Pages

Friday, January 6, 2012

Bersangka-Baik

Bismillahirrahmainrrahim...

Salam 1 Malaysia  Ukhwah :)


Macam mane tahu baru ni??? Macam mana jumaat kita?? 
Penghulu segala hari ni..dah baca surah Al-Kahfi??  :)

Apa-apa pun sebelum terlewat..suka utk saya ucapkan Selamat Tahun Baru..2012...
*even arini dah 6 januari, tp xpe..still dlm minggu pertama thn ni...tak expired lagi kan?? 
hehe :P *

Tahun baru Hijriah dah menyapa kita..malah Tahun baru Masihi pun datang berganti..
Masing2 tak lain untuk memberi peringatan kpd kita, bahawa umur kita dah bertambah satu. Dah makin tua. Berapa tahun lagi umur yang bakal dipinjamkan kepada kita??? 
Adakah amalan kita meningkat seiring dgn peningkatan umur kita??? 
*kalau ditakdirkan Allah ini tahun terakhir kita di muka bumi ni, bersedia ke kita???

Jom!! sama2 kita improve hari-hari kita...semoga setiap hari semakin baik, 
semakin dkt dgn Allah dan setiap hari moga2 lagi bertambah redha n berkat Allah kpd kita.. Ameen...

dan kita doakan semoga dosa-dosa kita pd tahun2 yg lalu, Allah segera ampunkan dan kita takkan mengulanginya lagi pada tahun ni dan thn2 akn dtg..InsyaAllah ameen Ya Rab.. (^.^)

************************************************************************

Pernahkan anda mengeluh??? bertanyakan "Di manakah keadilan Allah???"

Telah lama memohon. Tidak pernah jemu menebarkan sejadah. Berdiri di siang malam. Bersujud di kala Dhuha. Menadah tangan siang dan malam. Ditegakkan yang wajib malah dibenci dan dijauhi yang dilarang. Bahkan, sedaya upaya dan sepenuh kemampuan telah dikerahkan untuk mengikut jejak Rasul-Nya yang terchenta.

Tetapi hingga kini Allah masih belum mewujudkan harapan. Doa anda belum dikabulkan. Sama sekali tidak.

Sedangkan ada teman lain anda yang ibadahnya berantakan. Acuh tak acuh sahaja menunaikan solat. Puasa hanya cukup-cukup yang wajib sahaja. Sedekahnya hanya sebulan sekali, malah mungkin sekali sekala. Akhlaknya kacau. Kerjanya culas. Bicaranya buruk. Otaknya kotor. Tetapi apabila dia menginginkan sesuatu, pantas sahaja dikabulkan permintaannya, hari berikutnya telah tersaji apa yang diharapnya.

Terfikirkah di manakah keadilan Allah???

Mungkin saja kita boleh menilai semula. Mungkin Ibadah kita yang banyak telah menimbulkan sombong dan riya` kita di dalam hati. Solat kita banyak, tapi khusyu`nya payah sekali. Bangun malam kita kerana diperhati. Kita ditipu oleh amalan sendiri malah boleh jadi kita memandang rendah kepada orang lain yang kita rasa amalannya sedikit sekali. Kesombongan ini telah menghanguskan amalan kita hingga tiada baki. Nilainya sudah berterbangan dilanda Tsunami.

Mungkin??? Kita mana tahu, kerana Dia yang Maha Mengetahui...

Tetapi, lagi manis kalau kita boleh Berbaik sangka kepada Ilahi....

"Pernah tak anda didatangi pemuzik jalanan yang berpenampilan seram?? Wajahnya tak terurus, comot sekali. Pakaiannya lusuh. Suaranya parau dan menakutkan. Muziknya berterabur. Malah diekorinya anda untuk meminta sedikit ihsan??? Melalak di tepi telinga anda Dihampirinya anda untuk meminta simpati???"

Sehingga anda tak tertahan lagi, anda segera mengeluarkan dompet, terus memberi supaya dia cepat-cepat pergi dengan senang hati.

"Kemudian bayangkan pula anda didatangi seorang pemuzik jalanan yang bersuara emas. Menyanyikan lagu kegemaran anda. Suaranya persis artis pujaan anda. Muziknya indah. Suaranya lunak. Wajahnya bersih. Pakaiannya kemas lagi wangi. Apa yang akan anda lakukan???"

Sah-sah anda akan terpaku. Asyik mendengar sampai ke akhir. Biarlah tak dapat berjumpa artis pujaan  yang sebenar, dapat bertemu mereka yang mirip suaranya pun sudah berbunga-bunga hati. Bahkan mungkin anda akan minta dia mainkan lagi lagu-lagu kegemaran anda. Mungkin!

Macam tu la!

Dah nampak sekarang????

Boleh jadi Allah berlaku macam tu jugak dengan kita semua, hamba-hamba-Nya.

Jika ada manusia yang fasik, keji, banyak dosa dan dibenci-Nya menadah tangan meminta sesuatu, Allah akan memberi kerana sifat Allah itu memang pemurah sekali. Mungkin Allah akan berfirman kepada malaikat-malaikatNya "Segeralah berikan apa yang dipintanya. Aku muak mendengar suaranya. Aku benci mendengar keluhannya"

Tapi, bila yang menadah tangan itu hamba-Nya yang dichentai-Nya, yang giat beribadah. Yang rajin bersedekah. Yang menyempurnakan yang wajib dan berusaha utk yang Sunnah. Maka Allah berfirman kepada malaikat-malaikatNya.."Tunggu, Tunda dulu apa yang dihajatnya. Sungguh Aku bahagia mendengar suranya meminta-minta. Dan biarlah hambaKu ini terus meminta, terus berdoa, terus berhiba. Kerana Aku menyukai doa-doanya. Aku menyukai kata-kata dan isak tangisnya. Aku menyukai pinta dan puji-pujiannya. Aku tak ingin dia menjauh dariKu selepas mendapat apa yang dipintanya. Aku mencintainya..."

Tersenyum. Mungkinkah yang diceritakan ini adalah anda???

Jom. Selalulah bersangka-baik kepada Allah. 
Setiap kali ditimpa musibah atau nikmat..Sematkanlah dalam hati..

"Aku tak tahu ini rahmat atau celaka. 
Tapi aku selalu bersangka-baik kepada Allah.."

sumber: Dalam dakapan ukhwah *credit byk2*

****************************************************************

2012, please be good! please treat me well. 
Semoga azam-azam akan dapat dikotakan...

semoga semakin banyak bertindak, daripada bercakap hebat

semoga mendapat khusyuknya solat 

semoga belajar dengan hati yang lebih terbuka dan belajar untuk lebih faham..


"Kita belajar sungguh-sungguh bukan untuk jadi pelajar yang hebat,
Tapi kita belajar sungguh-sungguh untuk masa depan pesakit kita yg akan datang...
Dapat ke kita rawat elok-elok pesakit-pesakit kita kalau belajar main-main dan takat hafal je teori-teori dalam kitab medik ni???"

Argh sentap!!! T_____T

*terima kasih kepada mereka yang sudi menampar saya*



p/s: Terima kasih daun keladi untuk semua pembaca. Tegur lah saya kalau silap ye!! 
Semoga 2012 ni dapat jadi tahun yang kita lagi dekat dengan si Dia. JOM!!



ikhlas, 
Musyirahanan zulkarnain
-saya yang memerlukan Cinta Ilahi-

13 safar 1433H
12.30 am

No comments:

Post a Comment