Pages

Tuesday, July 10, 2012

Diari: Summer Break (i)


Alhamdulillah. Maha suci Allah.

Masih lagi diberi izin untuk hidup dan menghirup Oksigen.
Dan tengahari tadi, sebaik menapak kaki di KLIA. Hurm, bau Malaysia masih sama.
Masa On the way balik rumah, terpaksa singgah ke beberapa tempat lain. Untuk uruskan benda-benda penting. Terima kasih Inche Abg Driver Along kerana sudi menemani saya. hehe. *Len kali boleh buli lg~*

KL
masih macam biasa. Jalan raya tetap sesak bila lunch hour. Tapi akan reda kejap. Dan akan mula menjadi semut-semut bila masuk jam 4.30 petang. Haa..tu dah mula memasuki zon jalan sesak. So sesiapa yang tak bernasib baik tershopping lama-lama , keluar2 Ofis je dah jem. Ermm..memang Allah nak bg pahala mujahadah dan Sabar tu.. *Chill2*

Banyak banggunan2 baru especially Shopping Mall atau kedai2 makan. Biasa la KL,
kedai makan mamak pun laku~ Last sekali balik cuti musim panas tahun lepas. Masa setahun tu berlalu kejap je, sedar tak sedar macam-macam dah ada sekarang. Kalau tengok kepada Gombak je, yang lokasinya di pinggir KL, dulu ceruk2 je, Gombak ni pun famous sebab ada UIA. Kalau tak, takde orang pun akan sampai sini. Tapi sekarang, MasyaAllah, dah nak macam Ampang dah gayanya. *Ishhh..x best nye sesak dan kehidupan kota ni*

Bila sampai je Kl. Perasaan bercampur baur. Best. Excited. Rindu dengan family. dan takut...err.. ya takut. Macam nampak-nampak je Banner Jahiliah di merata-rata tempat. Tengok Mid Valley, teringat tempat lepak-lepak dulu. Bayangkan time outing sekolah dulu, dengan baju outing tu, tak malu gile pegi lelepak kat sana dengan baju outing tu.dengan tudung labuh kot.. Bila fikirkan balik, malu giler buat perangai tak senonoh tu. Mujur tak masuk panggung je dengan baju batik outing tu.ehe!

Then, tengok pulak LRT, teringat zaman-zaman sekolah dulu suka sangat nek LRT. kadang tak pergi mana2 pun. Tapi suka je nak bazirkan masa. Ehe, duduk rumah bosan kot. Pergi la KLCC. Main Boling. Hang out dengan kawan-kawan.

Dalam kereta pun, Cik abang kat sebelah ni bukak Hot.Fm. selang seli dengan Era.fm..Lama dah tak balik, semua lagu yang pusing kat radio. Tak boleh nak ikut. Sebab ni first time dengar. Tapi dengar lama-lama, cair tahi telinga. Geli dengar lagu jiwang karat tu. Apa barang nangis meleleh2 bila awek lari pergi dekat mamat lain. Jangan la sedih, tu namanya Allah tunjukkan jalan. Awek macam tu tak bole pakai. Lagi-lagi la nak buat isteri nanti. And saya rasa Allah sebenarnya nak tunjukkan and sedarkan, Cinta yang Agung untuk Allah semata-mata. Dah, jangan sedih2 dengan cerita cinta lama tu. Back to Cinta Allah. Think positive ! ehe~ *err...ke harsh sangat ni..*

Dan bila lagu dah boring sangat, baru la along tukar ke CD nasyeed Maher Zain. dan barulah saya boleh tersenyum lega.

Takutnya untuk termasuk kembali ke Lembah Jahiliah ni.. T_______T

HOME SWEET HOME
Sampai-sampai rumah je. Alahai, ade construction. Sepah-sepah simen, batu-bata, kayu2. Merata-rata sana-sini. Serabut mata pandang. Itu baru dekat luarnya, bila buka je pintu rumah. bagi salam. Mami sambut dengan ceria. Ya Allah, terubat rindu. Then salam pulak dengan my adek lelaki, Azim. Happy. 

Tapi, pusing2 kepala je nak masuk bilik, alahai. Macam tongkang pecah. Berbakul-bakul baju dalam bakul minta dilipat. Hailaaaa...Ingatkan dekat rumah ni ada 3 anak teruna boleh dipakai,
tapi nak kena ada sentuhan anak dara juga kot. huahua~ Cik abang teruna sekalian ni, memang nak kene bagi kursus bakal suami soleh ni. Haish, nak kene ajar sidai baju, lipat baju, lepas makan basuh pinggan, susun pinggan elok2, mop lantai etc.

Kepala dah tak bole pusing, terus masuk bilik. Lepaskan badan atas katil. Wah, nikmatnya..

Dan esok paginya, terus punch card as bibik. Basuh pinggan. Basuh baju. Lipat baju. Kemas dapur . Masak Lunch etc. Bermula hikayat ku sabagai bibik imported from egypt. ecece!

"Ya Allah, semoga cuti-cuti Malaysia ku kali ini, dapat aku manfaatkan sebaik-baiknya. Dan jauhkanlah perkara yang melaghakan. "


" Sesungguhnya masa lapang itu membunuh." So, memang kene manfaatkan baik-baik. Nanti Allah tanya dengan kita, masa muda mu kemana?? T_______T


p/s: tak sabarnya nak masuk Ramadhan. Rasa rindu dengan sambutan ramadhan dekat Mesir. Tapi dekat Malaysia ni..errr...

p/ss: Sori. tertulis pasal hikayat cerita saya. Maaf yang membaca, kalo tak dapat apa2..


yang tengah melipat baju,
Sri Saujana,
Gombak, KL
12.07 pm Malaysia

No comments:

Post a Comment