Pages

Tuesday, November 24, 2015

Diari Kehidupan: PenaWan 2015 2.0




Sambungan dari post INI 

Kemudian himpunan ini dimulakan dengan Forum: Cerita mereka peduli kita!
Panel masing-masing menceritakan beberapa kisah hidup dan profession mereka.

Ustazah Maznah

-      Apabila ditanya oleh moderator,

 “ Ceritakan sedikit tentang pencapaian Ustazah?”

Ustazah diam seketika. Dan menjawab “ Ustazah rasa ustazah tak mencapai apa-apa lagi. Kerana kita sedang mendaki tangga. Dan selalu rasa tak puas dengan kejayaan yang sudah dicapai, dan akan sentiasa mencapai yang lebih terbaik.

*Allah. Ustazah yang hebat ni cakap mcm ni. Rasa kerdil sgt*

-      Saya suka membaca. Dari kecil saya akan baca semua tulisan di surat khabar pembalut nasi lemak
-      Sebenarnya ustazah lebih suka bercerita daripada menulis
-      Yang menjadikan ustazah tetap selalu memberi, ialah kerana beliau suka BERKONGSI. Apa-apa sahaja kebaikan, beliau akan kongsikan kepada orang ramai.
-      Sehinggakan migraine akan hilang jika menjadi muwajih. Memberi/ menjadi muwajih menjadi penawar jika migraine menyerang
-      Ustazah memulakan dakwah di kampus dengan membuat kelas tafsir  mingguan, yang akhirnya semakin ramai yang mengikutinya

Dr Raudhah Yunus

-      Isu wanita dan domestic violence akan sentiasa mendapat perhatian pembaca. Kerana isu ini viral.

-      “ Saya sekarang sedang mengumpulkan kisah-kisah pahit dan dilema wanita dan akan membukukan. Kerana kisah ibu tunggal, suami panas baran, isteri dipukul, pengorbanan ibu yang memiliki anak istimewa dan sebagainya ini perlu diketahui oleh masyarakat. Kemudian, barulah masyarakat maklum dan akan mengambil tindakan”

-      Dokumenkan setiap kisah yang berlaku di sekeliling kita.


Dr Umi Kalthum Ngah

-      Ketika stress, kita akan dapat lebih tenaga, dan akan menjadi lebih produktif
-      Beliau telah menghasilkan 6 penulisan sepanjang tahun ini. Gara-gara stress menyiapkan kajian Phd beliau.

*masyaAllah. Saya nk siapkan 1 pun terkial2.. Tetapi dengan teknik-teknik tertentu, sebenarnya kita boleh menulis banyak buku serentak*

-      Menulis seperti Kill bird in one stone! Serampang 2 mata. Perbanyakkan niat ketika menulis.

-      Contohnya seperti buku Sentuhan Al-muttaqin yang telah ditulis oleh Dr Umi. Beliau menulis buku ini berdasarkan cerita-cerita anaknya di sekolah. Cerita harian berkisarkan kawan-kawan, guru-guru dll. Berlatar belakang sekolah Hidayah Ipoh.

-      Kisah ini akhirnya dibukukan menjadi sebuah novel, menceritakan tentang seorang anak lelaki yang dihantar kepada neneknya di kampung.

* Subhanallah, buku ini berjaya menjadi contoh sekolah integrasi agama & akademik oleh Jabatan Islam Negeri perak*

-      Bila ditanya, mengapa perlu menulis?

Dr Umi menjawab,

1.   Kita perlu menulis kisah-kisah yang akan mengubah kisah-kisah yang membodohkan masyarakat kita (eg: lebai malang, snow white dll)

2.   Kita perlu menulis, untuk mengubah akhlak anak-anak muda yang semakin meneruk. Menulis dengan pengalaman kita dengan harapan anak-anak muda akan tersentuh dan berubah.

“Saya rungsing melihat trend anak muda yang semakin kurang adabnya”

-      Teliti keadaan masyarakat dan jadikan ia modal kepada penulisan kita.
-      “ Mengapa tak dipindahkan ilmu-ilmu di dalam jurnal untuk menjadi buku bacaan umum. Kerana masyarakat jarang membaca jurnal”

Nah, satu cabaran untuk kita!

Ir Endok Sempo

“ Saya adalah seorang engineer. We create and repair. Untuk merawat hati-hati yang luka dan gersang. Kerana ini, saya menulis”

‘ Being an engineer, I want to make it happen! So, make it happen!”

Jadikan penulisan anda sesuatu yang realiti. Menulislah!

“Kerana rahsia menulis adalah, memiliki SPM sahaja!
Dan saya pasti semua di antara kita layak untuk menulis! Mulakanlah penulisanmu”

-      Kita perlu ada ilmu dalam menangani sesuatu, jadi perlu ada seseorang yang menuliskan ilmu itu.

-      Sumber penulisan boleh didapati melalui:
1- mendengar cerita daripada kawan
2- melihat sendiri
3- melalui pembacaan.

Oleh itu, pergilah ke mana-mana rumah perlindungan dan tuliskan kisah-kisah mereka. Anda akan mendapat berjuta kisah pahit yang bias ditulis, untuk menegakkan hak wanita.

-      Contohnya seperti buku “ Kisah di rumah Wirda- merupakan trilogy bertemakan Lelaki Pelindung Wanita. Buku ini menceritakan tentang bagaimana Islam mengupas isu ini, kisah benar dan langkah mengatasinya.

-      Cerita banyak berlegar-legar di sekeliling kita. Mengenai suka duka kehidupan manusia. Tugas kita adalah menuliskan supaya ia dijadikan iktibar!


Kemuncak Himpunan PenaWan ini dihangatkan pula dengan sesi dialog di antara 5 penulis wanita iaitu Cik Roha Hassan, Ustazah Maznah Daud, Puan Atriza, Cik Musyirah Hanan Zulkarnain dan Cik Wan Nadzipah Maharah.


 Tajuk dialog tersebut adalah “Everybody Can Write: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih."


Roha Hassan

Penglibatan aktif dalam MyCare menjadikan dirinya seseorang yang menghargai kurniaan Allah. Beliau belajar melihat misi kemanusiaan melalui kaca mata seorang pendakwah.
Beliau tampil dengan tips penulisan yang menarik iaitu B.E.L.A.S.A.H.:

1-   Be ready (Bersedia)
-      Sentiasa bersedia untuk menulis
-      Jika ada mana-mana idea yang terlintas, 
terus catatkan dalam buku nota

2-   Execute (Mula menulis)

3-   Loose control (Benarkan kesilapan)
-jangan padam apa yang ditulis, jangan terlampau control.
- Tuliskan sahaja dulu idea, 
jangan fikir kesalahan ejaan dan tulisan

4-   Arrange flow (Gubah)
-      Baru mulakan proses editing

5-   Seek knowledge (Semak kesahihan fakta)

6-   Aim (Tetapkan sasaran)
-      Tetapkan sasaran untuk menamatkan artikel yang telah ditulis. 
Jangan sekadar menjadikan ia draft/ bacaan peribadi sahaja.

7-   Publish (Terbitkan tulisan anda)


2- Pn Atriza Umar

🔺Pada asalnya duit/ hadiah menjadi pemangkin utk menulis. Ketika itu puisi beliau memenangi sebuah pertandingan. Dari situ minat menulis semakin mendalam


🔺Org yg hebat Penanya, kurang Petah bicaranya (kebiasaan)

🔺Beliau mendapat inspirasi menulis cerpen/novel melalui novel HAMKA, tenggelamnya kapal vander wijck

🔺Sekarang sedang menyiapkan novel islamik, untuk menyaingi novel indie yang banyak di pasaran.

🔺Parahnya industri penerbitan buku- yang menggunakan bahasa yang lucah/ kesat, tetapi disukai oleh anak muda L



3- Ustazah Maznah

🔺 Penulisan bermula dengan sastera, cerpen dan menulis skrip drama radio

🔺Duit royalti buku dan penulisan menampung belajar semasa di universiti. Alhamdulillah, tidak perlu menyusahkan mak ayah di kampung.

🔺Apabila pergi ke Mesir, berazam nak meneruskan skrip drama radio

🔺tetapi akhirnya masa dan minda dipenuhi dengan bacaan buku fikrah ikhwan muslimin. Maka usaha menulis drama radio tergendala.

🔺kemudian ustazah focus kepada usaha menterjemah buku

🔺 Kata Dr Ibrahim Muneer (Setiausaha Agung IM Antarabangsa):
“Aku belum melihat tokoh wanita diperingkat rantau ini dalam bidang fatwa yang boleh mengeluar fatwa berkaitan isu wanita dan bidang sastera yang boleh hasilkan kisah teladan yang mendidik masyarakat.”

Maka kita ambil kata- kata ini sebagai cabaran!

🔺Kerana islam seolah-olah ditafsir dengan kacamata lelaki kerana kebanyakan mufassir, fuqaha' majoritinya lelaki. Contohnya seperti kita ihya ulumuddin karya Imam Ghazali, Kitab2 tafsir Ibnu Kathir dll

4- Musyirah

🔺 “Pada asalnya saya menulis sekadar suka-suka. Ketika study medic, sangat stress. Maka saya salurkannya dengan menulis. Kerana penulisan tiada batas, kita bebas menulis apa-apa sahaja.

Antara motivasi untuk menulis adalah usrah mate yang selalu refer nota usrah saya, dan mereka galakkan saya berkongsi nota usrah di dalam penulisan saya di blog.”


🔺 Kita boleh mengambil dari bahan asal, kemudian ditambah fikrah sendiri, dan akhirnya boleh menerbitkan sebuah artikel baru

🔺 Apabila ditanya bagaimana beliau balance kan masa menulis dan masa menulis?

“ Saya banyak mencuri masa. Saya suka melihat ragam manusia dari dalam bas ketik berulang alik dari rumah ke hospital setiap hari. Dari tingkap bas saya akan tuliskan apa-apa idea yang terlintas. Kemudian saya akan tuliskan semula apabila ada masa.”


🔺Tanamkan rasa sharing is caring. Erti hidup dengan memberi. Dari situ, anda akan sentiasa menulis kerna ingin berkongsi dan memberi.

🔺Jadikan msalah umat ini sebagai booster dan stress utk kita terus menulis! Untuk memperbaiki masyarakat insyaallah.


5- Ukhti Nazifah

🔺Memilih tema ukhwah utk buku pertama “ Kerana manisnya Ukhwah”

🔺Apabila ada idea terlintas, catat dlm note di handphone

🔺Masa belajar masih byk masa utk menulis berbanding alam kerjaya

From blog to book (BLOOK)


Bak kata Tuan Zabidi:

“Kita menulis, malaikat mencatat”
Nah, sudah cukup peringatan ini supaya kita tidak tulis benda yang bukan-bukan.

Memang benar, As-Syahid Hassan Al Banna terlalu sibuk mencetak manusia sehingga jarang menulis,

Tetapi apa salahnya kita seimbangkan di antara mencetak manusia dan menulis. Supaya kita dapat meninggalkan warisan kepada generasi akan datang.


Pesan ustazah maznah:

Panjangkan umur kita dengan warisan kita Apabila kita mati kelak, nama kita akan hilang. Kerana tiada apa yang kita wariskan.
 (perempuan terutamanya kerana anak kita akn ber bin/binti nama ayah).

Tetapi jika kita menulis, at least nama kita masih ada tercetak di muka hadapan buku-buku kita, selagi mana ia dibaca orang.

Lihat sahaja imam syafie, namanya masih disebut-sebut biarpu dia telah meninggal dunia berates-ratu tahun dahulu. Kerana kita hasil karangan beliau”

Kemudian moderator menutup forum ini dengan beberapa nasihat:

“ Menulislah mengikut bahasa masyarakat. Menulis dalam bahasa kehidupan masing-masing. Jika anda doctor, ceritakan tentang pengalaman anda. Jika anda pensyarah, ceritakan iktibar anda. Jika anda engineer, ceritakan tentang kisah hidup anda.  Rendahkan bahasa kita. Ambil peluang dan ambil peranan.

Walaupun tema dan mesejnya sama, tetapi situasi yang berbeza. Dan inilah apa yang masyarakat perlukan”
***




Alhamdulillah di atas semua peluang ini.

Apa yang boleh saya simpulkan bahawa,

By inspiring people, you’re actually inspiring yourself.
Kerana pada memberi itu ada kemanisan dan kebahagiaannya. Dan dengan memberi itu sendiri, sebenarnya menghidupkan semula jiwa-jiwa kita!


“ Terima kasih kerana sudi give a part ke dalam program ini”, Ucap Dr Hafizah ketika kami bersalaman di atas pentas.

Saya terkedu. Sepatutnya saya yang berterima kasih kepada mereka kerana memberikan saya peluang ini. Peluang untuk berhimpun bersama penulis-penulis dari serata Malaysia, bertukar-tukar buah fikiran.

Terima kasih kepada semua AJK Penawan 2015.Moga Allah merahmati.
Semoga kita semua dapat terus menyentuh hati masyarakat dengan karya.Ameen..





Take care people,

MHZ,
24 Nov 2015

Saturday, November 14, 2015

Of Interview


Sempat google jawapan bocor sementara menunggu angka giliran (^___^)

Interview.

Saya tak tahu kenapa saya sangat cuak dengan interview kali ni. 

Maybe mengenangkan hakikat bahawa interview ini adalah petanda awal untuk masuk kerja, saya mula tidak senang hati. Mood saya terus berubah. Macam roller coster. Sekejap happy, tapi bila teringatkan interview ni,  automatically saya akan terus moody.

Sejak mendapat email panggilan untuk ke interview ini, hati mula resah. 

Konon-konon nak study, tapi apabila menyelak buku, ada-ada sahaja benda lain yang dibuatnya.

Akhirnya sampai ke sudah buku-buku itu tidak bersentuh. err.


Saya masih resah.
Merata-rata saya berwhatsapp dengan rakan-rakan mohon doa dari mereka.

Kita tak tahu, doa orang soleh yang mana yang akan dikabulkan olehNya. Oleh itu, rajin-rajinlah meminta orang lain mendoakan kita.

Masa berlalu, dan saya semakin resah.

Study sudah dimulakan sedikit. Saya mulakan dengan study tentang pengenalan, moto, visi, misi KKM dan SPA.

Tapi, hati saya masih tak tenang.


Sehingga saya mendapat teguran daripada seseorang yang disayangi keranaNya, 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


"Ya Allah, sesungguhnya Kau lebih BESAR daripada SEMUA masalah kami!"

Jaga mutabaah amal..

sebab tak berbaloi untuk kita too stressful untuk satu jangka masa yang panjang dalam umur dunia yang singkat ni..okeh?



Cukup pesanan dan teguran ini masuk tembus ke dalam hati saya.
Mengingatkan betapa saya sebenarnya hanya membuang masa dengan keresahan yang tak berkesudahan ini.

***



Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:40

Bukan satu kebetulan apabila naqibah meminta untuk tilawah dan tadabbur surah ini.

Bukankah Allah itu Maha Berkuasa di atas segalanya?
Dan Dia jugalah yang akan menghilangkan ketakutan di dalam hati kita,
kerana Dia lah tempat kita bergantung segala-galanya?

Maka mengapa terlalu takut akan sesuatu perkara yang memang sudah tertulis di dalam buku takdir kita?

dan Alhamdulillah, ketenangan mula menghiasi diriku. 


A002 
Dia lah tempat bergantung. 

* Hari-hari dok baca surah Al-Ikhlas ni. Tapi sejauh mana betul-betul mengimani ayat-ayat yang terkandung di dalamnya?*


***

12 November 2015
9.45 pagi


Saya Tuan Abdullah Mansor, Ketua bahagian Temuduga SPA. Sila perkenalkan diri anda”

Sesi interview dimulakan. As expected. Ini memang soalan wajib. Saya menjawab dengan tenang.

Bismillah. Nama saya Musyirah Hanan Binti Zulkarnain…….

“ Ceritakan tentang kelebihan dan kekuatan anda?”

Saya seorang extrovert dan Multitasking person. Boleh buat banyak benda pada satu masa. Saya suka belajar perkara baru. Sebab itu saya sengaja menjadi guru ganti sementara untuk mempelajari dan mendekati generasi muda.”

Saya berhenti mengambil nafas. Kadang-kadang, susah jugak soalan yang kena angkat bakul masuk sendiri ni. Saya melihat Tuan Abdullah hanya menangguk. Tiada gaya memintaku berhenti. 

Saya juga seorang yang berdikari. Berdikari boleh jadi satu kelebihan untuk saya, di mana saya boleh membuat sesuatu pekerjaan tanpa arahan. Atau pun kadang-kadang ia menjadi kelemahan saya, kerana terlalu berdikari” saya menyambung kembali.

Bagus. Bukan apa, saya sengaja tanyakan soalan ini, supaya nanti ketika bekerja, awak mampu untuk menggunakan kekuatan awak untuk adapt dan mengawal tekanan pekerjaan. Dan bila awak tahu kelemahan awak, awak boleh perbaikinya satu per satu”, Tuan Abdullah menerangkan lebih lanjut.

Saya mengangguk laju.

“ Awak tahu apa 9 nilai murni yang perlu ada pada seorang penjawat awam?”

Tahu”, confident saya menjawab.

Padahal sebenarnya semua ini adalah soalan bocor. Kerana soalan yang sama Tuan Abdullah Mansor berikan kepada semua calon yang ditemuduga dengannya. Daripada calon no 1 sampai kepada saya, calon ke -8.

Maka, soalan ini sebenarnya saya sempat google jawapannya sementara menunggu di luar bilik sebentar tadi.

“ 9 nilai murni dibahagikan kepada 3 kumpulan: Pertama, Cepat, tepat dan berintegriti..” saya menerangkan satu persatu.

“ Apa yang dimaksudkan dengan berintegriti?” Tuan Abdullah memintas percakapanku.

Berintegriti iaitu tidak menerima rasuah. Tidak memilih kasih dan tidak racist. Kita merawat semua orang tanpa berat sebelah”, saya menjawab tenang. (sebab ni soalan bocor)

“ betul. Berintegriti adalah memiliki jati diri. Jangan berat sebelah bila tiba-tiba ada orang yang awak kenal, dia datang lambat. Tapi awak rawat dia dulu. Atau pun, sebab dia kawan awak, so awak bagi free MC untuk dia. Salah tu..

Baiklah. kumpulan kedua adalah produktif, inovatif dan kreatif. Apa yang dimaksudkan dengan inovatif?” Tuan Abdullah menduga lagi.

Inovatif adalah berfikir out of box. Berani mencipta sesuatu yang baru. Pandai apply ilmu yang kita belajar dalam buku, untuk disesuaikan dengan pesakit. Tak emua pesakit rawatannya adalah sama.” Saya menjawab perlahan. Jawapan ni saya kirang pasti kerana tak sempat nak google tadi. huu

“ Okay, Kumpulan ketiga adalah setia, …. Dan memudahkan”
And the rest is history.


***

“ Baiklah, awak ada apa-apa persoalan?” 

Nampak gayanya 10 minit temuduga ini hampir sampai ke penghujungnya.

“Tiada”

“ Terima kasih. Baiklah. Awak boleh keluar”

“ Terima kasih Tuan. Assalamualaikum wbt” 

Dan saya menutup temuduga ini dengan senyuman manis. Senyuman penuh kelegaan. 

Dan saya terus meluru keluar. Lega sungguh. Alhamdulillah.

Satu perkara yang saya kagumi dengan peribadi Tuan Abdullah.

Beliau seorang yang suka mengajar.

Saya sebagai calon ke-8, dan dia boleh menerangkan satu persatu setiap perkara kepada saya, (yang mana benda yang sama dia buat daripada calon pertama), hanya kerana dia merasakan setiap perkara itu adalah penting!

Bukan saja-saja dia menduga kami dengan soalan itu.

Bukan dia ingin melihat tahap IQ kami.

Tetapi dia ingin mengajar dan menasihati kami, agar menjadi seseorang yang kompeten dan tahan lasak apabila bekerja kelak.


Sedangkan saya?


Sejujurnya, setiap kali teringatkan iklan petronas ini, 

“ Burung apa tu nak?" Si Abah bertanyakan anaknya.

“ Burung murai abah" jawab di anak.

" Burung apa?"

" Burung murai.."

" Burung apa?"


" Burung murai..!"


" Burung apa?"

" Abah, Abah ni tak dengar ke atau buat-buat tak dengar?" si anak mula membentak.


Saya merasakan bahawa, sayalah anak yang tak sabar tu.

Saya bukanlah manusia penyabar yang mampu mengulangi perkara yang sama berkali-kali.

In fact, apabila saya mengajar, jika ditanya soalan yang sama atau perlu menerangkan sesuatu jawapan yang sama berkali-kali, saya akan mula naik angin.

Suara akan mula meninggi. Kalau tak kena mood, siap ekspresi muka yang annoying lagi.

Inilah kelemahan saya. 

(dan saya minta maaf kepada yang pernah dimarahi saya. I'm deeply sorry)


Dan satu pengajaran yang saya pelajari dari Tuan Abdullah Mansor adalah, Jangan jemu mengajarkan setiap ilmu. Ajari dan bukan marahi.

Kerana setiap yang berada di hadapan kita adalah individu-individu yang kelak akan menjadi  seseorang yang berpotensi. Siapa tahu?


Apatah lagi jika mengaku diri adalah daie.
Sepatutnya jemu itu tak pernah wujud.
Kerana menyampaikan dan mengajarkan Islam itu memang tugas kita.
Ajari, dan bukan marahi.

Ajari Islam ini dengan penuh kasih-sayang.
Kerana ianya tugas yang mulia, tugas para anbia.


Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumu'ah 62:2)


* Adeyh. teguran untuk diri sendiri*






Alhamdulillah, done with interview. Saya mendoakan rakan-rakan lain juga dipermudahkan InsyaAllah.

Doakan saya akan mendapat posting di Hospital yang saya nak, bukan dicampak merata-rata. InsyaAllah.


Take care then. May Allah bless here & hereafter~ (^___^)



MHZ,
Sri Saujana
12.40am
14 Nov 2015