Pages

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Monday, April 13, 2015

Contengan Kehidupan #3 : Jangan ambil risiko!




Edisi Pasca BFG


“ Erm, sebenarnya lama dah ayah nak cakap pasal ni. Dan Alhamdulillah malam ni ada kesempatan”, ayah memulakan bicara semasa dinner.

Aku hanya mengangguk.

‘Alamak, Ayah dah masuk tone serius. Harap-haraplah bukan bercerita tentang jodoh. Tak bersedia nak masuk bab ni lagi’, monologku seorang diri.

“ Ayah dah ceritakan perkara ni dengan Along dan Kak Tiqah. Sekarang turn Angah pulak.” Ayah memulakan mukaddimahnya.

Aku mula memasang telinga. Sambil-sambil itu menyuap laksa kegemaran ke dalam mulut. 

Kelihatan mami buat endah tak endah aja, laksa itu lebih menarik perhatiannya barangkali.

‘Hai, mami.. mami’.. hatiku tergelak kecil.

“ Ayah rasa perkara ni perlu dicakap, kerana Ayah observe, ramai anak muda sekarang ni kurang value ini. So, ayah nak mengingatkan angah. Lagi-lagi, nanti, profession angah sebagai doctor sentiasa memerlukannya”, mukaddimah ayah tak habis lagi.

‘Erm. nampak gaya macam bukan pasal jodoh. Okay, kena take serius ni’ hatiku tak habis-habis bersembang.

“ Dalam hidup ini, kita kena menjadi orang yang teliti. Jangan suka mengambil risiko!” Okay sampai ke point utama.

“ Apa yang ayah nak maksudkan di sini. Bila angah jadi doctor nanti. Jadilah orang yang cermat. Barulah kerja-kerja doctor nanti lebih teratur. Bila awak menjadi orang yang cermat, takkan ada kes tertinggal kapas ketika pembedahan, terlupa itu, terlupa ini.. indeed, bila awak tak tahu sesuatu, angah cakap je, saya tak tahu. Jangan mengambil risiko dengan bercakap sesuatu yang di luar ilmu kita...

“ Berbeza dengan orang yang suka mengambil risiko.. contohnya seperti football player. Pemain bola ni, especially attacker, bila dia dah di depan pintu gol. Dia kena sepak je. Masuk atau tak, itu rezeki. Sebabnya, kalau dia nak cermat sangat, ambil angle tertentu untuk gol, silap-silap bola itu akan ter passing kepada pihak lawan dan melayang peluang nak score. So, kerjaya football player tu memaksa dia menjadi seorang yang perlu mengambil risiko setiap kali menyepak bola”

“ Contoh mudah yang membezakan 2 jenis manusia ini, sama ada dia jenis yang cermat atau mengambil risiko ialah apabila awak menutup pintu pagar elektronik.

Seorang yang cermat, dia akan menekan butang tutup dan tunggu sehingga pintu tutup sebelum dia berlalu pergi.

Sebaliknya, orang yang mengambil risiko, dia akan menekan butang tutup pintu dan terus berlalu. Dalam hatinya terdetik, selamat dah tu. Tapi dia tak tahu, manalah tahu tiba-tiba pintu itu tersangkut dan sebenarnya tidak tertutup rapat! So, dia dah mengambil risiko terhadap keselamatan diri dan keluarganya.

Inilah yang ayah maksudkan tentang mengambil risiko dan tidak mengambil risiko. In my carrier, I’ve been trained by this. Kerja ayah dulu sebagai juru audit memerlukan ayah menjadi seorang yang sangat teliti. Check satu persatu laporan. Check setiap number, dari baris ke baris. Supaya tiada apa-apa kesilapan yang boleh dipersoalkan. And it develop this character in my life. “

Aku mengangguk. Setuju 200% dengan statement ayah. Dan mata aku sendiri melihat buktinya. 

Betapa Ayah sangat teliti dalam setiap perkara. Contohnya seperti ingin menggantungkan satu frame di dinding. Pada mata saya, frame itu sudah lurus. Tapi di mata ayah, ia masih tak lurus. Dan ayah akan betulkan walau dia hanya senget kurang seinci.

Matanya yang tajam membuatkan dirinya takkan duduk dia jika ada sahaja benda yang tak kena di matanya.

Even bila ayah berjalan di mana-mana, jika dia melihat sampah di kakinya, dia akan tunduk dan membuang sampah itu. Berbeza dengan aku yang hanya akan memandang sahaja sampah itu seolah-olah ia tiada, dengan harapan tiada siapa nampak kelibatnya. Atau berharap akan ada orang lain yang akan membuangnya. Haha

“ So, boleh setakat ini. Angah ada nak tambah apa-apa?”

“ Erm. Setuju semuanya. Perhaps, kalau kita bukan juru audit atau doctor pun, as muslim especially daie, kita memang perlu ada sikap ini. Contohnya bila kita disoal dengan sesuatu yang kita tidak tahu. Kita perlu bercakap, 'Aku tak tahu’. Mana boleh menghentam jawapan. Even Rasulullah pun tidak tahu semua perkara," aku menambah sedikit.

 ***

“ Tapi ayah, honestly, Angah mengaku Angah sukakan medic. Tetapi, angah tak suka kerjaya doctor.” Aku mengeluarkan statement. Berharap supaya Ayah faham dan tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“ Yelah. Sebab angah tak jumpa lagi reason untuk angah mencintai kerjaya doctor tu,” Ayah membalas ringkas. 

'Mudahnya beliau bercakap, yang merasainya aku.' bebel hatiku.

“ Haritu, masa Ayah mukhayyam (camping), Dr M ajarkan kami pakcik-pakcik satu benda sahaja. CPR.

Bayangkan satu slot tu hanya belajar tentang CPR. Kerana, CPR ini sangat penting untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Basic life support.

Dr M ni pun dulu, menghadapi dilema yang sama seperti Angah. Hingga sampai suatu hari, dia perlu membuat CPR kepada seorang pesakit. Pesakit tu dah collapse, dan Dr M buat CPR almost 30 minit. (Berganti-ganti juga la dgn org lain).

Bayangkan, buat CPR tu sangat penat, dan dia berusaha sungguh-sungguh. Sehinggakan doktor pakar yang bersamanya meminta dia give up sahaja. 30 minit sudah terlalu lama untuk mencuba.

Tetapi dia tak mahu berhenti. Dia terus membuat CPR tersebut. Dan ditakdirkan Allah, finally pesakit itu bernyawa semula!

Subhanallah. Kalau difikirkan, kalau la Dr M sudah give up awal-awal, mesti pesakit itu sudah di liang kubur. Tetapi kerana tekadnya dan rezeki Allah, Allah ingin memberikan pengajaran yang mahal kepada Dr M. 

Starting from that, Dr M tak pernah give up di dalam medic. Beruntung menjadi seorang doctor ni, Dengan ilmu yang ada pada awak, awak boleh  menyelamatkan nyawa manusia. NYAWA. Bukan benda main-main. Bukan benda yang boleh di jual beli.

If ayah ada kesempatan untuk undurkan masa, of course Ayah akan ambil medic!”, ayah menyambung semangat. Ada sendu di hujung nadanya.

Kelopak mataku bertakung. Tak dapat menyembunyikan sebak di hati.

Terima kasih Allah. Kerana kau hadirkan sebuah cerita yang memberi semangat untuk aku melangkah di dalam bidang yang mencabar ini.

“ Soon, satu hari nanti, Angah akan jumpa kisah angah tersendiri” ayah menambah lembut.

“ InsyaAllah, angah tak dapat nak janji lebih-lebih dengan Ayah. Tapi, Angah berjanji dengan diri sendiri, at least habiskan HO 2 tahun tu. Lepas tu, depends kepada kemampuan diri. Maybe akan stay dlm medic ni, tapi boleh jadi angah akan ambil Master benda yang menyimpang dari medic ni”, balasku di akhir perbualan.

“ Tak apa. At least you finish your HO. Dah dapat license, then you nak sambung apa-apa, up to you." Ayah membalas janjiku.



“ Erm.. InsyaAllah, I’ll try my best. Tapi Ayah… Erm, boleh angah nak HO di Sabah?” innocently aku bertanya.


Terus Ayah menggeleng laju.


"Kalau iya pun,jangan lah jauh sangat.." sambungnya. 



*hampa*




Terus maju jaya semua :)





Take care people, 

MHZ,
13 April 2015
Sri Saujana, Gombak, KL

Friday, March 21, 2014

[Diari] Titipan Khas Buat Mereka


Honestly, saya tak reti nak ungkapkan dengan lisan,
my verb is with my writing..


Bangun dari tidur pagi tadi, tangan rajin nak scroll Fb. Tengok apa-apa update dari rakan-rakan mukabuku.

Banyak status mereka, cinta-cinta hati yang saya stalk. Masing-masing melaporkan tentang keadaan terkini masing-masing. Ada yang masih tidak percaya bahawa mereka sudah bergelar doktor.

Tak sangka tiba juga waktu yang suatu masa dahulu aku cukup takut ianya hadir.

Saat di mana tiada lagi kakak-kakak yang berada di bumi Mesir ini.


Minta maaf kakak-kakak sekalian, saya tak dapat nak hantar antum di airport. takpe, InsyAllah jika jodoh kita panjang, akan ketemu lagi di Malaysia. InsyaAllah.

Teringat perbualan dengan ukhti semalam, 

" Kita tak dapat nak tahan air mata. Tak sangka akan menangis juga masa hantar kakak-kakak tu dekat airport", ukhti itu mengadu kepadaku.

" Ouh. saya dah menangis semasa kakak-kakak ni naik pentas graduasi dulu. Cukup la. Saya dah berjaya immune kan hati saya sekarang. Tak tahu kenapa, tapi saya just rasa macam kakak-kakak ni balik Malaysia macam cuti summer je. balik sekejap je.." aku membalas.

Aku cuba korek jauh di dalam hati. yang kutemui adalah Rindu dan Kagum dengan mereka. Sesiapa yang mengenali mereka pasti akan tahu, betapa banyaknya masa dan harta yang telah mereka korbankan untuk menanam dan menyemai benih-benih tarbiah di muka bumi ini. Semoga Allah mengganjarinya dengan sebaik-baik pahala. 

Entah la. Tak tahu apa perasaan sekarang dah jadi 'kakak sulung' di Mesir ini. Moga Allah permudahkan semuanya, ameen.


Buat kakak-kakak RJ sekalian, 

Selamat menjadi doktor yang merawat ummat dengan kasih sayang. Semoga terus thabat menapaki jalan ini yang pasti urus di Malaysia mesti lagi deras. Terus mendoakan kami di sini. Terus mendoakan kesejahteraan Mesir dan seisinya.

Sejujurnya, saya sangat mencintai kalian kerana Allah, dan moga kelak kita dapat reunion di SyurgaNya, bergelak ketawa mengimbau kembali kenangan kita di bumi perjuangan ini.

Pasti, waktu itu akan tiba insyaAllah. Uhubbuki fillah. Terima kasih dan minta maaf untuk semuanya. Terima kasih kerana telah memaksa saya menjadi matang dalam hidup ni.. huuu..


Oh ye, nak bagi hadiah ni dekat semua, which is antum mesti akan ingat lagu ni sampai bila-bila kan?

It touch my heart, deeply. Moga terus saling berpesan di atas kebenaran dan kesabaran, ameen. 


"Tanya sama iman
Apa tanda sayang
Nanti jawab iman
Saling berpesan
Pesan kebenaran, penuh kesabaran
Jaga perasaan kerana Tuhan

Tanya pada hati, apa tanda iman
Nanti jawab hati, jaga pergaulan
Tundukkan pandangan, jeling-jeling jangan
Mahalkan senyuman kerana Tuhan

Tanya sama akal, apa erti malu
Nanti jawab akal, jaga auratmu
Labuhkan pakaian, jangan jarang2
Warna jangan terang, kerana Tuhan

Tanya sama hati, pernahkah merindu
Tiap kali doa, siapa disebutmu, 
Masa berjauhan akhawat dikenang
Bila difahamkan, itulah sayang "


Basal wa Thum, 2013


Sorry tak semua ada dalam gambar. Huk


Fi amanillah.

Love fillah, 
budak nakal, Mushe <3 o:p="">


beyt SQ,
11.00 am
21 mac 2014



Sunday, February 9, 2014

Penyayang


Express your LOVE

" Kau kenapa lately macam lovely semacam je? Ada apa-apa ke?"

" Waah. Lain macam je penyayang  sekarang ni. Dah nak naik pelamin ke?

"Tahniah.. kompang dipalu..."


Hanya senyum.

Sampai bila-bila pun manusia takkan jemu membuat pra-sangka.

Sejujurnya, aku sendiri tak punya jawapan untuk itu.

Yang aku tahu, rukun usrah itu, Taaruf. Tafahum. Takaful.

Dan bila butir-butir bicara itu pernah keluar dari mulutku,
aku tahu, Tuhan akan bertanyakan dahulu kepadaku, mana amalku?

Adakah bicaraku selari dengan amalku?

Aku takut. Aku tak punya jawapan untuk itu.

Maka salahkah jika aku ingin meluahkan sayangku padamu?


Tentang jodoh itu, aku serahkan pada Dia yang satu.
Kerna aku yakin, doaku sedang diperkenankan satu per satu.
Cuma doa tentang itu, perlu lebih sabar menunggu.

Sebab hanya Dia yang paling tahu.
Mana satu yang terbaik untuk diriku.

Sedang aku, harus lebih berusaha, untuk meraih cinta Dia yang satu.

Ya, hanya Dia yang satu.


P/s: Aku selalu rasa aku membebel dalam tulisanku. Seriusly jeles dengan mereka yang mampu menulis pendek dan padat.

Ah, aku perlu lebih banyak berlatih.

Moga Allah mudahkan.Ameen.


MHZ,
Beyt SQ,
8.50pm
08022014

Wednesday, October 23, 2013

Melepaskan itu, menyakitkan



Baru aku tahu. Sakit rupanya melepas orang yang kita sayangi.

Tua sudah aku rupanya, bila tika ini.. Ramai rakan karibku meninggalkanku untuk meneruskan langkah kaki mereka menaiki tangga kehidupan yg seterusnya. Jodoh mereka. Alhamdulillah.

Sakit rupanya, Melepaskan permata-permata Mesir melanjutkan pelajaran mereka ke Malaysia. Perjuangan mereka,Alhamdulillah.

Mengapa harus aku tangisi? Sedangkan mereka masing2 sedang melangkah kepada kehidupan baru mereka.  

Sepatutnya aku bahagia melihat mereka bahagia. Entah. Aku la kot yg masih tidak matang. Masih tidak reti membahagikan sayang di hati.

Aku harus mengerti, bahawa aku bukan sesiapa pada mereka, hanya seorang sahabat yang mencintai mereka kerana Allah. Bukan sesiapa pun dalam hidup mereka.

Ah, susahnya bila sudah sayang, berjauhan itu memeritkan.

Aku harus tabah. Jangan sebarangan menaburkan sayang lagi. Limitkan rasa sayang itu, supaya bila terpaksa melepaskan, peritnya tidak terlalu pahit.  

Sayang itu. Kerana Allah kan? Mengapa terlalu sedih? Harus yakin Allah akan menjaga mereka selalu. Ya! Allah akan menjaga mereka selalu.

Kelak, insyaAllah kita akan bertemu kembali. Jika bukan di dunia, insyaAllah di syurgaNya kelak.

Ameen. Pelihara sayang kami, ikhlas keranaMu ya Allah.

P/s: aku sayang kamu, semoga menjadi isteri solehah dan ibu mithali.

Aku sayang kamu, selamat meneruskan perjuangan pengajianmu di Malaysia.

Terus mendoakan aku di sini ya :)


Aku yang masih tidak matang,
MHZ,
Beyt SQ,
5.35am
23 oct 2013

Friday, January 25, 2013

PELIK




Assalamualaikum wbt,

Semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah hendaknya, ameen :)

Masih tak expired lagi kan untuk saya ucapkan salam Maulidur Rasul. Moga Maulidur Rasul bukanlah sekadar sambutan setiap tahun, tetapi penghayatannya yang lebih kita mahukan, dan sunnahnya yang mahu kita amalkan.

(Soalan cepumas, apakah sunnah terbesar Rasulullah??) angkat tangan siapa yang boleh jawab.

Dan,  tepuk dada, dah buat ke sunnah terbesar tu??? * err....*


Alhamdulillah atas nikmat dan kurniaNya, masih lagi dapat bernafas dan melihat orang-orang tersayang sihat di depan mata. Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam ini, yang tak terkata mahal nilainya. Alhamdulillah ya Allah!

Saya pelik dengan dunia realiti sekarang ni. Memang saya tidak hairan bila artis-artis menjadi pujaan, fesyen pakaian mereka menjadi idola dan lain2 lagi.

Di rumah tadi, saya dihidangkan dengan satu movie Melayu latest yang masih hangat diperkatakan. Juga dilakonkan oleh barisan pelakon yang popular.

Saya tak nafikan, saya sudah lama tidak berkesempatan untuk menonton, apatah lagi jadual seharian sebagai budak medic sangat hactic, sampaikan bila ada masa lapang, daripada menonton atau online, lebih baik saya tidur atau berehat sahaja. Ini tidak termasuk bila ada tusyen, program-program, meeting, bulatan gembira dan sebagainya.

Melihat nama pelakon wanita itu,  saya dah agak ni mesti cerita cintan ala-ala jiwang, " Aish, tak hendaklah tengok..'

Tapi tajuk IS****** tu memang sangat catchy, kena pulak saya memang berhajat sangat untuk ke bumi itu, Melihat sendiri Aya Sofea, menggali sejarah-sejarah Islam di sebalik debu- debu kemodenan di situ. Dan hajat di hati cuti musim sejuk tahun ini ingin ke sana, tetapi perancangan Allah jugalah yang terbaik.

So, saya go on je la tengok movie tu, dengan hati berdetik, mesti la banyak view Is****** yang cantik-cantik dan ancient yang akan ditayangkan..

*By the way, saya selalu dipesan untuk melihat sesuatu benda dari kaca mata tarbiah.*

Plus salah satu watak utama dalam movie ini merupakan pelajar perubatan di sana. Saya fikir, menarik juga if ada shoot pasal medic or ala-ala hospital scene.

Tapi, nampaknya saya terlalu berimaginasi tinggi, tidak dinafikan memang ada beberapa shoot menarik sekitar bandar itu tetapi adegan romantik lebih mendominasi di awal-awal cerita. Hospital scene?? hehe, mungkin better saya tengok cerita House. Memang angan-angan saya terlalu tinggi. Pelajar perubatan itu hanyalah latar dan tiada satu pun scene berkaitan medic, hospital dan sebagainya.

Well, movie ni nak diringkaskan berkisar tentang cinta remaja, yang si teman wanita tu jauh-jauh datang ke Is****** sebab nak jumpa dengan boyfriend dia, but then macam2 cabaran yang berlaku, juga salah faham yang merungkai, sebenarnya si teman lelaki ada girlfriend lain di sana.

Klise cerita melayu. Then si teman lelaki minta diberi peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku.
 *Ok, part ni yang saya nak elaborate panjang.*

Saya sungguh PELIK dengan jawapan si teman lelaki..

" I rasa sunyi. Sorang-sorang dekat sini. jauh dari family, jauh dari you. Kalau dekat Malaysia I boleh jumpa you hari-hari.....bla bla, So....bla bla"

Point nya, saya sangat simpati dengan si teman lelaki. Di sebabkan beliau sunyi dan rasa kosong, so beliau mencari perempuan lain untuk isi kekosongan tu.

 Hai, simple nya hidup ni. Wanita ni alat mengisi kekosongan hati ke?? 

Saya rasa ini sungguh tipikal dalam era dunia masa kini. Manusia,  fitrahnya memang memerlukan sesuatu untuk mengisi hatinya. Dan juga fitrahnya manusia akan terus mencari 'sesuatu' itu, sampaikan dia berjumpa dengan sesuatu yang menyebabkan hidupnya rasa selamat, best dan disayangi. Malangnya ramai antara kita tidak berjumpa jalan yang sebenar. Atau tersesat dalam bilik yang tiada pintunya. Manusia akan terus meraba-raba mencari sesuatu untuk menyalakan kegelapan hatinya.

Sayang seribu kali sayang, seringkali kita rasakan hiburan itu jalan penyelesaiannya. Kalau kita tengok di negara barat, mereka kerap berparti dan bergembira, untuk apa? Untuk melepaskan beban masalah yang menimpa. Untuk mencari jodoh dan teman pengisi hati (klise dlm movie2), untuk lepaskan stress disebabkan amsalah dalam pelajaran dan kerjaya dan sebagainya.

Tapi anak-anak muda kita di Malaysia?? Rata-rata untuk umur baya-baya saya, khususnya perempuan, sibuk menunggu prince charming nya tiba dengan membawa kasut kaca. Oh, indahnya ada putera raja yang datang dengan kereta kuda kan?? Huuu.. inilah tipikal pemikiran anak-anak muda kita.

Ya benar, saya tak nafikan masih ramai juga yang sangat struggle belajar di Universiti, kolej, matrik dan IPTA untuk mendapat ijazah dalam pelajaran mereka. They are very struggle for it. Assaignment memanjang. Presentation bagai. Mock exam dan ujian untuk carry marks hampir setiap minggu. Saya maklum dengan ini, Bila chit-chat dengan rakan-rakan di Malaysia, masing-masing mengadu akan hal yang sama.

Saya selalu terfikir, mungkinkah Allah masih tidak menunjukkan jalan yang terbaik untuk mereka semua? Masih adakah peluang untuk hidayah menyapa hati-hati naif mereka ini? dan saya sentiasa kirimkan doa semoga Allah pilih semua kita untuk mendapat hidayahnya, dan berterusan mendapat Hidayah. Kerana hidayah itu milik-Nya.


""Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki., dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."  [al-Qasas, 28:56]



Pernah dengar analogi gelas kosong??

Ada satu gelas yang berisi sisa air sirap. Jika saya mahu minum susu, saya tak boleh terus tuangkan susu ke dalam gelas itu, nanti akan jadi air bandung pula. So, mesti la saya kena bersihkan dulu gelas tu, kemudian barulah tuangkan susu ke dalamnya.

Dan, jika gelas yang dah dibersihkan tadi tidak diisi dengan apa-apa, adakah ia kosong?? Tak, sebenarnya ia tidak kosong, kerana ia telah diisi dengan molekul-molekul udara di dalamya.

Nah, gelas itu ibarat HATI kita. Jika hati kita tidak dipenuhkan dengan sesuatu yang baik, akan ada benda lain yang akan mengisinya. Jika hati kita tidak dipenuhkan dengan cinta Allah, maka hati yang satu itu akan dipenuhkan dengan perkara-perkara dunia, cinta manusia, hiburan, harta, pelajaran dan sebagainya.

Kerana nature hati itu akan tetap diisi. Sama ada yang berada di dalamnya kebaikan atau sebaliknya.

Maka, itulah kisahnya...



Jika hati kita tak betul-betul mencintai Allah, tak betul-betul mengenal sifat-sifat Allah, tak benar-benar mengerti betapa sebenarnya SAYANGNYA ALLAH KEPADA KITA MENGATASI SAYANG MANUSIA KEPADA KITA, then kita akan cenderung untuk mencari Cinta dan kasih sayang manusia. Tak kira perempuan-lelaki-sejenis- atau sebaliknya. Nauzubillahmin zalik.

So, tepuk dada dan tanyakan Iman, benarkah aku betul-betul mencintai Allah?  Ya, mulut memang boleh menuturkan " ya Allah, sungguh aku sangat syaang kepadaMu", Tetapi check semula hati kita, adakah hati dan mulut itu selari? Mulut boleh bercakap, malah boleh membohong, tetapi rasa di hati, hanya empunya diri yang tahu.

Setiap hati ada kunci masing-masing, saya YAKIN 100%, kunci yang terbaik hanyalah kembali kepada Allah. 

Hati kita adalah ROH kita. Jika mati hati itu, sebenarnya , kita telah mati di sisiNya. Hanya jasad kita yang meneruskan kehidupan robot kita setiap hari. 

Hadis 6 darpada Hadis 40

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:


" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.

Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)



Maka, marilah kita kembali kepada Fitrah kita. kembali kepada kecintaan sebenar. Cintakan Allah dan RasulNya. Maulidur Rasul setiap tahun silih berganti. Adakah ada apa-apa kesannya kepada diri kita? Bayangkan kita sedang dihadapkan di depan Allah di hari kiamat, jika Allah bertanya, "Apa yang kau dah buat untuk menegakkan agamaKu??" . Kita dah ada jawapan untuk itu??

Serta malu sangat, kelak di hari kiamat yang tiada bantuan selain syafaat Rasul Muhammad SAW, Syafaat Al-quran dan rahmat Allah. Ketika kita ingin minta syafaat daripada Ar-Rasul, tapi bila beliau tanya "Apa yang dah kau buat untuk menunjukkan kecintaanmu kepadaku??"

Kita nak muka kita biru, pucat dan tergamam? Nauzubillahminzalik.

 Cintakan Allah dan Rasul ini bukan hanya ucapan di bibir mulut, tetapi terpamer dalam amalan seharian kita. Ya Allah, masukkanlah kami di dalam golongan umatMu yang sentiasa mencintaiMu dan rasulmu serta matikanlah kami hanya kerana itu. Ameen Ya Rab"



Serulah hati, bukalah pintu hati untuk kembali. Cari kunci yang sebenar itu. Saya tahu, ramai antara kita yang cintakan Rasul, cintakan Allah dan sayangkan Islam. Tapi bila gali-gali semula hati, masih ada lagi nama insan-insan istimewa di dalam hati. Jika yang halal itu tak apa, tetapi sayangnya jika nama itu bukan yang halal lagi untuk kita,atau teman tapi mesra dan sebagainya.  Nauzubillah min zalik.

Saya tak nafikan kita semua sangat mencintai ibubapa, keluarga, raka-rakan, guru-guru dan orang di sekeliling kita, tapi pastikan cinta itu semua tidak melebihi cinta kepada Allah dan rasulNya. Susah kan?? Ya, saya akui sangat mujahadah untuk itu, tapi memang mujahadah itu Pahit, sebab Syurga nanti sangat Manis!! :)

Nak dapat syurga yang sangat agung itu, harganya bukan murahan. Maka, pengorbanan untuk itu haruslah bukan calang-calang!!!! 

Majlis ilmu, bulatan gembira, usrah, liqa', kelas-kelas pengajian Islam dll ada sahaja di sekitar kita, sama ada kita mahu atau tidak. Jangan letakkan diri kita sebagai tipikal manusia biasa. Kita ada harga diri, maruah dan tujuan hidup yang perlu dijaga.

saja nak Quote satu statement dari MukaBuku APG,


Anda pernah menangis sebab ditinggalkan gelpren/boipren? Anda sepatutnya tertawa gembira, kerana baharu sahaja diselamatkan daripada salah satu jurang neraka.


Sangat cool dan bergaya kan??

Banyaknya Nikmat dan Hikmah Allah yang kita tak duga. Subhanallah.

Ok, bebel panjang ni. Selamat malam semua. Esok hari jumaat, jangan lupa membaca surah Al-kahfi ya!!

May Allah bless us, here and hereafter!! (^.^)



p/s: kawan-kawan di sana, selamat bermukhayam. Jeles sangat dengan antunna semua! :( salam Rindu~


Sri saujana, gombak,
2.42 am
13 rabiulawal 1434H

Tuesday, July 10, 2012

Diari: Summer Break (i)


Alhamdulillah. Maha suci Allah.

Masih lagi diberi izin untuk hidup dan menghirup Oksigen.
Dan tengahari tadi, sebaik menapak kaki di KLIA. Hurm, bau Malaysia masih sama.
Masa On the way balik rumah, terpaksa singgah ke beberapa tempat lain. Untuk uruskan benda-benda penting. Terima kasih Inche Abg Driver Along kerana sudi menemani saya. hehe. *Len kali boleh buli lg~*

KL
masih macam biasa. Jalan raya tetap sesak bila lunch hour. Tapi akan reda kejap. Dan akan mula menjadi semut-semut bila masuk jam 4.30 petang. Haa..tu dah mula memasuki zon jalan sesak. So sesiapa yang tak bernasib baik tershopping lama-lama , keluar2 Ofis je dah jem. Ermm..memang Allah nak bg pahala mujahadah dan Sabar tu.. *Chill2*

Banyak banggunan2 baru especially Shopping Mall atau kedai2 makan. Biasa la KL,
kedai makan mamak pun laku~ Last sekali balik cuti musim panas tahun lepas. Masa setahun tu berlalu kejap je, sedar tak sedar macam-macam dah ada sekarang. Kalau tengok kepada Gombak je, yang lokasinya di pinggir KL, dulu ceruk2 je, Gombak ni pun famous sebab ada UIA. Kalau tak, takde orang pun akan sampai sini. Tapi sekarang, MasyaAllah, dah nak macam Ampang dah gayanya. *Ishhh..x best nye sesak dan kehidupan kota ni*

Bila sampai je Kl. Perasaan bercampur baur. Best. Excited. Rindu dengan family. dan takut...err.. ya takut. Macam nampak-nampak je Banner Jahiliah di merata-rata tempat. Tengok Mid Valley, teringat tempat lepak-lepak dulu. Bayangkan time outing sekolah dulu, dengan baju outing tu, tak malu gile pegi lelepak kat sana dengan baju outing tu.dengan tudung labuh kot.. Bila fikirkan balik, malu giler buat perangai tak senonoh tu. Mujur tak masuk panggung je dengan baju batik outing tu.ehe!

Then, tengok pulak LRT, teringat zaman-zaman sekolah dulu suka sangat nek LRT. kadang tak pergi mana2 pun. Tapi suka je nak bazirkan masa. Ehe, duduk rumah bosan kot. Pergi la KLCC. Main Boling. Hang out dengan kawan-kawan.

Dalam kereta pun, Cik abang kat sebelah ni bukak Hot.Fm. selang seli dengan Era.fm..Lama dah tak balik, semua lagu yang pusing kat radio. Tak boleh nak ikut. Sebab ni first time dengar. Tapi dengar lama-lama, cair tahi telinga. Geli dengar lagu jiwang karat tu. Apa barang nangis meleleh2 bila awek lari pergi dekat mamat lain. Jangan la sedih, tu namanya Allah tunjukkan jalan. Awek macam tu tak bole pakai. Lagi-lagi la nak buat isteri nanti. And saya rasa Allah sebenarnya nak tunjukkan and sedarkan, Cinta yang Agung untuk Allah semata-mata. Dah, jangan sedih2 dengan cerita cinta lama tu. Back to Cinta Allah. Think positive ! ehe~ *err...ke harsh sangat ni..*

Dan bila lagu dah boring sangat, baru la along tukar ke CD nasyeed Maher Zain. dan barulah saya boleh tersenyum lega.

Takutnya untuk termasuk kembali ke Lembah Jahiliah ni.. T_______T

HOME SWEET HOME
Sampai-sampai rumah je. Alahai, ade construction. Sepah-sepah simen, batu-bata, kayu2. Merata-rata sana-sini. Serabut mata pandang. Itu baru dekat luarnya, bila buka je pintu rumah. bagi salam. Mami sambut dengan ceria. Ya Allah, terubat rindu. Then salam pulak dengan my adek lelaki, Azim. Happy. 

Tapi, pusing2 kepala je nak masuk bilik, alahai. Macam tongkang pecah. Berbakul-bakul baju dalam bakul minta dilipat. Hailaaaa...Ingatkan dekat rumah ni ada 3 anak teruna boleh dipakai,
tapi nak kena ada sentuhan anak dara juga kot. huahua~ Cik abang teruna sekalian ni, memang nak kene bagi kursus bakal suami soleh ni. Haish, nak kene ajar sidai baju, lipat baju, lepas makan basuh pinggan, susun pinggan elok2, mop lantai etc.

Kepala dah tak bole pusing, terus masuk bilik. Lepaskan badan atas katil. Wah, nikmatnya..

Dan esok paginya, terus punch card as bibik. Basuh pinggan. Basuh baju. Lipat baju. Kemas dapur . Masak Lunch etc. Bermula hikayat ku sabagai bibik imported from egypt. ecece!

"Ya Allah, semoga cuti-cuti Malaysia ku kali ini, dapat aku manfaatkan sebaik-baiknya. Dan jauhkanlah perkara yang melaghakan. "


" Sesungguhnya masa lapang itu membunuh." So, memang kene manfaatkan baik-baik. Nanti Allah tanya dengan kita, masa muda mu kemana?? T_______T


p/s: tak sabarnya nak masuk Ramadhan. Rasa rindu dengan sambutan ramadhan dekat Mesir. Tapi dekat Malaysia ni..errr...

p/ss: Sori. tertulis pasal hikayat cerita saya. Maaf yang membaca, kalo tak dapat apa2..


yang tengah melipat baju,
Sri Saujana,
Gombak, KL
12.07 pm Malaysia

Sunday, February 5, 2012

Saya CHENTAKAN RASULULLAH...Anda????



Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)

Pagi-pagi tadi bukak je FB...
Subhanallah, post tentang Kekasih terchenta kita terpampang di merata-rata tempat~

Subhanallah...Sejuknya Hati....
Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca...
Semoga kita amek banyak2 pengajaran daripada setiap inci kisah Ar-Rasul dlm kehidupannya,
especially semasa menyebarkan islam kepada kita semua...
Bukan senang tahu??? Kalau la Islam tak smpai kat kita sekarang, mungkin sekarang kita tengah merayakan Thaipusam...tengah dok menyembah candi2...or apa2 la...
*logik je kan?? sebab sebelum Islam datang ke Tanah Melayu, Tanah Melayu ni menganut Hindu kan??*

Bukannya sekadar Hepi.Bangga. Senyum. post2 kat FB. Sayangkan Rasulullah di mulut semata.
dan gembira sebab dpat cuti umum...
*jika ini berlaku, ouh anda memang kejam*

Berkisar tentang topic ini...suka untuk saya tanyakan anda semua...
Tanyakan hati, kisah tentang rasulullah, kisah apa yang paling menikam kalbu, meremuk-remuk dan menyentuh hati anda semua??

Fikir... Fikir...

Sangat malang la anda kalau anda tak dapat nak re-call balik kisah Kekasih Agung kita ni...
kerana sepatutnya, kisah2 ini lah yang harus kita tahu, malah cuba menghayati...bukannya gossip2 artis atau gossip2 rakan sekolah yang kita tahu setiap hari....

Contohnya, kita tahu pulak artis ni kahwin dgn siapa...malah siap stalk lagi FB bakal pasangan beliau..
kita tahu je artis ni pakai baju apa..kalo artis yang bertudung sket, fesyen terbaru tudung kita tahu je macam mana nak lilit sampai tercekik...errrr...

Tapi, kisah tentang Junjungan Besar kita...takat yang kita tahu..mana2 kisah yang kita penah dengar mase sekolah dulu je...

Peristiwa bergajah...kelahiran Rasulullah...Kisah Ibu susuannya...Ibunya meninggal dunia...
membesar sebagai pengembala..menolong khadijah berniaga...berkahin dengan Saidatina Khadijah..
berdagang di Shams...Gelaran Al-Amin..mendapat Wahyu pertama di Gua Hira..
penurunan ayat untuk Berdakwah..Penentangan Orang2 musyrik terhadap umat islam...Boikot selama tiga tahun...Perjanjian Aqabah...Hijrah ke Madinah..Perang Badar..perang Uhud..Fathul Mekah...

..
..
..

dan byk sgt lagi kisah yang tak mampu saya nak taipkan....
*cuba Muhasabah diri..dah khatam ke semua kisah diatas....ini basic la koman-koman pun...*

Pada saya sendiri, saya sangat tersentuh...dengan peristiwa Thaif...
macam mana Rasul cuba untuk berdakwah kepada penduduk Thaif...
Tapi apa yang Rasul dapat, penduduk Thaif tak dengar pun malah mereka sanggup membaling batu kepada Beliau..sampaikan kasut beliau berkocak-kocak, penuh dengan darah...
*boleh bayangkan tak, kasut kita penuh dengan lecak bile jalan dlm hujan..
tp kali ni kasut Beliau penuh dengan darah, yang mengalir drpd luka-luka kesan balingan batu....*

Dan lepas macam-macam terjadi tu, malaikat Jibril tanya kan, nak ak buat apa2 ke Ya Rasulullah terhadap mereka ini???

dengan coolnya, Beliau bolah jawab.."tak perlu, kerana mereka tidak tahu..."
TT_________TT


Betapa susah-payahnya nak sampaikan Islam ni..kan??
kene ejek..kene baling batu..dibaling najis..diboikot..dituduh ahli sihir..dituduh penyair dan sebagainya...

Tapi kita yang ISLAM ni...apa je pengertian kita sebagai MUSLIM..
Bangga ke kita dengan keISLAMan kita??

Apa?? 
Dah solat???
cukup dah dengan solat?? puasa?? zakat?? *tu pun ayah yg bayarkan*
sedekah??
puasa sunat??
Haji dan Umrah??

Ketahuilah bahawa baaaaaanyak lagi perkara2 Wajib yg x kita buat lagi...

Wajib melaksanakan semua perintah Allah..
Wajib tinggalkan apa yang Allah larang...
Wajib berdakwah...
Wajib mengubah diri menjadi baik..
Wajib sampaikan kebenaran walaupun hanya sepatah...
Wajib menuntut ilmu..
Wajib menegakkan ISLAM di satu dunia ini..*sehingga semua tunduk kepada aturan Allah*
Wajib mencegah kemungkaran...

..
..
..

*dan byk smpai saya tak dapat nk huraikan...mungkin post len kali*

Dan kesimpulannya, kita WAJIB TEGAKKAN ISLAM DI DALAM DIRI KITA, DGN SEBENAR2 ISLAM...BUKAN SEPARUH-SEPARUH IKUT APA YANG KITA NAK JE...

 dan satu lg kisah yang mengoyak hati saya...
di Saat kewafatan Ar-Rasul...

dimana saat-saat nazak tu pun, Beliau masih lagi teringatkan ummatnya...
"Ummati...ummati..ummati..."
*Ya, Kita la ummat tu, Saya...Awak..Kita..*

Sedangkan secara logiknya, kalau la kita tahu kita nak meninggal dunia sesaat je lagi, mmg kita akan mengucap dan berzikir banyak2 kn??
*betapa kita pentingkan diri, supaya selamat diri kita ni di akhirat kelak*

Tapi Beliau masih boleh ingat kat KITA semua lagi...
*Subhanallah.....x dpt nk ungkapkan dgn kata-kata dan tulisan..*
TT_______TT

Nak share satu kisah....

Suatu hari..nabi bertanya kepada para sahabat:"Siapakah hamba Allah yg mulia?"

sahabat menjawab: "Para malaikat ya Rasulullah"
sahabat menjawab lagi: "tentulah para nabi, merekalah yg mulia"

nabi tersenyum lalu berkata:"ya, mereka mulia tp ada yg lebih mulia"
para sahabat terdiam lalu berkata:"adakah kami yg mulia itu ya Rasulullah?"
nabi berkata:" tentulah kalian mulia, kalian dekat dgnku, kalian membantu perju
anganku, tetapi bukan kalian yg aku maksudkan..

nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata...

"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yg lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian..mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat dgnku seperti kalian, tetapi mereka sgt rindu kpdku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SGT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! "

Buat sesiapa yang tak terasa lagi....
Sila la tengok Video di bawah ni...
ni antara video feveret saya...

Tiap2 kali tengok je akn TT_______TT


So, macam mana???

Masih nak kene Smash lagi??
bole la tengok video ni pulak...

tekan SINI...

juga video feveret saya..first time dengar masa ISK..(Ini Sejarah KITA)
sesiapa yg tak dengar lagi, sila la dengar kat mana2...
atau nak saya rekemenkan??? ;)
*anda harus dengar tahu??*

Saya terasa sangat mase Bilal azan..
Bilal sampai tak boleh nak sambung lagi...
bila nk sebut nama Muhammad je..terus sebak dan tak bole nk sambung azan beliau...
Subhanallah....

tapi kita????
*tengah Azan pun boleh gurau-gurau, gelak-gelak lagi kan??? T___T *

memang Hati kita ni keras dan Hitam ke?????
nauzubillahminzalik~

ok la, banyak dah saya bebel hari ni...sekadar renungan bersama....
SAYA CHENTA ALLAH...
SAYA CHENTA RASULULLAH...

anda pulak??

JOM BUKTIKAN!!!!
*takkan nak bermadah2 je kan?? kene buktikan dgn amalan.. :)*



p/s: rindu petak gembira saya. *eyh anda tahu kan bulatan/petak gembira  tu apa???* (^.^)

p/s 2: tekan INI..link best jugak! nak share kat semua~ :)

bait amru,
4.18 pm..
12 Rabiul Awal 1433H

Tuesday, July 26, 2011

Marhaban ya Ramadhan~


Bismillahirrahmanirrahim~

dalam diam tak diam... kekasih hati bakal menjelma lagi...
haa..sape tahu bape hati lagi nak ramadhan???

(^^,)

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...semoga ramadhan kali ini..lebih bermakna dan diterima Allah
ensyaAllah...ameen~ :)

"Rasulullah telah bersabda..yang bermaksud:
Semua amalan anak adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda.

Allah SWT berkata: Kecuali puasa, kerana ianya adalah untuk-Ku dan aku sendiri yang kan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya untuk-Ku"


subhanallah....banyak tu gandaan pahala yang Allah sediakn pada bulan special ni...
bayangkan la kalo ade org free nk bg kite tujuh ratus ringgit...

waaahh...duit raya masyuk ni...
sape je yang takmo beratur amek kan?? silap2 bukan je budak2 kecik..mak ayah pun pakat join sekali...

tapi ni Allah dah sediakan pahala berganda-ganda...
RUGI besarlah kita kan?? kalau taknak grab elok2 peluang ni...

dan puasa tu...bukan penat2 tahan lapar dahaga....
bukan itu je ye, TAPI...

kene jugak menjaga akhlak ketika berpuasa...
taknak la mulut puasa makan minum je...
tapi sbb takde keje sgt nk buat.. makin rancak mengata jiran sebelah..
makin kencang dok ber gossip sebelum nk berbuka puasa tu...
amboii....baru nak dapat pahala...tak jadi.. sebab akaun dosa pula yang bertambah..
nauzubillahminzalik..(T.T)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."
barulah org kata puasa luar dan dalam ..ye tak??? (^^,)

just nak share...kalau dekat Mesir ni..persiapan utk ke ramadhan sgt meriah..Ini baru persiapan...
apatah lagi masa bulan ramadan nanti kan??

selalu masjid2 dan rumah2 akn memasang Fanus..sejenis pelita ala ala tanglong cina...
fungsi asalnye untuk menerangi jalan, ketika nak keluar pada malam hari untuk ke masjid atau menziarahi kerabat..

ni fanus tu~

meriah..cukup meriah...(macam ala ala nak raya dkt mesia la)

malah bukan tu je..mereka akn menghidangkan hinafa...sejenis manisan yang biasanye jumpa time ramadhan je...selain tu...ucapan "Ramadhan karim, kullu 'sanah wa antum taiyibbin," akan diucapkan
oleh masyarakat mesir. (ala..macam kita ckp selamat hari raya maaf zahir batin la kt membe2 semua la~ )

tapi tu la..bila di fikir2 kan balik...betapa masyarakat mesir..sangat menghormati dan memuliakan bulan ramadan ni..
even mereka tak la baik sgt...tapi bila bulan ramdahan dtg je, serta merta mereka berubah menjadi baik...(ajaib x??) huu

at least ok la kan dari masyarakat melayu ni..
hurmm...entah2 ramdhan dtg pun x sedar..
"eyh tibe2 je dah puasa"...nauzubillah min zalik...

dan baru hari first puasa...dah sebok nak shopping raya...amboi!!!
dekat office ke mana2 dah sebok dok tunjuk2 kuih raya...~
haila....kalau macam ni la....tak tahu zaman bila kaum melayu ni nak berubah kn???

ok la..sebut pasal berubah...
Nah, jln keluar dah terbentang luas...
semoga dtg nya ramadhan kali ni...
kita kan menjadi semakin baik..
cukup2 la buat jahat selama ni..
smpai bile nye nak enjoy2 dunia ni kn??

jom sama, ramai2 kita jadi baik nak..
kalau yang tak bertudung.cuba la bertudung..tutup sikit2 dulu...
then kalau yg bertutup sikit2...cuba la banyak2 sket...(bukan nye makin sikit ye)

mcm ni sweet kan?? (^.^)

kalau yang ber couple tu...
haa...control2 la sikit...jangan la makin rancak berkepit kan??
kurang2 kn I Love U tu...

tukar dgn I Love Allah kan???
haa..kan lg sweet....(atau I Love mum dad pun sweet gak)

jangan la asyek nk berbuka dgn awek atau balak je kan??
g la balik rumah..berbuka dgn parents...
bile lg nak buka puasa ramai2 dgn Family?? dah skrg ni sebuk2 belajar..lps ni kerje pulak..
then kahwin...abes bile nye nk berbuka dgn mak ayah....

masing2...cuba lapangkan masa dgn family...
ramai2 n sama2 kumpul pahala kn best !! (^^,)

dan kalau yang sebelum ni liat nak mengaji pulak...
kali ni dah takde masa lunch...haa..
cuba gunakan untuk membaca Al-quran..sikit2 mukasurat pun jadila..
asalkan baca .. ok kan??

apa2 pun....yang penting istiqamah dan berterusan...cuba maintain kan...even bila dah abes ramadhan kali ini....teruskan dgn usaha baik tu...
ensyaAllah... Allah bersama-sama kita.. nak masuk syurga tak?? (^.^)

Dan percayalah...Al-quran ni...bukannya kitab sebarangan..
bukan hanya baca & hafal bile nak exam al-quran. kemudian tutup dan say bye bye~..

bukan bukan..

percayalah..membacanya even 1 huruf..Allah sediakan 10 pahala bersamanya...
Sweet nye Allah...(tapi kita la yg malas2 tu..T.T)

dan bukan kat dunia je..dekat dlm kubur yg gelap gelita...dan dekat Akhirat nanti..
dekat padang mahsyar yang sgt sgt panas.. matahari beza dgn kita sejengkal je...
yang time ni takde apa2 pertolongan...
time ni la nanti...Al-quran yang kita penah baca kt dunia ni..akan bagi syafaat kat kita..
akan melindungi kita insyaAllah....


MasyaAllah... Rugilah kita wahai manusia...
kalau taknak grab dan manfaatkan peluang ni baik2....
(well, bahasa kasarnye bodoh la kan?? err...)

ni exit yg pasti selamat smpai bile2 insyaAllah :)

ok..jom kite set beberapa target utk kita capai spjg bulan ramadhan ni..
(contoh: at least dpt baca 1/2 al-quran, dpt qiam,iktikaf kat masjid, sedekah sehari 1x etc..
depends la masing2 kan..)

ok la..panjang dah bebel2 ni...apa apa pun..
selamat memasuki madrasah ramadhan..
semoga kita akn grad dgn jayanya...
slps habis ramdahan nnt ye...(bukan grad saja2 ok!)

disini..saya nak minta maaf..kepada sesiapa yang pernah terasa atau tersinggung dgn kata2 atau ape2 perlakuan saya...mintak maaf byk2..

minta maaf kalau ade terumpat, terfitnah, terkutuk, tertipu, tercurik, tersepak, terhina terperli & segala khilaf dan kejahatan yg pernah saya lakukan...
ampun dan maaf tak terhingga~

thanx a lot atas sokongan semua...

ok, t8 care semua~ (^.^)



lots of love~
musyirahanan
bait asrar, 9.30 am, 31 july 2011