadanya
4- Thabat (istiqamah) di atasnya
5- Berdakwah kepadanya
6- Sabar diatasnya

Danjika kita memiliki 6 perkara ini, Biiznillah kita akan tetap berada di atas jalan hidayah ini.



Kebenaran perlu dicari, ia takkan datang bergolek ke kaki.

Even Rasulullah SAW sendiri sentiasa tercari-cari kebenaran. Ketika Baginda merasa bingung dengan jahiliah di sekelilingnya - manusia sibuk meyembah berhala, mengamalkan kepercayaan karut, Baginda selalu mengasingkan dirinya untuk beribadah di Gua Hira'. Dan, atas kesabaran dan kesungguhan Baginda, maka Allah mengurniakan wahyu kepadanya dengan kedatangan Jibril di Gua Hira'.

Kata kuncinya ialah sentiasa merasa tercari-cari.

Tercari-cari di dalam semua perkara.

Jika kita dapati diri kita jahil di dalam sesuatu perkara, maka rajin-rajinkan diri kita untuk mencari ilmu dan info berkaitan dengannya.

Bukan hanya duduk bertongkat tangan menunggu disuap.


عالم vs  فقيه vs  مثقفة

Apakah perbezaan 3 perkataan di atas?

Alim?
Muthaqafah?
Faqih?


......


Alim bererti mengetahui.
Muthaqafah bererti berpengetahuan.
Faqih bererti menguasai.

Seorang manusia, Daie khususnya perlu memiliki kesemua sifat-sifat di atas.

Dia perlu mengetahui dan menguasai every single things di dalam sesuatu ilmu di dalam bidangnya.

Contohnya seorang doktor harus menguasai dan mengetahui semua perkara yang berkaitan dengan penyakit yang dirawatnya.

Seorang peguam perlu mengetahui semua selok belok yang berkaitan dengan kes client nya.

Seorang ustazah harus menguasai segala ilmu yang berkaitan dengan ilmu hadis yang dipelajarinya.

Dan pada waktu yang sama, seorang daie itu perlu memiliki ilmu pengetahuan yang luas mengenai ilmu-ilmu lain yang berada di luar bidang kepakarannya.

Seperti ilmu ekonomi, politik, kemasyarakatan, kereta, financial dan sebagainya.

Tak perlu dikuasai semua ilmu berkaitan bidang-bidang lain, tetapi cukuplah jika dia memiliki minimum ilmu  mengenainya.

Inilah tujuan tarbiah, bagi melahirkan seseorang yang berpengetahuan luas disamping menguasai ilmu di dalam bidang kepakarannya.

Tugas daie bukanlah mengajarkan semua ilmu, tetapi dia perlu meransang mad'u nya untuk merasa tercari-cari untuk melengkapkan ilmu di dada.

Kata kuncinya adalah sikap tercari-cari itu!


***

As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya - Mukadimah fi at-Tafsir - berkata : 

Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya.

As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya - Fi Zilal al-Quran antara lain berkata : 

Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.

As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma`arij at-Tafakkur membahagikan inti pati al-Fatihah kepada empat :

1. Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti.
2. Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya beribadat dan bergantung kepada-Nya tanpa sekatan dengan yang lain.
3. Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.
4. Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.
Justeru dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran

*Copy paste*




p/s: bila tengok last post, it was a month ago.. Writer block syndrome sedang menyerang. Mohon maaf lama sangat tak update blog plus bahasa mcm ape tah~ =.=

May Allah bless people~

MHZ, 
Beyt SQ, 
Madinah Nasr, Kaherah,
3.45pm