Pages

Showing posts with label love letter. Show all posts
Showing posts with label love letter. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

Manisnya Al-Fatihah



Surah Al-Fatihah.


Surah yang dibaca minimum 17 hari sehari.
Persoalannya, sejauh manakah penghayatan anda terhadap makna dan kehebatan surah ini?

Kebiasaannya, setiap kali saya mentadabbur surah al-Fatihah ini, pasti akan ada sahaja ilmu-ilmu baru yang dipelajari. Subhanallah, kalam Allah yang Maha Agung.

Di sini saya bukanlah ingin berkongsi tentang fadilat dan rahsia-rahsia membaca Al-Fatihah. Tak, Bukan. Yang nak kongsikan adalah penghayatan dan lintasan hati saya ketika membaca surah ini.

Surah Al-Fatihah sering dilazimi di dalam solat kita. Dibaca pada setiap rakaat. Sehingga kita kadang-kala lebih focus kepada surah seterusnya. Lebih-lebih lagi apabila menjadi imam solat Maghrib, Isya dan Subuh. Pasti cuak kemain memikirkan surah apakah yang akan dibaca selepas surah Al-Fatihah?

Sehinggakan kita membaca surah Al-Fatihah ini sambil lewa sahaja.

Sedangkan ini adalah surah yang lengkap, dan melengkapi. Sesuai menjadi surah pembukaan kepada Al-Quran yang agung itu.

Sedangkan Al-Fatihah adalah benda yang wajib, dan surah seterusnya adalah benda yang sunat.
Err.

A001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

A002
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

A003
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

A004
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)



Subhanalalh, betapa gembiranya Allah apabila hamba-hambaNya memujiNya. Berulang-ulang kali  dalam kehidupan seharian.

Apabila Allah meminta hambaNya memujinya, Allah tidak mengatakan " Pujilah aku!"
Sebaliknya Allah mengajarkan kepada manusia bagaimanakah caranya,

Iaitu dengan menyebut Alhamdulillahi rabbil Alamin..

Inilah cara Allah mengajarkan hamba-hambaNya.

Begitu juga para Daie sekalian,
Apabila kita mengajarkan Islam kepada sesiapa pun, bukan mengajarkan teori semata-mata, tetapi ajarkannya secara praktikal.

Contohnya bila mengajar perkara berkaitan solat, bukan katakan kepadanya, " Solat la. Nanti kalau tak solat masuk neraka!" *dengan muka menggertak*

Sebaliknya, ajarkannya mengambil wudhu, bentangkan sejadah kepadanya dan ajarkan bacaan-bacaan dan gerakan di dalam solat itu kepadanya.

Dakwah bil hal.


A005
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Beruntunglah kita, orang muslim kerana mempunyai Allah yang sentiasa mendengar segala pengaduan kita. Yang menyediakan dirinya untuk membantu hamba-hambaNya. Yang sentiasa di sisi kita mendengarkan segala-galanya.

Ironinya, dalam kehidupan seharian kita, jika ada masalah yang mendatang. First of all, kepada siapa kita adukan masalah itu?

Sejauh mana kita betul-betul menyakini ayat di atas? Sejauh mana kita benar-benar bergantung kepada Allah? Sejauh mana kita benar-benar yakin yang Allah akan membantu kita?

(T______T)

* potong bawang*


Bersangka baik dengan Tuhanmu~


 A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

A007
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.




Jalan yang lurus

Apakah jalan lurus yang dipinta ini?

Inilah jalan Islam. Jalan manusia yang telah dikurniakan hidayah kepadanya, Alhamdulillah.

6 perkara yang menjamin kita berada di atas jalan yang lurus ini:

1- Mengenal kebenaran
2- Mahu dan inginkannya
3- Beramal kepadanya
4- Thabat (istiqamah) di atasnya
5- Berdakwah kepadanya
6- Sabar diatasnya

Danjika kita memiliki 6 perkara ini, Biiznillah kita akan tetap berada di atas jalan hidayah ini.



Kebenaran perlu dicari, ia takkan datang bergolek ke kaki.

Even Rasulullah SAW sendiri sentiasa tercari-cari kebenaran. Ketika Baginda merasa bingung dengan jahiliah di sekelilingnya - manusia sibuk meyembah berhala, mengamalkan kepercayaan karut, Baginda selalu mengasingkan dirinya untuk beribadah di Gua Hira'. Dan, atas kesabaran dan kesungguhan Baginda, maka Allah mengurniakan wahyu kepadanya dengan kedatangan Jibril di Gua Hira'.

Kata kuncinya ialah sentiasa merasa tercari-cari.

Tercari-cari di dalam semua perkara.

Jika kita dapati diri kita jahil di dalam sesuatu perkara, maka rajin-rajinkan diri kita untuk mencari ilmu dan info berkaitan dengannya.

Bukan hanya duduk bertongkat tangan menunggu disuap.


عالم vs  فقيه vs  مثقفة

Apakah perbezaan 3 perkataan di atas?

Alim?
Muthaqafah?
Faqih?


......


Alim bererti mengetahui.
Muthaqafah bererti berpengetahuan.
Faqih bererti menguasai.

Seorang manusia, Daie khususnya perlu memiliki kesemua sifat-sifat di atas.

Dia perlu mengetahui dan menguasai every single things di dalam sesuatu ilmu di dalam bidangnya.

Contohnya seorang doktor harus menguasai dan mengetahui semua perkara yang berkaitan dengan penyakit yang dirawatnya.

Seorang peguam perlu mengetahui semua selok belok yang berkaitan dengan kes client nya.

Seorang ustazah harus menguasai segala ilmu yang berkaitan dengan ilmu hadis yang dipelajarinya.

Dan pada waktu yang sama, seorang daie itu perlu memiliki ilmu pengetahuan yang luas mengenai ilmu-ilmu lain yang berada di luar bidang kepakarannya.

Seperti ilmu ekonomi, politik, kemasyarakatan, kereta, financial dan sebagainya.

Tak perlu dikuasai semua ilmu berkaitan bidang-bidang lain, tetapi cukuplah jika dia memiliki minimum ilmu  mengenainya.

Inilah tujuan tarbiah, bagi melahirkan seseorang yang berpengetahuan luas disamping menguasai ilmu di dalam bidang kepakarannya.

Tugas daie bukanlah mengajarkan semua ilmu, tetapi dia perlu meransang mad'u nya untuk merasa tercari-cari untuk melengkapkan ilmu di dada.

Kata kuncinya adalah sikap tercari-cari itu!


***

As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya - Mukadimah fi at-Tafsir - berkata : 

Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya.

As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya - Fi Zilal al-Quran antara lain berkata : 

Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.

As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma`arij at-Tafakkur membahagikan inti pati al-Fatihah kepada empat :

1. Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti.
2. Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya beribadat dan bergantung kepada-Nya tanpa sekatan dengan yang lain.
3. Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.
4. Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.
Justeru dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran

*Copy paste*




p/s: bila tengok last post, it was a month ago.. Writer block syndrome sedang menyerang. Mohon maaf lama sangat tak update blog plus bahasa mcm ape tah~ =.=

May Allah bless people~

MHZ, 
Beyt SQ, 
Madinah Nasr, Kaherah,
3.45pm

Friday, July 8, 2011

Hutan.



Hutan.

deligting me. Missing u.

these place where my heart can singing loudly and dancing happily...

peace. harmony. never been disturbed by people. and never been forgetten by me. (^^,)



ok.nak story pasal....aritu ak join program AULAD...aka program utk kanak2 sekolah rendah..

alhamdulillah time tu...mami ajak..."angah, makcik R tnye, angah nk jadi x fesi tok program aulad??? Kali ni program Rehlah"

blink..blink..bersinar2 mata ak... (selama ni biase program aulad buat indoor je..best la.mcm2 diorg buat..memasak, menjahit, kaler2, melukis etc etc yg menggembirakan kanak2..:D )

nak dijadikan cerita.. pada hari kejadian..ak pun dtg...bwk brg2 makanan, payung (in case kalo
hujan), sport shoes, tikar etc etc....*dgn gaya bersemangat.hoho*

ramai juga adik-adik yg dtg...pastu bahagikan adik-adik ni sume kpd 2 group..
satu kump yg darjah 1-3 (tahap 1)...and satu lg yg darjah 4-6.(tahap 2)...ouh btw, my little bro
are one of them..die pun join jugak..tapi awal2 lg dah pesan kt die.."akem jgn nakal2 ok!! malu angah nanti..jadi fesi, tp adek sendiri yg nakal gile"
and die hanya senyum sumbing.haha..

then di sebabkan adik-adik tahap 2 tu dah agak besar n ade Renjer hutan yang akn menjaga mereka..soo..kami2 ni jd la fesi utk adek2 comei tahap 1 (^^,)

"ok adik-adik semua..sehat tak?? suka x masuk hutan ni??" tanya seorang Pakcik yang akan menggendalikan slot kali ni.*sbnrnya takde la hutan sgt pun, takat ade byk2 pokok, dan sungai kecik kat situ*

"sehat cikgu...suuuukaaaa!!!" jawab mereka beramai2..( tp ade jugak suara-suara kecik yg jwb tak suukaa!!!)

haha.ak gelak sorg2 kt blkg.

"hari ni kita akn bermesra dgn alam. bila pakcik cakap, cari...... Semua org dlm kumpulan akn
cari benda yang pakcik akn cakap nanti. OK??"

"oookkkk!!!!" (haha.budak2 mmg suka jwb panjang2 kn?? *gelak kecil*)

"Ok, mula2..pakcik nak semua cari pokok renek, pokok semalu dan pokok duit-duit"

Maka...bertempiaran la semua kanak-kanak riang itu mencari2 bahan yg disebutkan tadi...

Satu group diberikan seorang fesi dan aku dikerahkan menjaga group 2.


Aku pergi dekat sorg budak yg agak cute. tertawan hati.hehe *seb bek la ni budak kecik..hoho*

cube untuk test budak ni. Aku tanya...."adek, paku-pakis tu ape???"

budak tu pandang aku, dgn selamba die jawab.."paku yang dipakis-pakiskan la..."

hahaha..aku gelak guling2..

*ok ak tipu. takde la guling2 kt situ*

paku yg dipakis-pakis kan?? haish. coplicated. camne tu??? tanya ak dlm hati..

"aishh..mane ade paku yg dipakis-pakis kan..Paku-pakis tu satu benda la..haaa...macam ni.." jawab ak smbil mengembil daun paku pakis yg dah jatuh ke tanah.

"ouhh...." anguk-angguk budak tu. aku senyum then aku pergi ke arah kanak-kanak lain. *kump aku ade 8 org adik2.haish, camne nk jaga semua??*

"sekarang pakcik tu suruh cari ape dik??" tanya aku kt seorg drpd mereka.

"errmmm...cari air lopak, air sungai dengan air anak sungai..."

err...air anak sungai?? mana nak cari 'anak' ni?? huu.tersenyum dlm hati..

"kakak kakak, air lopak tu macam mana???" tanya seorg yang lain.

dlm hati...err..air lopak korg x tau ke?? ke dkt bandar yg serba maju ni air lopak dh x wujud?? ke sebab perkataan tu dh dimansuhkan dlm kamus dewan smpai budak2 ni x tau air lopak tu ape?? Ok, cuba bersangka baik...

"adek nampak tak lecak tu?? " tanya ak smbil menunjuk ke arah satu lecak yg besar.

"nampak2"

"haa..tu la air lopak. Air lecak...nampak tak?? habis selama ni korg panggil tu air ape??"

budak tu terdiam. mata memandang atas, cube mencari2 jawapan.

akhirnya.."entah la. x ingat"

sudah....haha. ak gelak2 je dlm hati..

"haa..cepat la pergi amek air tu.."

budak tu terus lari-lari anak dan mengambil air tersebut, dgn cawan kertas di tangannya..

Kemudian budak-budak tu bwk la air-air tu ke arah Pakcik tadi, utk pengesahan dan mengambil tugasan lain pulak.

tugasan seterusnya ialah mencari Pasir, batu-bata dan batu kerikil.

*aku senyum2 dlm hati. pakcik ni memang nk menguji budak-budak ni je gayanye.huuu ;D *

aku jalan-jalan. pergi dekat seorg adik yang agak berisi..die jalan termangu-mangu. tengok2 je
kwn yang lain sebuk mencari-cari barang2 yg pakcik tadi cakap. tapi die tengok je.

"Adik ni kenapa?? akak tengok tak cari pun pokok2, tanah2 tu semua..??"

"ishhh..ape ni..saya geli la nak pegang tanah. kotor la..!!"

aku telan air liur. gulpp..
geli??

haila budak2 skang.tanah pun geli ke? ape yg kotor sgt tu? bukan kita ni asal dr tanah ke??*means, kita ni kotor la kn??*

"laa..kenapa geli?? tanah ni kan semulajadi???"

budak tu menjawab dgn juihan mulut sahaja. ak geleng2 kn kepala..*mati kutu camne nk layan budak ni*

"alaa...jom la..join kwn2 tu.. tengok, semua pun tgh gembira je" aku cuba lagi memancing.

tanpa menjawab, budak tu hanya melangkah lemah ke arah sekumpulan kanak-kanak lain.
aku tersenyum.
aku rasa logik kalo org geli dgn katak, tapi mcm pelik pulak bile org geli dgn tanah.
(ni katak kecik, jmpe kt kolam umah aku)


dan last sekali budak-budak ni dapat hadiah mandi sungai. ape lagi..kemain la semua org..
*tapi ak x dpt join, sbb x bwk baju lebih T.T*


macam-macam ragam budak-budak. Ni la budak-budak zaman skrg. baru suruh cari barang sikit..macam2 perangai..

macam mane eyh?? adekah budak2 zaman akn dtg.. dah x kenal lg tanah? tak kenal lagi pasir?? tak kenal ape itu longkang??

adakah mereka akn kenal PSP je? kenal I-phone je? kenal Mid Valley je??

ape nak jadi la dgn budak2 zaman tu. zaman cucu-cucu ak la kot *tu pon kalo sempat kawen sblm ajal*

dunia skang mmg camni kan?? kalau org dulu-dulu..dengan alam la mereka berkawan. dengan alam la mereka mencari nafkah. Dengan alam la mereka byk belajar.

even ak bukan lah org dulu-dulu yg veteran. Tapi alhamdulillah ayah ak sentiasa ingatkan anak-anak die, ajarkan tentang alam. Dari kecik-kecik lg dah kene belajar berkebun, tanam pokok, cabut rumput, membaja etc etc. Malah, kerja-kerja teknikal mcm baiki lampu, pasang kipas, cat pagar rumah or even menampal wall paper pun.. ayah dah ajar mase kecik dulu. even tak la handal sgt kan..tapi at least ade la basic. takde la gelabah, buzy nak call org len kalo ade apa2 problem dtg.

Tapi..aku tgok adek ak yg kecik skali tu pun x yah cakap la.. Manja kemain. bukan nk jeles.
tapi ak rasa, kalau tak diajar rasa susah. then tu bukan kehidupan namanya.
camne nk berdikari nanti??

ni suruh gosok baju sekolah sendiri pun.. kedut-kedut. sakit mata tengok baju tu. sampaikan ak geram dan aku gosok balik baju tu...haish...

*ok mcm dh keluar tajuk*

Then itulah. Bila mana kita melupakan asal-usul kita. Manusia mmg cepat lupa diri.

Bila dpt kemewahan sikit, mmg terus lupa daratan.

Nah, kenapa byk je kita jumpa manusia2 sombong, hidung tinggi, bajet haibat dan mcm2 dlm kehidupan seharian kita. Sbb masing2 pun dah lupa yg asal-usul kita.lup yg kita ni sebenarnya asal dari tanah je.

Just tanah je. Yang budak tadi tu geli sgt nk pegang. Haa...mcm tu la kotornya kita.

Then atas sebab apa kita nk merasa bongkak dan takabbur??

Mungkin atas sebab ni la, bumi dulu tak nak bagi malaikat amek tanahnya utk dijadikan manusia. sebab kita akn membuat kehancuran dan maksiat atasnya. Bumi, satu makhluk Allah yang dah x larat nk tgok kemaksiatan bermaharajalela...*air mata mengalir*

(sapa2 yg x tahu, bole bukak post sebelum ni.tq)

Hurm..padanlah Allah sendiri dah cakap dlm Al-Quran...

"Dan apabila Kami beri nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong. Tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa..(Fussilat:51) "

Sebab Allah tu Pencipta kita, dan Dia sangat tahu n paham perangai manusia yg die dh ciptakan.

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia, mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.."(Qaf: 16)
*Allah tahu ape2 je yg kita bisik kan. even benda baik or jahat. Kan malu kalo kita perasan ade org dengar n tahu planning kita yg x best-yang-kita-tahu-Allah-tak-suka...kan kan??*

Oleh itu kawan-kawan...

Janganlah kita Lupa daratan. Jangan Sombong, dan jgn tertipu dengan dunia yang sementara ni.

Jom kejar syurga. kejar Akhirat. sesungguhnya, syurga tu Mahal.dan hanya org2 yg dipilih Allah je dpt masuk syurga. Doa byk2 Allah pilih kita utk merasa Syurga-Nya. Tapi apa barang takat doa je, tapi still buat maksiat, tak jaga aurat, kapel,menggumpat, dengki kt org len etc etc...kan?? Nak masuk syurga macam mana??

"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, Seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani-petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta redha-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu..." (al-hadid:20)
Sekian. Sila fikir ye kawan-kawan.(o.O)

p/s: Dah habis xm subjek medic. tinggal subjek diniah. Yosehh..sila bersemangat musyirah. kawan2 lain sama. Jom muzakarah sama2 (^^,)

p/s 2: serius. Rindu sgt nak g camping. nak mandi air terjun. huu..T.T

p/s 3: nak melayan kanak-kanak riang mmg x menang tgn kan?? huu..
*mujurlah mereka golongan yg comel lote~*


yang khilaf,
musyirahanan..
2.03 pm,
8 july 2011

Saturday, May 21, 2011

DUTA




Bismillahirrahmanirrahim...:)

Alhamdulillah. Allah bagi lagi aku bernafas skrg.
walaupun otak tgh serabut. dgn xm yg around da corner..dgn hal rumah. tak settle2. dgn study yang entah ke mana..dan dan dan...(haish.manusia ni.mmg byk je masalah n keluhan kn??)

Alhamdulillah 3x.

Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah...

erm..pernah tak kita perasan. sehari berapa kali kita bersyahadah??? Ok la. at least ade la dlm 9 kali sekali kn?? setiap kali solat. masa tahiyat awal n akhir. Betul tak at least 9 kali???

9 kali tu byk la kan?? kira nya tiap2 hari la kita renew syahadah kita kan??
tapi pernah tak kita fikir, 2 syahadah ni ade 'mksud ' tak?? takkan la saja2 je kan kita naik saksi ni?? must be at least a reason kn???

"Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?? " (al-mukminun:115)



then kalau kita tak hidup ni saja-saja. abes hidup ni untuk apa???


"Dan tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan agar beribadah kepadaku" (az-zariyat:56)

clear ke kan ayat kat atas ni?? Nampak sangat yg kita ade kat atas muka bumi ni dah Allah ciptakan untuk beribadah kepada-Nya.

kalau la kita hidup atas muka bumi ni takde tujuan. Nonsense la! ibarat mcm kita main bola sepak, tapi takde goal. then kita nk sepak ke mana?? main pas2 bola je? Nak sudah smpai bila
camtu??

macam tu jugak tujuan hidup kita ni. Itulah aim dan goal kita.

untuk BERIBADAH kepada Allah.

kalau lah dulu, aku akan fikir yang ibadah tu slat,puasa, baca yassin, doa etc.

tapi sekarang tak. Rupanye2 apa2 benda seharian yang kita buat. belajar, makan,mandi, bersukan semuanya adalah ibadah, kalau kita niatkan kepada Allah.

cuba bayangkan..

"Ahmad, jom pergi beribadah nak??"

ajak Safwan sambil pegang cangkul. Pakai siap baju nak pergi kebun.

"haa?? wan, ko gilo ke apo??" nk pergi masjid dgn cangkul2 dan baju petani ni?? buat lawak ape ni"

"come on la beb. IBADAH bukan setakat pergi masjid je la. kalau aku pergi berkebun ni, niat kerana Allah. dah kira ibadah kan??"


See. betapa semua daerah ciptaan Allah ni. terbentang luas semata-mata untuk kita beribadah
kepadanya.

And kalau lah kita yang mengaku islam ni, tak buat tanggungjawab tu betul2. tak jadi muslim yang betul2 muslim. dan semua tu salah kita la kan?? sebab kita tak jadi DUTA islam yang sebenar-benarnya.

dan kalau lah, non-muslim takut dengan org islam. Islamophobia. It is because kita la yang tak jadi DUTA islam yang sbenar-benarnya. Full stop.

sebut pasal DUTA. teringat kisah dekat Mesir ni. kalau kitorg dekat universiti. semua Malaysian students, alhamdulillah pakai tudung (even ade je selendang2 etc). Dan adat2 ketimuran yang bersopan santun pun terpamer la jugak.

di pandangan Dukturah (profesor) kami.. "Malaysian student are very good. they have the good behaviour. Malaysia is a muslim country??"

aku dan rakan2 hanya mampu tersenyum. (dlm hati cakap..dukturah tak tahu yang Malaysia ni nama je negara islam, tp bukan lah islam sgt pun.kes buang bayi pun byk, kes lain2 pon same je. Arghh.malu2)

kenapa Dukturah kami memandang tinggi Malaysia??

maybe sebab kami telah menjadi duta yang konon2 baik di depan mereka.. (tapi ini bukan berlagak yer)

mungkin.

nampak x betapa pentingnya peranan duta di sini. kalau la kita jadi duta Garnier pun. mesti la kita kan bersungguh-sungguh menjaga muka drpd sebarang jerawat,jeragat dan sebagainya.

kalau la kita ni Duta adidas sekalipun. kita akan sentiasa kelihatan aktif dan sporty. biar la sesuai dgn imej yang dibawa kan??

dan kalau la kita ni duta islam?? kita kan act mcm mana? mestila mcm yang islam suruh kan??
means bile siapa-siapa pun tengok kita, akan nampak imej islam tu tanpa syak wasangka.

then inilah yang sepatutnya terjadi. kan kwn2?? (^^,)

ohye. ade nak share 1 video. tapi x boleh nak post kt sini. tapi sila-sila lah rajin2 tekan SINI ye.

erm..sebelum lupa. selain tu, kita ada satu lagi tujuan hidup, To be a KHALIFAH atas muka bumi ni.

khalifah?? mcm khalifah abu bakar, umar camtu ke??

hehe...tak tak. tak payah pergi jauh2. cukuplah kalau kita jadi khalifah untuk diri sendiri. dan tugas khalifah untuk ajak semua orang, tunduk dan patuh kepada agama Allah ni.

then inilah tugak kita semua~

nampak mcm berat kan?? Yup. mmg berat. dan nak tak nak. Allah dah pilih kita untuk hidup atas muka bumi ni. No doubt. memang dah jadi tanggungjawab kita la, tak boleh lari kat mana-mana pun. sebab Allah tu sentiasa melihat kita kan???

Dan kita ni kecil je kan bila depan Allah nanti??




bait asrar,
1.57 am.
21 mei 2011

Thursday, May 5, 2011

Nama Allah

BISMILLAH…. J

Alhamdulillah 3x. aku selamat sampai umah. Actually aku dari rumah sewa kwn aku tadi. Yup, just now.. Ade discussion sket tadi. Oklah.aku mengaku..elok2 aku sampai rumah je, jam dah pukul 11.30 mlm. Oopss… lewat sgt ke utk anak dara??? (hoho~ x sengaja ok)

Ok2..aku mengaku lagi. Aku jalan kaki je tadi. Ermm ade la dlm 2 km. Mengah2 la jugak nk jln laju2 supaya xde org kacau n selamat sampai umah. Tp ape2 pun..alhamdulillah….

Thanx a lot kepada kak tiqah yang susah payah memanjangkan langkahnya. Supaya dapat sekali temankan aku balek umah. Even dah lewat malam dan before kuar umah membe tadi, aku siap cakap lagi.. “kak tiqah, takpe je la. Takyah la susah2 nak temankan kita. Kita tak suka kesian2 ni”

“tapi nanti awak balek sorang2..”

“alaaa..macam la tak biasa kan??? “ dan kak tiqah dengan tak malunya..terus siap2 dan keluar sekali dgn aku. Sambil2 tu aku pandang dgn muka bengkek..(plus ego dlm hati tp campur dgn perasaan terharu.huhu)

Hai musyirah….kenapa kau ni?? Orang lain dah susah-susah nak temankan tu. Kenapa nak ego2???

Ermm..yela..kot ye pun perangai anak number 2 ni mcm ala degil2 sket..tapi jgn la degil sgt kn??

Duhai hati. Kenapalah ko ni??? (ermm..maybe sbb before nak start discussion tadi aku dpt berita yg men ‘down’ kan aku sgt2. Terus hilang mood dan serius muka ketat je sepanjang discussion. Sorry sangat sahabat2. Manis muka aku ni dah kene ragut sekejap. Maaf sangat2)

Dan lagi sedih bila kene tegur bila mlm2 kuar umah xde mushrif. Ohye, kami kaum wanita kalau kat mesir ni. Ade satu peraturan, kalau nk keluar malam, selepas maghrib kene pakai mushrif (penjaga la.mana-mana lelaki la yang boleh tolong temankan, untuk tujuan keselamatan)

Tapi aku admit, aku and the geng la. Makhluk2 yang degil tak pakai mushrif. Ello, bukan senang nak dapat jumpa mana2 gentleman sudi nak korbankan masa dia temankan kami kaum wanita ni kat Mesir ni. Golongan2 ni dah pupus kot. …

(And plus kitorg bukannye ade boyfriend pon atau adek beradik lelaki nk tolong2 ni. Ok, sila abaikan statement ni.hehe)

***************************************************************

OK2..stop cakap pasal aku..nak share sket..pasal nama2 Allah… asmaul husna..

Haa…sape2 yang dulu sekolah agama..hai..malu sangatlah kalau tak tahu apakah ini?? Dan malu jugak la utk aku dan sekalian schoolmates aku kalau kita still tak hafal2 nama-nama ni kan??? Sebab dulu siap nyanyi lagi tiap-tiap pagi masa kat perhimpunan sekolah. Hai, tak hafal2 tu pelik namanya. Tapi kalau lupa tu..sadis la jugak…

Kasar?? Ooopss…kasar ke kalau aku kata sadis kalau x ingat asmaul husna??

Ermm…well…ni pendapat aku la..kalau sesiapa nak bantah silakan bg komen J


Kenapa MALU dan SADIS kalau x hafal?? Ni kan Nama-nama Allah.. tuhan kita. Yang kita sembah hari2. Ok, kalau la nama kita, mak ayah, adek beradik,cousin2,classmate sume kita boleh ingat, kenapa tak nama tuhan yang ciptakan kita, kita x dapat nak ingat?? Dan dengan semua kebesaran asmaul husna ni lah kita hidup selama ni.

Bayangkan la. Ar-Rahim. Yang Maha Pengasih. Nak kata pengasihnya Allah tu, even sebelum kita lahir lagi dah nampak. Before kita lahir tu, Allah dah siapkan dah bumi ni utk manusia ni hidup. Semua lengkap dengan sungai sebagai sumber air, dgn matahari- sumber tenaga dan cahaya, dengan Oksigen, untuk membolehkan kita bernafas, dgn tumbuhan-tumbuhan supaya kita dapat makanan, dan bila bumi ni siap sedia, baru Allah lahirkan umat manusia ni. Haa…

masa kita dalam kandungan pun, letaknya di RAHIM ibu kan?? Nama pun rahim. Betapa Rahim ibu tu memberi perlindungan dan nutrient kepada kita?? 9 bulan sampai kita sedia untuk lahir ke bumi. Wahai manusia sekalian..tak perasan lagi ke?? (takdenye la bahasa melayu tu saje2 nk bubuh nama rahim tu utk gambarkan uterus ibu)

Ok. Bila kita lahir je.. ade mak ayah sambut. Cukup makan pakai dan sekarang, nah .! jadilah kita semua. Ermm.. cop cop..ada soalan-

Adakah selama ni makan pakai kita tu dari mak ayah kita sendiri?? Ermm..memang la kita Nampak mak ayah tu susah payah cari rezeki. Keje siang malam. Tapi siapa yang bagi

rezeki tu kalau bukan Allah kan??? Keje la kuat mana pun, kalau Allah tak mahu bagi rezeki kat kita, tak de nye nak dpt merasa semua rezeki dari Allah ni..

“Sungguh Tuhanmu melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakinya dan membatasi bagi siapa yang dikehendakinya. Sungguh Dia Maha mengetahui, Maha melihat hamba-hambanya.(Al-Isra:30)”

OK fine. Depan mata dah kan janji Allah tu. Then ni baru je huraikan 1 nama Allah. Tak masuk nama-nama lain..Al-Wahab (Yang Maha Memberi), Al-Malik (Yang Maha Berkuasa), Al-Aziz (Yang Maha Agung) dan sebagainya.

kalau perasan. ni semua Asmaul Husna :)


Jom kita cuba lihat nama-nama Allah dengan mata hati. Mungkin selama ni kita dah lali sgt bile nk nyanyi nama-nama Allah ni. Tak pun dah xde perasaan je bila nak sebut nama-nama Allah tu. Tapi cuba kalau kita kaitkan nama-nama ni dengan seluruh kehidupan, rezeki, umur, harta yang Allah dah bagi kat kita. Subhanallah, tak terkata betapa Agungnya Allah tu. Betapa Hebatnya Allah. Betapa Pemurahnya Allah kat kita ni kan?? Tapi kita still lagi sombong dan xnak admit rezeki2 ni semua. Malah boleh suka-suka je buang2. Hai, betapa tak bersyukurnya manusia ni. Malah siap boleh buat maksiat lagi kan dekat bumi ciptaan Allah ni??

“Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus-menerus..(al-Qiamah: 5)

Tiap kali teringatkan ayat ni. Serius hati bergetar. Sbb aku pun rasanya termasuk salah seorang ‘manusia’ tu…Ya Allah…..(kawan2. Tolong doakan aku dapat tinggalkan jahiliah aku yer..ameen )

Ok la..cakap banyak2 pun x guna kan?? Jom semua sama2 cari Chenta Allah!! (^.^)


p/s: adek2 syg.jgn la down2 sgt exam abes 28 july. t akk cube cari ikhtiar len tok bolehkan korg sume join jugak Camp tu ok?? chill2 :)

Wednesday, April 27, 2011

Cerita tentang Alpha, Beta.....dan Hati??


Assalamualaikum…J

Alhamdulillah 3x. rasenye x best kalo x start bebelan kali ni dgn pujian kpd Allah…

Alhamdulillah..byk sgt2 nikmat yg Allah bg kan?? even bile sedey2..rupenye2 tu pun Allah bg satu nikmat..utk rase mcm mane rupanye sedih..supaya lps ni akn sgt2 appreciate perasaan happy ni…

Ermm..betul x???

Haritu..aku pergi satu ceramah..neurologistik program…best2..seriously..time tu teruja..hehe

Kami belajar pasal gelombang2.. beta, alpha, theta n delta…

Dan tanpa kita sedari..selama ni kalau kita dlm gelombang alpha…kita boleh buat je ape2..tanpa kita rase susah..bayangkan..kita penah je kan rasa..belajar2..dan tanpa kita sedari..rupenye2 dh 3 jam menghadap meja study..x sedar pon masa berlalu..perghhh..best gile perasaan ni…haa..condition ni kita cakap..kita dlm gelombang alpha..di mana kita boleh buat apa2 yg normally, kita akn rase benda tu impossible…tapi kita boleh buat tanpa disedari. kita akan thinking without thinking…

Tapi cuba kalau..kita perasan yang kita nak belajar 3 jam..mesti sekejap sekejap..nk tgok jam..ala…lambatnye masa berlalu..baca buku lagi..tengok2 jam lagi..aish..asal lambat sgt ni??? Haa…camni..kita dlm keadaan gelombang Beta… dlm keadaan ni..semua yg possible pon..akan rasa impossible..semua buat benda x jadi. Byk merungut2….byk menyoal. it is we are thinking what to do..

Ermm…sgt2 best kn kalau..selama kita hidup ni..dlm keadaan alpha..semua benda boleh buat…

Pastu kt ceramah ni..ade la demonstrasi…terkejut n takjub…(x tau nk cerita dgn kata2…huu)


Tapi..sejauh mana pon kita fikir…akal fikir..AKU BOLEH!!! Tapi kalau jiwa kita bertentangan dgn apa yg akal fikir…nonsense kan?? Bagi aku la..HATI tu segala raja..maharaja.kunci segala kunci..kunci utk jasad.

Dlm satu buku ade tulis… “Perhatikan skru(kunci) di rel kereta api. Dengan menggerakkannya sedikit, rel akan bergeser, dan perjalanan kereta api pun berubah arah. Demikian nya dengan hati. Gerak hati akan menentukan arah hidup seseorang. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, bila ia buruk maka baiklah seluruh tubuh, demikianlah sabda Rasulullah SAW mengenai hati.”(hadis 6 dari hadis 40)

Well..HATI…hati mmg sgt2 penting.. and the different between muslim and non-muslim is..kita ada ‘hati’..tapi mereka xde ‘hati’. Dan kita sgt2 digalakkan utk buat apa2..dgn hati…

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tak digunakanya untuk memahami ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapI tidak digunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak diperdengarkannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai (al-a`raaf: 179)

Eeerrkk!!! Direct je kan ayat-ayat Allah tu??? (sape2 yg x paham tu..haa..fikir2 la..)

Allah masukkan mereka-mereka tu ke dalan neraka..bukannya buat dosa besar pon..bukannya masuk neraka sebab mencuri, or bunuh orang or berzina pon. Tapi dgn sebab yg kita selalu rasa remeh..ada hati, tp x guna. Ada mata, tp x manfaat kn elok2. Ada telinga tapi sia-siakan. Haa…alhamdulillah..semua organ2 tu..Allah dah bagi kt kita kan?? Then back to urself…buat x ape yg Allah suroh tu?? Nk msuk neraka???

Nauzubillah min zalik….astaghfirullah 3x.

Bebicara tentang hati…boleh la nk sinonimkan hati yg hidup tu dgn berjiwa besar kan??? (walaupun x lah tepat sgt)

Kalau nk buat apa2 pun..kalau kita berjiwa besar..nk bukak bisnes pon boleh..mcm org cina..xla hebat sgt pon muamalah. X la byk sgt modal...tp kagum dgn jiwa mereka yg besar tu..jatuh selalu pon..akan terus bgn semula…x mcm org melayu…bile membe2 komen2 sket..dah down…cpt sgt terpengaruh dgn persekitaran…bila puji-puji sikit, terus melambunag sampai lupa diri. Ok..contoh lain pon..kalau pakai baju pelik sket..or tudung rosak sket ke. membe2 pandang pelik…dah terus masuk tandas..make-up tebal2…then keluar balik. nak jugak get along with ‘membe’2 tu…

Kalau pakai tudung labuh sket je..org2 ejek2 n panggil “ustazah…nak pergi mana tu???” terus down n rase mcm nk cabut je tudung tu..n pakai tudung bawal..supaya boleh get along dgn masyarakat…

Kalau nk pergi mid valley n klcc ke..pakai baju vogue2..tp bila nk pergi ceramah…mula la sibuk dok gali2 baju kurung dlm almari….

Hello…apakah??? Kenapa kene double standard mcm tu kwn2??? (pesanan utk aku jugak)

p/s: tahniah. sbb aku dh lama x update post..hehe..bz yg amat..(selama ni mmg bz pon..hoho~)

p/s 2: all da best utk semua membe2 aku..yg tgh pulun2 nk final xm skang..korg..al da best. buat elok2 n doa byk2 k?? (^.^)


bait asrar,

12.12 am

27 april 2011

Tuesday, March 1, 2011

Nak Beribadah Secara SMART??

salam...

ermm..ramai org dah cakap2..mushee..bile ko nk update blog???

huu..aku x terkata..byk sgt menda nk share..cume kemalasan utk menaip je..menjadi halangan..
dan bila smgt tu dah ada..
tp Allah uji pulak..
laptop ayah aku yg aku gune spjg kt mesia ni..rosak di sambar petir...

sooo upsad...T___T (laptop aku lak x sempat nk bawak balek..nasib2)

Haaa...ni ade satu menda aku nk share..
aritu aku dengar talk pasal activism of humanitism...
Prof Dr Ikram yg bagi..dia Vice-President MERCY MALAYSIA...

haa..sape x tau MERCY tu memang la..aku ketuk2...

Dr bukak kata2 dia dgn satu ayat al-quran ni...

".....bahawa barangsiapa membunuh orang lain, atau bukan kerana berbuat kerosakan di bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia. Barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia....(al-maidah:32)

haa...yang ayat dibold kan...cuba bayangkan..
kalau kita selamatkan or tolong even seorang je, tak kira la agama ape, bangsa ape or colour ape ke...seolah2 kita dah selamatkan semua manusia di muka bumi ni....sweeet giler love letter dari Allah ni...

and aku sgt2 tersentuh....

punya la selama ni...selalu je nampak org susah..makcik2 tua terketar2 bawak barang berat, pakcik2 buta or tua terketar2 nak lintas jalan, kawan2 muka ketat x paham buku yang dia baca...kawan2 yang kdg2 ade masalah duet...

tapi..aku bole buat donno je...dalam hati siap bole kata lagi.."alamak, mcm tgh bz je..x sempat kot nk tolong.."

Ya Allah..sellfish nyer aku ni....(tp aku rase ramai je yg satu geng ngan aku kan?? lagi2 kat mesia ni..lagi la payah nk tgok org tolong org)

.............................................................................

ermm..mesti semua org penah dengar hadis ni kan??

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Amal Jariah, atau Ilmu yang bermanfaat, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

sooo..semua org nk beribadah secara SMART x??
cube fikir balek..
kalau la kita hidup ni...let says 65 tahun kn..(purata umur org mesia)..
kalau kita beribadah pon..plus minus semue..ade la dlm 40-60 thn je kn kite solat,puasa etc...
tapi tu kalau Allah terima..kalau x..lain citer la...
then bile kita dah mati..stop smpai situ je???

tapi..kalau kita beribadah secara smart..even kita dah mati..pahala tu still berjalan..
haa..kunci kejayaan die dari hadis tadi la..
even dah meninggal dunia..tp ade 3 menda yg akn go on pahala kita..amal jariah,ilmu n doa anak2...

soo..kalau la kita menolong org len...then org yg kita tolong tu pulak lahirkn seorg ulama..atau org yg kita tlong tu bina masjid atau buat ape2 kebaikan..
then pahala org tu akn masuk saham kita jugak kan??

ok tu baru sorg..kalau kita tolong ramai2 org..tolong anak2 yatim..tolong org2 yg lps kene bencana alam...tolong kwn2 dlm study..tolong adek belajar sains n so on..

maka pahala kita akn berganda2 la msuk akaun..even kita dah mati t...

fikir2 balek..untung nyer!!! SWEET n PEMURAH nye ALLAH...

soo..ape lagi??? Jom la kita tolong org nak..n kalau join MERCY tu..lagi la byk manusia bole kita tolong..
dun worry..bukan budak2 medik je bole join..sebab kt mercy malaysia tu..just 30% je yg dlm bidang doktor,paramedik dan satu family degn tu la..
the rest byk je engineer, pegawai kerajaan, student n so on..
so ape lagi???

kalau x bole join pon..
doakan kn semua umat islam kt bumi ni bersatu pon ok jugak kan??

ok la...got to go...thanks 4 read :)

national library,
4.14 pm
1 mac 2011