Pages

Showing posts with label jurnal Mesir. Show all posts
Showing posts with label jurnal Mesir. Show all posts

Monday, April 27, 2015

Inspirasi: Dr Faizah 1.0





“ Hello Musyirah. How are you? Can you help me something?”

Satu hari Mr Hassan Nahla menelifonku. Ketika itu saya masih di tahun 2 pengajian. Mr Hassan ni kawan ayah saya. Egyptian yang menjadi tourist guide semasa family saya datang ke Mesir 6 tahun dahulu.

“ Hello Mr Hassan. Yes Alhamdulillah, I’m fine. Yes, surely I can InsyaAllah” saya membalas. Masih kehairanan kerana mendapat panggilan ini.

“ Actually, now I’m having a couple of Malaysian people, coming to Egypt for Conference at Alexandria. But for these few days, they’re visiting a few places in Cairo before going to Alexandria. “ Mr Hassan memulakan mukadimahnya.

“ Ouh I see” balasku ringkas. Masih menghadam butir-butir ayat tersebut.

“ So for now, they wanna go to Al-Azhar University. But I didn’t make any permission letter for it. And I was thinking about you. Mind if you help me to bring them inside? Visiting Al-Azhar University, your university” Mr Hassan sampai ke tajuknya yang sebenar.

“ Okay. When it is?”

“ Tomorrow”

Aku terdiam sejenak. Berfikir-fikir jadualku. Rasanya seperti tiada apa-apa perancangan keesokan hari.

“ Hello, Assalamualaikum. Musyirah ye. Saya Dr Faizah daripada IJN. Saya dan suami tengah ada di Kaherah ni dan saya nak sangat melawat ke University Al-Azhar, universiti tertua ni. Boleh bawakan kami?”

Sebelum saya sempat memberikan persetujuanku, tiba-tiba panggilan di sebelah sana sudah bertukar orang. Mendengar suara orang Melayu sebangsa denganku buat saya rasa tak sampai hati untuk menolak.

“ Okay, esok ye. Saya boleh InsyaAllah”, pantas terusku bersetuju.

“ Alhamdulillah.. Terima kasih banyak-banyak ye Musyirah”.


***

Itu saat pertama perkenalan kami. Masih terngiang-ngiang di telingaku akan panggilan telifon itu. Nak dijadikan cerita, keesokan harinya Mr Hassan menjemput saya di Hayyu Sabiek, Madinah Nasr. Kemudian, kami menuju ke Universiti Al-Azhar.

Sambil-sambil itu kami sempat bertaaruf ringkas di dalam van. Rupa-rupanya Dr Faizah merupakan seorang doctor pakar paediatric di IJN. Subspecialist in Paedatric ICU. Jarang-jarang saya menemukan pakar sebegini.  Dan lebih mengejutkan saya, Dr Faizah berumur hampir sebaya dengan mami saya. Logic pun, untuk menjadi seorang doctor pakar, pasti mengambil masa bertahun-tahun untuk mengambil master dan pHd.

“ Lama ke doctor di Mesir ni?”

“ Lebih kurang 5 hari. Tak payah panggil saya doctor. Panggil akak je.”

“Akak ke makcik?”

“ Makcik macam tua sangat. Akak pun boleh” dia merendah diri.

Demi menghormati permintaannya, saya memanggilnya dengan panggilan Akak sehingga sekarang. Even sebenarnya dia muda beberapa tahun sahaja dari mami.


Ketika kami sampai di pintu universiti, malangnya pakcik guard tak membenarkan kami masuk tanpa surat kebenaran.

Jadi, bagi mengubat kekecewaan kerana tidak dapat memenuhi hajat di hati, saya dan seorang rakan menemani pasangan ini membeli belah di Khan Khalili, yang terletak bersebelahan dengan Masjid Hussein dan Masjid Al-Azhar.

Alhamdulillah, puas hati kerana dapat membantu mereka. Untuk pengetahuan, jika anda tidak reti berbahasa arab dan membeli belah di sini menggunakan bahasa Inggeris, bersiap sedialah untuk diketuk. Pasti pak-pak Arab ni akan letakkan harga yang tinggi. Lebih-lebih lagi kepada mat-mat salleh! Harga boleh dinaikkan 5 kali ganda daripada harga asal!

Tapi bagi saya, ini lumrah jika membeli belah di mana-mana tempat pun. Lebih-lebih lagi jika membeli-belah tawar-menawar tanpa menggunakan bahasa tempatan di tempat yang tidak tetap harganya.


“ Terima kasih banyak-banyak Musyirah dan kawan sebab dah banyak membantu kami. Nanti kalau balik Malaysia, singgah la IJN tau. Boleh buat attachment sekali di sana.” Pelawanya kepada kami.

“ InsyaAllah. Lagipun IJN tu dekat aja dengan rumah saya”

Dan sejak itu, setiap kali saya pulang ke Malaysia, saya akan cuba menyempatkan diri menziarahinya di IJN. Malah saya sempat membuat attachment di IJN selama seminggu semasa pulang di akhir tahun 2 perubatan. 

***

“ So, how was your attachment?” Dr Faizah bertanya ramah. Ketika itu kami berjumpa seketika di pantry PICU (Paedatric Intensive Care Unit), tempat Dr Faizah bertugas. Saya pula ketika itu sedang membuat attachment di bahagian Cardiothoracic surgery.

“ Haaa.. teruk kami kena belasah dengan Mr Ezani. Dia tanya macam-macam medical questions. “ aku mula mengadu.

“ Tu la. I dengar jugak cerita you all kena marah dekat dalam operation room hari tu” 

Aduh, tak sangka sampai jugak berita itu di telinganya~


bersambung~


Sri Saujana,
MHZ,
27 April 2015

Friday, April 3, 2015

Rumah Islam Kita (RI)




"Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah merupakan dua kewajipan asas di atas jalan dakwah dan wajib ke atas setiap muslim, lelaki dan wanita. 
Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya iaitu menegakkan rumahtangga muslim.


Individu muslim itu adalah seorang manusia akidah yang wajib disediakan untuk menjadi muslim yang sejati, yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan pemimpin yang patut diikuti.

 Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam." 
(Jalan Dakwah, Mustapha Mahsyur)



Maka disimpulkan di sini, terdapat 3 perkara asas di dalam dakwah:
1. Islah nafsak ( perbaiki dirimu) 
2. Wad'u ghairak ( menyeru orang lain) 
3. Menegakkan rumah tangga muslim.


Tetapi, sebelum mencapai fasa baitul muslim, terdapat satu fasa yang penting di antara Individu Muslim dan Baitul Muslim.


Iaitu RI. Rumah Islam.






Perumpamaan Rumah Islam

Rumah Islam seperti mengemudi sebuah feri. Yang dinaiki oleh penumpang-penumpang yang ingin menuju ke tujuan yang sama.


Islamnya rumah itu, bukan kerana namanya. Tetapi kerana Roh yang dibangunkan di dalamnya bersama-sama.


"Demi hidupmu, tidaklah negeri sempit kerana penduduknya. Tetapi yang menjadikannya sempit ialah akhlak pemimpin-pemimpinnya.” (As-Syahid Hassan Al Banna)

Saya melihat RI seperti sebuah negeri. Luas atau sempitnya rumah ini terletak kepada akhlak-akhlak penghuni di dalamnya. Tiada guna ruang tamu yang luas, bilik tidur yang banyak, tandas dan dapur yang selesa jika tiada roh islam di dalamnya.


Di dalam RI juga kita melatih 10 muwasafat tarbiah kita.

Namun tak dinafikan membina Rumah Islam adalah satu tarbiah yang sangat mencabar. Saya sendiri pernah melalui pelbagai adegan air mata sepanjang saya tinggal di RI.

Memilih dan mencari rumah yang selesa itu satu perkara. Kemudian membangunkannya dengan roh islam itu satu perkara pula.

Namun ketahuilah, di sebalik setiap mujahadah itu, terselit kemanisannya. Kerana kita tahu, kenapa kita bersusah payah membinanya.



1. Perbaharui niat. Menghidupkan RI adalah satu ibadah.

Seperti yang kita tahu, hidup di muka bumi ialah untuk beribadah. Baik kita belajar, bekerja, berkahwin malah harta dan masa kita adalah alat untuk beribadah. Maka, mendirikan rumah Islam itu termasuk di dalam salah satu ibadah.

Jika semua ikhwah akhwat merasakannya sebagai ibadah, maka semua mereka akan bersungguh-sungguh dan beriltizam untuk menjaga rumah itu sebaiknya. Bukan semata-mata RI itu kerana terpaksa atau kerana suka-suka.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda, 

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Di dalam situasi RI ini, alangkah baiknya jika kita berkongsi masa beribadah. Berbahagi pahala bersama. Contohnya, seorang ukhti yang bangun awal, kemudian dia membangunkan ukhtinya yang lain, mengejut ukhtinya bangun sahur dll.

2. Kebahagiaan RI yang dicita-citakan.

Kebahagiaan ni sebenarnya datang dari dalam diri. Dari ketaqwaan kepada Allah. Bukannya bergantung kepada luaran: rumah yang besar, makanan yang mewah, perhiasan rumah yang cantik dan sebagainya.



Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. (Al-Baqarah 2:103)

3. Iltizam dengan batas-batas Islam

Sudah nama pun Rumah Islam, maka haruslah ia selari dengan batas-batas Islam. Sayar teringat pesanan naqibah saya dahulu”

“ Seronoknya tarbiah di RI ni, bila awak nak tekan movie korea, dengar lagu-lagu lagha, calling2/sms lelaki ajnabi, awak akan terasa malu sendiri. Takkan la kamu sanggup membuat sesuatu yang bukan Islam di dalam Rumah Islam?”

*dush* Pesanan ini selalu terngiang-ngiang di telinga, especially bila saya tengah futur.

Selain itu, Elakkan boros di dalam berbelanja. Sekalipun kita ingin menghias rumah kita, pastikan ianya tidak membazir.

4.  Good communication dan saling menjaga ukhwah


Dalam kita berukhwah, terima kelemahan setiap ukhti dan sama-sama memperbaikinya. Banyak masalah yang timbul bila kita beranggapan bahawa ukhti-ukhti kita akan memahami kita. Padahal sebenarnya tidak.
Maka, seringkali berlaku kes-kes makan hati, kecil hati, sehingga terbawa-bawa kepada cakap-cakap belakang yang akhirnya merosakkan ukhwah sesama ukhti.

Hati-hati jika ini berlaku.

Sekalipun kita merasakan bahawa rumahku syurgaku, namun kita perlu sedar bahawa dunia RI ini bukanlah jannatun naim, syurga yang kekal. Tetaplah memiliki hati yang lapang dan sentiasa menjaga sensitivity hati ukhti-ukhti lain. Lebih-lebih lagi, perempuan ini terkenal dengan sifat emosionalnya.




5. RI adalah tanggungjawab dan amanah


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(At-Tahriim 66:6)  

Lazimnya, kita selalu caring bila ada ahli rumah yang sakit dan tidak sehat. Sebagai ukhti, kita berusaha untuk menjaga makan pakainya ketika itu. Sedaya upaya kita cuba memenuhi apa-apa keinginannya. Dimasakkan bubur sebelum ke kuliah dan ebagainya.

Namun, tidak pula kita prihatin dengan kesihatan iman ukhti-ukhti kita. Bila ada ahli rumah yang melambatkan solat, yang marathon drama korea, tidak pula kita terasa perlu menatang imannya dengan baik.


6. Rumah muslim sebagai pusat memancarnya cahaya

Kita mahukan rumah muslim yang menjadi rumah api yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat di sekelilingnya. Menjadi 'penerang' kepada ummah. Menjadi qudwah. Api yg akan menghapuskan kegelapan di sekelilingnya.

Kemudian api-api ini akan bertambah dan bersambunglah daerah-daerah nur sehingga mampu menerangi masyarakat. Sehingga negara itu mampu menjadi negara islam yang kuat asas islamnya.


Maka, akhirnya Ustaziatul Alam itu pasti akan tercipta.

Buatlah visi dakwah, perancangan peribadi kita dalam meracang setiap perkara. 

Bagaimana kita akan menghalakan rumah islam ini, sebenarnya sedikit sebanyak begitu jugalah bagaimana kita menghalakan rumah tangga kita kelak. Jika kita letakkan mind set duniawi sahaja, maka kita akan menghalakannya kepada dunia sahaja dan sebaliknya.


Gravity RI

Menjadi tuntutan, para daie perlulah bekerja dan masuk ke dalam masyarakat. Jika para daie mengasingkan diri ke dalam kelompok mereka sahaja, bagaimana mahu memperbaiki masyarakat yang fasad?

Kemudian, selepas bergelumang bersama masyarakat.para daie memerlukan satu tempat yang menjadi recharge energy imannya. Dan di sinilah pentingnya RI kepada para duat. Di saat dia penat dan lelah menghadapi manusia seharian, dia perlu kepada biah solehah yang mampu menariknya semula kepada Tuhan.

Jika tidak, duat tersebut akan tersasar mengikut arus masyarakatnya yang kacau.


Oleh itu, marilah kita sama-sama membangunkan RI kita. Bak kata Muharikah,



Kita mengimpikan biah yang mampu menjadikan kita lebih melaju dan melonjak lebih kehadapan dalam dua aspek: hubungan dengan Allah dan amal dakwah.

Kita mahu hidup, tidur, makan, minum, gurau senda, dengan sahabat-sahabat yang melakukan semua perkara untuk Allah. Mempunyai rumah yang diinfakkan untuk dakwah. Rumah yang digunakan bukan sahaja dihiasi subuhnya dengan ma’thurat serta riyadus salihin, atau rumah yang memudahkan ahlinya untuk berqiyamullail, namun rumah yang intensif dan dinamik perbincangan dan praktikal amal dakwahnya.

Maka, lazimi membaca doa rabithah di dalam setiap doa kita. Supaya Allah sentiasa menyatukan hati-hati kita di dalam ketaatan dan ukhwah islamiah.

Saling support each other, dan saling menasihati dengan tutur kata yang baik. Hidupkan rumah kita, supaya ia mapu menjadi penerang kepada mad’u-mad’u kita, dan bukanlah sekadar sebuah rumah program.

Kerana sebenarnya masih ramai yang ingin tinggal di RI, tetapi tak berkesempatan kerana kekurangan RI dan sebagainya.


Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfaal 8:63)


Di sini saya juga ingin memohon maaf diatas mana-mana salah dan silap saya sepanjang saya berada di RI di Mesir. Terima kasih banyak-banyak kepada ahli beyt asrar, amru dan SQ kerana sudi menerima baik dan buruk saya sepanjang saya tinggal bersama kalian. Halalkan makan minum saya, atau ada terambil barang tanpa izin dan sebagainya. 

Moga Allah memberkati kehidupan kalian semua. (^.^) 
Selama-lamanya kalian tetap di hati.


** Sumber: Jalan Dakwah, Mustapha Mahsyur.


Uhubbukum fillah,

MHZ
3 April 2015, hari ketiga BFG,
10.40am

Gombak, KL

Sunday, June 29, 2014

[Diari]: Indahnya Ramadhan di bumi Anbia




“ You will fast Ramadhan here?”, tanya seorang doktor di bilik bersalin.

“ Sure. We’re still having our clinical round and lectures during Ramadhan”, balasku.

“ Really? Its very hot here”, sambungnya lagi. Mungkin tidak percaya yang kami bakal menyambut Ramadhan di sini. Dalam musim panas yang membahang ini.

“ Yeah. I know. We already face it during Ramadhan last year”, sambungku lagi menyakinkan.

Dan dia membalas dengan anggukan.

Melihat suasana di sekeliling bilik bersalin itu, buat aku terfikir.

‘Agak-agaknya, macam mana la keadaanya bilik ini ketika Ramadhan nanti. Mesti doktor-doktor ni tak dapat pergi solat terawih sebab kene attend ibu-ibu yang akan bersalin bila-bila masa sahaja.’

Besarnya pengorbanan seorang doktor!

Aku terus teringat pesanan kakak iparku, beliau merupakan seorang HouseOfficer di Hospital Kuala Pilah. ( InsyaAllah akan menjadi MO tak lama lagi).

“ Angah appreciate la masa waktu study ni baik-baik. Nanti dah kerja, buzy sangat. Ramadhan tahun lepas akak dapat solat Terawih satu hari sahaja di Masjid, yang lain-lain tu kena solat sendiri atau tak sempat pun. Sebab kerja memang banyak. Pesakit-pesakit nak kena observe. Lagi-lagi kalau time tu tengah tagging”, pesanannya itu seolah-olah terngiang-ngiang di telingaku.

Besarnya tanggungjawab doktor!

Aku maklum sahaja akan maklumat ini, tetapi sekarang ini baru aku betul-betul merasakan bahawa saat itu semakin hampir denganku tak lama lagi. InsyaAllah tak lama lagi aku akan menghabiskan pengajianku di sini. Dan ini mungkin kali terakhir aku menyambut Ramadhan di bumi Anbia ini.

Pasti aku akan merindui suasana Ramadhan di sini kelak.


***

Ramadhan di Mesir

Can you describe Ramadhan in Egypt in one word?

“ Fantastic!”


Mengikut pengalaman saya selama ini, sejujurnya saya tidak tipu!

“Ramadhan di Mesir sangat-sangat hidup. Subhanallah!!”

Mungkin ada yang tidak dapat membayangkan betapa seronoknya ramadhan ini. Best itu definisinya macam mana ya? Kerana saban tahun mereka melewati Ramadhan sama sahaja seperti bulan-bulan biasa. Cuma ada tambahan Bazaar Ramadhan dan solat terawih sahaja. Di Malaysia, mungkin suasana tu belum tersebar lagi, tetapi sikit-sikit, tak lama lagi anda akan merasai apa yang saya rasa, InsyaAllah.


Suasana Ramadhan di bumi kinanah sungguh meriah. Walaupun menyambutnya jauh daripada keluarga di Malaysia, namun tidak terasa kesedihan itu dengan adanya rakan-rakan disisi dan ditambah pula dengan kemeriahan sambutan di sini.

Apabila tiba 10 hari terakhir syaaban, masyarakat arab sudah sibuk membuat persiapan. Selalunya masjid-masjid dan rumah-rumah akan memasang Fanus, sejenis pelita ala ala tanglong cina. Fungsi asalnya suatu ketika dahulu adalah untuk menerangi jalan-jalan dan lorong-lorong ketika malam hari. Dan digunakan ketika hendak keluar untuk ke masjid atau menziarahi kerabat.

Namun, masa berlari laju dan sekarang lampu jalan raya sudah berada di merata-rata tempat. Oleh itu fungsi asalnya sudah bertukar menjadi hiasan dan simbolik akan ketibaan bulan Ramadhan. Meriah. Cukup meriah (macam ala ala nak menyambut raya di Malaysia)

Fanus
Sambutan di masjid-masjid pun apa kurangnya, kebanyakan masjid mula menukar karpet-karpet lama kepada yang baru. Malah, ada juga masjid-masjid yang dicat baru dan diluaskan ruang solatnya untuk menampung bilangan jemaah yang bakal solat di sana. Juga ditambah dengan peralatan-peralatan baru. Selipar-selipar tandas juga ditambah dan ditukar baru.

Kemudian, apabila anda mengambil angin ketika riadha petang, anda akan mendapati di tepi-tepi jalan raya, di sudut-sudut hujung jalan, di celah-celah deretan kedai, banyak khemah-khemah kecil yang didirikan. Ia dinamakan Maidatur Rahman. Fungsinya sebagai tempat berbuka puasa dan menyediakan makanan untuk fakir-fakir miskin.

Suasana kota semakin indah dan ceria, membuatkan hati-hati tak sabar untuk menunggu tibanya bulan ramadhan yang dinanti. Seolah-olah ingin memeluk ramadhan supaya tidak terlepas dan berlalu pergi.

Apabila masuk sahaja malam pertama Ramadhan,kebanyakan orang Mesir akan saling mengucapkan “Ramadhan kareem, kullu sanah wa antum thayyibin” atau “kullu ‘aam wa antum bikhoir”. Dan dibalas “ Allahu Akran, Allah yang lebih Mulia. Saya tidak terkecuali mengucap ucapan itu kepada seorang pemandu teksi semasa saya berada di dalam teksinya. Dan saya turut mengucapkannya juga kepada jiran-jiran, cashier kedai, nurse-nurse, makcik cleaner di hospital dan rakan-rakan.

Satu hal menarik yang patut kita contohi ialah, di sepanjang bulan Ramadhan, di mana-mana sahaja boleh didengari bacaan al-quran. Baik ketika berjalan kaki, mahupun di dalam bas dan tremko. Ammu (pakcik) yang menjaga kedai-kedai khusyuk membaca Al-quran. Bacaan Al-quran diperdengarkan di dalam kenderaan. Sambil-sambil menunggu bas untuk ke destinasi, ammu-ammu, abang, kakak, makcik-makcik di stesen bas akan membaca Al-quran. Sehinggakan jika di mulut anda tersiul lirik-lirik lagu, terasa malu sendiri.

Al-quran sudah menjadi seperti handphone. Suatu keutamaan. Pergi ke mana-mana pun wajib dibawa dan dibaca. Sambil-sambil menunggu bas, makanan yang dipesan, masa berharga itu boleh di manfaatkan dengan bacaan Al-Quran. Maka tidak hairanlah jika setiap seorang daripada mereka pasti akan mengkhatam Al-quran at least sekali sepanjang bulan Ramadhan ini.

Benarlah, mereka memang menghargai bulan Ramadhan, bulan dimana diturunkannya Al-quran.

Firman Allah Taala:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..

"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. (1)


Bacaan Al-Quran di dalam bas, pagi hari dalam perjalanan ke Hospital

Satu suasana yang saya takkan lupakan ialah apabila menjelang waktu berbuka puasa, biasanya di tengah-tengah jalan raya ada sukarelawan yang akan mengedarkan makanan berbuka puasa. Simple sahaja makanannya. Beberapa biji kurma, halawah (manisan), dan ‘asir (air jus) yang sejuk dan manis. Kereta-kereta yang melalui mereka memperlahankan kenderaan dan mengambil sedikit juadah.

Sehinggakan ada juga kereta yang tidak mahu mengambilnya lagi kerana sudah penuh seat di sebelah pemandu dengan makanan-makanan daripada pit pit stop sebegini sebelum itu. Malah, kadang-kadang sampai tangan pun penuh, tangan kanan memegang air. tangan kiri memegang juadah. Tangan kawan pun pegang air lagi.

Jika ketika itu anda tiada duit untuk berbuka atau pun malas nak memasak, silakan keluar dari rumah dan berjalan menuju ke masjid dan pasti anda akan dapat berbagai jamuan makanan!

Benarlah, bulan ramadhan, bulan rahmah dan barakah. Rasa persaudaraan sesama muslim begitu kuat dan dapat dilihat dengan adanya saling tolong-menolong, sesama yang kaya dan yang miskin.

Dan tradisi pelajar-pelajar Malaysia, masing-masing pun tak mahu ketinggalan pahala menjamu orang berbuka puasa, setiap hari selalunya akan ada sahaja jemputan berbuka puasa di rumah-rumah kawan. Hari ini berbuka di Beyt Amru, esok di beyt Tariq, lusa di beyt SQ, tulat di beyt Ithar. Penuh planner dengan undangan iftar. Maka dapur pun keringlah tak berasap.

Selepas menjamu selera,kami akan terus bersiap-siap ke masjid terdekat. Biasanya kami membuat Masjid Hoping. Masjid-masjid Top (kerana bacaan Imam yang ‘basah’) harus dimasukkan ke dalam senarai yang harus diserang!




Di Masjid Salam, Hayyu Asyer. Solat tarawih dikerjakan 8 rakaat sahaja. Tetapi penuh dengan linangan air mata. Begitu juga dengan Masjid Tantawi, Hayyu Sabiek. Bacaan imam penuh penghayatan. Betapa khusyuknya beliau. Nada suara bertukar-tukar. Apabila imam membaca ayat-ayat tentang neraka,nadanya akan bertukar menjadi sedih dan merintih. Apabila membaca ayat tentang syaitan, nada bertukar keras. Apabila membaca ayat berkaitan orang-orang beriman, dan naimat-nikmat syurga, nada harapan kedengaran. 

Sehinggakan sesiapa yang tak faham bahasa arab pun boleh menjiwainya. Bahkan, terasa bahu berhinjut-hinjut menahan esak tangis ketakutan apabila ayat berkaitan azab neraka diceritakan. Apabila al-fatihah ditamatkan, bergegar masjid dengan suara Ameen daripada makmum. 

Mungkin suara imamnya tidaklah merdu, tetapi roh bacaan itu mengalir bersama-sama dengan makmunnya. Malah, satu rakaat yang dibacakan 2-3 mukasurat pun, tidak terasa lamanya kaki berdiri. Kemudian mereka akan menutup solat terawih dangan 3 rakaat solat witir. Sebelum sujud terakhir, akan dibacakan doa qunut.

Bacaan doa qunut merupakan part yang paling ditunggu-tunggu. Imam akan membacakan doa Qunut meminta supaya Allah membantu saudara-saudara kita di Syria, Burma, Mesir, Palestin dan dimana-mana sahaja. Turut diselitkan doa-doa keampunan kepada sekalian muslimin muslimat. Makmun akan menangis teresak-esak mengaminkan doa. Satu keadaan yang sukar didapati di Malaysia.

Di Mesir juga, tiada selawat yang dilakukan di antara setiap rakaat solat tarawih. Tetapi akan diadakan tazkirah selama 5 atau 10 minit selepas 4 rakaat solat tarawih. Solat tarawih akan disambung semula selepas berakhirnya tazkirah tersebut. Subhanallah.Tazkirah yang diberikan sungguh menyentap dan memuhasabah.  Betapa berbezanya dengan solat tarawih di Malaysia. 8 rakaat di Mesir sama panjangnya dengan 20 rakaat di Malaysia.

Tetapi di Malaysia, bacaan surahnya pendek-pendek. Malah, ada yang tak sempat hendak mengangkat takbiratul ihram, imam sudah rukuk . Ada seorang kawan saya menggelarkan masjid di taman perumahannya sebagai Masjid Thalathah ayat! (masjid 3 ayat).

*Aduh, jatuh kerusi*

Tetapi bergantung kepada masjid-masjid dan imam-imamnya juga,kerana ada juga yang menunaikan 8 rakaat dengan tenang tak tergesa-gesa.

Dan kemuncak suasana yang tidak mungkin dilupakan, suasana iktikaf dan Qiamullail, terutamanya pada 10 malam terakhir ramadhan. Makmun memenuhi saf-saf sehingga membanjiri jalan raya disebabkan masjid sudah penuh dengan bilangan yang tak disangka-sangka. Subhanallah. Malam mereka semakin meriah, cerah dan sungguh hidup, seolah-olah siang sudah bertukar menjadi malam! Lebih-lebih lagi pada malam ke-27 ramadhan, masing-masing berebut untuk mendapatkan saf hadapan.

Sehinggakan selesai sahaja solat Asar, kebanyakan makmun tidak berganjak daripada saf masing-masing. Kerana takut akan kehilangan tempat itu jika mereka bangun. Lebih-lebih lagi apabila rezekinya mendapat saf terhadapan.

Dan kawan saya yang baru sampai di masjid itu selepas berbuka puasa, terpaksa solat di tangga! Sedangkan fikirnya dia masih awal. Inikan pula mereka yang datang selepas azan isyak. Di mana pula tempat mereka? Mungkin di bahu jalan barangkali.

Ramadhan, time to change!



Masyarakat Mesir sangat menghormati dan memuliakan bulan ramadan ini. Kebiasaannya, apabila bulan ramadhan tiba,  serta merta mereka akan berubah menjadi baik. Yang tak bertudung, akan terus bertudung. Yang selalu marah-marah, akan banyak bersabar dan berselawat ke atas Nabi. Yang selalu menipu pun, tiba-tiba akan menjadi manusia yang amanah. Ajaib bukan?? Mereka sangat menghormati bulan mulia ini, sehingga secara tabiinya mereka tak sudi untuk mencemarkannya dengan sesuatu yang buruk.

Tetapi, bumi mana yang selamat daripada godaan nafsu?

Tidak dinafikan, masih ada jua manusia yang sanggup mencemarkan kesucian Ramadhan ini dengan perkara yang tidak baik. Pencuri, pengumpat, banyak sahaja yang bermaharajalela, namun kadar bilangannya berkurangan.

Lupakah anda kisah serangan di Medan Rabaah ketika solat subuh pada Ramadhan tahun lepas? Haa, itulah contoh manusia-manusia yang buta mata hatinya!

***

Terasa manisnya semua nikmat ini jika dapat melihatnya dan menghargainya dengan mata hati.

Oleh itu, kita pilih hendak menjadi yang bagaimana?

Typikal Malaysian yang 'hooray' dengan kedatangan ramadhan kerana tidak sabar mahu menyambut syawal, atau 'new & branded, ghuraba' muslim' yang mahu menyahut 'grand sale' dari Rabbnya, dengan mengikut apa yang telah diajar oleh 'great teacher' kita, Ar-Rasul S.A.W..


Mari, kita reset semula niat kita. 
Letakkan target kita untuk merebut sebanyak-banyaknya peluang kebaikan dan keampunan yang telah disediakan di depan mata ini.

Mungkinkah ini ramadhan terakhir buat kita??

(T__T)

Mari kita masuk ke bulan Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran,
beramal bersungguh-sungguh
dan graduate dari madrasah Ramadhan ini menjadi manusia yang baru, seperti bayi yang baru dilahirkan!

Jangan bertangguh!
Jangan biarkan kita tertinggal gerabak kereta api Ramadhan ini, jika tidak makan asap sahajalah jawabnya~

Jom semua!! Mari kita panaskan enjin masing-masing. Sudah sampai masa untuk memecut!

Mari jadikan Ramadhan kali ini pesta ibadah, dan bukannya pesta makanan.
Mari jadikan ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik, InsyaAllah (^.^)

Ya Allah, berkatilah Ramadhan kami.
Allahumma balighna Lailatul Qadr~ Ameen Ya Rabb!


** Tagging: House Officer yang baru start kerja akan kena tagging dulu selama 2 minggu.  Kerja setiap hari mula 7am-11pm. Selesai tagging baru akan bekerja mengikut shift.

p/s: Semua yang saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman saya beberapa kali menyambut Ramadhan di Mesir. Namun, tak dapat nak jangka bagaimana suasana pada tahun ini, 
sekarang Sisi memerintah, rasanya macam kurang meriahnya tahun ini. 
T__T



Ramadhan kareem!
MHZ,
1 Ramadhan 1435H
Beyt SQ, Kaherah,
8.00 pm