Pages

Showing posts with label The Spirit. Show all posts
Showing posts with label The Spirit. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Inspirasi: Dr Faizah 3.0



Dare to be different


 “ Akak dekat PICU atau PCICU? Saya dah dekat PICU ni” telifonku kepadanya. Ketika ini aku baru sahaja 2 minggu berada di Malaysia. Saja aku singgah sebentar di IJN untuk menjenguknya.

“ Okay, I datang ke sana” 

Dan telefon diletakkan. 5 minit kemudian beliau tiba di PICU.

“ So, apa cerita?” Dr Faizah memulakan perbualan selepas kami bersalaman.

“ Alhamdulillah.. saya dah habis belajar. Baru je sampai di Malaysia 2 minggu lepas.”

“ Alhamdulillah. Bestnya dah habis. So dah convo la ni?”

“ Aah. Itu yang saya balik lewat. Sebab nak tunggu convocation akhir mac yang lepas”

“ Ouh, share la dengan saya gambar-gambar graduation you..”

“ InsyaAllah..”

Dan kami meneruskan langkah ke bilik kerja Dr Faizah. Berborak sebentar. Tak manis rasanya kalau dilihat berborak sakan di ICU, sedangkan pesakit lain sedang kesakitan.

 “ Maaf lah. Bilik I bersepah. Lately banyak sangat kes. So banyak stay up di hospital” dia mempelawa aku masuk ke biliknya. Setiap doctor pakar di sini mempunyai bilik masing-masing. 

Sesuai dengan tugasan mereka yang sibuk, bagi aku bilik yang disediakan sangat selesa. Meja kerja terletak di satu ruang. Di sebelahnya terletak sebuah sofa empuk yang boleh dijadikan katil untuk take a nap. di satu sudut lain terletak sebaris rak buku yang memuatkan pelbagai buku-buku perubatan, al- quran, telekung dan peti ais.

“ Sebenarnya my mom baru passed away bulan February lepas. tu yang sekarang ni berserabut sikit. Rindu la dekat dia” dia memulakan bicara.

“ Innalillah. Meninggal sakit ke?”

“ Aah. Akhir-akhir tu I yang banyak jaga dia. In between kerja, I balik lawat dia. Tu yang sekarang ni rindu sangat bila dah tak ada”

Dan aku lihat wajah cerianya menjadi sayu. Suasana sepi seketika.


“ Ouh. So you sepanjang dekat Mesir dah hafal berapa juzuk Al-quran? “ 

Tiba-tiba Dr Faizah melontar soalan cepumas. Menukar tajuk perbualan.

“…. Juzuk Alhamdulillah..”

“ Alhamdulillah.. bestnya.. Hafal al-kahfi tak? “

“ Erm, basically saya tak menghafal Al-Kahfi. Tapi sebab selalu baca setiap hari jumaat, so dok kerap ulang, boleh la re-call kalau ada orang baca Al Kahfi dekat sebelah saya”

“ Ouh, boleh la ni I nak test”

Hehe… Aku tergelak kecil. Part ni sejujurnya memang aku cuak. 

“ My mother selalu pesan untuk baca surah al kahfi tu. Dia selalu pesan tu yang I teringat tu..”

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH akan meneranginya dengan cahaya di antara dua kali jumaat."
( H.R Hakim di dalam Mustadrak)

“ Musyirah, you boleh tolong I carikan ustazah tak. Yelah, dah tua-tua ni kan. I rasa nak baiki bacaan al-quran, belajar ilmu agama. Dekat IJN ni ada je ustaz, tapi kita tak selesa la dengan ustaz ni” dia meminta sesuatu.

“ InsyaAllah, saya cuba usahakan “

***

“ Masa I kecil, my parents tak ajar kami macam other parents. They never get sad kalau I adik - beradik dapat result teruk ke. Atau gagal ke. They never get sad. But, only one thing that will make them sad and angry:

Bila kitorang tak siapkan tugasan masing-masing.

Setiap pagi, mak akan bahagikan tugasan kepada kami adik beradik. Contohnya macam abang kena buang sampah, kakak kena beli something-something, I kena sapu sampah and so on.

So setiap kali after habis sekolah, semua orang akan balik rumah dan buat tugasan masing-masing. Then bila my parents balik dari kerja, dia akan semak tugasan masing-masing. Haa.. kalau time tu I tak buat lagi tugasan I, they’ll get very angry.

Pernah sekali tu selepas balik sekolah I terus pergi rumah jiran and main sampai petang. I memang lupa langsung tentang tugasan. Then bila I balik rumah, my mother dah tunggu I dengan penyapu! I ingat lagi benda tu sampai sekarang.

That’s how my parents teach us. They teach us to be a responsible person”, penuh perasaan dia menceritakan kepada saya. Ketika itu kami sedang menikmati makan tengahari yang dibelanja oleh beliau. Hehe.

" Ouh really? " jawabku teruja.

Seronoknya dibesarkan macam ni. Teringat pada ayah dan mami ku. Ketika kecil, ayah seorang yang sangat tegas dan garang jika berkaitan bab pelajaran ni. Ayah hanya menerima Gred A sahaja. Bagi ayah, Gred B sudah dikira gagal, walaupun mengikut gred sekolah gagal adalah di gred D.

Tinggi benchmark ayah. Err.

So, nakal macam mana pun kecil-kecil dulu, bila masuk bab study, langsung tak boleh main-main. 

“ Then bila you dah jadi orang yang bertanggungjawab, dalam apa-apa perkara pun you akan buat sungguh-sungguh. Kalau you jadi doctor, then you akan laksanakan tanggungjawab you dengan baik. You akan rawat pesakit you betul-betul. Siapkan kerja you dan tak bebankan orang lain atau nurse dengan kerja you yang tak sempat disiapkan" sambungnya lagi.

Menunganku berkecai. Terus aku masuk semula kepada topik perbincangan.

“ Betul tu. Kalau kita student pun. Then kita tahu tanggungjawab kita ialah belajar dan berjaya. Then we will move toward it!” aku menyambung mengiyakan. Cuba meletakkan situasi diriku ke dalam perbincangan ini.

To be a responsible person. 

Perkara ini tidak mudah, melainkan anda memang telah dididik sedari kecil.

Saya rasa, dunia ini akan aman jika semua manusia melaksanakan tanggungjawab mereka sebaiknya.

Pemerintah memerintah negara dengan saksama. Mendahului keperluan rakyat mengatasi keperluan diri sendiri.

Guru mengajar anak-anak murid dengan dedikasi. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Bukan sekadar menghabiskan silibus. Sebaliknya mendidik anak bangsa dengan ilmu dan akhlak.

Doctor akan berusaha menyelamatkan nyawa dan memberikan rawatan yang sebaiknya.

Chef di restoran akan memasak dengan kasih-sayang dan meletakkan harga yang reasonable untuk customer. Memasak dengan bahan mentah yang masih segar dan berkhasiat.

Even institusi masyarakat dan rumah tangga akan kembali harmoni.

Suami isteri akan cuba memberikan yang terbaik kepada pasangan masing-masing.

Ibubapa akan berusaha menjadi yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Anak-anak akan berusaha menjadi anak yang soleh/solehah dan sentiasa mendoakan kebaikan ibubapa mereka.

Pasti takkan ada kes haruan makan anak. Kes suami mencederakan isterinya. Kes guru merotan murid-murid. Kes pelajar melepak di shopping mall ketika waktu kelas. Kes rasuah yang bermaharajalela dll.

Pasti dunia akan menjadi aman.


Alangkah indahnya!

***

" Musyirah, one thing yang you kena selalu ingat! 

Hidup ni its not about you. Its all about giving. Memang you akan rasa terkorban. Tapi nanti Tuhan akan balas semuanya dekat akhirat. Tuhan kan Maha Adil ".

Pesanan terakhinya aku sematkan dalam diri.

Aku rasa sebenarnya tanpa Dr Faizah sedari, dia telah banyak memberikan aku inspirasi. Lagaknya yang bersahaja dan sikapnya yang rendah diri, buat aku lupa yang sebenarnya dia adalah seorang doktor pakar!

Terima Kasih Allah kerana menghadirkan ramai orang yang selalu memberikan aku inspirasi dan teladan dalam menjalani hari-hari mendatang, Alhamdulillah.

***

Erti hidup pada memberi.

Kerana pada memberi itu ada kemanisan dan kebahagiaannya. Dan dengan memberi itu sendiri, sebenarnya menghidupkan jiwa-jiwa kita!

The more you give, the more you get back.
Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita pula menerima.




Selamat Tahun Baru 1437 H.
Selamat membina azam baru yang akan dilaksanakan.

Minta maaf untuk mana-mana kesilapan saya dan doakan semoga saya dapat istiqamah dalam penulisan.

Semoga Allah memberkati kehidupan kita dan mendekatkan lagi kita kepada redhaNya.

Take care people~ (^_^)

Thanx for reading and support. Jazakumullahu khairan kathiran.



Pautan yang berkaitan:



MHZ,
2 Muharam 1437H
1.15am
Sri Saujana, Gombak

Monday, May 18, 2015

Allahu ghayatuna





Allahu ghayatuna

Jika ditanyakan slogan ini kepada ikhwah dan akhawat, juga sesiapa pun yang pernah mendengar slogan ini, pasti slogan ini sangat familiar.

Kerana di dalam perjuangan yang suci ini, akhirnya inilah matlamat semua, iaitu mencari Redha Allah.

Tetapi timbul satu persoalan yang bermain-main di fikiran saya, sebenarnya apakah yang istimewa pada slogan ini?

Bila saat kita menyanyikan nasyid ini, terfikirkan anda sejauh manakah kita betul-betul yakin dengan slogan ini?


Allahu ghayatuna dalam setiap aspek kehidupan

Apabila kita beriman dengan slogan ini, maka kita seharusnya membuktikannya di dalam setiap amalan seharian kita. Bukan hanya ketika membuat dakwah sahaja.

A020
Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini). (Al-Hasyr : 20)

Jika diteliti ayat ini, kita dapati tidak sama kesudahan ahli syurga dan ahli neraka di akhirat kelak.

Dan jika tidak sama kesudahan mereka di akhirat, pasti permulaan kehidupan mereka di dunia juga berbeza. Pasti takkan sama walau sedikit.

Baik dari segi aqidah, akhlak, ibadah, cara bergaul, dll. Pasti tidak sama. Barulah adil pembalasan bagi dua golongan ini di akhirat kelak.

Ahli syurga pasti akan menjadikan Allahu ghayatuna sebagai matlamatnya. Dan matlamat ini takkan berubah selama-lamanya. Malah dipraktikkan di dalam setiap sudut kehidupannya. Baik ketika pagi, petang, siang, malam, ketika masih bujang, atau sudah berumah tangga, ketika sudah beranak-pinak, bermenantu, bercucu, sihat, dan sakit, semuanya masih di dalam berputar di bawah satu matlamat, Allahu ghayatuna.

Allahu ghayatuna fi kulli makan….
Allah matlamat kita pada setiap tempat.

Di tempat kerja, di jalan raya, di sekolah, di universiti, di restoran, di rumah even di tandas. Kesemuanya Allahu ghayatuna.

Wa fi kulli zaman….
Allah matlamat kita pada setiap masa…

Ketika sakit, Allahu ghayatuna.
Ketika sihat, Allahu ghayatuna.
Ketika memberi nasihat, Allahu ghayatuna.
Ketika mendengar nasihat, Allahu ghayatuna.
Ketika datang kerja/ kuliah, Allahu ghayatuna.
Ketika tidak hadir pun, Allahu ghayatuna.
Ketika rehat, Allahu ghayatuna.
Ketika marah pun, Allahu ghayatuna.
Ketika memandu, Allahu ghayatuna.

Allah matlamat kita pada setiap keadaan…

Ketika bersendirian,
Di hadapan rakan-rakan dan keluarga,
Di dalam kenderaan,
Di dalam negara, di luar negara,
Sebelum graduasi, selepas graduasi,
Sebelum bfg, selepas bfg,
Sebelum bekerja, ketika bekerja,
Ketika bersama ikhwah akhwat..

Kesemuanya masih berpaksikan Allahu ghayatuna dan semua perkara dibuat kerana sebab yang munasabah(di dalam redhaNya.)


Allahu ghayatuna di dalam pelajaran

Oleh itu, bersempena musim peperiksaan ini, maka mari kita refresh semula semangat Allahu ghayatuna di dalam study kita. Seorang mukmin seharusnya mengetahui priority mereka. Buat ketika ini, fokuskan diri pada study masing-masing.

Di samping, menguatkan hubungan dengan Allah tanpa meninggalkan hak sesama manusia. Jangan melengahkan solat subuh semata-mata kerana ingin stay up. Dan ini juga tak bermakna anda boleh tidak memasak untuk ahli beyt semata-mata kerana pulun belajar. Cuba untuk menstabilkan semua tanggungjawab anda.

Bila kepala anda sudah tepu, cuba ubah mood study. Jika perlu, cari rakan-rakan untuk belajar bersama-sama. Lakukanlah apa-apa sahaja, asalkan anda yang menguasai mood anda, dan bukan sebaliknya.

Don’t too stress. Stress is killing. Terus ceria mendepani imtihan ini. Kerana imtihan ini hanyalah salah satu fasa dalam kehidupan anda.

Kerugian besar menanti

Maka di dalam perjuangan kita, kekalkan matlamat ini. Jangan double standard dan jangan menukarkan slogan hidup ini.  

 Analoginya seperti orang yang bermain bola. Bola akan dihalakan ke arah gol.
Dan tiang gol itu tetap berada di tempatnya. Mana boleh memindahkan tiang gol sesuka hati.

Begitu juga untuk mendapatkan redha Allah, tetaplah matlamat itu di situ.

Satu perkara yang menarik tentang Allahu ghayatuna ini, ianya boleh dicapai oleh semua orang. Baik yang pandai, yang miskin, yang kurang pandai, yang kaya, yang cacat, orang yang kurang hafalan, yang sihat, yang sakit, yang bujang, yang sudah berkahwin dll semuanya mampu mencapai matlamat ini InsyaAllah.

Jika saya katakan, dalam masa 5 tahun semua orang mesti menjadi jutawan.
Adakah ianya rasional?

Saya rasa tak semua orang mampu untuk menjadi jutawan di dalam 5 tahun sahaja.

Tetapi, jika saya katakan semua kita perlu menjadikan Allahu ghayatuna sebagai matlamat, maka ianya rasional. Kerana Allah itu Maha Adil.

Semua mampu mencapai sorgaNya, walaupun dia bukanlah budak agama.
Medan apa-apapun kita, maltamat ini boleh dicapai insyaAllah.

Kesimpulannya, jika kita benar-benar beriman dengan slogan ini di dalam kehidupan kita. Kita seharusnya:

1-      Akan mengajak manusia kepada Allah mengikut cara yang disuruh oleh Allah
2-      Membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang
3-      Oleh kerana Allah matlamat kita, maka kita takkan berhenti berlari sampai saat kita bertemuNya. Ikhlas dan istiqamah sampai bertemu redha Allah
4-      Ikhlas. Kita tidak mengharapkan apa-apa ganjaran daripada manusia
5-      All out di dalam setiap perkara, termasuk di dalam study dan kerjaya.

Buat yang sedang menghadapi peperiksaan, Bitaufik wannajah imtihan dan teruskan mujahadah!
Allah melihat kepada effort dan bukannya effect!





Moga Allah redha,
Salam imtihan,


Musyirah Zulkarnain
Gombak, 6.40pm

Monday, April 13, 2015

Contengan Kehidupan #3 : Jangan ambil risiko!




Edisi Pasca BFG


“ Erm, sebenarnya lama dah ayah nak cakap pasal ni. Dan Alhamdulillah malam ni ada kesempatan”, ayah memulakan bicara semasa dinner.

Aku hanya mengangguk.

‘Alamak, Ayah dah masuk tone serius. Harap-haraplah bukan bercerita tentang jodoh. Tak bersedia nak masuk bab ni lagi’, monologku seorang diri.

“ Ayah dah ceritakan perkara ni dengan Along dan Kak Tiqah. Sekarang turn Angah pulak.” Ayah memulakan mukaddimahnya.

Aku mula memasang telinga. Sambil-sambil itu menyuap laksa kegemaran ke dalam mulut. 

Kelihatan mami buat endah tak endah aja, laksa itu lebih menarik perhatiannya barangkali.

‘Hai, mami.. mami’.. hatiku tergelak kecil.

“ Ayah rasa perkara ni perlu dicakap, kerana Ayah observe, ramai anak muda sekarang ni kurang value ini. So, ayah nak mengingatkan angah. Lagi-lagi, nanti, profession angah sebagai doctor sentiasa memerlukannya”, mukaddimah ayah tak habis lagi.

‘Erm. nampak gaya macam bukan pasal jodoh. Okay, kena take serius ni’ hatiku tak habis-habis bersembang.

“ Dalam hidup ini, kita kena menjadi orang yang teliti. Jangan suka mengambil risiko!” Okay sampai ke point utama.

“ Apa yang ayah nak maksudkan di sini. Bila angah jadi doctor nanti. Jadilah orang yang cermat. Barulah kerja-kerja doctor nanti lebih teratur. Bila awak menjadi orang yang cermat, takkan ada kes tertinggal kapas ketika pembedahan, terlupa itu, terlupa ini.. indeed, bila awak tak tahu sesuatu, angah cakap je, saya tak tahu. Jangan mengambil risiko dengan bercakap sesuatu yang di luar ilmu kita...

“ Berbeza dengan orang yang suka mengambil risiko.. contohnya seperti football player. Pemain bola ni, especially attacker, bila dia dah di depan pintu gol. Dia kena sepak je. Masuk atau tak, itu rezeki. Sebabnya, kalau dia nak cermat sangat, ambil angle tertentu untuk gol, silap-silap bola itu akan ter passing kepada pihak lawan dan melayang peluang nak score. So, kerjaya football player tu memaksa dia menjadi seorang yang perlu mengambil risiko setiap kali menyepak bola”

“ Contoh mudah yang membezakan 2 jenis manusia ini, sama ada dia jenis yang cermat atau mengambil risiko ialah apabila awak menutup pintu pagar elektronik.

Seorang yang cermat, dia akan menekan butang tutup dan tunggu sehingga pintu tutup sebelum dia berlalu pergi.

Sebaliknya, orang yang mengambil risiko, dia akan menekan butang tutup pintu dan terus berlalu. Dalam hatinya terdetik, selamat dah tu. Tapi dia tak tahu, manalah tahu tiba-tiba pintu itu tersangkut dan sebenarnya tidak tertutup rapat! So, dia dah mengambil risiko terhadap keselamatan diri dan keluarganya.

Inilah yang ayah maksudkan tentang mengambil risiko dan tidak mengambil risiko. In my carrier, I’ve been trained by this. Kerja ayah dulu sebagai juru audit memerlukan ayah menjadi seorang yang sangat teliti. Check satu persatu laporan. Check setiap number, dari baris ke baris. Supaya tiada apa-apa kesilapan yang boleh dipersoalkan. And it develop this character in my life. “

Aku mengangguk. Setuju 200% dengan statement ayah. Dan mata aku sendiri melihat buktinya. 

Betapa Ayah sangat teliti dalam setiap perkara. Contohnya seperti ingin menggantungkan satu frame di dinding. Pada mata saya, frame itu sudah lurus. Tapi di mata ayah, ia masih tak lurus. Dan ayah akan betulkan walau dia hanya senget kurang seinci.

Matanya yang tajam membuatkan dirinya takkan duduk dia jika ada sahaja benda yang tak kena di matanya.

Even bila ayah berjalan di mana-mana, jika dia melihat sampah di kakinya, dia akan tunduk dan membuang sampah itu. Berbeza dengan aku yang hanya akan memandang sahaja sampah itu seolah-olah ia tiada, dengan harapan tiada siapa nampak kelibatnya. Atau berharap akan ada orang lain yang akan membuangnya. Haha

“ So, boleh setakat ini. Angah ada nak tambah apa-apa?”

“ Erm. Setuju semuanya. Perhaps, kalau kita bukan juru audit atau doctor pun, as muslim especially daie, kita memang perlu ada sikap ini. Contohnya bila kita disoal dengan sesuatu yang kita tidak tahu. Kita perlu bercakap, 'Aku tak tahu’. Mana boleh menghentam jawapan. Even Rasulullah pun tidak tahu semua perkara," aku menambah sedikit.

 ***

“ Tapi ayah, honestly, Angah mengaku Angah sukakan medic. Tetapi, angah tak suka kerjaya doctor.” Aku mengeluarkan statement. Berharap supaya Ayah faham dan tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“ Yelah. Sebab angah tak jumpa lagi reason untuk angah mencintai kerjaya doctor tu,” Ayah membalas ringkas. 

'Mudahnya beliau bercakap, yang merasainya aku.' bebel hatiku.

“ Haritu, masa Ayah mukhayyam (camping), Dr M ajarkan kami pakcik-pakcik satu benda sahaja. CPR.

Bayangkan satu slot tu hanya belajar tentang CPR. Kerana, CPR ini sangat penting untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Basic life support.

Dr M ni pun dulu, menghadapi dilema yang sama seperti Angah. Hingga sampai suatu hari, dia perlu membuat CPR kepada seorang pesakit. Pesakit tu dah collapse, dan Dr M buat CPR almost 30 minit. (Berganti-ganti juga la dgn org lain).

Bayangkan, buat CPR tu sangat penat, dan dia berusaha sungguh-sungguh. Sehinggakan doktor pakar yang bersamanya meminta dia give up sahaja. 30 minit sudah terlalu lama untuk mencuba.

Tetapi dia tak mahu berhenti. Dia terus membuat CPR tersebut. Dan ditakdirkan Allah, finally pesakit itu bernyawa semula!

Subhanallah. Kalau difikirkan, kalau la Dr M sudah give up awal-awal, mesti pesakit itu sudah di liang kubur. Tetapi kerana tekadnya dan rezeki Allah, Allah ingin memberikan pengajaran yang mahal kepada Dr M. 

Starting from that, Dr M tak pernah give up di dalam medic. Beruntung menjadi seorang doctor ni, Dengan ilmu yang ada pada awak, awak boleh  menyelamatkan nyawa manusia. NYAWA. Bukan benda main-main. Bukan benda yang boleh di jual beli.

If ayah ada kesempatan untuk undurkan masa, of course Ayah akan ambil medic!”, ayah menyambung semangat. Ada sendu di hujung nadanya.

Kelopak mataku bertakung. Tak dapat menyembunyikan sebak di hati.

Terima kasih Allah. Kerana kau hadirkan sebuah cerita yang memberi semangat untuk aku melangkah di dalam bidang yang mencabar ini.

“ Soon, satu hari nanti, Angah akan jumpa kisah angah tersendiri” ayah menambah lembut.

“ InsyaAllah, angah tak dapat nak janji lebih-lebih dengan Ayah. Tapi, Angah berjanji dengan diri sendiri, at least habiskan HO 2 tahun tu. Lepas tu, depends kepada kemampuan diri. Maybe akan stay dlm medic ni, tapi boleh jadi angah akan ambil Master benda yang menyimpang dari medic ni”, balasku di akhir perbualan.

“ Tak apa. At least you finish your HO. Dah dapat license, then you nak sambung apa-apa, up to you." Ayah membalas janjiku.



“ Erm.. InsyaAllah, I’ll try my best. Tapi Ayah… Erm, boleh angah nak HO di Sabah?” innocently aku bertanya.


Terus Ayah menggeleng laju.


"Kalau iya pun,jangan lah jauh sangat.." sambungnya. 



*hampa*




Terus maju jaya semua :)





Take care people, 

MHZ,
13 April 2015
Sri Saujana, Gombak, KL

Tuesday, November 4, 2014

#MERDEKA




Assalamualaikum wbt,

Salam 11 Muharam 1436H.

Dalam tak sedar, dah 11 hari kita masuk ke Tahun Baru.
Macam mana semua? Dah pasang azam baru?

Takpe, masih tak terlambat untuk pasang azam baru.

Semoga kita akan lebih proaktif dan memanfaatkan Tahun baru ini dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah.


dan saya pun memohon maaf kepada pembaca semua, dah lama tak menulis di sini. Kekangan waktu di samping grand final exam tak lama lagi.

Tapi, jangan risau, kalau anda rindukan karya saya, bole baca di Zine Enonimus ni. *perasan*

boleh donwload secara percuma di SINI



Alhamdulillah, kehadiran Zine yang ditunggu-tunggu.

Tahniah dan syukran jazilan kepada semua yang menjayakannya.

Saya jujurnya sangat tertarik dengan moto Hud Hud Media,

Mengfikrahkan indie,
Mengindiekan Fikrah.

Moga Allah berkati setiap usaha mereka menuju redhaNya.



dan berita baik untuk semua, insyaAllah saya dalam usaha untuk meng'compile'kan penulisan Travelog Spain saya, so nantikan.  (^.^)

Doakan Allah memberikan kelapangan masa kepada saya.


Dari Abu Hurairah ,dari Rasulullah SAW bersabda. 
"Perbanyaklah (meminta) doa kebaikan daripada orang lain untukmu,kerana sesungguhnya seorang hamba,tidak mengetahui terhadap lisan siapa dikabulkan(doanya) baginya atau diberikan rahmat."
(HR. Al Khothib,pada perawi Malik)


Jadi, Mohon doakan saya lulus cemerlang final exam ni, dapat grad dengan cemerlang, dipermurahkan rezeki dan dipertemukan jodoh yang baik ya. Syukran jazilan.


p/s: Tak sabar nak MERDEKA!! (Baca: Graduasi). Doakan :)



Take care people,

Salam Maal Hijrah,
MHZ,
11 Muharam 1436H
beyt Sq, Kaherah

Tuesday, April 22, 2014

[Repost] Penulis Yang Disayang Tuhan



Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah dengan rahmatNya, masih lagi kita dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini, menghirup nafas dengan bebasnya, Alhamdulillah.

dan Alhamdulilah juga, saya baru sahaja selesai menghadiri Forum Pena Daie.
MasyaAllah, kagum dengan semangat penulis-penulis semua. Suatu masa dahulu, saya juga pernah berada di tempat kalian. Namun ketika itu, peluang untuk berbengkel/ berbicara mengenai penulisan sangat terhad. Selepas saya sudah menulis mengarut2, baru lah saya menyertai beberapa bengkel penulisan yang ada untuk memperbaiki mutu penulisan saya. Beruntunglah kalian!

dan di bawah ini saya re-post semula beberapa perkara yang saya pelajari di bengkel penulisan suatu masa dahulu, sebenarnya kebanyakan point-point di bawah ini sudah dikongsikan di dalam forum tadi, errr, tapi tak ape, semoga membantu dan selamat menulis!!

Mari, kita jadi Penulis yang disayang Tuhan :) Moga Allah memberkati setiap usaha kita, ameen.

***

Jika tentera di sempadan, bersenjatakan  M-16 di sisi,
Doktor di hospital bersama sthatescope dan picagarinya,
Guru di sekolah beserta marker dan kapurnya,
Penulis pula bersenjatakan pena dan dakwatnya..

Untuk memberikan kebaikan kepada umah sejagat...

Siapa kata menulis ini perkara remeh? Perkara yang dilakukan pabila ada waktu lapang?

Kerana bisanya pena ini, hingga membawa Syed Qutb ke tali gantung. Betapa berbisanya kesan penulisan beliau kepada masyarakat, sehingga menakutkan pihak musuh!

Lihat kesannya!

Pesan Pak Latib, "Penulis harus sentiasa fikirkan apakah faedah yang diperolehi oleh pembaca-pembaca daripada penulisannya!"

Menulis bukan kerana suka-suka. Bukan hanya untuk kepuasan penulis. Bukan setakat meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Bukan setakat itu! Bukan!

 Dunia ini, dengan penulisan, dakwah dapat disampaikan dengan meluas. Malah mungkin akan bertahan bertahun-tahun lamanya. Seperti tulisan Hamka, kitab-kitab sejarah dan falsafah. Boleh bayangkan dengan usaha yang sedikit ini, pahala akan mengalir hingga ke kubur, walaupun penulis sudah meninggal dunia.

" Ya Allah, dari manakah datangnya pahala ini?"

" Daripada usaha yang kamu kerjakan di dunia ketika hidupmu"

Boleh bayangkan tenang dan gembiranya sang penulis di dalam liang lahad beliau? Tapi, itu jika menulis perkara kebaikan. Boleh bayangkan pula jika penulisan itu berunsur keburukan? Mungkin sampai ke kubur dosa-dosa akan mengekorinya! Nauzubillahminzalik..

Jadi, jika kita hanya menulis untuk kepuasan penulis. Untuk diabadikan sebagai catatan hidup, penulisan tidak akan ke mana-mana. Pahala tidak akan diganda. Berbeza jika kita cuba  untuk menulis, dan mengajak orang lain membacanya, siapa tahu dengan usaha kecil ini akan menyantun hatinya? InsyaAllah~ :)

Sasterawan vs Sasterawang

Sasterawang, istilah yang pertama kali saya dengari dari mulut Cik Puan Azzah AR ketika bengkel penulisan tempoh hari.

Pernah saya terfikir, kenapa menulis harus berkira tentang duit? Kenapa penulisan harus dibukukan? Jika dibukukan, buku-buku bestseller pantas sahaja kehabisan stok. Sehinggakan saya terpaksa fotostat untuk membacanya. Fikir saya ilmu harus disampaikan, tak perlu berkira sangat jika ada sesiapa yang ingin mencetaknya. Tapi sekarang saya mengerti, dunia kini, tanpa duit kita takkan ke mana-mana.

Dakwah perlukan duit. Bukan hanya untuk meneruskan hidup perlukan duit, tapi untuk tidak membiarkan dakwah terus berkubur, perlukan dana yang besar! Malah, penulis juga punya keluarga untuk disara, perlukan makanan untuk dimakan, perlukan pakaian dan barang keperluan. Malah, perlukan duit untuk membayar tol, cukai, dan duit kereta. *dunia sekarang nak buang air pun kene bayar. Huuu*

Oleh itu, nampak sangat keperluan WANG dalam penyebaran dakwah. Dengan wang, boleh diadakan program-program kebaikan, majlis-majlis ilmu, konsert amal Palestine, dan lain-lain.

*Tips dari Cik Puan Azzah, lagi tebal sesuatu buku, lagi tinggi royalti yang akan diperolehi.huu*

Bahasa Melayu Tinggi vs Bahasa Melayu Rendah

Biasa kita dengar pasal bahasa arab tinggi kan? BMT bukanlah bahasa melankolik yang berbunga-bunga. BMT hanyalah bahasa Melayu yang kita belajar di sekolah. BM yang betul tatabahasa dan penggunaannya.

Ramai orang termasuk saya berfikir, jika menulis dengan BMT, penulisan akan menjadi skema dan bosan serta tidak 'basah' dan tidak sampai ke hati, tapi ini sebenarnya hanya akan berlaku jika penulis tidak pandai menggunakannya dengan baik.

Kenapa mesti menulis dengan BMT?

Kerana BMT akan kekal lama dan pasarannya meluas.

Bayangkan jika kita menulis dengan BMT, penulisan kita masih akan difahami sehingga berpuluh tahun akan datang. Tapi jika kita menulis dengan bahasa kelantan, maka hanya orang kelantan sahaja yang akan memahami penulisan kita. Bahasa kelantan pun barangkali tidak akan bertahan lama.

BMT juga senang diterjemah ke bahasa lain. Sebagai contoh, buku Umar Al-Khattab tulisan Pak Latib sudah diterjemah kepada bahasa Inggeris dan boleh dibaca oleh lebih ramai lapisan masyarakat. Lihat, bukankah dengan cara ini dakwah akan lebih tersebar luas? :)

Contohnya, perkataan kekasih. Jika zaman P. Ramlee dahulu menggelarnya mata air. Kemudian, dekad seterusnya menggelar kekasih sebagai makwe. Dunia berlalu lagi dan menggelarnya awek. Sekarang apa pula? Pelajar-pelajar di sekolah memanggil kekasih mereka cikaro. Baiklah, jika saya menulis dengan membahasakan kekasih sebagai awek. Sekarang kita semua tahu maknanya. Tetapi barangkali 20-40 tahun akan datang, perkataan awek sudah lapuk dek zaman! Mungkin tidak punya maksud lagi. Berlainan jika saya menulis menggunakan perkataan 'kekasih'. 50 tahun dahulu sehingga sekarang dan 50 tahun akan datang pasti semua orang faham akan maksudnya.  Jelas bukan?

Seorang penulis harus mempunyai jiwa sensitif. Seperti dai juga. Sensitif dengan pembaca dan persekitarannya. Dengan penulisan akan memandaikan bangsa. Jika masyarakat membaca tulisan yang tidak proper, mereka akan terikut-ikut untuk mengguna bahasa itu. Silap-silap tulisan SMS pun boleh ditulis dalam karangan SPM Bahasa Melayu. Mana la tak pening guru-guru di sekolah. Tanggungjawab penulis untuk memandaikan bangsa.

Dan sastera Islam itu, apabila pembaca membaca penulisannya, akan membawa dekat kepada TuhanNya, dan bukan sebaliknya.

Bagaimana Izzatul Islam (IZIS) dapat memanfaatkan bakat menyanyi mereka utk menyebarkan dakwah dan menaikkan hammasah (semangat) berjuang, seharusnya begitulah penulis-penulis harus memanfaatkan bakat dan tenaga mereka untuk menyebarkan kebaikan.

Kerana IZIS menyanyi bukan setakat dengan suara, tapi mereka menyanyi dengan dakwah dan cinta,
maka penulis sekalian, seharusnya bukan setakat menulis dengan pena, tetapi menulis dengan semangat jihad! Biiznillah~

Mari, kita kukuhkan hubungan kita dengan Tuhan.

Mari kita ambil cinta dari langit, dan sebarkan kebaikan kepada penduduk bumi.

Kuatkan hubunganmu, jaga solatmu, ikhlaskan niatmu, InsyaAllah Dia akan sentiasa disisimu, dan Dia akan memudahkan gerakan-gerakan tanganmu menulis berkarya untuk menyentuh hati-hati di luar sana, InsyaAllah! :)

**

Di sini saya sertakan beberapa laman web yang boleh dijadikan rujukan.
- untuk melihat tafsir Al-Quran, boleh refer http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan_ayat1.php
- untuk melihat keshahihah sesuatu hadith, boleh rujuk http://www.searchtruth.com/ , www.islamweb.net. 
atau boleh bertanya panel fiqh di http://www.alahkam.net/
-untuk mencari perkataan bahasa Melayu or mungkin nak tengok ejaan, boleh pulak pergi ke website:


p/s: Jika ada salah silap sepanjang penulisan saya, harap dimaafkan. Dan jika ada sebarang komen, sangat-sangat dipersilakan! :)

May Allah bless you all people!


MHZ,
bait SQ,
7.42pm

Thursday, January 2, 2014

Tirai 2014


Ahlan wasahlan ya 2014

2013

Tahun yang memberi seribu satu makna.
Kehidupan saya berputar seperti Roller Coster. Turun naik itu memang lumrah kan?

Alhamdulilah, tirai 2013 saya dibuka dengan sebuah hadiah dari Allah, Alhamdulillah bersama-sama trip A2G12 ke Gaza, kami banyak belajar dari bumi cinta itu.

Melihat anak-anak di sana yang sungguh menghargai kehidupan ini, walaupun mereka tahu yang kematian itu bakal menjemput bila-bila sahaja. Kerana mereka yakin, kematian dan syahid, antara jalan yang akan mengumpulkan mereka sekeluarga di akhirat sana, di syurga.

Gaza dan penduduknya, masih terngiang kata-kata seorang mujahid,

" Kami tiada apa-apa di Gaza ini, yang kami ada hanyalah diri kami sendiri. The only human resourse that we have is ourself!" katanya dengan sangat bangga.

Allahu!

Sedangkan rakyat di negara sendiri, diri sendiri pun entah ke mana! Mungkin kerana kita melihat dunia masih aman, maka kita merasakan kita selamat? entahlah.

Peluang dapat tidur semalaman di rumah seorang penduduk Gaza, masih saya ingati hingga saat ini. Kami dapat bercerita panjang dengan mereka. Sangat terasa hangatnya ukhwah itu, walaupun mereka terkial-kial untuk memahami bahasa Arab yang kami tuturkan.

Seorang nenek menceritakan bahawa dia selalu solat dan menziarahi Masjid Al-Aqsa ketika zaman mudanya, tetapi kini tidak. tetapi katanya, Masjid itu sangat-sangat indah, dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Allahu!

Pakcik yang menjaga kumpulan kami berkata, " Tiada lagi A2G, Aqsa to Gaza selepas ini, InsyaAllah selepas ini A2A, Aqsa To Aqsa."

Ameen. InsyaAllah, kita akan solat dan membebaskan masjid Aqsa selepas ini! Ameen.



Wajah suci anak-anak Gaza


Kemudian 2013 terus memecut laju, dengan pelbagai aktiviti dan program-program tarbiah yang sangat menarik. Kehidupan seperti warna-warni yang tercorak di langit selepas hujan, cantik indah.

Tetapi, pertengahan 2013 menyaksikan saat yang saya hampir-hampir tewas dalam perjuangan medic saya. Tak sangka, begitu susah ingin meneruskan langkah dalam bidang perubatan ini, sehingga saya mempersoal kembali kenapa saya berada di Mesir dan mengambil medic? Kerana harapan ibubapa?

Ah, klise sungguh jawapan itu. Hati saya memberontak. Langkah kaki ke hospital setiap hari bagai dipaksa-paksa.

Sehingga Allah memberikan jawapan kepada persoalan di hati saya dengan hadiah Ramadhan yang paling berharga, iaitu Ramadhan tahun ini dengan peristiwa Rabaah.

Dengan mata saya sendiri, saya menyaksikan keikhlasan perjuangan mereka, menuntut hak kebebasan. Menegakkan semula hak demokrasi yang telah dicabul. Demi Allah, saya merasai aura jihad mereka, menyelubungi seluruh perjuangan mereka, sehingga saya malu sendiri dengan diri sendiri,

" Apalah nak dibandingkan perjuangan aku dibanding dengan perjuangan mereka menuntut keadilan di bumi tanah tumpahnya darah mereka sendiri?"

Saya melihat di hadapan mata, tarbiah yang sangat susah untuk menegakkan keadilan. Kebatilan bermaharajalela seperti tiada Allah di dalam dada. Keadilan dipijak-pijak diludah begitu sahaja.

Dan demi Allah, hanya kerana adanya pemuda-pemuda yang ikhlas ini, maka peristiwa ini dapat membuka mata dunia tentang apa sebenarnya yang berlaku di Mesir.

Dan saya sangat yakin bahawa kebenaran akan tertegak semula di bumi anbia ini, InsyaAllah.

" Jangan sesekali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki. 

Mereka bergembira dengan kurniaan yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" (Al-Imran: 169-170)

Sungguh, Allah mengajar saya bahawa perjuangan ini sangat lurus dan hanya orang yang ikhlas sahaja yang tidak akan merasa takut menegakkan kebenaran walaupun seluruh penduduk bumi membencinya.

Tunggu aku, wahai penghuni syurga sekalian!

Serangan 14 Ogos

Perbezaan Tamarrud dan Tajarrud


Solat zohor di Masjid Rabaah


Ucapan macho Presiden Morsy


dan akhirnya, tirai 2013 ditutup dengan jaulah ke UK.

MasyaAllah. melihat kesungguhan akhwat di sana berubah, buat saya rasa mujahadah mereka sangat besar di mata Allah, dibandingkan dengan mujahadah saya setiap hari.

Ada yang sebelum ini free hair, rambut diwarnakan, skinny jeans, baby T dan sekarang Alhamdulillah sudah manis bertudung litup blause dengan skirt menutup diri.

Bumi UK, bumi yang mana Islam dan Jahiliah itu jelas kelihatan. boleh dinilai sendiri dengan mata hati.

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.”
(HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)



dan Saya melihat akhwat di sana sangat mujahadah untuk mengamalkan islam itu sendiri. dengan Izzah (bangga), tanpa segan mereka mampu untuk solat di bawah tangga, di dalam fitting room, dan di mana-mana sahaja hanya semata-mata untuk tidak ketinggalan waktu solat.

Tiada azan yang kedengaran di sana, hanya IMAN yang menentukan bahawa kita akan solat atau tidak. Hanya IMAN yang menentukan kita akan menutup aurat atau tidak. kerana tiada sesiapa yang akan kisah jika kita tidak solat atau tidak menutup aurat. Semuanya hanya antara diri sendiri dan Allah.

Tetapi, masih ada yang mampu bertudung labuh di sana, MasyaAllah.

Masih ada yang tidak segan menjadi Asing. Maka beruntunglah mereka.

dan saya sangat bersyukur Allah tamatkan jaulah saya dengan perjumpaan bersama sisters-sisters di program-program, sekaligus membetulkan semula niat saya berjalan ke sana.

Alhamdulillah atas semuanya..

Green Park, London




Cool gile diorang buat FlashMob Syria depan National Gallery of London

Harrods

PMS 2013, Suffolk


Ouh, apa-apa pun, saya ingin mengajak semua pembaca, untuk melihat semula dan muhasabah:

- Apakah amalan kita selama ini sudah mencukupi?
- Apakah azam baru yang ingin kita laksanakan bersempena tahun baru ini?
- Adakah kita sudah berpuas hati dengan kejayaan kita hari ini? Maksud saya, adakah kejayaan kita hari ini akan memberi keuntungan kepada ummah?

atau... Adakah tahun baru tidak membawa apa-apa erti dalam hidup anda? =.=


Semoga Allah mengurniakan kematian yang menghidupkan kepada kita semua.

Semoga Allah menerima setiap amalan seharian kita dan semoga Allah memilih kita untuk mati di dalam khusnul khatimah, Ameen.

Umat islam itu, hari ini lebih baik dari semalam, dan esok insyaAllah lebih baik dari hari ini.

Mari kita semua mencorakkan 2014 kita dengan celupan-celupan Allah. Semoga tahun 2014 akan menyaksikan tertegaknya semula khilafah Islam di muka bumi ini, insyaAllah! Ameen..

Mari semua, kita sumbangkan tenaga kita kepada ummah. InsyaAllah, semuanya bermula dari diri sendiri!



MHZ,
Salam 2014,
Salam Perjuangan,
Road to Ustaziatul Alam.

1 Januari 2014.
8.15pm,
Beyt SQ, Kaherah