Pages

Friday, July 8, 2011

Hutan.



Hutan.

deligting me. Missing u.

these place where my heart can singing loudly and dancing happily...

peace. harmony. never been disturbed by people. and never been forgetten by me. (^^,)



ok.nak story pasal....aritu ak join program AULAD...aka program utk kanak2 sekolah rendah..

alhamdulillah time tu...mami ajak..."angah, makcik R tnye, angah nk jadi x fesi tok program aulad??? Kali ni program Rehlah"

blink..blink..bersinar2 mata ak... (selama ni biase program aulad buat indoor je..best la.mcm2 diorg buat..memasak, menjahit, kaler2, melukis etc etc yg menggembirakan kanak2..:D )

nak dijadikan cerita.. pada hari kejadian..ak pun dtg...bwk brg2 makanan, payung (in case kalo
hujan), sport shoes, tikar etc etc....*dgn gaya bersemangat.hoho*

ramai juga adik-adik yg dtg...pastu bahagikan adik-adik ni sume kpd 2 group..
satu kump yg darjah 1-3 (tahap 1)...and satu lg yg darjah 4-6.(tahap 2)...ouh btw, my little bro
are one of them..die pun join jugak..tapi awal2 lg dah pesan kt die.."akem jgn nakal2 ok!! malu angah nanti..jadi fesi, tp adek sendiri yg nakal gile"
and die hanya senyum sumbing.haha..

then di sebabkan adik-adik tahap 2 tu dah agak besar n ade Renjer hutan yang akn menjaga mereka..soo..kami2 ni jd la fesi utk adek2 comei tahap 1 (^^,)

"ok adik-adik semua..sehat tak?? suka x masuk hutan ni??" tanya seorang Pakcik yang akan menggendalikan slot kali ni.*sbnrnya takde la hutan sgt pun, takat ade byk2 pokok, dan sungai kecik kat situ*

"sehat cikgu...suuuukaaaa!!!" jawab mereka beramai2..( tp ade jugak suara-suara kecik yg jwb tak suukaa!!!)

haha.ak gelak sorg2 kt blkg.

"hari ni kita akn bermesra dgn alam. bila pakcik cakap, cari...... Semua org dlm kumpulan akn
cari benda yang pakcik akn cakap nanti. OK??"

"oookkkk!!!!" (haha.budak2 mmg suka jwb panjang2 kn?? *gelak kecil*)

"Ok, mula2..pakcik nak semua cari pokok renek, pokok semalu dan pokok duit-duit"

Maka...bertempiaran la semua kanak-kanak riang itu mencari2 bahan yg disebutkan tadi...

Satu group diberikan seorang fesi dan aku dikerahkan menjaga group 2.


Aku pergi dekat sorg budak yg agak cute. tertawan hati.hehe *seb bek la ni budak kecik..hoho*

cube untuk test budak ni. Aku tanya...."adek, paku-pakis tu ape???"

budak tu pandang aku, dgn selamba die jawab.."paku yang dipakis-pakiskan la..."

hahaha..aku gelak guling2..

*ok ak tipu. takde la guling2 kt situ*

paku yg dipakis-pakis kan?? haish. coplicated. camne tu??? tanya ak dlm hati..

"aishh..mane ade paku yg dipakis-pakis kan..Paku-pakis tu satu benda la..haaa...macam ni.." jawab ak smbil mengembil daun paku pakis yg dah jatuh ke tanah.

"ouhh...." anguk-angguk budak tu. aku senyum then aku pergi ke arah kanak-kanak lain. *kump aku ade 8 org adik2.haish, camne nk jaga semua??*

"sekarang pakcik tu suruh cari ape dik??" tanya aku kt seorg drpd mereka.

"errmmm...cari air lopak, air sungai dengan air anak sungai..."

err...air anak sungai?? mana nak cari 'anak' ni?? huu.tersenyum dlm hati..

"kakak kakak, air lopak tu macam mana???" tanya seorg yang lain.

dlm hati...err..air lopak korg x tau ke?? ke dkt bandar yg serba maju ni air lopak dh x wujud?? ke sebab perkataan tu dh dimansuhkan dlm kamus dewan smpai budak2 ni x tau air lopak tu ape?? Ok, cuba bersangka baik...

"adek nampak tak lecak tu?? " tanya ak smbil menunjuk ke arah satu lecak yg besar.

"nampak2"

"haa..tu la air lopak. Air lecak...nampak tak?? habis selama ni korg panggil tu air ape??"

budak tu terdiam. mata memandang atas, cube mencari2 jawapan.

akhirnya.."entah la. x ingat"

sudah....haha. ak gelak2 je dlm hati..

"haa..cepat la pergi amek air tu.."

budak tu terus lari-lari anak dan mengambil air tersebut, dgn cawan kertas di tangannya..

Kemudian budak-budak tu bwk la air-air tu ke arah Pakcik tadi, utk pengesahan dan mengambil tugasan lain pulak.

tugasan seterusnya ialah mencari Pasir, batu-bata dan batu kerikil.

*aku senyum2 dlm hati. pakcik ni memang nk menguji budak-budak ni je gayanye.huuu ;D *

aku jalan-jalan. pergi dekat seorg adik yang agak berisi..die jalan termangu-mangu. tengok2 je
kwn yang lain sebuk mencari-cari barang2 yg pakcik tadi cakap. tapi die tengok je.

"Adik ni kenapa?? akak tengok tak cari pun pokok2, tanah2 tu semua..??"

"ishhh..ape ni..saya geli la nak pegang tanah. kotor la..!!"

aku telan air liur. gulpp..
geli??

haila budak2 skang.tanah pun geli ke? ape yg kotor sgt tu? bukan kita ni asal dr tanah ke??*means, kita ni kotor la kn??*

"laa..kenapa geli?? tanah ni kan semulajadi???"

budak tu menjawab dgn juihan mulut sahaja. ak geleng2 kn kepala..*mati kutu camne nk layan budak ni*

"alaa...jom la..join kwn2 tu.. tengok, semua pun tgh gembira je" aku cuba lagi memancing.

tanpa menjawab, budak tu hanya melangkah lemah ke arah sekumpulan kanak-kanak lain.
aku tersenyum.
aku rasa logik kalo org geli dgn katak, tapi mcm pelik pulak bile org geli dgn tanah.
(ni katak kecik, jmpe kt kolam umah aku)


dan last sekali budak-budak ni dapat hadiah mandi sungai. ape lagi..kemain la semua org..
*tapi ak x dpt join, sbb x bwk baju lebih T.T*


macam-macam ragam budak-budak. Ni la budak-budak zaman skrg. baru suruh cari barang sikit..macam2 perangai..

macam mane eyh?? adekah budak2 zaman akn dtg.. dah x kenal lg tanah? tak kenal lagi pasir?? tak kenal ape itu longkang??

adakah mereka akn kenal PSP je? kenal I-phone je? kenal Mid Valley je??

ape nak jadi la dgn budak2 zaman tu. zaman cucu-cucu ak la kot *tu pon kalo sempat kawen sblm ajal*

dunia skang mmg camni kan?? kalau org dulu-dulu..dengan alam la mereka berkawan. dengan alam la mereka mencari nafkah. Dengan alam la mereka byk belajar.

even ak bukan lah org dulu-dulu yg veteran. Tapi alhamdulillah ayah ak sentiasa ingatkan anak-anak die, ajarkan tentang alam. Dari kecik-kecik lg dah kene belajar berkebun, tanam pokok, cabut rumput, membaja etc etc. Malah, kerja-kerja teknikal mcm baiki lampu, pasang kipas, cat pagar rumah or even menampal wall paper pun.. ayah dah ajar mase kecik dulu. even tak la handal sgt kan..tapi at least ade la basic. takde la gelabah, buzy nak call org len kalo ade apa2 problem dtg.

Tapi..aku tgok adek ak yg kecik skali tu pun x yah cakap la.. Manja kemain. bukan nk jeles.
tapi ak rasa, kalau tak diajar rasa susah. then tu bukan kehidupan namanya.
camne nk berdikari nanti??

ni suruh gosok baju sekolah sendiri pun.. kedut-kedut. sakit mata tengok baju tu. sampaikan ak geram dan aku gosok balik baju tu...haish...

*ok mcm dh keluar tajuk*

Then itulah. Bila mana kita melupakan asal-usul kita. Manusia mmg cepat lupa diri.

Bila dpt kemewahan sikit, mmg terus lupa daratan.

Nah, kenapa byk je kita jumpa manusia2 sombong, hidung tinggi, bajet haibat dan mcm2 dlm kehidupan seharian kita. Sbb masing2 pun dah lupa yg asal-usul kita.lup yg kita ni sebenarnya asal dari tanah je.

Just tanah je. Yang budak tadi tu geli sgt nk pegang. Haa...mcm tu la kotornya kita.

Then atas sebab apa kita nk merasa bongkak dan takabbur??

Mungkin atas sebab ni la, bumi dulu tak nak bagi malaikat amek tanahnya utk dijadikan manusia. sebab kita akn membuat kehancuran dan maksiat atasnya. Bumi, satu makhluk Allah yang dah x larat nk tgok kemaksiatan bermaharajalela...*air mata mengalir*

(sapa2 yg x tahu, bole bukak post sebelum ni.tq)

Hurm..padanlah Allah sendiri dah cakap dlm Al-Quran...

"Dan apabila Kami beri nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong. Tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa..(Fussilat:51) "

Sebab Allah tu Pencipta kita, dan Dia sangat tahu n paham perangai manusia yg die dh ciptakan.

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia, mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.."(Qaf: 16)
*Allah tahu ape2 je yg kita bisik kan. even benda baik or jahat. Kan malu kalo kita perasan ade org dengar n tahu planning kita yg x best-yang-kita-tahu-Allah-tak-suka...kan kan??*

Oleh itu kawan-kawan...

Janganlah kita Lupa daratan. Jangan Sombong, dan jgn tertipu dengan dunia yang sementara ni.

Jom kejar syurga. kejar Akhirat. sesungguhnya, syurga tu Mahal.dan hanya org2 yg dipilih Allah je dpt masuk syurga. Doa byk2 Allah pilih kita utk merasa Syurga-Nya. Tapi apa barang takat doa je, tapi still buat maksiat, tak jaga aurat, kapel,menggumpat, dengki kt org len etc etc...kan?? Nak masuk syurga macam mana??

"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, Seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani-petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta redha-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu..." (al-hadid:20)
Sekian. Sila fikir ye kawan-kawan.(o.O)

p/s: Dah habis xm subjek medic. tinggal subjek diniah. Yosehh..sila bersemangat musyirah. kawan2 lain sama. Jom muzakarah sama2 (^^,)

p/s 2: serius. Rindu sgt nak g camping. nak mandi air terjun. huu..T.T

p/s 3: nak melayan kanak-kanak riang mmg x menang tgn kan?? huu..
*mujurlah mereka golongan yg comel lote~*


yang khilaf,
musyirahanan..
2.03 pm,
8 july 2011

2 comments:

  1. nice story...aku pun nak join layan budak2..hihi
    adik ko plk ap cite? kenal sume mende?
    n yg last, thanks for sharing mushee =)

    ReplyDelete
  2. thanx dear!

    hehe. budak2 mmg nakal kn? mujur la mereka comel lote...tertawan hati~ hoho

    adek ak?? errr..boleh la...bab2 tanah tu boleh la kenal..
    tp bab malas tu..err...byk lagi kene jar berdikari tu..huu...

    no biggie..u`re always welcome (^^,)

    ReplyDelete