Bicara
Al-Kahfi: Bed sore
“ Beside Pulmonary embolism, one of
another common complication of people who spend long periods in bed or
wheelchair is decubitus ulcer. This condition is highly treatable and good
recovery with proper management,” suara Professor
Yahya masuk ke gegendang telingaku.
Hari ini kami di wad, mempelajari cara-cara
menjaga pesakit selepas pembedahan.
Lazimnya, selepas menjalani pembedahan, pesakit akan dipantau dengan baik bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, yang mana akan melambatkan proses penyembuhan.
Bed sore.
Luka/ulcer yang akan timbul pada kulit di mana ia mengalami tekanan yang berpanjangan. Tekanan ini menyebabkan aliran darah terganggu/ tersumbat, dan menyebabkan bakalan oksigen berkurangan. Hasilnya, ia menyebabkan sel/tissue mati. Satu perkara yang sering menimpa mereka yang terlantar lama di pembaringan.
Luka ini sering terjadi di bawah punggung, kaki, tumit kaki, siku atau di tempat memiliki tekanan yang kuat.
Sering terjadi kepada warga emas, atau mempunyai kecederaan yang menuntut mereka menggunakan wheel chair atau telantar lama selepas pembedahan yang memakan masa untuk sembuh.
Luka ini sering terjadi di bawah punggung, kaki, tumit kaki, siku atau di tempat memiliki tekanan yang kuat.
Sering terjadi kepada warga emas, atau mempunyai kecederaan yang menuntut mereka menggunakan wheel chair atau telantar lama selepas pembedahan yang memakan masa untuk sembuh.
“To
avoid bed sore, please ask your patient to wake up and move. If she/he cannot,
at least roll her/his body to the left or right,” sambung Professor lagi.
Nasihat penting ini aku catatkan di buku
notaku.
“ Okay, till here, is there any
question?” Professor Yahya melihat ke kiri dan
kanan jika ada sesiapa yang ingin bertanya.
“ All right. If there are no question,
then I’ll ask you all! “
Kelihatan semua pelajar tunduk dan sibuk mencatat.
Sebenarnya, ini adalah taktik lapuk untuk mengelakkan disoal. Iaitu pura-pura
buzy menulis dan menjadi 'pelajar cemerlang'.
“ Okay, you. A girl with the blue
scarf” pinta Professor Yahya sambil memandang tepat ke
arahku.
Ku angkat kepalaku perlahan-lahan, hampir semua
mata menoleh ke arahku.
‘ Alamak. Taktik hari ni tak menjadi pulak’ monologku dalam diri.
“ Yes Prof”
aku menjawab perlahan.
“ I want to ask something out of book.
Is there any word in Al-Quran talking about this bed sore?”
Dengan senyuman yang bersisa di wajah Profesor
Yahya, aku dapat rasakan dia menang sengaja bertanyakan soalan ini.
Pada masa yang sama, puas aku mengerahkan kepalaku
memikirkan jawapan. Bilik yang luas terasa sempit kerana gugup. Sempat aku
memberi isyarat mata kepada rakan di sebelahku untuk membantu aku.
Kelihatan dia pun terkial-kial membelek Al-quran di apps handphone untuk mencari jawapan.
“ I’m soo sorry Prof. I don’t know”
akhirnya aku terpaksa mengalah.
“ Okay no problem my daughter. Is
there anyone will help her?” Professor masih
membuka ruang untuk kami menjawab.
Suasana di wad tetap sunyi.
“ Okay. So this question is the
homework. I give you the clue, the ayat is inside the Surah that you always
read it every Friday. Okay then, study hard! See you next week.”
Professor Yahya terus keluar selepas memberi
salam. Sebagai seorang Pakar bedah, 1 saat masanya adalah sangat berharga. Dia
perlu bergegas ke klinik untuk bertemu dengan pesakit-pesakitnya yang datang
untuk follow up.
Kami semua pula terus mengambil beg masing-masing
untuk berjalan kaki pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah. Segera aku teringatkan homework
soalan yang tidak berjawab tadi.
‘Surah yang selalu dibaca pada hari
jumaat?’ bisik hatiku mengingati semula clue yang
diberikan oleh Professor Yahya.
‘ Surah Al-Kahfi?’
Aku terus membelek Al-Quran.
Dan
engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan
mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing
mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat
mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah
engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
Alhamdulillah, bertemu juga jawapan di atas
persoalan ini. Lega rasanya. Namun jauh di dalam hati, aku berasa hampa. Saban
minggu aku membaca Surah Al-Kahfi, namun jarang aku meneliti apakah ayat yang
terkandung di dalam surah itu.
Subhanallah, telitinya Allah terhadap ciptaan
makhluknya.
Apabila Allah menidurkan pemuda-pemuda Kahfi ini
selama 309 tahun, Allah tetap memelihara tubuh fizikal mereka.
Sengaja Allah
membolak-balikkan tubuh mereka ke kiri dan kanan bagi mengelakkan bed sore dan membantu melancarkan aliran darah.
Subhanallah.
Dalam diam aku kagum dengan kebesaran Allah.
Semakin lama aku berada di dalam bidang perubatan ini, semakin banyak rahsia
kehebatan Allah yang terungkap.
Selama ini aku memandang Allah hanya di dalam
ibadah solat, puasa dan yang ‘sewaktu dengannya’ sahaja.
Namun sebenarnya, kehebatan Allah berada di
mana-mana. Lebih-lebih lagi pada penciptaan manusia.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
Dan dalam diam aku turut kagum kepada Professor
Yahya. Walaupun beliau adalah seorang Pakar Bedah, namun tawadhu orangnya.
Malah menghafal 30 juzuk Al-Quran.
Alhamdulillah, aku bersyukur ditemukan
dengan tenaga pengajar yang selalu mengaitkan sains, perubatan dengan Al-Quran.
Well, Al-Quran dan sains sememangnya perlu berjalan seiring, dan tidak dipisah-pisahkan.
Happy Kahfi Day,
MHZ
Bilik guru SMIAA,
12.55pm
15 Jan 2016