Pages

Wednesday, August 15, 2018

Tips Kaya Raya



Image result for duit simpanan



“Duit simpanan Puan semua dah habis?
“Dah. Bayar tunggakan rumah sewa dulu”

“Ansuran kereta ada?”
“Ada, rm500 sebulan”

“Bayaran sewa rumah?”
“RM 1300 sebulan”

“Mahalnya. Puan taknak cari rumah yang lebih murah? Atau tinggal di kampung?”
“Kampung saya di Kelantan. Jauh pula. Suami saya bekerja di KL”

“Anak-anak lain ada beri duit untuk ibu setiap bulan?”
“Kadang-kadang ada, kadang kala tiada. Ikut la”

Perbualan di antara Puan Azila, pegawai jabatan kebajikan bersama seorang waris kepada pesakit yang datang meminta bantuan kewangan mencuri perhatianku.

Saat itu aku sedang berada dalam bilik Jabatan Kerja Sosial di hospital tempatku bekerja. Aku menapak ke sini untuk meminta bantuan kewangan bagi  pembedahan seorang pesakitku, seorang ramaja berusia 17 tahun yang mengalami patah tulang belakang (L2 compression fracture with L3 burst fracture), dia membonceng motor rakannya. Namun  malang menimpa apabila kemalangan jalan raya berlaku dan dia tercampak ke belakang.

Saya perhatikan rata-rata masyarakat yang tinggal di KL Selangor kewangan cukup-cukup makan. Ada yang gaji sikit, tapi berbelanja lebih. Ada yang gaji cukup-cukup makan , hutang pula keliling pinggang.
Lebih-lebih lagi anak muda yang baru memulakan kerjaya dan membina keluarg.

Saya bukanlah contoh yang terbaik, tetapi saya nak kongsikan beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kewangan yang stabil.

Alhamdulillah, semenjak saya mendapat biasiswa di Universiti, saya tidak langi meminta wang daripada ibubapa.  Saya bernasib baik belajar di Mesir di mana kos sara hidup murah. Tetapi saya juga seorang yang kedekut. Saya jarang makan di luar dan jarang mengambil teksi.

Setiap hari saya gagahkan diri berebut untuk menaiki bas untuk ke Universiti dan hospital.

Hasilnya, saya mampu membeli tiket kapal terbang pulang ke Malaysia setiap tahun, dan dapat backpacking ke beberapa buah negara jiran dengan menggunakan duit simpanan sendiri. UK, Scotland, Ireland, Jordan, Turki dan Sepanyol menjadi saksi saya berhempas pulas menyimpan wang untuk sampai ke sana.

Selepas graduasi dan pulang ke Malaysia, saya menunggu setahun sebelum berjaya mendapat kerjaya tetap di hospital kerajaan.

Sementara itu saya bekerja sambilan menjadi guru ganti mengajar di sekolah menengah untuk beberapa bulan, selain menulis dan menjadi bibik/ tukang kebun di rumah sendiri. 

Alhamdulillah, mampu la juga  berbelanja sendiri untuk majlis akad nikah saya. Baju, make up, pelamin,hantaran, fotographer, dekorasi, goodies akad nikah semuanya hasil titik peluh saya. Mami dan ayah sponsor makanan untuk majlis kenduri dan goodies kenduri kahwin.

Saya puas hati menjadi seorang yang kedekut.

Cuma akhir-akhir ini, sejak menjadi HO, saya mula berbelanja boros, asyik makan di luar sebab tak sempat nak masak. (=.=)



Berikut saya kongsikan tips untuk menyuburkan harta.


1-   Ambil medical card/ insuran
Memang nampak macam membazir. Sebab kita rasa kita takkan jatuh sakit. Tapi ketika saya bekerja di bahagian ortopedik, saya akur bahawa malang itu memang tidak berbau. Accidents are everywhere. Kemalangan jalan raya tu macam senang je nak dapat. 

Contohnya jalan licin kemudian motor tersungkur. Pejalan kaki yang tidak bersalah tiba-tiba  dilanggar dengan kereta yang terbabas. Kereta yang keluar simpang tak bagi signal dan terlanggar motor yang tengah merempit. Tandas licin tiba-tiba tergelincir patah tulang paha dan lain-lain. Daripada patah-patah yang ngeri sampai ke patah-patah yang ringan. Semua ini memang tak dapat dijangka.

Lagi malang, ada yang cacat dan tak mampu lagi menyara ahli keluarga kerana kemalangan ini. Kerana tiada wang simpanan, kasihan anak isteri pula terpaksa  mencari duit tambahan untuk membayar bil hospital dan operation.

Namun dengan medical card, semuanya meringankan beban yang tergalas. Biar la nampak macam membazir bayar yuran tiap-tiap bulan, tetapi sekali terhantuk, baru kita tahu dan bersyukur kerana sempat mengambil medical card/insurans.



2- Buat fund sesama ahli keluarga
Bagi keluarga yang anak-anak telah bekerja, saya suggest untuk tubuhkan tabung kecemasan untuk keluarga anda. Saya bersyukur kerana generasi pertama pakcik dan makcik saudara saya telah menubuhkan ZMG fund untuk keluarga kami. 

Setiap ahli keluarga yang sudah bekerja dan mampu, akan membayar RM50 sebulan. Hasil semua kutipan ini kami salurkan kepada perkara yang memerlukan.

Selain itu kami mampu menaja family day keluarga kami, kami juga mampu menampung perbelanjaan arwah nenek saya masuk kehospital dan menguruskan urusan pengebumian beliau. Dan ada yang meminjam RM20000 untuk membayar PTPTN secara lump sum, ada yang meminjam RM10000 untuk dijadikan modal meniaga dan ada yang meminjam RM20000 untuk renovate rumah.

So, bila waktu sesak, ada tabung yang boleh dikorek.


ZMG Family Day kami. Fully sponsored by ZMG FUND ( makan, penginapan, pakaian, hadiah, aktiviti)

One Happy family at home


3- Menabung 10% daripada gaji bulanan
Pesan orang bijak, bila gaji masuk, terus asingkan 10% untuk simpanan. Balance 90% tu barulah gunakan untuk perbelanjaan harian. Bayar sewa rumah, ansuran kereta, bil elektrik dan air, nursery anak, susu dan pampers anak dan lain-lain.

Kalau ada balance barulah spend untuk beli baju baru, make up, makan di luar dll.



4- Jangan lupa bagi duit kepada ibu bapa
Jangan kedekut dengan parents sendiri. Sedari  kecil parents telah berbelanja macam-macam untuk membesarkan kita. End up bila kita besar dan mendapat gaji sendiri,kita menjadi kedekut dengan mak ayah. Saya perhatikan ramai pesakit saya yang merupakan mak ayah yang telah tua, nak bayar rumah sewa pun tak lepas, apatah lagi nak beli pampers atau beli ubat-ubatan, sedangkan anak-anak mereka kaya raya duduk di rumah teres. Jangan jadi anak derhaka plz!



5-  Sedekah menyuburkan harta
Akhir sekali, jangan kita lupa. Sebenarnya dalam harta kita ada hak orang lain. Jangan lupa membayar zakat dan sedekah. Walaupun gaji kita setiap bulan adalah hasil titik peluh kita, tetapi sebenarnya ada hak orang lain dalam gaji kita.

Sedekah akan membersihkan semula semua kekotoran pada gaji kita. Alaaa, yang kadang-kadang kita lambat kerja lambat, pastu main phone masa bekerja, guna internet ofis untuk jual online, tertidur or keluar hisap rokok masa waktu ofis dan lain-lain lagi yang merosakkan keberkatan gaji kita, maka dengan sedekah dan zakat ni la cara Allah bagi untuk kita bersihkan harta kita sebelum masuk ke dalam badan kita dan anak-anak dan menjadi darah daging.

 So , sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bila dah menabung, jangan menambah hutang pula. Settlekan dulu hutang semasa.


Moga Allah berkati wang kita, walaupun sikit tetapi hati senang. 

Kenapa kita perlu jadi kaya?

Kerana Rasulullah SAW pun kaya, dengan wang extra kita boleh banyak membantu umat islam insyaAllah.



sekian tips dari saya, sesiapa nak tambah pun boleh :)




MHZ
salam 3 dzulhijjah,
Ampang
15/8/2018

Friday, May 25, 2018

Jangan Ditangisi Haid Itu 2.0

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kesembilan kita menjadi tetamu ramadhan. Alhamdulillah Allah memilih kita semua menjadi tetam bulan yang mulia ini.

Tahun ini, bagi saya satu pengalaman baru menjalani Ramadhan sebagai seorang ibu kepada seorang anak soleh berusia 1 tahun yang cukup teruja untuk 'berbuka' dan 'solat' sekali.

Kebanyakan masa sibuk berperang dengan miqdad.

Salute saya dengan ibu-ibu yang seangkatan dengan saya.

Okeh, sempena ramadhan kali ini, saya nak hadiahkan article ni untuk ukhti-akhawat- sisters- pembaca- rakan-rakan perempuan saya. Ya, anda lah yang bergenetik XX yang sedang membaca ni.

Actually ini adalah artikel yang saya tulis 5 tahun lepas, saya edit sikit. harapnya insyaAllah masih bermanfaat kepada semua.

Saya tahu ini dilemma kita semua, so harapnya sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam me maintain kan momentum kita untuk memecut dalam bulan ramadhan ini, InsyaAllah.


Jemput membaca! (^.^)v

***

Jangan Ditangisi Haid Itu~



Ramadhan tiba lagi dengan sajian pahala yang berganda-ganda.  Dalam kita rancak menyusun perancangan sebulan ibadah kita, tentu sahaja terdetik di hati, “ Alaaa, janganlah period kali ni datang pada akhir 10 ramadhan. Tengah pecutan maximum tu”. Atau pun “ Haa? Period datang double bulan ni? Awal dan akhir? Kenapa Allah uji aku sampai macam ni sekali? Ini dikira nikmat atau dugaan? ” dan pelbagai lagi keluhan  yang biasa saya terdengar keluar dari mulut ukhti saya.


Saya pasti, seorang muslimah yang menyedari akan mahalnya harga satu detik di dalam bulan yang penuh keberkatan  ini pasti tidak mahu mensia-siakannya.  Sudahlah Ramadhan datang sebulan setahun, pastilah mahu  memecut sehabis daya kan?


Jadi, anda nak buat apa ni? Makan pil supaya tak didatangi haid sepanjang Ramadhan?  Jangan!  Ubat-ubatan ini kadang- kadang tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormone.


Atau anda mahu menangis dan menyesal dicipta sebagai perempuan lalu mengomel

  ’Untunglaa jadi lelaki..?


Sekali lagi jangan! kerana Allah berfirman:


“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)


Sememangnya perasaan sedih pasti akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Sedangkan, Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid.


Haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut dikesali, kerana di sebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.


REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH DAN BERSANGKA BAIK


Redha ialah senang hati menerima apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita semua sama ada baik atau buruk. Dan redha dalam beribadah ialah beribadah seperti mana yang diperintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk melakukannya.


Anda perasan tak, bila anda tidak berpuasa kerana haid, sebenarnya anda mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah. Ini kerana Allahlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya.


Maha Besar Allah, Dia-lah Sebaik-baik Pencipta, selalu meletakkan hikmah pada makhluk yang diciptakan-Nya. Oleh itu, jika kita benar-benar redha dengan apa yang ditentukan Allah untuk golongan Hawa seperti kita, maka tidak akan timbul isu berkurangnya pahala kerana kita tidak boleh solat dan puasa.

Kita hanya dilarang oleh Allah untuk solat, puasa, tawaf dan membaca Al-quran (menurut khilaf ulama’)** -boleh refer sini- Sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya pintu-pintu syurga masih terbuka luas untuk kita  dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan.

Namun, masa haid bukanlah masa berehat dari ibadah, kerana sesungguhnya dalam sehari-semalam itu masih ada banyak amalan yang masih boleh dikerjakan oleh wanita haid.


1-      Sediakan juadah berbuka puasa

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).

Seorang muslimah yang solehah akan sentiasa memburu pahala. Dia tidak akan mensia-siakan peluang beramal. Mari kita memudahkan urusan suami/ukhti-ukhti kita yang berpuasa. Mudahkan mereka beribadah.

Niatkan memasak juadah itu kerana Allah. Mana lah tahu, sambal ayam, atau Ikan Asam Pedas yang anda sediakan itu yang akan membawa anda ke SyurgaNya nanti!


2.  Bangun Sahur bersama-sama

Seperti juga menyediakan juadah berbuka, tiada salahnya jika kita dapat menyertai mereka bersahur. Lagi Osem jika anda boleh menyediakannya, dan biarkan suami/ukhti anda bangun qiamullail. Minta dia mendoakan anda.

Tidak perlu masak yang renyah dan susah-susah, cukup sahaja telur masak kicap. Sambil-sambil anda memasak, bolehlah berzikir atau mendengar ayat al-quran. InsyaAllah akan terasa sekali roh qiamullai walaupun anda berada di dapur!


3.  Tadabbur Al-quran atau mendengar bacaan Al-quran

Jika kita dilarang untuk membaca Al-quran **, tidak salah jika kita mendengar bacaan Al-quran. Tukarkan senarai Playlist di dalam Handphone anda dan isikan dengan  mp3 Al-quran.

Sekurang-kurangnya jika kita tak sempat untuk khatam Al-quran, kita sudah khatam mendengar bacaan Al-quran. Mari kita membudayakan mendengar Al-quran  di mana-mana anda berada. Di dalam kenderaan, sedang memasak di dapur, sedang melipat pakaian, menyapu sampah malah ketika belajar.


4.  Istighfar, zikir, Maathurat dan Selawat ke atas Nabi


Kali ini mari kita tukar jadual ibadah kita. Jika selama ini kita mengambil 10 minit untuk mengerjakan solat Zohor. Ketika haid, kita gunakan juga 10 minit itu untuk istighfar, zikir, membaca maathurat, berdoa, dan selawat keatas Nabi SAW.

 Berzikir boleh dilakukan oleh wanita haid. Hal ini lebih baik daripada sekadar membiarkan lisan dan hati kita lalai dari mengingat Allah. Atau membiarkan lisan dan hati kita untuk hal-hal maksiat seperti mengumpat dan membicarakan serta memikirkan hal yang sia-sia. Dzikir selain dapat mengingatkan kita pada Allah, menenteramkan hati juga mendatangkan pahala.


5.  Menyibukan diri dengan ketaatan dan elakkan diri dari 'membawang'.


Lazimi diri kita untuk tidak membuang masa begitu sahaja. Andai futur ketika haid, jangan biarkan begitu sahaja. Dampingi rakan-rakan yang solehah, hadiri majlis-majlis ilmu (dengan syarat bukan dilaksanakan di dalam masjid), dengarkan youtube ceramah-ceramah agama atau hiasi masa anda dengan membaca buku-buku tarbiah dan buku-buku agama.

Kegiatan ini juga menghindarkan kita dari membuang masa.

Jika ada rakan-rakan anda yang mengajak anda 'membawang', cuba elakkan diri anda dari terjebak.

Sia-sia sahaja amalan anda. Malah ibarat makan daging saudara sendiri!


6.  Infaq/ sedekah


Bersedekah umpama kita sedang menabung dalam tabung dan saham akhirat kita. Ganjarannya diganda-gandakan pada bulan Ramadhan. Tambahan, banyak tabung-tabung kebajikan, tabung anak yatim, tabung Palestine dan Syria yang akan diedarkan sekitar bulan Ramadhan ini, boleh lah kita membelanjakan wang kita ke sana.


7. Istiqamah (Terus) membuat perkara-perkara sunat yang sudah biasa dilakukan


Tak hanya itu, teruskan sahaja amalan sunat yang seharian anda biasa lakukan. Jangan dikurangi dosenya hanya kerana anda haid.

 Melakukan tugas harian sebagai isteri, ibu, housemate, anak yang baik,  selagi mana  dilakukan dengan tulus juga dikira sebagai ibadah. Insyaallah boleh menjadi pengisi poket-poket amal kita, walaupun kita sedang terhalang dengan fitrah haid.


Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas, tidak menyesalinya dan tidak berburuk sangka. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka. Juga, hormat mereka yang berpuasa dan jangan sewenang-wenangnya makan di khalayak ramai.  Maka, raikanlah Ramadhan penuh kesyukuran kerana kita, seorang WANITA.


** Hukum asal membaca Al-quran bagi wanita haid adalah diharamkan. Tetapi jumhur ulama’ menyatakan membaca Al-quran menjadi harus dengan niat berzikir mengingati Allah. Rujuk SINI.


p/s: Jangan lupa untuk mendoakan kerajaan PH baru dapat memerintah Malaysia dengan baik, nak menanggung hutang negara yang banyak tu bukan sehari dua dapat diselesaikan.

Harap rakyat Malaysia sama-sama mendoakan dan menyokong menteri2 kita.

Elakkan menjadi keyboard warrior sahaja.



MHZ,
My Harmonica Zine

Ampang
9 ramadhan 1439H
25 may 2018