Pages

Showing posts with label MHZ. Show all posts
Showing posts with label MHZ. Show all posts

Friday, April 3, 2015

Rumah Islam Kita (RI)




"Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah merupakan dua kewajipan asas di atas jalan dakwah dan wajib ke atas setiap muslim, lelaki dan wanita. 
Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya iaitu menegakkan rumahtangga muslim.


Individu muslim itu adalah seorang manusia akidah yang wajib disediakan untuk menjadi muslim yang sejati, yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan pemimpin yang patut diikuti.

 Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam." 
(Jalan Dakwah, Mustapha Mahsyur)



Maka disimpulkan di sini, terdapat 3 perkara asas di dalam dakwah:
1. Islah nafsak ( perbaiki dirimu) 
2. Wad'u ghairak ( menyeru orang lain) 
3. Menegakkan rumah tangga muslim.


Tetapi, sebelum mencapai fasa baitul muslim, terdapat satu fasa yang penting di antara Individu Muslim dan Baitul Muslim.


Iaitu RI. Rumah Islam.






Perumpamaan Rumah Islam

Rumah Islam seperti mengemudi sebuah feri. Yang dinaiki oleh penumpang-penumpang yang ingin menuju ke tujuan yang sama.


Islamnya rumah itu, bukan kerana namanya. Tetapi kerana Roh yang dibangunkan di dalamnya bersama-sama.


"Demi hidupmu, tidaklah negeri sempit kerana penduduknya. Tetapi yang menjadikannya sempit ialah akhlak pemimpin-pemimpinnya.” (As-Syahid Hassan Al Banna)

Saya melihat RI seperti sebuah negeri. Luas atau sempitnya rumah ini terletak kepada akhlak-akhlak penghuni di dalamnya. Tiada guna ruang tamu yang luas, bilik tidur yang banyak, tandas dan dapur yang selesa jika tiada roh islam di dalamnya.


Di dalam RI juga kita melatih 10 muwasafat tarbiah kita.

Namun tak dinafikan membina Rumah Islam adalah satu tarbiah yang sangat mencabar. Saya sendiri pernah melalui pelbagai adegan air mata sepanjang saya tinggal di RI.

Memilih dan mencari rumah yang selesa itu satu perkara. Kemudian membangunkannya dengan roh islam itu satu perkara pula.

Namun ketahuilah, di sebalik setiap mujahadah itu, terselit kemanisannya. Kerana kita tahu, kenapa kita bersusah payah membinanya.



1. Perbaharui niat. Menghidupkan RI adalah satu ibadah.

Seperti yang kita tahu, hidup di muka bumi ialah untuk beribadah. Baik kita belajar, bekerja, berkahwin malah harta dan masa kita adalah alat untuk beribadah. Maka, mendirikan rumah Islam itu termasuk di dalam salah satu ibadah.

Jika semua ikhwah akhwat merasakannya sebagai ibadah, maka semua mereka akan bersungguh-sungguh dan beriltizam untuk menjaga rumah itu sebaiknya. Bukan semata-mata RI itu kerana terpaksa atau kerana suka-suka.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda, 

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Di dalam situasi RI ini, alangkah baiknya jika kita berkongsi masa beribadah. Berbahagi pahala bersama. Contohnya, seorang ukhti yang bangun awal, kemudian dia membangunkan ukhtinya yang lain, mengejut ukhtinya bangun sahur dll.

2. Kebahagiaan RI yang dicita-citakan.

Kebahagiaan ni sebenarnya datang dari dalam diri. Dari ketaqwaan kepada Allah. Bukannya bergantung kepada luaran: rumah yang besar, makanan yang mewah, perhiasan rumah yang cantik dan sebagainya.



Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. (Al-Baqarah 2:103)

3. Iltizam dengan batas-batas Islam

Sudah nama pun Rumah Islam, maka haruslah ia selari dengan batas-batas Islam. Sayar teringat pesanan naqibah saya dahulu”

“ Seronoknya tarbiah di RI ni, bila awak nak tekan movie korea, dengar lagu-lagu lagha, calling2/sms lelaki ajnabi, awak akan terasa malu sendiri. Takkan la kamu sanggup membuat sesuatu yang bukan Islam di dalam Rumah Islam?”

*dush* Pesanan ini selalu terngiang-ngiang di telinga, especially bila saya tengah futur.

Selain itu, Elakkan boros di dalam berbelanja. Sekalipun kita ingin menghias rumah kita, pastikan ianya tidak membazir.

4.  Good communication dan saling menjaga ukhwah


Dalam kita berukhwah, terima kelemahan setiap ukhti dan sama-sama memperbaikinya. Banyak masalah yang timbul bila kita beranggapan bahawa ukhti-ukhti kita akan memahami kita. Padahal sebenarnya tidak.
Maka, seringkali berlaku kes-kes makan hati, kecil hati, sehingga terbawa-bawa kepada cakap-cakap belakang yang akhirnya merosakkan ukhwah sesama ukhti.

Hati-hati jika ini berlaku.

Sekalipun kita merasakan bahawa rumahku syurgaku, namun kita perlu sedar bahawa dunia RI ini bukanlah jannatun naim, syurga yang kekal. Tetaplah memiliki hati yang lapang dan sentiasa menjaga sensitivity hati ukhti-ukhti lain. Lebih-lebih lagi, perempuan ini terkenal dengan sifat emosionalnya.




5. RI adalah tanggungjawab dan amanah


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(At-Tahriim 66:6)  

Lazimnya, kita selalu caring bila ada ahli rumah yang sakit dan tidak sehat. Sebagai ukhti, kita berusaha untuk menjaga makan pakainya ketika itu. Sedaya upaya kita cuba memenuhi apa-apa keinginannya. Dimasakkan bubur sebelum ke kuliah dan ebagainya.

Namun, tidak pula kita prihatin dengan kesihatan iman ukhti-ukhti kita. Bila ada ahli rumah yang melambatkan solat, yang marathon drama korea, tidak pula kita terasa perlu menatang imannya dengan baik.


6. Rumah muslim sebagai pusat memancarnya cahaya

Kita mahukan rumah muslim yang menjadi rumah api yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat di sekelilingnya. Menjadi 'penerang' kepada ummah. Menjadi qudwah. Api yg akan menghapuskan kegelapan di sekelilingnya.

Kemudian api-api ini akan bertambah dan bersambunglah daerah-daerah nur sehingga mampu menerangi masyarakat. Sehingga negara itu mampu menjadi negara islam yang kuat asas islamnya.


Maka, akhirnya Ustaziatul Alam itu pasti akan tercipta.

Buatlah visi dakwah, perancangan peribadi kita dalam meracang setiap perkara. 

Bagaimana kita akan menghalakan rumah islam ini, sebenarnya sedikit sebanyak begitu jugalah bagaimana kita menghalakan rumah tangga kita kelak. Jika kita letakkan mind set duniawi sahaja, maka kita akan menghalakannya kepada dunia sahaja dan sebaliknya.


Gravity RI

Menjadi tuntutan, para daie perlulah bekerja dan masuk ke dalam masyarakat. Jika para daie mengasingkan diri ke dalam kelompok mereka sahaja, bagaimana mahu memperbaiki masyarakat yang fasad?

Kemudian, selepas bergelumang bersama masyarakat.para daie memerlukan satu tempat yang menjadi recharge energy imannya. Dan di sinilah pentingnya RI kepada para duat. Di saat dia penat dan lelah menghadapi manusia seharian, dia perlu kepada biah solehah yang mampu menariknya semula kepada Tuhan.

Jika tidak, duat tersebut akan tersasar mengikut arus masyarakatnya yang kacau.


Oleh itu, marilah kita sama-sama membangunkan RI kita. Bak kata Muharikah,



Kita mengimpikan biah yang mampu menjadikan kita lebih melaju dan melonjak lebih kehadapan dalam dua aspek: hubungan dengan Allah dan amal dakwah.

Kita mahu hidup, tidur, makan, minum, gurau senda, dengan sahabat-sahabat yang melakukan semua perkara untuk Allah. Mempunyai rumah yang diinfakkan untuk dakwah. Rumah yang digunakan bukan sahaja dihiasi subuhnya dengan ma’thurat serta riyadus salihin, atau rumah yang memudahkan ahlinya untuk berqiyamullail, namun rumah yang intensif dan dinamik perbincangan dan praktikal amal dakwahnya.

Maka, lazimi membaca doa rabithah di dalam setiap doa kita. Supaya Allah sentiasa menyatukan hati-hati kita di dalam ketaatan dan ukhwah islamiah.

Saling support each other, dan saling menasihati dengan tutur kata yang baik. Hidupkan rumah kita, supaya ia mapu menjadi penerang kepada mad’u-mad’u kita, dan bukanlah sekadar sebuah rumah program.

Kerana sebenarnya masih ramai yang ingin tinggal di RI, tetapi tak berkesempatan kerana kekurangan RI dan sebagainya.


Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfaal 8:63)


Di sini saya juga ingin memohon maaf diatas mana-mana salah dan silap saya sepanjang saya berada di RI di Mesir. Terima kasih banyak-banyak kepada ahli beyt asrar, amru dan SQ kerana sudi menerima baik dan buruk saya sepanjang saya tinggal bersama kalian. Halalkan makan minum saya, atau ada terambil barang tanpa izin dan sebagainya. 

Moga Allah memberkati kehidupan kalian semua. (^.^) 
Selama-lamanya kalian tetap di hati.


** Sumber: Jalan Dakwah, Mustapha Mahsyur.


Uhubbukum fillah,

MHZ
3 April 2015, hari ketiga BFG,
10.40am

Gombak, KL

Sunday, December 7, 2014

From Egypt to Spain with Love 3.0 (Cordoba)




26 Mei 2014

Perjalanan ke Cordoba juga diserikan dengan kebun-kebun pokok zaitun di kiri dan kanan. Sepanyol merupakan negara yang terbanyak mengimport buah zaitun, baik dari buah atau minyaknya.

Sama juga seperti di Toledo, kami cuba menjejaki kesan-kesan tinggalan islam di Cordoba. Namun kerana masa yang singkat, kami hanya sempat mengujungi Masjid Cordoba dan Madinat Al-Zahra sahaja.

***

Cordoba dalam lipatan sejarah


Cordoba, atau dalam bahasa Sepanyol Córdoba, bahasa arab Ù‚ُرطبة, merupakan salah satu bandar di Andalusia. 

Cordoba ditakluki oleh golongan Moors (penduduk Eropah yang beragama Islam) pada tahun 711 M daripada kuasa empayar Rom. Pengaruh orang Moor masih boleh dirasai di kota Cordoba hingga saat ini. Sewaktu pengaruh Islam, Cordoba menjadi bandar terbesar yang memiliki the most sophisticated culture dan sistem brokrasi yang paling maju dalam kalangan negara Eropah yang lain. 

Ketika Khalifah Bani Umayyah digulingkan di Damsyik, Syria pada tahun 750, Kerajaan Islam kemudian bertapak kembali di Cordoba sehingga 929. Apabila Empayar Islam diambil oleh Kerajaan Bani Abbasiyah, Abdul Rahman III (yang turut menjadi pesaing bagi jawatan Khalifah pada ketika itu) mengangkat dirinya menjadi Khalifah Cordoba yang mentransformasi kawasan jagaannya (Cordoba) menjadi suatu kerajaan yang terasing daripada Kerajaan Bani Abbasiyah.

Cordoba mencapai zaman kegemilangannya pada abad kesepuluh di bawah pemerintahan tiga pemerintah yang hebat iaitu Abdul Rahman III yang mendapat gelaran "al-Nasir" pada tahun 912, anaknya al Hakam II (961) dan Al Mansur ibn Abi Aamir (981-1002). Pada abad kesepuluh, Kerajaan Cordoba menjadi kerajaan yang paling hebat di Eropah pada ketika itu. Cordoba memiliki 250,000 penduduk, Lebih 1000 masjid dan 600 tempat mandi awam.

Kuasa Cordoba runtuh melalui persengketaan dalaman dalam awal abad kesebelas dan Andalusia berpecah kepada banyak negeri mini dipanggil taifa. Taifa yang paling berkuasa adalah taifa Seville. Cordoba kekal sebuah bandar Moor sehingga 1236 apabila ia jatuh untuk memajukan kuasa-kuasa Kristian dari utara. Sejarah Cordoba akhirnya tenggelam...

*menyelak-nyelak buku Sejarah tingkatan 4 silibus KBSM, bab enam*

Sumber dari SINI 


Seorang saudagar dari Mosul, Irak, datang ke Cordoba tahun 350 H / 961 M, ia menggambarkan kota ini dengan perkataannya,

“Kota di Andalusia yang paling besar adalah Cordoba. Di kawasan Barat tidak ada kota yang serupa dengannya dilihat dari sisi banyaknya penduduk dan luas daerahnya. 

Dikatakan bahwa Cordoba mirip dengan salah satu sisi Kota Baghdad atau bahkan mirip dengan Baghdad secara keseluruhan (Baghdad kota yang maju kala itu dan merupakan ibu kota Abbasiyah ). Kota Cordoba dibentengi dengan pagar tembok, dan terdapat dua pintu yang mengarah ke al-Wadi di ar-Rashafah yaitu tempat tinggal penduduk di dataran tinggi yang bersambung ke tempat tumbuh-tumbuhan lebat di dataran rendah.

Sumber dari SINI



Al-Himyari mengatakan,

 “Cordoba merupakan pusatnya Andalusia, ibu kota, dan tempat istana kekhalifahan Bani Umayyah II. Jejak-jejak mereka di sana tampak jelas, keutamaan-keutamaan Cordoba dan khalifahnya lebih banyak disebut (karena sedikit cacatnya). Mereka adalah tokoh-tokoh dunia dan orang-orang terpandang.

Mereka terkenal dengan madzhab yang benar, tingkah laku yang baik, identitas yang bagus, cita-cita yang tinggi, dan akhlak yang terpuji. Di sana terdapat ulama-ulama yang ternama dan para pemimpin yang mulia (ar-Raudh al-Mi’thar fi Khabar al-Aqthar, Hal. 456).


***

Madinat Al-Zahra


Madinat Al-Zahra


Madinat Al Zahra terletak luar sedikit dari kota Cordoba, hampir memakan masa 40 minit menaiki bas dari pusat Bandar Cordoba.

Dikatakan Medina az Zahra dahulunya merupakan pusat pemerintahan Cordoba, kerana melihat kedua-dua pentadbiran dan istana terletak di dalamnya. Namun sekarang, Madinat Al Zahra merupakan tinggalan dan menjadi tempat kajian arkeoloji dan tarikan pelancong.

Selepas membayar tiket masuk sebanyak 1.50 euro. Kami melawat museum yang disediakan, bagi mendengar sedikit sebanyak sejarah mengenai tempat ini. Kemudian kami dijemput menaiki bas khas yang membawakan kami ke kaki bukit tempat letaknya istana itu.

Salah satu tiang ukiran yang dapat diselamatkan

Istana Madinat Al-Zahra ini dibina dengan sangat teliti. Banyak rahsia-rahsia penciptaan terselit di sebalik seni bina tinggalan itu. Dan apabila seorang budak medic melihat seni binaan yang hebat, maka itu adalah satu kekaguman yang besar baginya! Walaupun dia tak punya ilmu untuk menghargainya.

Contohnya seperti pembinaan pintu masuk yang berbengkang-bengkok. Jalan ini sengaja dibina tidak lurus, bagi memastikan sesiapa yang melalui jalan itu untuk masuk ke kota akan memperlahankan kenderaan atau kuda tungangannya.

Sekaligus ia dicipta bagi mengelakkan musuh menyerbu kota ini dengan kudanya yang laju. Maka, dengan itu, mereka mampu melambatkan perancangan musuh.

*What a brilliant idea*

Pintu masuk yang sengaja dibina tidak lurus


Teringat saya akan satu ceramah Ust Salim A Fillah, mengenai jalan yang lurus.

“Doa terpenting yang biasa kita ucapkan dalam kehidupan seharian kita,

A006
Ya Allah, tunjukkan kepadaku jalan yang lurus. 

Minimum 17 kali sehari.

Terjemahan ini menjadi kemusykilan di antara kita kerana ketika menyebut JALAN YANG LURUS, ramai di antara kita membayangkan jalan yang lurus, mulus, indah yang tiada apa-apa rintangan melintang, tanpa onak dan duri, tanpa cabaran yang mendatang, dengan segala keinginan terkabul, segala yang kita impikan tertunai.

Sayang sekali, kerana kita melupakan satu fakta yang Allah sebutkan pada ayat yang berikutnya,

A007

Jalan yang lurus itu adalah jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat oleh Allah.

Maka al-quran ini kata ibnu Abbas RA terkandung di dalamnya 6000 kisah-kisah, 600 ayatnya tanda kebesaran Allah, 60 ayatnya tentang muamalah dan 6 ayatnya tentang hokum.

Maka,kisah-kisah yang banyak di dalam Al-quran ini menceritakan tentang apa?

Tentang JALAN YANG LURUS, iaitu jalan orang yang telah diberi nikmat oleh Allah SWT dari Nabi Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakob, yusuf, Ayyub, Shuib, Musa, Harun, Zulkefli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus,Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW .

Jadi kalau kita membayangkan siratal mustaqim ini, sebenarnya ia ialah jalan yang lurus kepada Allah.  

Sementara di dunia, jalan yang lurus itu adalah jalan yang ditempuh oleh Adam, yang turut membuat kesilapan, tetapi bagaimana ia memaknai sesal selepas membuat kesilapan.

A023
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Menyesali kegagalan bagi kita sebagai manusia ternyata lebih baik daripada Iblis yang mendabik dada.

Kita memohon jalan yang lurus adalah jalannya Nuh, Musa, Isa, Muhammad saw.

Jalan yang mungkin di dunia berliku-liku dan kita merasakan semuanya bagaikan asing, dan itulah hakikatnya jalan kita.

Mari kita memaknai jalan yang lurus yang selalu kita pinta setiap hari ini.”

Naqibah saya turut menambah,

“ Jalan yang luuurus itu sebenarnya lebih mudah mendapat kemalangan. Contohnya di Saudi, jalan rayanya lurus, maka terlihat banyak kemalangan yang terjadi. Jika dibandingkan dengan jalan berbengkok yang mana pemandu jalan raya pasti akan menekan brek dan lebih berhati-hati ketika melaluinya”

Erm.. simple analogi, yet sangat betul!

Dan apabila saya puas meronda-ronda Madinah Al-Zahra ini, saya dapati semua binaannya sangat berkait di antara satu sama lain. Malah, masjid yang dibina juga terletak elok, senget mengikut qiblat di situ. 


Peta Madinah Al-Zahra

Di salah satu bilik

Pintu gerbang utama

Peta Madinat Al Zahra

Mami dan Hazim di pintu masuk



Selesai meronda, kami dibawa menjamu selera ala-ala Classical Spain style. Uniknya restoran ini, ia sebenarnya merupakan gerabak kereta api lama yang telah diubah suai menjadi restoran yang menyajikan makanan yang lazat~

Alhamdulillah di atas semua nikmat ini.

" Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kau dustakan? " (Ar-Rahman: 13 ) 

T___T *tears*

Lunch here, with my SuperHero, Ayah terchenta 



(bersambung , InsyaAllah)


Related post: 

From Egypt to Spain with Love 1.0 ~




menulis Lillah,
MHZ,
8.20pm
6 Dec 2014 

Tuesday, November 4, 2014

#MERDEKA




Assalamualaikum wbt,

Salam 11 Muharam 1436H.

Dalam tak sedar, dah 11 hari kita masuk ke Tahun Baru.
Macam mana semua? Dah pasang azam baru?

Takpe, masih tak terlambat untuk pasang azam baru.

Semoga kita akan lebih proaktif dan memanfaatkan Tahun baru ini dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah.


dan saya pun memohon maaf kepada pembaca semua, dah lama tak menulis di sini. Kekangan waktu di samping grand final exam tak lama lagi.

Tapi, jangan risau, kalau anda rindukan karya saya, bole baca di Zine Enonimus ni. *perasan*

boleh donwload secara percuma di SINI



Alhamdulillah, kehadiran Zine yang ditunggu-tunggu.

Tahniah dan syukran jazilan kepada semua yang menjayakannya.

Saya jujurnya sangat tertarik dengan moto Hud Hud Media,

Mengfikrahkan indie,
Mengindiekan Fikrah.

Moga Allah berkati setiap usaha mereka menuju redhaNya.



dan berita baik untuk semua, insyaAllah saya dalam usaha untuk meng'compile'kan penulisan Travelog Spain saya, so nantikan.  (^.^)

Doakan Allah memberikan kelapangan masa kepada saya.


Dari Abu Hurairah ,dari Rasulullah SAW bersabda. 
"Perbanyaklah (meminta) doa kebaikan daripada orang lain untukmu,kerana sesungguhnya seorang hamba,tidak mengetahui terhadap lisan siapa dikabulkan(doanya) baginya atau diberikan rahmat."
(HR. Al Khothib,pada perawi Malik)


Jadi, Mohon doakan saya lulus cemerlang final exam ni, dapat grad dengan cemerlang, dipermurahkan rezeki dan dipertemukan jodoh yang baik ya. Syukran jazilan.


p/s: Tak sabar nak MERDEKA!! (Baca: Graduasi). Doakan :)



Take care people,

Salam Maal Hijrah,
MHZ,
11 Muharam 1436H
beyt Sq, Kaherah

Thursday, October 23, 2014

Tarbiah Dzatiah





“Apabila kita perhatikan, Abu Bakar as-Siddiq, jika ditimbang imannya pasti lebih berat dari iman umat Islam secara keseluruhan. Umar al-Khattab pun, daripada seorang penentang Islam yang tegar menjadi pejuang Islam yang digeruni, bahkan oleh syaitan!
Abu Hurairah  pun banyak meriwayatkan hadis, sedangkan ramai para sahabat lain lebih dahulu masuk Islam daripadanya dan lebih lama bersama dengan Rasulullah. Agak-agak macam mana para sahabat ni mentarbiah diri mereka? Kenapa mereka mampu menjadi sehebat itu, walaupun asasnya mereka semua memiliki murabbi yang sama, Rasulullah SAW dan membaca al-Qu’ran yang sama. Dan, ketika ini, kita pun turut membaca al-Qur’an yang sama, tetapi kenapa kita tak dapat menjadi sehebat mereka?”, Safiyah melontarkan persoalan.
Tajam menghiris hati.
“ Mana boleh disamakan kita dengan mereka. Mereka hidup sezaman dengan Rasulullah SAW. Boleh lah menjadi hebat,” Liyana membalas laju. Kurang bersetuju dengan soalan Amirah tadi.
“ Erm, inillah sebabnya kita sangat perlukan tarbiah dzatiah ni. Bila kita mendisiplinkan diri sendiri untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT secara bersendirian ataupun apabila bersama-sama akhwat lain.

Kita melazimi sesuatu amal bagi meningkatkan ilmu, amal dan takwa kepada Allah S.W.T tanpa pengetahuan orang lain untuk mencari redha Allah S.W.T. Inilah tarbiah dzatiah yang saya maksudkan.

Awak pun tahu, tarbiah ni tabiatnya sentiasa meningkat. Tidak statik pada satu tempat yang sama sahaja. Dan matlamat tarbiah hanya tercapai bila kita berjaya melazimi sesuatu amal bukan kerana diwajibkan oleh para murabbi kita, tetapi kita lakukannya semata-mata kerana Allah SWT. Kalau bukan diri kita yang perlu mentarbiah diri sendiri, maka siapa lagi bukan?” Safiyah menutup perbincangan dengan sebuah persoalan.

***
Masih terngiang-ngiang perbualan dengan Safiyah, kakak naqibahnya ketika liqa usrah 2 minggu lepas. Itu liqa terakhir yang dihadirinya.
Liqa minggu lepas pula, dia mempunyai tugasan lain yang menyebabkan dia tidak dapat hadir ke liqa usrah. Rindu kepada usrahmate membuak-buak.
Biasanya usrah menjadi tempatnya meluahkan segala masalah, lebih-lebih lagi kebelakangan ini tugasan kuliah sebagai pelajar tahun akhir menuntut lebih waktunya untuk belajar.
Dia buntu. Gagal menyeimbangkan di antara belajar dan dakwah tarbiah.
Mutarabbinya juga sudah lama tidak dihubungi. Mujur mereka memahami kesibukannya.

Suasana petang yang tenang itu tidak mampu menenangkan kocak di hatinya. Dia suka duduk di bawah pokok ini, bertentangan dengan Café Mesra dan berdekatan dengan sungai di tengah-tengah kawasan asramanya.

“ Assalamulaikum Liyana,” kedengaran satu suara lembut menegurnya. Membawa Liyana kembali ke realiti. Liyana menoleh ke belakang.
“ Ouh Amirah, Waalaikumussalam. Dinner dekat sini harini? “ Liyana bertanya ramah.
“ Aah, tengah tunggu makcik tu masakkan mee goreng mamak yang saya order tadi. Silau-silau, ternampak awak tengah termenung depan laptop ni. Banyak  lagi assignment yang kena submit?”, Amirah bertanya prihatin.
“ Ouh. Hurm.. Entah la. Assignment ni tak susah pun. Kebelakangan ni saya rasa kosong. Macam lost dalam dunia dan rutin harian saya. Solat-solat pun rasa macam satu reflex. Angkat takbiratul ihram, tup tup dah bagi salam. Bila baca maathurat pun, mula-mula baca al-fatihah, sedar-sedar dah tengah tadah tangan baca doa rabithah. Saya hilang di dalam dunia saya”, keluh Liyana.
Amirah menunduk. Turut memahami perasaan Liyana. Tipulah jika dia tidak pernah merasainya.
“ Bertaqwalah. Perbaiki solat dan istighfarmu. Kuatkan tarbiah dzatiah awak, insyaAllah awak akan temui semula diri awak yang hilang tu,” Amirah menasihatinya ringkas.
“ Awak orang kedua yang mention tentang tarbiah dzatiah ni. Tapi, saya rasa saya tak mampu nak berteleku atas sejadah lama-lama, beribadah semua. Banyak lagi benda lain yang saya perlu buat’, Liyana membalas jujur.
“ Liyana, awak dah salah faham. Tarbiah dzatiah ni bukannya macam kena jadi Pak Lebai dekat masjid. Awak jadi macam diri awak yang biasa, pergi kuliah macam biasa, cuma kita manfaatkan sebaiknya 24 jam seharian supaya dapat maximumkan untuk ibadah, menambah bacaan harian dan lain-lain”, Amirah menyangkal salah faham itu. Salah faham ini selalu melanda kebanyakan orang.
“ Ouh… Tapi, boleh tak saya nak focus kepada assignment dan kuliah saya dahulu. Nanti lepas dah grad, saya focus tarbiah diri saya boleh?”, Liyana bertanya jujur.
“ Semuanya terpulang kepada awak. Tarbiah tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan tarbiah. Saya rasa awak sepatutnya lebih faham apa yang terbaik untuk diri awak. Ok lah, saya beransur dulu ye Liyana, Nampak seperti mee goreng saya dah siap tu,” Amirah meminta diri.
“ Okeh. Selamat menjamu selera. Assalamualaikum”
“ Waalaikumussalam”,
Diriwayatkan daripada Ali R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Dua hal yang paling aku cemaskan atas engkau: panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Sesungguhnya panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat, sedang mengikuti hawa nafsu itu dapat menjauhkan diri dari kebenaran.”

" Kalau bukan diri kita yang mentarbiah diri kita, then siapa lagi?"

Nak tahu apakah Tarbiah Dzatiah dgn lebih lanjut, boleh dapatkan di Kedai Iman Shoppe dgn harga rm18. Atau order online di sini  http://bit.ly/tdzatiyah , dan tunggu buku sampai di hadapan pintu~

May Allah bless people~

p/s: Harap maaf, saya sedang berada di fatrah peperiksaan. Masa terlalu sempit untuk menulis. mohon doakan saya lulus final exam ini dan dapat grad insyaAllah.

MHZ,
3.00am, beyt SQ, Kaherah

Wednesday, July 23, 2014

Islamophobia, salah siapa?




 Seperti biasa, Prof Dr Taufiq masuk ke bilik kuliah dengan gayanya tersendiri. Baju kemeja kuning itu mengemaskan lagi imejnya.

“ Are you fasting today?” Soalnya memulakan bicara.
“ Yes, of course,” Balas kami serentak.

“ Why you are fasting?” Prof Taufiq menyambung soalannya.

‘Pelik. Eyh bukan ke sekarang ni memang bulan Ramadhan, kenapa Prof Taufiq tanya soalan macam ni,’ Monolog hatiku.

“ Because we are muslims,” balas seorang rakanku.

“ Are you sure ?”, Prof Taufiq menyoal pelik.

Kami terdiam. Semakin pelik dengan soalan yang dilontarkan. Adakah tudung yang kami pakai ini tidak menampakkan bahawa kami ini orang islam?

“We are not being muslim because our parents are Muslims. We’re not a Muslim because we’re born in Islam. No!

Find any other reason to prove that you’re Muslims. Keep on reading. When you read and study about others religion, then you’ll notice that Islam is only the true religion. You will found that other religion are not right.

That time, when you believe in it, then you are a real Muslim”, Sambungnya panjang. Laksana  memberikan nasihat kepada anak-anak.

“ Don’t only swim with Islam with word, but translate it with your act. Describe Islam in your routine life. Our enemy nowadays want us to swim deeply in doa, tawakal, but without action!”, tegasnya menamatkan bicara.


Definasi Islamophobia

Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat.

Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama.

Kasihan Islam. Dewasa ini, Islam bukan sahaja memiliki musuh yang memeranginya secara nyata seperti Israel, Yahudi, Kristian dll, tetapi ia juga memiliki musuh di dalam selimut dalam kalangan umat Islam sendiri.

Hedonism, liberalism, secularism dan segala jenis isme cukup menjadi duri di dalam daging kepada Islam.

Akhir-akhir ini, islamophobia pula menjadi satu mimpi ngeri. Propaganda media barat telah menjadikan keadaan ini lebih teruk. Peristiwa 11 september 2001 digunakan sebagai umpan media untuk memburukkan Islam di dalam pemikiran masyarakat dunia.

Penyebaran berita negatif tentang islam kepada non-muslim menyebabkan mereka mula bersifat pesimis pada Islam dan penganutnya. Oleh kerana kebanyakan masyarakat tidak memiliki idea yang betul tentang Muslim dan gaya hidup mereka, maka Non-muslim dimomokkan dengan Islam sebagai terrorism. Hukum hudud sebagai hukuman yang kejam dan bercanggah dengan hak asasi dan humanisme, Jihad dianggap sebagai extreme dan sebagainya.


Islamophobia di Malaysia

Apabila diajukan beberapa persoalan kepada non-muslim, kebanyakan mereka berpendapat bahawa apabila masuk Islam, harus masuk melayu.

Ataupun, mereka dimomokkan apabila masuk Islam harus berkhatan segera!

Ataupun, sikap umat islam sendiri yang tidak mengalu-alukan penghijrahan mereka. Lihat saja pada hari pertama Felixiau Yeap mengisytiharkan keislaman beliau, banyak pihak yang melahirkan kesyukuran di atas ‘ kelahiran semula’ beliau. Namun, tetap ada segelintir umat islam yang terus mengecam beliau dengan meminta beliau membuang gambar-gambar seksi beliau sepanjang menjadi model majalah Playboy dahulu.

Setahu saya, Islam ini agama yang indah dan tidak memaksa.
Untuk membuat penghijrahan itu pun sudah memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit, maka berilah ruang kepadanya untuk slow-slow memperbaiki dirinya dan membuang jahiliah dalam dirinya.

Setahu saya, menghentam di FB beliau bukanlah merupakan satu cara yang berhikmah!


Perkongsian ikhlas dari hati seorang Muallaf

Pada Sabtu yang lepas di program IRIS, pihak Hidayah Centre menjemput seorang muallaf untuk memberi ucapan selama 10 minit. Ucapan tanpa tajuk ini merupakan perkongsian yang lahir dari sudut dalam hati saudara kita ini. Sejujurnya, ucapan ini sangat menyentuh hati saya dan memuhasabah diri ini. 

Terasa betapa kerdil nya diri ini dibandingkan dengan dirinya. Terasa betapa sucinya dirinya dibandingkan dengan diriku ini. * Ucapan ini diubahsuai sedikit dari ucapan yang asal*

“Alright, I am very sure that all of you are very happy that I am a Muslim. Right? “, dia memulakan ucapannya.

“ Yess…”, semua hadirin menjawab serentak. Semangat!

“ Now. If an Indian become a Muslim and most of you are very happy, so what if 100 people are become Muslims, you must be greatly happy right?”

“ Yess…”, jawapan yang pasti.

“So, what have you did my dear muslims? How much dakwah are you doing?” soalnya kembali.

Aduh.. soalan yang pedas berbisa menusuk kalbu. Tersentap!

“ How many of you have doing dakwah Islam or brief about dakwah Islam to non-muslim? You might be very happy in the mosque, tetapi nak buat dakwah itu tidak!”, soalannya melahirkan kekesalan.

Di sini, saya simpulkan bahawa ada 3 cabaran yang menghalang kita membuat dakwah:

1-      Tak kenal ramai orang non-muslim
2-      Tak cukup ilmu pengetahuan tentang Islam
3-      Tak tahu macam mana nak mula

“ Actually, all of these have their own solutions”

1.      Tak kenal ramai orang non-muslim

“ I am very-very sad because we are living in Malaysia.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain) “ (Al-hujurat: 13)

Saya bersyukur bahawa kita tinggal di Malaysia, negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa.

2. Tak cukup ilmu pengetahuan tentang Islam

Awak tak perlu hafal banyak ayat Al-quran, atau hadis-hadis pun untuk memulakan dakwah”

No. Cukuplah awak tahu rukun iman, rukun Islam dan apa-apa yang berkaitan dengan Islam yang perlu orang lain tahu.

Cukup. That’s is enough!

3.      Tak tahu macam mana nak mula

Jangan risau. Mereka di Hidayah Centre akan membantu. Datanglah kepada mereka, dan mereka akan mengajarkan anda!

Buat masa sekarang ini, muallaf ini sedang berdakwah kepada 6 orang non-muslims. 4 orang Indian dan 2 orang Chinese.


Skrip daripada Teater Islamophobia

Sekarang, ramai orang Islam kerana mek melayu. Mereka sanggup meningalkan keluarga mereka hanya kerana perempuan melayu.

Ramai orang di luar sana yang fobia terhadap islam. Dan menjadi tanggung jawab kita untuk membetulkan salah tanggapan itu. Tetapi, apa yang kita buat sekarang?

Apabila ada orang yang berminat dan bertanyakan Islam kepada kita, Kita hanya katakan kepada mereka,

“ Brothers, bacalah buku ini. Bacalah buku itu. Tengoklah video ini, tengoklah video itu”.

Itu sahaja. Kita tak aktif berdakwah dengan mereka. Kita suruh mereka baca dan kita relax. We transfer the responsibility to them. Tanggungjawab berdakwah  kepada non-muslim terletak di tangan kita. Bukan di tangan hidayah Centre, MAIS, JAIS, JAKIM etc.

Tidak!

Ini adalah tanngung jawab orang Islam bersama.

dan dia menutup ucapannya dengan beberapa persoalan yang ditanyakan kerana dia mencintai Allah, bukannya untuk melukakan hati saudara-saudara seislamnya.

Because he love Allah.

“Saudara saudari, anda mungkin telah belajar di sekolah agama, anda mungkin mengajar di sekolah agama,  atau anda mungkin mengajar tentang subjek Islam di Universiti atau Kolej, berapa ramai yang telah masuk Islam kerana kamu?”

“Anda mungkin bergelar Haji, Hajah, Ustaz atau Ustazah, berapa ramai yang telah masuk Islam kerana kamu?”

“ Anda mungkin berjanggut, berkopiah, berserban. berapa ramai yang telah masuk Islam kerana kamu?”

Anda mungkin pakai jubbah labuh, sarung tangan, sarung kaki, berpurdah, berapa ramai yang telah masuk Islam kerana kamu?”

Bila anda memakai pakaian sebegini, anda sebenarnya membawa mesej bahawa anda ini adalah orang alim. Apabila non-muslim melihatnya, , mereka kagum. Dalam hati mereka pasti terdetik bahawa anda adalah orang alim.

Their expectation is very high!

“ Anda mungkin bekerja seorang pegawai di MAIS, JAIS, JAKIM, berapa ramai yang telah masuk Islam kerana kamu?”

“ Anda mungkin ketua pengarah di MAIS, JAIS, JAKIM, berapa ramai yang telah masuk Islam kerana kamu?”

“ Anda mungkin imam di masjid atau mufti, berapa ramai yang telah masuk Islam kerana kamu?”

Mungkin anda ini presiden PAS, UMNO, PERKASA, IKRAM, ISMA, berapa ramai yang telah masuk Islam kerana kamu?”

Kalau sudah, Alhamdulillah.

Tetapi kalau masih belum. Jom! Kita sama-sama berdakwah untuk Islam. Kita cuba mendakwahi seorang non-Muslim dengan tenaga kita sendiri. InsyaAllah, akan berjaya” dia menutupkan ucapannya dengan harapan setinggi gunung.


Bagaimana Menangani Islamofobia?

Action speaks louder than words.

Sahabat-sahabat sekalian, mari kita muhasabah diri kita. Sejauh mana kita benar-benar Islam? Sejauh mana kita benar-benar menghargai keislaman kita? Adakah disebabkan diri kita gejala Islamophobia ini muncul dalam kalangan masyarakat?

Mari kita perbaiki diri kita. Sesungguhnya musuh-musuh Islam pasti bergembira apabila melihat umat Islam hanya pandai bercakap, tetapi tidak langsung beramal.

Betulkan salah faham ini. Mari kita memperbaiki aqidah dan akhlak kita, dengan menunjukkan gaya hidup Islam yang sebenar. Jangan merosakkan nama Islam dengan pergaduhan sesama umat Islam. Dan lebarkan jaringan komunikasi kita. Mari kita kuatkan semangat untuk mula mendakwahi non-muslim.

***

“Andai kata saya mati dalam keadaan tak beriman kepada Allah, saya akan dakwa tuan-tuan puan-puan di akhirat kelak!”  ucap seorang muallaf di dalam forumnya.

Sekali lagi tersentap!

Tanyakan kepada diri sendiri, saya berharap kita sudah menyiapkan jawapan kita apabila ditanyakan di hadapan Allah kelak!




Salam Lailatul Qadr,
MHZ,
25th Ramadhan 2014
Rumah Along, Senawang