" Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu, yang mudah dijelajahi. Maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu kembali setelah dibangkitkan" (Al-mulk: 15)
Semua peserta mengambil kesempatan untuk berehat sepanjang 4 jam perjalanan kami dari Kaherah ke Bahariya Oasis. Sampai-sampai sahaja kami di sana, terus kami menunaikan solat Subuh di sebuah masjid kosong. Air yang sejuk menggigit tulang ketika ingin berwudhu'. Dah kata mahu merasai kehidupan Arab Badwi di Padang Pasir. Redah je la. Baru la Adventure.
Kemudian, kami disambut dengan beberapa buah jeep yang sudah berbaris menantikan ketibaan kami. Sejurus peserta turun daripada bas, kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. Game Taaruf membuka tirai. Setiap di antara kami perlu mengenali ahli kumpulannya sedalam-dalamnya. Kami diberikan task untuk diselesaikan sebelum waktu zohor masuk.
Apa task nya?
Setiap kumpulan perlu melengkapkan sebuah lirik lagu. 6 rangkap keseluruhannya. Setiap kumpulan diberikan 1 rangkap, dan perlu mendapatkan rangkap selebihnya daripada kumpulan-kumpulan lain.
Menariknya, untuk mendapatkan rangkap pertama dari kumpulan lain, kami diminta mencagarkan apa-apa sahaja barang peribadi yang disayangi. Untuk pengetahuan, barang tersebut tidak akan dikembalikan semula selama-lamanya.
Jenuh aku membelek beg sandangku, mencari-cari barang apakah yang boleh dicagarkan. Ikutkan hati, kesemua barang di dalam beg ini adalah kesayanganku. Takkanlah aku nak cagarkan Powerbank aku? Buku nota kesayanganku? hurmm.. buntu aku. Akhirnya aku memilih untuk mencagarkan tasbih counter silverku. Tasbih yang menjadi penemanku sepanjang Ramadhan lepas.
Kemudian perjalanan kami menaiki Jeep bermula. Dengan lafaz bismillah, kami mula meredah padang pasir seluas 160km itu.
****
" Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang bermacam aneka. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada pula yang hitam pekat" ( Fatih: 27)
Subhanallah! itu sahaja yang terlintas di fikiranku saat kami sampai di Checkpoint pertama. Terbentang luas di pandangan mataku, padang pasir yang berwarna hitam. Selama hidupku, aku hanya melihat pasir yang berwarna merah dan putih. Ini pertama kami melihat pasir yang merah, ditutupi dengan pasir berwarna hitam.
Kami memilih untuk memanjat salah satu bukit di sini, untuk melihat pemandangan dari atas bukit. Terbentang jelas kehitaman tempat ini. bukan hitam legam yang buruk itu, tapi subhanallah, hitam cantik ciptaan Allah.
" Cuba kita fikirkan, macam mana boleh terciptanya pasir hitam ini? Sedangkan dibawahnya adalah pasir merah?" Seorang rakan kami menimbulkan persoalan.
Dan seorang ukhti membalas dengan mengemukakan ayat di atas itu. Surah Fatir ayat 27.
Subhanallah.
Selepas 30 minit di sini, kami menaiki jeep untuk ke destinasi seterusnya, White Dessert. Keterujaan jelas kelihatan di wajah setiap daripada kami.
Black desert. Pemandangan dari atas bukit. |
Menuruni gunung ini untuk ke destinasi seterusnya |
Subhanallah |
****
White Desert National Park.
Sebuah papan tanda yang besar menyambut kami. Sekarang kami sudah memasuki kawasan padang pasir yang berwarna putih pula. Subhanallah, bagaimana padang pasir hitam dan putih tidak bercampur, sedangkan mereka hanya terletak bersebelahan. bagaimana boleh dihasilkan dua benda yang berbeza ini?
Subhanallah. Keajaiban alam untuk manusia yang berfikir.
White Desert |
View dari atas bukit |
Barisan kuda (Jeep) yang mengangkut kami. Berbaris dgn ccol nya |
Sesi mentadabbur alam |
Ajaib! Subhanallah |
White Desert : pemandangan dari dalam Jeep |
"Jom semua. Kita berkumpul. Kita tadabbur beberapa ayat al-Quran sekejap. Mari buka surah Al-Hasyr, ayat 9. " Panggil seorang ukhti, tatkala kami semua asyik bergambar.
" Dan orang-orang Ansar yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin), dan mereka mengutamakan (Muhajirin) atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan barangsiapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.." salah seorang daripada kami membacakan terjemahan ayat itu.
Zapp! Bergetar jantungku.
Jauh panggang dari api. Aku dapat rasakan yang aku adalah orang yang sangat jauh daripada golongan yang disebut di dalam ayat tadi.
Di mana mereka (Ansar) sanggup memberikan semua harta mereka, malah isteri yang mereka miliki untuk saudara mereka yang baru sahaja berhijrah dari Mekah. Mereka yang berhijrah sehelai sepinggang.
Tanpa berkira. Sedangkan mereka juga memerlukan perkara tersebut.
Melayang fikiranku mengingati tasbih counterku. Aku hanya mencagarkan tasbih ini sahaja? Sedangkan ada sahaja ukhti-ukhti lain yang mencagarkan jam tangan berjenama mereka!
Aku rasa sangat LOSER.
Ternyata dunia masih menguasai jiwaku. Mengapa aku tidak memilih perkara yang paling baik untuk diberikan kepada ukhtiku? Sedangkan aku tahu sahaja ada hadis yang mengatakan bahawa sebaik-baik pemberian adalah benda yang paling kita sayangi.
Ternyata, banyak sangat ilmu yang telah diketahui tetapi masih tidak dapat dipraktikkan di dalam kehidupanku.
Ithar.
Nampaknya banyak lagi perkara yang perlu aku perbaiki.
****
Kemudian kami meneruskan perjalanan kami meredah padang pasir melihat kebesaran Allah.
Banyak batu-batu kapur yang terukir cantik yang menangkap perhatian kami. Ada yang berbentuk mushroom, telur, ayam, singa, ikan dan lain-lain lagi. Kemudian kami berhenti berehat untuk makan tengahari.
bentuk telur |
Mushrooms |
ayam dan telur |
Muka Lapar! Lunch di sahara |
Ketika makan, kumpulan kami bercerita panjang. Baru aku tahu, rupa-rupanya tempat ini (padang pasir ni) sebelum ini merupakan dasar lautan.( beribu tahun dahulu).Oleh sebab itu namanya adalah Bahariya, yang berasal dari perkataan Bahr di dalam bahasa arab yang bermaksud lautan.
Kemudian disebabkan kemarau panjang, air lautan mula tersejat dan akhirnya terhasillah padang pasir yang cantik menawan ini. Subhanallah.
Hendak menukarkan lautan kepada Oasis? Heh. Sesungguhnya perkara ini sangat mudah bagi Allah. Sedangkan Allah mampu menghidupkan kembali orang yang telah mati, apatah lagi setakat mengeringkan air lautan.
Kerana itu, Allah menjadikan alam ini sebagai guru kepada manusia. Untuk mengenali siapa Allah, Pencipta kita sebenarnya.
Dan sesungguhnya alam di sekeliling kita sentiasa berzikir kepada Allah. 24 jam. Setiap detik. Setiap saat. Hanya kita sahaja makhluk yang bergelar manusia ini, golongan minoriti yang sebaliknya.
Kemana setiap saat kita dihabiskan? Adakah kita sentiasa di dalam mode berzikir?
T_____T
Kerana itu juga, Allah mengurniakan Al-quran kepada kita, buat peringatan kepada manusia, yang naturenya akan selalu lupa dan lalai.
" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. dan tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Allah Maha Penyantun, Maha Pengampun." (Al-Isra': 44)
" Akak, kalau saya nak kutip batu-batu kecil dekat sini, nak bagi ole-ole dekat kawan-kawan di Cairo boleh tak?
Sebuah soalan menembusi telingaku. Naif kedengaran. Tika itu kami sedang berjalan kaki menuju ke Jeep.
" Tak payah lah dik. Batu tu pun sebenarnya taknak pun duduk dengan manusia. Baik dia duduk dengan kawan-kawan dia, sama-sama berzikir kepada Allah. Kalau duduk dengan manusia, bukannya manusia berzikir pun", balasan spontan keluar dari mulut seorang sahabat.
Pffttt. Tersedak! Betul jugak tu.
Oucch...banyaknya peringatan yang Allah berikan kepadaku sepanjang jaulah ini.
Ternyata kita masih hambaNya yang sangat kerdil jika ingin dibandingkan dengan dengan alam di sekeliling kita, walaupun Allah sendiri mengaku bahawa manusia ini adalah sebaik-baik ciptaan-Nya.
Tapi?? Takda gaya pun?? T___________T *Nangis laju-laju*
***
Selepas sehari suntuk kami bermain di padang pasir. akhirnya kami kembali semula ke tempat kami menuruni bas di pagi hari tadi.
Lenguh-lenguh badan. Tertidur di dalam Jeep punya pasal. Nak dijadikan cerita, semasa on the way pulang tadi, salah satu dari jeep yang membawa kami rosak. Maka terkandas kami di tepi padang pasir. Jam ketika itu sudah menunjukkan jam 4.20 petang. Dalam keadaan ketika itu, ramai di antara kami yang masih belum solat Zohor-Asar. Maka, merasalah pengalaman mengambil wudhu di padang pasir, dan kami menunaikan solat jamak-qasar secara berjemaah, sementara pakcik-pakcik driver Jeep bertungkus lumus membaiki jeep yang rosak itu.
Hati terasa sangat kerdil saat sujud, dahi menyentuh lapik yag memisahkan dahi dan pasir. Indahnya Islam, di mana-mana sahaja kita boleh beribadah.
Kewajipan ditunaikan di mana- mana sahaja |
Sebelum pulang, ada satu surah yang berlegar-legar di fikiran saya. Surah Al-Zalzalah.
Bagaimana agaknya keadaan ketika hari kiamat nanti? Ketika mana bumi bergoncang kuat dan mengeluarkan apa yang didalamnya? Ketika gunung yang gah berdiri ini hancur ibarat debu-debu yang beterbangan? Dan manusia lari kelam-kabut seperti kelkatu?
Tak terjangkau dek fikiranku keadaan ketika hari itu tiba. Nauzubillah min zalik.
Pada hari yang tiada tempat untuk lari, kemana lagi kita mahu pergi selain pulang kepadaNya?
Arrgh! takutnya ketika Allah membentangkan buku amalan kita kelak.
T____T
" Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk mengingati Allah secara khusyuk dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka..." (Al-Hadid: 16)
Semoga ia menjadi peringatan kita bersama, InsyaAllah.
A journey to remember,
MHZ,
beyt SQ,
11.55 pm
19 Feb 2014.