Friday, November 11, 2016

Curhat Houseman #2: Baby SMS?





“ Maaf cik, saya terpaksa bertanya soalan yang private sikit. Ini penting untuk kami diagnose penyakit cik,” aku meminta izin kepada tuan badan yang berusia 19 tahun ini.

Sebolehnya, aku ingin mengelak daripada bertanya soalan ini, namun menjadi kewajipan seorang doctor bertanya ‘ history2 ‘ yang berkaitan untuk mendiagnos penyakit pesakitnya.

“ Cik pernah berhubungan intim dengan sesiapa? “

Dia diam. Riak wajahnya berubah. Mungkin tidak menyangka soalan ini yang akan ditanya.

“ Ada, dengan boyfriend saya” lambat-lambat dia mengaku.

“ Sejak bila? Dan bila kali terakhir berhubungan?”

“ Sejak 2 tahun lepas. Boyfriend saya ni jiran saya. Mak kami kenal each other. Tapi sebab mak saya sibuk, saya tinggal di rumah sorang-sorang. So saya tidur dengan boyfriend setiap malam. Last time kami ‘buat’ semalam, sebelum saya sakit perut dan datang ke hospital ni”

Syukur, dia menjawab dengan jujur tanpa sebarang selindung, memudahkan kerjaku.

“ Boyfriend cik berhubungan dengan cik seorang atau ada perempuan lain? Maaf saya terpaksa tanya soalan ni untuk memastikan tiada jangkitan penyakit kelamin yang berkemungkinan berlaku” jujur aku berterus terang. Takut pulak dia ingat aku menuduh boyfriend nya bermain kayu tiga.

“  Dulu dia pernah ada awek lain. Tapi dah clash dah. Sekarang ni setahu saya dengan saya seorang saja”

“ Ouh. Ada tak semasa berhubungan rasa sakit, atau keluar lendir atau gatal-gatal dari faraj cik?”

“ Takde pulak”

“ Erm, pernah ada keguguran/ mengandung sebelum ni?”

“ Tahun lepas, saya sakit perut sangat-sangat. Jumpa doctor dan doctor scan, rupa-rupanya saya keguguran. Saya pun tak sedar yang saya mengandung sebenarnya. Dua tiga hari selepas tu, masa saya buang air di tandas, keluar ketulan-ketulan merah macam ketul darah,”

“ Okay. Terima kasih atas kerjasama. Kalau diikutkan, cik datang ke hospital semalam mengadu sakit perut, muntah-muntah dan hilang selera makan. Bila kami check semalam, nampak macam Appendicitis. Tapi pagi ni cik kata sakit dah berkurang. So kami ragu-ragu. Sebab selalunya kalau appendicitis, sakit tu akan berterusan dan semakin kuat. Sebab tu saya tanya soalan macam-macam ni sebab kami suspect sakit ni berkaitan dengan organ peranakan,” saya menjelaskan satu persatu supaya dia faham dengan apa yang sedang berlaku.

“ Saya akan rujuk kepada doktor sakit puan, so maybe dia akan datang dan buat pemeriksaan kepada cik. Kalau tak ada apa-apa, maybe petang ni boleh discharge” aku menutup kalam.

“ Baik”

Aku terus bangun meninggalkan pesakit remaja ini kerana perlu membuat panggilan kepada MO O&G. Boleh jadi remaja ini mengalami ovarian cyst, ectopic pregnancy atau PID (pelvic inflamatory disease)

***

Sedih dan kesal mengenangkan apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Setiap minggu, pasti akan ada sahaja 1-2 kes ‘sebegini’ yang masuk ke dalam ward ku. Rata-rata mereka berumur 15-30 tahun. Lagi menyakitkan hati, ada sesetengah pesakit yang tak segan silu berhubungan mesra dengan tunangnya ketika waktu melawat. Seolah-olah dia sahaja yang mempunyai pasangan.

Sebal hatiku.

Semasa aku di posting Pediatric, tak terkira berapa ramai baby SMS (single mother status) aka anak luar nikah yang dijumpai. Kasihan anak-anak tidak berdosa ini. Apalah nasib masa depan nya?

Ketika semua rakan sebayanya mempunyai ibu bapa, dia masih confuse dengan status dirinya.
Siapa ibu aku? Siapa ayah aku? Kenapa orang panggil aku anak haram?

***

Islam mengangkat perhubungan lelaki dan perempuan melalui akad pernikahan


A021
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Ruum 30:21)

Saya pasti ayat di atas terlalu femes especially musim sekolah aka musim kahwin ni.

Syed Qutb menulis di dalam tafsir Fi zilal,
'Betapa indahnya Al-quran menggambarkan rumahtangga dengan gambaran yang halus dan lembut iaitu gambaran hubungan yang terpancar darinya rasa kasih mesra, gambaran yang melepaskan bau-bau semerbak harum.'

Pernikahan.

Bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Pernikahan mengangkat mertabat dan kehormatan hubungan lelaki dan perempuan selayaknya seorang manusia.

Berbeza manusia dan haiwan, yang mana haiwan bebas berhubungan dengan sesiapa sahaja. Dan jika kita menelusuri sejarah arab jahiliah suatu ketika dahulu, perempuan selalu dijadikan objek pemuas nafsu dan dipandang hina kerana hal ini.

Menurut sirah nabawiyah, ketika arab jahiliah dahulu, wanita yang sudah kematian suaminya bebas untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja. Salah satu cara untuk memberitahu masyarakat bahawa dia ‘single’ ialah dengan meletakkan bendera putih di hadapan rumahnya. Dan mana-mana lelaki bebas untuk masuk ke dalam rumahnya untuk berhubungan.

Betapa teruknya kehormatan seorang wanita dipijak-pijak.

Kemudian, datang Rasulullah SAW dengan agama Islam yang mengangkat martabat wanita selayaknya. Sehingga wujud surah-surah yang menceritakan tentang hukum dan hak seorang wanita. 

Melalui surah An-Nisa, Maryam, Al-Baqarah, at-Talaq, kita dapat mempelajari banyak hak-hak wanita yang boleh dituntut semasa perkahwinan/ selepas perceraian.

Lalu, di akhir zaman abad 20an ini, kita dengan sewenang-wenangnya merendahkan semula kehormatan wanita yang pernah diangkat oleh Rasulullah SAW suatu ketika dahulu. Kelihatan manusia seperti ingin kembali kepada zaman jahiliah dahulu. Anak luar nikah, gay, lesbian, LGBT dll kelihatan seperti bukan isu luar biasa.

Seorang guru melaporkan bahawa anak muridnya darjah 5 yang berumur 11 tahun dilihat berdua-duaan dengan suami orang di taman pada gelap malam.

Terkedu saya. Innalillah!

Apa yang menarik pada budak darjah 5 itu sehinggakan si suami sanggup melupakan isterinya di rumah?

Inilah realiti masyarakat kita.

Masing-masing seolah sudah hilang pedoman.

Apabila difikirkan semula, di manakah silapnya?


***



 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan" 
( An-Nisa: 34)

Lelaki selayaknya pelindung kepada wanita.

Mari kita semua memainkan peranan kita. Lelaki perlu menjaga dan menghargai perempuan di sekelilingnya- ibu, kakak, isteri, adik perempuan, cousin perempuan, jiran perempuan.

Lindungi mereka dan jangan mengambil kesempatan ke atas mereka.

Perempuan juga perlu pandai menjaga diri. Jangan menjadi aset yang akan menghancurkan lelaki.

Kita perlu hidup dalam masyarakat yang saling respek each other.  Jaga akhlak, jaga aurat dan jaga pandangan mata.

Para wanita sekalian, tak teringin ke kita hidup dalam dunia yang kita rasa selamat sahaja untuk berjalan ke mana-mana tanpa ada mata-mata galak dan siulan nakal lelaki yang mengambil kesempatan ke atas kita?

Jaga pemakaian, jangan pakai terlalu menjolok mata dan over make up. Jangan over gedik. Kita akan tetap cantik dengan kecantikan semulajadi kita , Percayalah!

Buat abam-abam sado sekalian, tak teringin ke abam-abam ni tengok mak, isteri, kakak, dan adik-adik perempuan kalian selamat ketika membeli belah, berjalan balik dari sekolah atau ketika pergi dan balik dari tempat kerja?

Buat Ibubapa sekalian, perhatikan anak-anak kalian. Jangan hanya risaukan tentang pelajaran mereka sahaja, risaukan juga dengan siapa anak-anak anda berkawan.

Jangan limpahkan kemewahan kepada anak-anak tanpa kawalan. Jangan berikan gajet/ smart phone kepada anak-anak jika mereka masih tak reti membezakan yang baik dan buruk.

Zaman saya dulu, ayah dah pesan awal-awal untuk kumpul duit kalau nak beli henfon.

Kalau semua orang memaikan peranan, Then InsyaAllah dunia akan aman sentosa.  (^__^)





Doktor MHZ,
surgical posting,
Offday,
Pandan Court,
9pm, 111116

1 comment:

  1. Jazakillahu khoiron ukhti utk sharing.
    Sungguh,malu itu semakin pudar hilang��
    Moga Allah jaga dan lindungi zuriat keturunan kita semua dlm agamaNya

    ReplyDelete