Pages

Showing posts with label desir kalbu. Show all posts
Showing posts with label desir kalbu. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Semangat Infiru


(At-Taubah: 41)

Saya adalah jenis manusia yang suka melihat ragam manusia. Saya suka memerhati dan berfikir. dan saya selalu tertanya-tanya,

"Kenapa ramai akhawat yang saya kenali menjadi super women selepas menyertai gerabak dakwah dan tarbiah?"

Kerana saya melihat mereka yang berduit, tak kisah untuk menginfak kannya ke tabung-tabung Palestine. Tidak lokek membelanja rakan-rakan akhawat. Malah, mungkin boleh membelikan handphone baru untuk akhwat yang kecurian handphone nya.

Saya melihat akhawat yang tidak sihat, sanggup melupakan rehat di atas katil. Sama-sama turun padang berdaurah, berprogram bersama-sama. Paling tidak pun menolong AJK program dengan kerja-kerja ringan.

Saya memerhati akhwat terlalu baik sehingga tidak pernah berkata TIDAK apabila akhwat lain memerlukan pertolongan. Muka sentiasa tersenyum walaupun keletihan merangkul dirinya. Ajaib sungguh!

Saya melihat akhwat yang sudah berkeluarga, dan yang sedang mengandung malah sudah mempunyai anak, boleh cool dan bergaya menguruskan kehidupan rumahtangga mereka, masak awal-awal, basuh baju siap-siap supaya dapat bersama-sama akhwat yang yang lain bermesyuarat, berdaurah, malah berjaulah bersama-sama. Anak kecik dibawa ke sana ke sini tanpa rasa terbeban.

Saya selalu terfikir, apakah formula sehingga mereka ini boleh mejadi super women?

Adakah mereka mengambil supplement tambahan? Atau ada pil Kuat yang sangat menakjubkan? Atau sebenarnya mereka ini bukan manusia? Mereka ini adalah robot tanpa penat?

Akhirnya saya dapati, jawapannya hanya satu. SEMANGAT INFIRU!


Allah berfirman,

A041
Berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. ( At-taubah: 41)


Saya menyaksikan sendiri kesan Infiru ini.

Alhamdulillah, bilamana Allah mentakdirkan saya untuk stay di Mesir sepanjang Ramadhan lepas, mengizinkan saya merasai dan melihat sendiri perjuangan ikhwanul muslimin dan rakyat-rakyat mesir yang berkampung di Rabaah untuk mengembalikan semula demokrasi yang dicabul.

Saya merasakan kuatnya sumpahan semangat Infiru itu menyelubungi mereka semua.

Tidak kira tua, muda, kanak-kanak, bayi, perempuan dan lelaki, kaya atau miskin, semuanya turun padang bagi menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Bayangkan ada yang datang jauh-jauh dari seluruh pelosok Mesir untuk bersama-sama berkumpul di Rabaah. Bersusah-payah menaiki kereta api, bas, tremco dari Alexandria, Aswan, Mansuro, berjam-jam perjalanan untuk sampai ke Kaherah. Kemudian apabila sampai di Rabaah, bukannya ada hotel mewah yang menyambut mereka, hanya disediakan khemah-khemah sahaja di dataran itu. Tidak kira kaya atau miskin, semuanya duduk dan baring di lantai yang sama. Tiada sofa dan katil empuk tersedia.

Hendak mandi, berhadas semuanya di masjid-masjid di sekeliling Rabaah. Selalu sahaja saya terserempak dengan makcik-makcik yang sedang membasuh baju di tandas di Masjid Fatimah Zahra, berdekatan dengan medan Rabaah.

Tetapi, ada mereka kisah dan mengeluh? Dah sebab mereka faham apa tujuan mereka ke sana. Untuk menegakkan al-haq dan menumpaskan kebatilan. Bukannya datang bercuti makan angin. Untuk menegakkan kebenaran, perlu ada bayarannya, perlu ada maharnya.

Malah, ada yang siangnya bekerja, petangnya selepas tamat sahaja bekerja, terus sahaja bergegas ke Medan Rabaah. Untuk berbuka puasa, menunaikan solat terawih, qiamullail bersama-sama ikhwah akhawat di sana. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi sudah bergegas ke tempat kerja semula.

Subhanallah..

Terkelu saya saat terserempak dengan mereka di pagi hari ketika bas yang saya naiki untuk ke hospital berhenti di tepi medan itu, dan berpusu-pusu lelaki menaikinya. Paling menginsafkan pabila melihat Al-quran kemas tersisip di tangan masing-masing.

Kerana apa mereka sanggup melupakan empuknya katil di rumah mereka? Selesanya tandas di rumah mereka? Dinginnya aircond di kediaman mereka? Dan bersusah payah berhimpit-himpit berkumpul di Medan Rabaah ini?

kerana mereka memiliki Semangat INFIRU ini..

terfikir tak, ramai-ramai macam ni, agak2 macam mana la mereka berwudhu dan berhadas?

Malu saya dengan mereka ini. Saya yang tinggal di rumah yang selesa, tak perlu berebut-rebut tandas, boleh mnggosok baju setiap hari (ini concern besar utk seorang perempuan okay?) pun setiap hari masih membebel jika terpaksa ke hospital, sedangkan rakan-rakan batch lain sudah menikmati cuti masing-masing.

Ahh, sikit sangat semangat infiru saya dibandingkan dengan mereka. Mungkin, sikit sangat saya bersyukur jika dibandingkan dengan mereka.

T___________T *nanges laju-laju*


INFIRU!! Berangkatlah!!

Mahupun ringan atau berat.

Saya tahu, setiap orang ada punya mujahadah masing-masing.

Bagi yang berada, untuk menginfa' kan duit ke tabung-tabung adalah ringan baginya, tetapi berat untuk mereka yang wangnya cukup-cukup makan.

Bagi yang punya kereta, untuk ke tempat program/ keluar berdakwah mudah baginya dibandingkan dengan orang yang terpaksa bersusah payah mengangkut beg, menahan bas/ public transport untuk ke program (**Even sekarang harga minyak dah mahal, rasanye berat jugak. Err ~)

Bagi yang bujang, ringan baginya untuk ke program, dibandingkan dengan yang sudah bekeluarga, lagikan pula sudah beranak-pinak. Mana mahu diuruskan anak-anak ketika keluar berbulatan gembira/ berprogram/ berdakwah.

Mereka yang sikit tanggungjawabnya ringan untuk menawarkan tenaganya untuk jalan dakwah ini dibandingkan dengan mereka yang punya banyak tanggungjawab, harus difikirkan banyak perkara terlebih dahulu.

Yang sudah berumur mesti la sangat berat untuk bergiat aktif dibandingkan dengan yang muda bergetah. (Err, tapi saya tengok ramai je pakcik makcik yang fizikalnya nampak tua, tapi semangat mereka masih muda dan mantap, bahkan mengalahkan orang muda.. =,=)

Mereka yang lelaki, huishh senang betul kalau nak keluar rumah, tetapi beraaaat betul ibubapa nak izinkan anak perempuan keluar rumah.

Itulah, masing-masing punya keringanan dan keberatan.

Jika kita menyingkap sejarah para sahabat, mereka juga punya mujahadah masing-masing.

Contoh yang paling simple, ketika seruan jihad Perang Tabuk, mengapa Kaab Bin Malik begitu payah untuk menyertainya? Berlengah-lengah persiapannya sehingga akhirnya beliau ketinggalan?

Kerana Allah sedang mengujinya dengan hasil tanaman yang menjadi, masak ranum dan musim panas yang sangat terik ketika itu.

Lihatlah, sedangkan ahli badar yang keislaman mereka tidak diragui lagi juga diuji dengan kesenangan dunia, apatah lagi kita yang marhaen ini.


Jika tidak mampu, mari jadi yang begini

Allah juga berfirman,


Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. (Al-Anfaal: 74)


Jika kita tidak mampu menjadi orang Muhajirin yang berhijrah dan mengorbankan harta ke jalan Allah, tak apa kerana Allah sangat penyanyang dan memahami hambaNya.

Mari kita menjadi Ansar yang menyambut Muhajirin dengan penuh kesyukuran dan membantu dengan penuh keikhlasan.

Kaum Ansar menawarkan rumah, harta malah isteri kesayangan mereka kepada kaum Muhajirin. Subhanallah.

Bagaimana mereka boleh membuat keputusan tak masuk akal ni? Hebat sangat nak korbankan Isteri tersayang dekat saudara yang baru sampai ke Madinah, saudara seislam yang tak pernah dikenali sebelum ini.

Ini kerana mereka betul-betul beriman dengan ayat INFIRU ini.

Jika kita tak mampu untuk keluar berdakwah, mari kit sumbangkan harta kita.
Jika kta tak mampu ke Palestine, Syria dan Mesir, mari kita terus menderma dan sumbangkan doa kita untuk umat islam di sana.
Jika kita terlalu buzy dengan kerjaya, dan betul2 tiada pilihan lain, tak apa. Mari kita sedekahkan sebanyak mana harta kita untuk anak-anak yatim atau masjid-masjid.

Buatlah apa sahaja yang anda mampu. Mainkan peranan anda di setiap ceruk sudut yang anda mampu celahi.

Kerana Allah menghitung usaha kita, bukan Natijahnya.



Mari serap semangat Infiru ini!


Jika kita rasa sangat malas untuk keluar berdakwah, ingatlah.. Ada lagi orang lain yang susah payah keluar berdakwah dengan hanya wang yang cukup-cukup di tangan.

Jika kita merasa lengah, ingatlah bahawa kematian tidak menunggu kita.

Jika kita merasa futur, bangkitlah, kerana iman itu perlu disemai dibaja dan jangan biarkan futur anda dihiasi.

Jika anda merasa susah, berdoalah supaya Allah memudahkannya.

Jika kita merasa sangat lemah, bangkitlah! Kuatkan diri anda!! Mantapkan mujahadah anda, kerana syurga itu memang mahal dan perlukan mujahadah.

Dan jika anda merasa sangat pahit, senyumlah! Ketahuilah memang mujahadah itu pahit, kerana SYURGA nanti sangat MANIS..



p/s: Alhamdulillah, sekarang sudah semiggu berada di Malaysia. Sebenarnya post ini paling tepat dikirimkan kepada diri sendiri, yang sepatutnya balik Malaysia untuk study leave, tp nampaknya macam dah leave the study.. T___T



p/ssss: Tolong nasihatkan saya jika saya lupa!!

Dan dah habis puasa 6 rakyat sekalian?? Take care people~ (^.^)


MHZ,
My Harmonica Zine

Sri Saujana, Gombak,
7.20 pm
27 Syawal 1434h

Saturday, June 15, 2013

Amar ma'ruf, nahi mungkar



A melepas pandangnya ke hadapan. Melihat si M sedang ber online.Sudah beberapa jam duduk di situ. Di sebelahnya so F pun sama. Tersenyum seorang diri. Cik adik H yang berdekatan dengan mereka sedang mendengar earphone, sambil mulutnya menyanyi-nyanyikan lagu entah apa-apa. Dia seorang sahaja yang mendengarnya. Di sofa bertentangan dengan mereka berdua, si A dan M sedang bersembang. Aduh, kencangnya sembang tentang sale di supermarket.

Di tengah-tengah ruang sederhana besar itu, kelihatan kesungguhan Cik M, N dan S sedang belajar bersama-sama. Tekun menatap buku-buku. Dan si A, sebenarnya sedang belajar sambil meng usha-usha.


Hati A tak sedap. Rasa semua orang tenggelam dalam dunia masing-masing. Walaupun jasad-jasad mereka berkumpul di ruang itu, tetapi sebenarnya hati mereka jauh.
Musim exam kah penyebabnya? Wallahua’lam

***

Engkau umat terbaik dikeluarkan untuk manusia, Kamu menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar serta beriman kepada Allah” (al-Imran: 110)


Tetapi Allah juga berfirman dalam satu hadis qudsi,

“ Hai cucu Adam! Janganlah engkau melambatkan taubat. Memanjangkan angan-angan, dan kembali ke khirat tanpa amal. Berkata bagai seorang abid namun berbuat seperti seorang munafik. Jika diberi tidak menerima. Jika tidak diberi tidak sabar. Suka orang soleh tetapi tidak termasuk mereka. Benci orang munafk tapi dia termasuk mereka. Dia perintahkan kebaikan tetapi tidak melakukannya. Dia melarang kemungkaran namun tidak meninggalkannya”

Aduuhh!! Sentap betul!!


Kemungkaran di depan mata, harus dicegah! Baik dengan tangan, lidah mahupun hati, walaupun itu selemah-lemah iman.


Tapi, walk your talk! Jangan hanya bercakap lebat!


“ Lately rasa akhawat rata-rata makin banyak main-main. Mungkin kerana suatu masa dulu kita disibukkan kan dengan kerja dakwah di medan masing-masing. Tetapi kini Allah uji dengan ujian dunia dan masa lapang. Kita telah kehilangan roh jihad yang kita laung-laungkan selama ini”

T________T

***

Allah memberikan wahyu kepada Yusa bin Nun AS, 
“ Aku hancurkan kaummu 40 000 yang baik dan 60 000 yang jahat.” 

Yusa berkata, “ Ya Tuhanku, yang jahat telah aku maklumi tetapi kenapa yang baik kau hancurkan?” 

Allah berkata,
 “ kerana mereka tidak marah di atas kemurkaanKu. Malah mereka makan dan minum bersama.


hati berasap! macam dipanah petir.


Amar ma'ruf, nahi mungkar.


Daripada Anas bin Malik berkata: Kami bertanya kepada Rasulullah, bolehkah kami memerintahkan kebaikan sedangkan kami tidak mengamalkan keseluruhannya?

Rasulullah bersabda, " Perintahlah kebaikan meskipu kamu tidak mengamalkannya dan larangkan kemungkaran walaupun kamu tidak menjauhi seluruhnya"


Tiada alasan untuk berdiam diri. Jangan hanya diam dan melihat. Tak ubah seperti syaitan bisu. Yang membenarkan kemungkaran berleluasa tanpa dihalang.

Arghh, perlu mencari kekuatan.

Perlu bantuan. SOS.

Moga Allah bantu. Moga Allah redha.


p/s: byk petikan di atas dari buku Penenang Jiwa, karya Imam Ghazali.

MHZ,
My Harmonica Zine

11.36pm
14 june 2013


Friday, May 17, 2013

Syadid




" Eyh, Body Shop dekat tingkat berapa ye dekat City Star tu?
" Tak sure, tapi tak silap aku tingkat 1, dekat-dekat dengan ATM. Kenapa? Ada promotion ke sekarang?"
" Aah, haritu nampak dia tulis buy 1, free 1. Aku berkenan dekat Lip Balm yang perasa kelapa tu"

" Erm, kejap, best ke barang-barang Body Shop?"
" Aah, best. Sebab semua barang- barang dia Natural made"

" Ouh, tapi tak silap aku, Body Shop boikot"
" Erm, aku bukan taknak boikot, tapi kulit aku ni sensitif. Barangan Body Shop je yang sesuai"

******

" Erm, Carrefour tu dekat-dekat rumah kau kan?"
" Aah, dekat Tiba Mall, tingkat satu"

"Ouh okay."
" Tapi.... tak silap aku Carrefour boikot"

" Ouh yeke. Tapi aku nak pergi dekat kedai lain. Landmark dia Carrefour tu"
"..........."

=.=

****

         Situasi-situasi seperti di atas banyak kali berulang dalam diri saya. Saya hanyalah orang biasa-biasa sahaja. Dahulu sensitiviti terhadap barangan boikot ni, seciput cuma. Setakat boikot Mc Donald dan Coca-cola (tu pun sebab air gas tu tak sedap sangat).

Perasaan sensitif untuk memboikot barangan Israel ni mula timbul bila saya membaca satu blog akhawat. 

"Kita sebenarnya sedang menikam saudara kita dari belakang."

Saya tertarik dengan statement itu.

Kita yang mengaku diri kita Daie. Hampir setiap detik waktu kita dihabiskan untuk memikirkan masalah ummah. Setiap hari, jadual kita pack dengan kuliah di Universiti. Pulang sahaja di rumah, terus mengambil buku catatan dan menuju ke usrah/ bulatan gembira. Weekend setiap minggu diisi dengan program-program tarbawi atau daurah yang membasahkan. Program yang membina hati-hati dan jiwa-jiwa murabbi.

Even apabila kita pulang bercuti di Malaysia, kerja-kerja dakwah tetap mengekori. Dalam kita berehat-rehat bersama keluarga, bicara kita membuka minda keluarga akan tanggungjawab kita diciptakan di muka bumi ini. Dalam acara santai bersama-sama kawan baik, juga diselitkan beberapa isu-isu mengenai hal ehwal semasa dan Palestine.

Bahan bacaan kita menjurus kepada buku-buku yang memuhasabah diri dan menambah kefahaman kepentingan berdakwah.

Tapi rupa-rupanya dalam kita sibuk menginfa' kan masa kita untuk dakwah dan ummah, kita sebenarnya menikam saudara kita dengan masih sewenang-wenangnya membeli keropok Chipsy ketika meeting dan usrah. Kita masih lagi meneguk Nescafe ketika stay up study. Kita masih lagi mencari Nestum dan Milo untuk bersarapan pagi. Kita masih lagi ketagih membeli barangan berjenama DIESEL, Lacoste, Nike, dan Body Shop ketika keluar shopping bersama BFF. Kita masih mencari-cari coklat Cadbury, Kraft, Toblerone apabila ingin dihadiahkan kepada ukhti dan anak mutarabbi terchenta. Kita masih membasuh baju dengan sabun pencuci baju jenama P&G. Kita masih membelai kulit muka kita dengan set pencuci muka- pelembab muka Unilever dan P& G.

Kita masih lagi berat untuk meninggalkan jenama-jenama yang sudah sebati itu dalam diri kita.

" Alaa, shampoo Head and Shoulder ni je yang sesuai dengan jenis rambut aku. Pakai jenama lain takut kelemumur nanti. "

" Sabun basuh baju lain tak wangi la. Ariel ni jugak yang Power. "


Hello anda, ya anda lah yang menggelar diri anda Daie, tapi masih berkelakuan seperti di atas,

 Tahu tak secara tak langsung anda menjadi duri dalam daging  kepada saudara-saudara kita di Palestine sana?

Dalam 24 jam kita disibukkan dengan pahala beramal tetapi sebenarnya anda jugalah yang menginfa'kan sen -sen kepada Israel untuk membeli senjata membedil saudara kita di sana.

T________T

********

" Eyh, syadidnya minah ni... Agak-agak la. Bajet betul! "

" Alaa, setakat secawan dua Milo, tak kemana boikot ni"

" Habis kalau semua benda pun nak boikot, sampaikan air mineral pun susah nak beli, kita mati kering la nanti.."


Saya rasa confirm kata-kata tersebut akan di smash kan kepada saya.


Ehem.

Minta maaf jika anda rasa saya terlalu syadid dan poyo. 

Maaf, jika saya pernah membidas percakapan ukhti-ukhti saya apabila mereka memuja-muja jenama2 tersebut.

Maaf jika saya pernah melirik tajam apabila melihat barang-barang boikot ini ditayangkan di hadapan mata saya.

" Eyh, tau tak.....ni boikot?"

Maaf jika ayat ini terlalu kasar bunyinya, yang pernah terkeluar dari mulut saya.

Maaf, maaf dan maaf.

Secara tak langsung saya menjadi syadid kerana saya pernah melihat sendiri kesengsaraan mereka, anak-anak Palestine yang tidak berdosa.

Masih terbayang-bayang lagi muka ceria dalam duka mereka.

Masih terbayang lagi wajah kanak-kanak 5 tahun yang kematian ayahnya.

Mereka tidak punya pilihan.

Bayangkan, suatu hari seseorang mengetuk pintu rumah anda.

Tok..tok..tok..

" Ye siapa tu? ". Anda membuka pintu dengan muka seposen.

" Saya tentera Israel. keluar sekarang, saya nak duduk di rumah awak. Baik awak keluar secara hormat sebelum saya menghalau awak!!", gertak tetamu tidak diundang itu. Di tangan mereka ada pistol.

Apa pilihan kita sekarang? Nyawa ibarat di hujung tanduk.

Mahu melawan? dan anda tahu kesudahan anda. 

Mahu menjerit meminta pertolongan? Rasanya jiran di sebelah rumah anda pun mengalami nasib yang serupa.

Apa lagi pilihan yang anda ada selain mengambil barang-barang peribadi yang penting dan keluar secara hormat dari rumah terchenta itu?

Itu pun jika anda sempat merembat barang- barang berharga. 

Kemudian, bila anda sudah melangkah setapak dua, terdengar suara tentera Israel itu berdehem. Anda memaling memandang mereka.

" Jangan lupa, bayar cukai keselamatan sekali.!" tegas mereka.

** Mesti rasa menyampah sangat dekat tentera Israel ni kan? Dah la halau macam tu, kemudian minta pula duit cukai keselamatan. amboi, mereka fikir mereka siapa?

**** 

Inilah yang dirasai oleh mereka, saudara kita di Palestine sana. Sudahlah rumah mereka, tanah mereka dirampas tanpa belas kasihan. Mereka semua dihalau beramai-ramai daripada tanah air terchenta.

Merata-rata mereka merempat meminta ihsan di kem pelarian.

Dan sekarang mereka tanpa pilihan terpaksa membeli bermacam-macam barangan daripada Israel.

Even sayur-sayuran, buah-buahan, beras, roti dan pelbagai barangan asasi terpaksa berurus niaga dengan Israel.

Kejam sungguh Israel, sudah lah merampas tanah orang, tanpa segan silu mereka meminta orang bergantung kepada mereka.

Dalam sedar tak sedar, sebenarnya sudah 65 tahun peristiwa ini berlaku.

HARI NAKBAH. 15 MAY 1948.




Yusra Yousef, a 77-year-old Palestinian refugee, holds a key she says belongs to a house her family were forced to leave after the establishment of Israel in 1948, as she poses for a photograph ahead of Nakba Day in Qalandiya Refugee Camp near the West Bank city of Ramallah May 13, 2013.

Palestinians will mark "Nakbah" (Catastrophe) on May 15 to commemorate The ethnic cleansing of Arabs in Palestine. 

Lens/Ammar Awad



Apa itu hari Nakbah??

Peristiwa Nakba yang menimpa Palestin 65 tahun yang lalu harus menjadi pengajaran yang penting bagi umat Islam sedunia.Tarikh keramat ini merupakan detik hitam bagi seluruh penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan penduduk dunia Islam secara keseluruhannya.

Tanggal 15 Mei 1948 adalah tarikh bagi penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin secara rasmi yang didokongi sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik (Etnic Cleaning), iaitu tige per empat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediamannya.

Athur Belfour

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha Negara Hal Ehwal Luar Negara, Athur Belfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin. Pengistiharaan itu telah digelar sebagai Ominus Declaration (Pengistiharaan Celaka).

Pelbagai cara untuk mendapatkan semula hak-hak rakyat Palestin setelah di"YAHUDI"kan negara mereka oleh rejim zionis.Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan dan sebagainya tetapi usaha-usaha itu telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba menabur label pengganas itu diserata dunia dengan menggunakan segala media agar dapat mengaburi mata masyarakat.

Begitulah sifat keji Yahudi laknutullah. Maka benarlah apa yang direkodkan Al-Quran akan sifat mereka.

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini, sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah. Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan, Lebanon dan Syria.

Sudah 60 tahun, ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan. Mereka berada di tengah–tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati.Orang–orang tua mereka diusir keluar dari tanahair, lelaki mereka dikelar dan ditembak mati, wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya. Kanak–kanak mereka diletupkan, rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan.

Zionis Yahudi mencabul Masjidil Aqsa, meletupkan pejuang–pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata. Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam, Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain–lain telah menemui syahid dihujung senjata Zionis Yahudi Laknatullah.

Para mujahid dan pemuda–pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya, dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap. Mereka diperlakukan laksana binatang, bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah.

Mari kita renungkan angka yang menyedihkan ini. Di saat ini sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan, kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah, kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.

Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan sekali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembok sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi. Lebih 11,000 rakyat Palestin dipenjarakan di Israel. Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.

Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

Keadaan hidup rakyat Palestin sangat menyedihkan. Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih, tiada ubatan, tiada makanan dan sanitasi yang sempurna.

Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza.

Demikian kezaliman dan kekejaman Israel. Tepat seperti yang digamnbarkan dalam Firman Allah S. W.T:

“Nescaya kamu akan dapati , manusia yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyengutukan Allah (Musyrikin)” . Al Maaidah : Ayat 82

Pada Julai 2005 , Kesatuan Pekerja Palestin termasuk 170 pertubuhan Palestin yang lain, parti-parti politk dan organisasi-organisasi masyarakat telah menganjurkan boikot global, mengeluarkan semua pelaburan dan sekatan ekonomi ke atas Israel seperti yang pernah dilakukan ke atas Afrika Selatan.

Seruan ini mendapat sokongan masyarakat terutama di Eropah, AS dan Kanada sendiri. Pengguna telah memboikot barangan Israel dan ahli akdemik memboikot universiti-universiti Israel.

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik rakyat Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjid Aqsa bukan milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat. Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat.Oleh itu, hak perjuangan untuk membebaskannya dari tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama.

Day Of The Catastrophe | 15MAY1948


No more Waiting. Act Now!


** Copy pasta dari FB IKRAMMESIR


# Kita doakan semoga Allah menghancurkan Israel laknatullah. 

Soon, InsyaAllah janji dan pertolongan Alah itu pasti. Allah will do His part.

Now, the question is have we done our part?

Terus mendoakan mereka, teruskan menderma dan terus memboikot barangan Israel.

# Syadid: Tegas, keras.



p/s: Lama dah tak menulis, rasa kekok dan rasanya macam kualiti penulisan sudah kurang bermutu. =.= . Sorry.

p/sss: Selamat hari Murabbi kepada semua yg pernah mendidik saya. Cikgu-cikgu di sekolah, mami ayah di rumah, naqibah-naqibah di mesir dan semua orang yg pernah hadir di sisi hidup saya, indirectly saya banyak belajar dari korang semua.

Tq murabbi Agung, Allah atas semua tarbiah yang Kau hadirkan dalam hidupku.



MHZ,
My Harmonica Zine,
bait SQ,
1.41 am
7 Rejab 1434H

Sunday, May 5, 2013

PRU 13





Allahumma ameeeen ! 

ke arah PRU 13 yang rabbaniyyah .

- usah mengumpul dosa ketika PRU , kempen dan musim PRU akan habis tetapi dosa ? 
cukuplah kita mengundi dan berkempen kerana kebenaran , menentang kezaliman dan kebaikan sosial /masyarakat yang dibawa olehnya. 
tidak perlu merugikan diri sendiri dengan perkataan2 atau kempen2 yang buruk yang
 menjatuhkan imej kita as muslim.

 *aman tanpa perang*

towards better Malaysia !
Senjata anda untuk saat-saat yang makin genting ini.
Mohon kpd Allah, agar ditunjukkan kebenaran. 
Semoga mereka yang benar memimpin negara ini. 

#IS4BETTERMENT




Ajak semua rakan-rakan, keluarga terdekat kita berdoa dan berzikir sebanyak mungkin. 
antara doa yang dicadangkan:

1. doa Nabi Yunus a.s. 

لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين


2. doa Nabi Ibrahim a.s.

حسبناالله ونعم الوكيل لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Seboleh2nya setiap orang membaca zikir/doa di atas 
tidak kurang daripada 100 kali sehari. semakin banyak tentulah semakin baik.



p/s: Allah tak tanya hasilnya, tapi Allah tengok apa USAHA kita ke arah itu. 
Ke arah pemerintahan yang ADIL.

ini kalilah UBAH!



Saturday, March 16, 2013

Seiring Sehaluan




p/sss: Ini hanyalah luahan hati seseorang. Tiada kepentingan untuk dibaca. hanya sebagai kenangan di hari tua~ hehe  (",)v


Ukhti A: Ukhti, datang tak program Basal wa thum esok?
Ukhti B: Macam nama sayur je. Program apa tu?
Ukhti A: Alaaa.. tak tahu ke? program ala-ala girls day out. Bawang merah bawang putih :)
Ukhti B: oh, yang kena pakai warna pink tu. InsyaAllah, kita jumpa di sana!

 ******

Mari akhawat semua, jom kita menyanyi NASYID ini bersama-sama...

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar


Masing-masing mengambil tempat. Yang mulut masih mengunyah makanan tengahari, terus menghabiskan suapan terakhir. Yang sedang membasuh tangan, dipercepatkan pergerakannya supaya dapat turut serta menyanyikan bersama-sama lagu tema ini. Yang berada di luar dewan, terkocoh-kocoh memasuki dewan.


Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat


Ukhti A melihat ukhti B berdiri berseorangan. Terkial-kial Ukhti B menyanyi lagu ini, berserta lirik yang terpampang di hadapan. Ukhti A tersenyum sendiri. Dia berjalan menerpa ke arah ukhti B dari belakang. Tangannya disilangkan pada lengan ukhti B. Tertoleh ukhti B untuk melihat siapa gerangan di sebelahnya dan pandangan mereka berlaga. Spontan, senyuman mereka menguntum.



Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah


Ukhti A: Sepanjang kita berada dalam jalan tarbiah ni, tak pernah sangka akan melihat daurah kita ada majlis pembukaan, ada persembahan, duduk dalam dewan yang charming ni dengan akhwat-akhwat yang comel-comel.

Ukhti B: Well, memang dakwah ni Allah yang punya. Dengan kuasa Dia kita merasai nikmatnya berada di jalan ni, dan manisnya ukhwah ini.


Ukhti A: Dan tak pernah sangka dakwah kita yang dulu yang bermula dengan beberapa bulatan kecil sahaja, tapi sekarang dah banyak muka-muka baru yang kita pun tak habis kenal lagi. Tak pernah sangka juga dahulu daurah kita, harus buat dalam keadaan tertutup. Tetapi sekarang dah boleh dibuat di tempat umum macam ni.


Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah



Pegangan tangan mereka semakin erat. Suasana syahdu terasa apabila menyanyikan lagu ini bersama-sama akhwat semua. Menariknya lagu ini bukan setakat pada lirik lagunya, tetapi juga dengan wajah tulus dan ceria akhwat di kiri dan kanan. 

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah


Dan genggaman tangan mereka semakin erat. Bergenang kelopak mata mengingati manisnya jalan yang Allah pertemukan mereka. Jika bukan kerana rahmat Allah, tak mungkin mereka semua akan bersama-sama di dalam dewan ini. Dan genggaman tangan itu akan bersama-sama sampai ke syurgaNya. InsyaAllah~






# Sebak. Macam mana jika mereka-mereka chenta hati sudah pulang?
# Pasti akan merindui jalan ini. Merindui akhawat solehah yang berada di sisi ini.
# Alhamdulillah atas semua nikmat ini. Maka nikmat apakah yang kau dustai??
# Basal wa Thum. Agar bidadari syurga mencemburuimu.. Sentiasa dalam ingatan. Moga Allah beri kekuatan untuk mempraktikkannya~ Ameen.



bait SQ,
11.50pm
15 Mac 2013


Saturday, October 13, 2012

Beginning of 5th year...


قريبا سنصلى في القدس
(Tidak lama lagi, kita akan solat di Al-Quds..InsyaAllah, Ameen)

Assalamualaikum wbt..


Selamat kembali ke sekolah!!! Sekolah perubatan. A long journey, but then just leave 2 years and half.

Pejam celik pejam celik. Tak sangka. Taat sungguh makhluk bernama MASA menunaikan tanggungjawabnya kepada Tuhan Cengkerawala.

Sudah 4 tahun aku merantau. Mencari erti kehidupan di rantau orang.

Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan... Dan aku sangat setuju~

Semalam sembang-sembang dengan adik bongsu, melalui Viber.

"Hakim ikut ke mami dan ayah melancong, masa cuti sekolah nanti??"

"Takkan Akim tak ikut kot, time tu kan besdey Akim. Mami buat untuk Akim, Akim tak ikut pulak.."

"Mana aci...hakim kecik-kecik lagi dah dapat hadiah best..Angah dah besar ni pun tak dapat hadiah best-best"

"Mesir tu hadiah angah la. Hari jadi angah sehari je, tapi angah duduk Mesir berapa lama??"

Aku terdiam. Dalam hati, tipulah kalau tak cemburu dengan Hakim yang kecik-kecik lagi Allah bagi rezeki melancong ke luar negara.

Dan selepas mendapat jawapan dari Hakim, buat aku terdiam. Dan terfikir mungkin kami saling mencemburui dalam diam. Mencemburui rezeki masing-masing.

juga terfikir kesahihan kata-katanya... "Mesir tu hadiah angah la. Hari jadi angah sehari je, tapi angah duduk Mesir berapa lama??"

MESIR.

Tipulah kalau aku tak menchentainya.

Teringat lagi sewaktu aku mendapat SMS diterima masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Aku ingatkan ada orang yang nak Wakenabeb aku. Yelah, masa tu aku dah seronok belajar di KMJ, Tangkak. Dah dapat kawan baru. Dapat roomate yang kamceng. Tiba-tiba dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Mesir. Bila masa aku apply aku pun tak tahu. Rupa-rupanya ini semua komplot mami dan ayah. Mereka mahukan salah seorang anak-anak mereka belajar dan graduate dari Timur Tengah.

Aku terfikir, kenapa aku yang terpilih?? Kan ada lagi anak mami ayah lain yang pandai2??

Dan tanpa persiapan yang mengujakan. Cukup-cukup hidup. Aku akhirnya sudah menjejakkan kakiku di mesir, Bumi brakah ini. Mujurkah alongku belajar di Rusia, kiranya pernah la aku melihat beliau mengemas beg pakaian untuk ke sana. Beg penuh dengan rempah kari, kunyit, sup bunjut, stok tomyam, ikan sardin dalam tin, maggi dan sebagainya. Aku pun mengikut jejak langkah beliau.

Tup tup....dah nak masuk ke tahun 5 aku dalam dunia perubatan ni. Masa berlalu pantas. Banyak sangat pengalaman pahit manis yang tak dapat nak diabadikan dengan tulisan.

Biasanya aku suka menulis pengalaman aku suka duka di sini. Untuk tatapan anak cucu cicit kelak.  Untuk mengabadikan kenangan detik-detik kehidupan. Dan kebanyakan gaya penulisan aku berkaitan dengan peristiwa yang aku sendiri alami.

Bila tengok balik muka kawan-kawan seorang-seorang. Nampak sangat perubahan dari Tahun 1 dahulu. Semua pun dah makin matang dan bergaya. Dulu masing-masing kecik je rasa nak mengharungi hidup di bumi Mesir ni. Dengan nak bertembung dengan pak dan mak arab yang besar-besar. nak rebut-rebut naik bas atau tremco. Nak bercakap pun macam ayam itik. Bahasa arab yang cukup-cukup makan. Jadual kuliah yang sangat pack sampaikan nak solat zohor pun kena curi-curi masa in between lectures. Jadual makan tak payah cakap la. Biasanya kami makan dinner sahaja, qada` sekali lunch yang hanya sempat kulum gula-gula. Itu pun jika terjumpa dalam beg kuliah.

Dan kehidupan mencabar macam ni lah yang mendewasakan kami. Sampaikan sekarang, kami masih boleh tersenyum jika tersesat jalan.

"Alaa, ape susah. Tanya je Pak or Mak Arab di sekeliling. Mereka pasti sudi menolong.."

Dan aku hanya tersenyum mendengar keluhan adik-adik junior yang katanya jadual kuliah pack. Cuti hanya sehari. Tak reti berbahasa arab. Rumah sewa tak chantek. Selalu kene tipu dll....Sebab aku pernah merasai keperitan semuanya itu~

Dan aku tahu dengan cara ini sahaja dapat mematangkan mereka~

Selamat datang ke Tahun 5. (Walaupun dah seminggu kuliah bermula)

Subjek2 yang belajar, macam tengok dalam movie-movie medic..

Macam diri sendiri dalam cerita House tu. Now, I`m practicing to be a Safe Doctor. Means, doctor yang boleh buat decision yang tepat, pada waktu-waktu yang gawat. Doktor yang boleh merawat simptom2 penyakit, malah merawat puncanya sekali. doktor yang hidupnya untuk berbakti kepada ummat, tanpa jemu dan letih.

InsyaAllah. Doakan..it is a long journey..

Kata my Professor, "Kita ni merawat manusia. Ibarat merawat mak awak, kakak awak, nenek awak...dan bukannya merawat kayu.."

Ye, aku faham cabaran yang bakal menunggu, tak mungkin sesenang memasak megi. Tapi InsyaAllah aku sangat yakin yang Allah sentiasa di sisi..

Buat junior2, selamat datang ke Mesir. Ini bumi barakah. dan aku sangat terhutang budi dengan Mesir ini. Bukalah hati untuk menerima setiap cabaran yang mendatang.

Kata orang, duduk di Mesir ni, Allah memang sengaja nak bagi pahala lebih dekat kita. Pahala SABAR.


MESIR. 
مصر
 م - Musibah
ص - Sabar
ر - Redha

Yok, JOM kaut banyak-banyak permata di sebalik debu-debu Mesir ni.. (ayat klise senior-senior..hehe)


dan, sahaja aku belajar perubatan ini, untukMu Ya Allah...mudahkanlah setiap urusanku, dan semoga ijazahku ini akan menyumbang kepada kebangkitan Islam kelak. Ameen~


قريبا سنصلى في القدس
(Tidak lama lagi, kita akan solat di Al-Quds..InsyaAllah, Ameen)
(^.^)



p/s: I LOve u... Mr. Medic ;)


yg semakin dewasa,
musyirahanan
2.02 am
bait Saifuddin Qutuz, Kaherah, Mesir terchenta

Saturday, July 7, 2012

Sebelum Balik


Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Segala puji untuk Allah.

untuk semua yang bernama kehidupan ini. Alhamdulillah.

Tanggal 3 july lepas, akhirnya kami tahun 4 dah boleh angkat bendera Merdeka.
tak aci sungguh, dah lah kami yang start xm dulu, tapi tup tup abes yang paling lewat jugak.
Takpe2, kami yakin yang senior memang kene banyak mengalah dengan junior. Ececece..

Tapi apa2 pun, untuk akhawat2 dan sahabat2 yang masih berjuang, teruskan perjuangan.
Percayalah, natijah dan keputusan xm kita ni Allah dah tetapkan, sejak azali lagi,
cuma Allah nak tengok usaha kita je skrg. So, jangan culas, usaha rerajin and selagi mana mampu.

*******************************************
Petang tu kami berkonferens riang.
Gumbiranya dapat tengok semangat2 baru. Ya Allah, semoga Engkau thabatkan hati kami.
dan memiilih kami untuk memegang mandat sebagai Daie..pewaris dakwah Ar rasul..Ameen.

DF
-Dakwah fardhiah. ataupun berkawan kerana Allah, dan sampai ke Surga.

hurm. Tak semudah bicara. Nak DF orang yang kita sayang,
Alahai, lagi la pancaroba.
Lagi2 la kawan2 yang dulu sesama huha-huha.
yang dulu sesama shopping tak ingat dunia.
yang dulu sesama Fly dan bawak henfon masa sekolah.
yang dulu sesama mengusha mamat2 hensem dan awek2 lawa.
yang dulu sesama bergossip dan bercerita.

Tapi, sekarang bila kita nak cakap bab Islam sikit,
"eheh, alahai..macam la aku tak kenal ko dulu"

T________________T

Ya Allah, kurniakan lah kekuatan...

*********************************************************************
Jumaat datang lagi.
Sedar tak sedar. Eyh dah jumaat. Petang2 baru kalut nak baca Surah Al-Kahfi.
Lepas tu pengsan sekejap, dek sebab penat kemas dapur.
Bila bangun je, kemas2 beg baju pulak. Then kemas buku sekolah.
Saje la letak elok-elok buku-buku sekolah atas rak buku, supaya nanti boleh baca sekali lagi.
eyh ye ke?

Err...

Tadi Sheikh Ust Farid cakap..
Betapa ramai orang yang memegang Ijazah Sarjana, tapi tidak Sarjana dengan ilmunya.

Bertanya kepada seorang ustaz,

"Agak2 berapa percent dari ilmu anta yang anta masih ingat lagi sekarang ni?"

"Entah la, agak-agak 10 % kot"


errr...errr..


Kalau aku diajukan soalan tu, ermm, ade sesiapa yang boleh jawab kan?
*Terasa macam ade batu besar tengah himpap kepala..*


T_________________T

Ibrah yang dapat, Kita kene menjadi ahli dengan ilmu kita. Kalau dah belajar tu, belajar tinggi-tinggi.
Biar dapat jadi Pakar. Baru la banyak perubahan kepada Islam yang boleh kita bawak.

dan kene luaskan ilmu pengetahuan. Bukan kita tahu ilmu yang kita belajar je,
kena tahu ilmu lain jugak. Ilmu sejarah, ekonomi., politik, isu semasa, pengetahuan am dan lain2.

Baru la kita ni ada nilai tambah.

************************************************************** 
Nak share satu tazkirah ringkas...

ANTARA GOLONGAN2 YANG SENTIASA DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT...



  1. Orang yang BERSUCI sebelum tidur. Iaitu mengambil Wudhu sebelum tido.
 hurmm..alang2 dah pg gosok gigi sebelum tido, so ape salahnya kalau kita ambil wudhu` sekali. Dapat jadikan tidur tu sebagai Ibadah, dan bukan sekadar pelepas lelah.

2. Orang yang menunggu solat berjemaah.

Means, orang ni bila azan je, beliau terus ambil wudhu` dan duduk di tikar sembahyang sambil menunggu kawan2 lain untuk bersama2 berjemaah. Subhanallah, sepanjang duduk itulah, malaikat akan mendoakan kesejahteraan beliau.

3. Orang yang berada di saf hadapan solat berjemaah.

4 Orang yang menyambung Saf pada solat jemaah.

kenapa kene luruskan sof? Sebabnya supaya Allah akan luruskan hati-hati kita. Allahuakbar!

5. Orang yang mengaminkan bacaan Al-Fatihah imam, serentak dengan Ameen para Malaikat.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya, selepas selesai Solat fardu.

Orang ni, selagi dia di tempat duduknya, Malaikat akan mendoakan beliau. So, lepas abes solat, banyak2 kan lah istighfar dan berzikir. Jangan lepas solat je, terus angkat punggung dan bersurai. Kadang-kadang dating lama-lama sikit dengan Allah kan sweet?? Takkan asyik nak dating dengan manusia je??

7. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya.
(nescaya, malaikat akan mengaminkan doa itu dan mendoakan perkara yang sama kepada beliau)

8. Orang yang menginfa` kan hartanya fi sabilillah.

9. Orang yang makan sahur.

So, jangan pandang remeh sahur ni. Bukan susah pun, bangun awal sikit je. Makan. pastu boleh Qiam sikit.
Then solat la Subuh. Mengantuk?? Haaa..dan tahu esoknya nak bangun sahur, tidur la awal sikit malam tu :)

10. Orang yang solat berjemaah, Solat Subuh dan Asar.

kenapa Subuh dan Asar? Kerana logiknya dua waktu ni sangat susah untuk berjemaah, sebab subuh ngantuk sangat, dan Asar tu time peak hour, lagi2 time keluar office dan semua orang pun tak sabar nak balik rumah sebelum jem. Semua pun dah berebut2 nk masuk LRT sebelum dia sendat.

Dan waktu ini adalah waktu pertukaran shift antara Malaikat yang menjaga kita, Malaikat Siang dan Malaikat Malam.

Allah bertanya kepada malaikatnya,
"Bagaimanakah keadaan hamba-Ku??" dan Malaikat menjawab " Aku meninggalkannya dalam keadaan bersolat dan aku datang kepadanya dalam keadaan bersolat"

Subhanallah~

11. Orang yang menziarahi orang yang sakit.

12. Orang yang menemani sahabatnya dalam keperluannya. (boleh baca lebih lanjut di sini )



So, jom jom..Rebutlah. Jadilah mereka yang sentiasa didoakan Malaikat. Malaikat akan mendoakan kesejahteraan kita dunia akhirat dan meminta supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita, Walaweyh..

Malaikot kot yang doakan. Takkan takmo?? *rugi laa...*

ok la, beransur dulu.. nak pergi siap-siap. Bakal pulang ke tanah air terchenta tak lama lagi. Mungkin ini post last sebelum terbang. Mungkin, barangkali.


p/s: Cuti ni banyak nya undangan walimah. Buat yang tak announce lagi, cepat2..weekend2 sangat limited. Itu pun macam dah penuh je dgn undangan. huu.. Mabruk untuk semua. Barakallahulakuma~

errr...dekat mana taiyyibin saya ni? huuu...


lots of love,
Musyirah Hanan Zulkarnain,
7.50pm
Bait amru, Rabaah, Nasr City, Cairo


Saturday, June 2, 2012

Umur 5 tahun


Bismillahirrahmanirrahim~

Peranan wanita~

A
erm, seawal anak mereka berumur 5 tahun,
mereka dah hantar anak mereka ke masjid berdekatan...
di sana berlangsung satu program, di mana kanak2 seawal 5 tahun dah mula diajar menghafal Al-quran..
setiap hari wajib menghafal dalam 1 jam..
in case kalau sekolah sesi pagi, petang tu cepat2 kanak2 tu pg ke masjid utk menghafal..
and sama la jugak, kalau sekolah sesi petang..pagi2 hari, dah mulakan dengan menghafal Al-quran..
Subhanallah..Subhanallah..

tak tergambar kepenatan di muka kanak2 suci itu~
malah mereka bersungguh utk hafal, dan dpt cpt2 bergelar Hafiz atau Hafizah...

*************************************************************

B
Pada umur yang sama, di satu dunia lain...
kanak2 berumur 5 tahun, semangat berlari2 ke arah motorsikal pakcik yang menjual aiskrim...
layan ais krim mmg best petang2 yang harmoni ni,
lps tadi dah penat main police-entry dengan kawan2...
balik rumah, terus tido..sebab penat sangat...

"Airil, tadi belajar apa dekat tadika??"
" Mummy, tadi Airil belajar ABC...cikgu tadika tadi ajar ABC dengan lagu~"

"ermm, besar dah anak mummy..Cikgu dah ajar Airil apa lagi??"
" kira-kira nombor, belajar mewarna.."

"erm, anak mummy ni dah pandai baca Alif Ba Ta ke?? ada tak cikgu ajar baca doa makan??"
"ermm..ada...tapi setiap minggu 3 hari je belajar Alif Ba Ta..haa, tp Airil dah pandai baca doa makan!!"

***********************************************************************
ketika kanak2 A berumur 5 tahun,
mereka sudah boleh membuat satu pementasan berikutan apa yang mereka hadapi setiap hari...
Di atas pentas, ada 5 kanak2 cumil sedang berlakon..masing2 melakonkan kegiatan seharian mereka...
ada yang sedang berjual beli, ada yang sedang berjalan kaki ke sekolah, ada yang sedang menolong ibu mereka di rumah...
Tiba-tiba,
muncul beberapa kanak2 yang berseragam polis datang membuat kekacauan...dan menembak sesiapa yang mereka temui...kanak2 ini pula melakonkan watak tentera Israel...

kemudian dtg beberapa kawan mereka..membawa stretchers..dan menarik rakan2 mereka ke tepi..

dan pementasan di akhiri dengan nyanyian Nasyid2 Jihad...
Subhanallah..kudusnya hati kanak2 ini...


*************************************************************************

Sedang di sudut dunia lain itu,
apabila kanak2 B melakonkan pementasan di akhir tahun pengajian,

Di atas pentas,
juga, 5 kanak2 cumil sedang berlakon..
seorang memakain sut bunga, seorang memakai sut kancil, seorang memakai sut kucing, seorang menjadi pokok...Cumil sgt~

Tiba2, mereka disergah oleh seorang kanak2 yg bersut Harimau...
kanak2 tadi bertempiaran lari...tetapi si kancil tetap tegar di situ..
*mengikut cerita2 org melayu, kancil terkenal dengan kecerdikannya~ Banyak cerita2 rakyat yg menceritakan tentang kecerdikan kancil yang mampu menipu binatang lain seperti buaya, harimau etc*

Sang Harimau berkata.." Si kancil, awak tau takut dekat saya ke??"
Si Kancil menjawab.." Untuk apa saya hendak takut dengan awak, sang harimau.."

"Yela, saya mampu membaham awak..Daging kancil pun manis jugak~"
"Saya ada satu teka-teki..kalau awak boleh menjawabnya, saya relakan diri saya dibaham oleh awak..."

and the rest is history~



Pembaca y budiman sekalian,
Agak2 anda boleh meneka siapa kanak2 A dan B itu??
mungkin kah saudara2 anda yang sedang melakonkan watak2 itu...

Mundur sungguh pemikiran kita. Sistem pendidikan kita sengaja melambatkan pemikiran kita..
katanya, kejam kalau nak paksa anak2 umur 5 tahun untuk terus menghafal Al-quran..
takpe, kasi slow2 la...ajar la basic dulu..ABC dan 1, 2, 3...mcm mane nak masuk sekolah rendah kalau ABC dan 123 x tahu lg..tp kalau x tahu Alif Ba Ta..lepas je kalau nak msuk sekolah~
nanti bila mereka dah besar, boleh la ibu bapa menghantar anak2 ke sekolah yang menghafal Al-quran..

anak2 ni x puas main lagi...xpe, kasi la mereka main kejar2 dulu...
main PS, tengok movie...
malah..Tom-tom bak tu..alahai~ tak ke cumil kanak2 dah pandai beraksi di pentas???

Saya rase nak pengsan tiap2 kali adek bongsu saya tengah layan Tom Tom Bak dkt Astro Ceria~
lagi2 tengok riak wajah ibu bapa yg turut bersama anak2 mereka..
kembang kempis hidung mereka, anak2 kecil dah bersuara emas..bole menyanyi sehebat Siti NurHaliza~
Pengsan saya tengok realiti masyarakat di sekeliling~

Tolong la semua!! buka mata anda~
best sgt ke?? Bangga sangat ke dgn dunia ni??
Kenapa tak ajarkan anak2 dr kecil dengan ilmu akhirat di dada??
takde la bila dah besar panjang, baru merangkak2 dia nk belajar solat...baru nak belajar mengaji.
tak kesian ke dengan anak2 ini?? Mereka tak tahu. Malah ibubapa mereka pun x tahu menahu utk ajarkan mereka ilmu akhirat ni~

Beza sgt anak2 produk kita..dengan anak2 produk Palestine..





Bila kita berada di zon selesa, kita rasa hepi..rasa gumbira..dan takmo kalau Allah tarik balik semua keselesaan kita..kita naik lemak dan byk bertangguh...

Tapi kalau kita dlm keadaan sesak, kita tahu kita tak byk masa..Nak tak nak, kita kene segera. kene cergas. kene bangkit~

So, kita nak anak2 kita, generasi kita nanti jadi mcm mana??
dari sekarang la kita kene melakar masa depan anak2 kita..
takkan la nak kejar dunia, tp terabai akhirat??
Sedangkan akhirat itu memang pasti??
dan Al-quran itu bukanlah setakat dibaca untuk menghalau hantu, yassin bukan dibaca setiap malam kames dan bila ada kematian sahaja, dan Al-quran bukanlah setakat takal~
Tapi itu adalah kehidupan kita. Makanan dan oksigen utk Hati dan Roh kita. Tanpa Alquran mereka akan mati. Lahiriahnya manusia nampak hidup..tapi hati mereka mati~
*tak aci sungguh tiap2 hari kasi badan kita makan ayam atau ikan, tapi roh x dpt makanan dia~*


Ibu, bapa dan Wanita, Ibu-ibu kene amek peranan utk mendidik anak2..
Tapi kaum ayah jgn lepas tangan ye...ini kerja bersama..anak milik bersama kan??
Cik abang dan kakak juga~


Sepatutnya inilah kehidupan kita. Tanpa Al-quran, kita akan mati~
Bapa borek, anak rintik~

so, kalau nak anak2 pandai mengaji, pandai solat dan pandai menghafal Al-quran~
dari sekarang la kita kene push diri kita utk semua itu~
Tingkatkan usaha utk mendekatkn diri dengan Kalam Allah~ Baru la boleh mengalir kepada anak kita~

betul tak??



p/s: maaf kalau x dpt nk selalu update. sekarang dlm mood exam. Doakan yg terbaik~
thanx reader~ :) take care semua~ May Allah bless...


bait amru,
11.42 pm,
11 rejab 1433H