Ragam snorkeling |
“ Okay semua. Kalau sudah
bersedia, kita dengar dahulu taklimat keselamatan berkaitan jaket keselamatan
ini. Sila dengar dengan teliti, terutamanya buat yang pertama kali ingin
snorkeling. So tanpa membuang masa, saya menjemput instructor kita untuk taklimat
ini,” Cikgu mustafa memulakan bicara di pagi itu.
Kelihatan dihadapannya
hampir 30 orang yang sudah memakai jaket keselamatan. Dijadualkan sebentar lagi
kami semua akan ber snorkeling di Pulau Redang.
Encik Ahmad berjalan ke
hadapan, menaiki pangkin kecil di bawah pohon kelapa itu.
“ Assalamualaikum wbt.
Saya Encik Ahmad, instructor anda semua pada hari ini. Semua sudah bersedia
untuk terjun ke laut?
“ Daah..” bergema pantai ini dengan jawapan semangat
dari kami. Tak sabar-sabar lagi ingin mencecah kaki ke gigi laut. Geram melihat
kejernihan air.
“Baiklah, Sila pakai jaket
keselamatan anda. Pastikan anda membutang di hadapan dan ketatkan tali di sisi.
Untuk keselamatan masing-masing ye. Tarik nafas dulu dahulu sebelum ketatkan
jaket ni. Tapi jangan terlalu ketat, nanti ada yang lemas dahulu sebelum
berenang,” sempat lagi dia menyelitkan lawak santai.
Kami masing-masing
mengetatkan jaket di badan.
“ Kalau dah selesa, then
kita pakai pula google ni. Pastikan google ni terlekap elok di atas muka supaya
air tak masuk ke dalamnya” sambung Encik Ahmad lagi.
“Alaa.. Buruk la kena
pakai macam ni. Lawak gile nak selfie camni,” kedengaran suara remaja wanita di
belakang saya.
Saya menoleh kearahnya,
kelihatan dia sibuk menyelfie bersama 2 orang rakannya tanpa menghiraukan
taklimat Encik Ahmad.
‘ Sempat lagi nak selfie
masa ni? Dengar la dulu taklimat keselamatan ni. Masih ada yang degil. Nanti
jadi apa-apa or jaket tak ketat, siapa yang susah?’ monolog ku seorang diri.
Tak dapat menahan hati melihat aksi gedik remaja-remaja itu.
Bagi aku, bab laut ini
kita turutkan sahaja peraturannya. Jangan berlagak pandai. Jika lemas atau
berlaku apa-apa yang tidak diingini, akan menyusahkan orang lain pula.
Taklimat dari instructor. abaikan model dalam gambar ini |
***
"Okay sekarang, lepaskan
diri anda ke dalam laut. Confident. Dah ada life jaket ni, jangan takut.
InsyaAllah akan terapung"
Cikgu Mustafa memberi
arahan untuk water confident.
Kelihatan beberapa anak
muda sudah mula menguakkan tangan dan kaki, slow-slow berenang.
Masih ada lagi beberapa
peserta yang menjerit takut-takut.
“ Alah makcik, Terjun je.
Kita kan dah ada life jacket, takkan lemas punya.”
Seorang anak muda cuba
menenangkan makcik yang masih takut-takut.
“ Ko cakap senang la, aku
ni dah la tua, gemuk pulak. Tenggelam nanti” makcik itu masih tidak yakin.
Aku yang ketika itu sudah
selesa berebang-renang di permukaan laut tersenyum sahaja memerhati tingkah
mereka berdua.
***
Hidup ini seperti
snorkeling di lautan.
Pertama, untuk snorkeling,
perlu memilih tempat yang sesuai. Pulau-pulau yang menarik, cantik dan
memiliki batu karang yang masih tidak terusik.
Begitu juga kehidupan,
perlu memilih tempat yang baik – dengan persekitaran yang positif untuk kita
meneruskan kehidupan.
Sebelum snorkeling, perlu persiapan
peralatan yang selamat dan sebaiknya. Life jacket, google, pakaian berenang
yang sesuai.
Lalu diikuti dengan ilmu
untuk snorkeling.
Sekalipun tanpa skill
berenang, anda boleh snorkeling.
Kerana snorkeling hanya
perlu memakai jaket keselamatan dan google dengan baik, lalu benamkan kepala
anda untuk melihat kecantikan di dasar lautan.
Snorkeling bukanlah
diving, menyelam yang perlu membawa tangki oksigen dan sebagainya.
Begitu juga kehidupan,
perlukan persiapan dan ilmu. Kerana pada akhirnya, kita akan meninggalkan dunia
ini lalu meuju ke alam akhirat yang kekal abadi.
Bagaimana untuk masuk ke
syurga jika tidak menyiapkan bekalan pahala sebanyaknya?
Bagaimana untuk berjaya di
dunia dan akhirat jika tidak memiliki ilmu?
Dunia ini ibarat laut yang
luas tanpa batasan. Perlu pandai memilih agar tidak lemas di laut yang dalam.
Namun,
tak perlu risau tenggelam jika kita sudah memakai jaket keselamatan.
Cuma
persoalanya, sudahkah kita menyediakan ‘ jaket keselamatan & persiapan’
kita untuk terjun ke dunia yang mencabar ini?
Mengapa kita takut untuk berenang di lautan yang dalam tanpa life jaket?
Takut lemas?
Tetapi kita berani hidup pula 'berenang' di lautan kehidupan ini tanpa menyediakan life jaket kita dengan sebaiknya?
Juga mengapa ada degil dan berani untuk lemas sekalipun telah diterangkan instruction yng jelas tentang kehidupan ini?
Jaket
keselamatan = Al quran
Ramadhan
bulan turunnya Al-quran. Al quran yang menjadi bekalan dan panduan kepada
kehidupan kita.
Jika
kita berpegang kepada Al-quran dan agama dengan sebaiknya, campak lah diri kita
di mana- mana lautan kehidupan, pasti kita takkan tenggelam, InsyaAllah.
Kerana
Al quran merupakan petunjuk kepada hati kita.
**
“
Angah dah juzuk berapa?” tanyaku kepada ayah dalam perjalanan ke masjid malam
semalam. Malam 10 ramadhan. Biasanya kami akan compete siapa yang akan khatam
paling awal.
“ Alaa..
tahun ni lambat sikit. Angah busy di hospital. Baru juzuk 6. Ayah dah juzuk
berapa?”
“
Ayah pun lambat sikit. Baru juzuk 10” jawab ayah selamba. Malam itu baru ramadhan ke -8.
Aduh
terpukul aku.
“
Mengaji lah angah”
Dalam rasanya pesanan ayah kepadaku itu. Terasa jauh ke lubuk hati.
Bukan
aku seorang sahaja yang buzy. Buzy itu cuma alasan.
Tetapi sebenanrya boleh sahaja mencelah masa untuk mengaji.
Tilawah
dan tadabbur.
Bukan
sekadar tilawah sahaja tanpa penghayatan.
Ranting malam 11 Ramadhan,
Ampang,
15/6/2016