Pages

Thursday, May 17, 2012

Bukti Cinta




tengah2 study week ni..telinga gatal je nak dengar apa2 music...
godek2 la phone..jumpa la balik lagu2 best~


layan sat~ sambil2 baca buku...
sekali sampai dekat lagu ni...
best nye!! Rap dia tak tahan..*plus ak memang suka genre ni~*
Tapi, bila hayati2 lirik dia, terus SENTAP!!!! serius terpaku..
ter pause kejap study~


tak percaya??? Ok, cuba dengar lagu ni and renung sama2 lirik lagu dia~


*kalo tak zass tu, errrr...sila dengar lagi dengan hati ye* (",)


ouh btw, sebab malas nk loading lagu kat sini..berat..so, sila klik sini utk dengar ye!! tq :)

Bukti Cinta

Album : Bumi Akhir Usia

Munsyid : Mirwana [Featuring Edry Demascus]



Dari peti kaca dunia

Terungkap seribu kisah
Airmata jua sengsara
Wajah duka bumi Gaza
Namun semangat juangmu disulam
iman teguh
Tak luntur takkan pernah layu


Ujian melanda meragut bahagia
Pasrahmu tulus sujud pada yang Esa
Redhamu menggunung nyata
bukannya palsu
Terbukti cinta untuk Dia yang satu



(Chorus) Mirwana



Derita sengsara yang memusnah jiwa
Dengan tabah kau harungi jua
Tiada rintihan tiada rungutan tempuh
halangan
Darah yang mengalir membasahi bumi
Namun langkahmu takkan terhenti
Demi perjuangan demi menegakkan
kalimah Tuhan



Di sana derita terus menguji mereka
Di sini temasya tak pernah reda
Kita masih teruja riang dan berpesta
Walau Gaza kian merana dihina



Dugaan menimpa mengiringi kecewa
Pasrah mereka sujud pada yang Esa
Redha yang melangit tinggi tak
mungkin palsu
Namun apakah bukti cinta kita untuk
Dia yang Satu



(Repeat Chorus) Mirwana



Buktikan kasih zahirkan ia dengan
beribadah
Jelmakan cinta pada Tuhan
yang berkuasa atas segalanya



(Verse 3 - Rap) Edry Demascus



Kau boleh susun kata cinta
seindah rumi
Kau boleh gambarkan dengan kata
seluas bumi
Tapi hakikat terlihat tak hanya ucapan
dan ungkapan
Jika zahir tak menunjuk jalan
Amalan yang jadi bukti cinta sejati
Bukan cuma ayat manis atau coret puisi
Tapi hati terisi iman tak belah bagi
Menjelma jadi perjuangan tak kenal
berhenti
Akhlak menjadi cermin
Tuhan sentiasa hadir
Bukan sekadar ratib cinta hiasi bibir
Diselak tabir jiwa
Wajahnya pada tindakan
Serlahkan rupa cinta
Bukan palsu solekan



(Repeat Chorus) Mirwana


**zasss!!! mana2 yg di bold tu...
bole la renung2kn 


ok, all da best semua~
nak exam ni...Rabbuna Yusahhil, Ameen..

t8 care people! (^.^)

ouh btw, Selamat Hari Guru utk semua yg penah mencurahkn ilmu, secara langsung atau tak langsung kepada saya. Jasa Mu sgt2 dikenang!!
semoga Allah membalasnya dengan limpah kurniaNya~

bait amru,
1.09 am

No comments:

Post a Comment