Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum wbt,
Sedar tak sedar, 10 zulhijjah menjengah lagi. Tersenyum saya. Teringat dialog dengan seorang sahabat,
"Jom puasa nak esok??"
Saya terkebil-kebil. "Puasa apa hari rabu?? Puasa ganti ke?? "
"Taklah, tak tahu ke esok 1 zulhijjah?". Saya menggeleng.
***
Tapi, sejak saya sampai di Mesir, pertama sekali mendengar akan kehebatan 10 awal Zulhijjah. Tak pernah saya sangka yang rupa-rupanya di sebalik Hari Raya Eid Adha yang terkandung dalam bulan Zulhijjah, rupa-rupanya Allah sediakan lagi ganjaran yang tidak ternilai.
Allah bersumpah dalam Surah Al-Fajr:
وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
“Demi fajar. Dan malam yang sepuluh. Dan yang genap dan yang ganjil”. (Al-Fajr: 1-3)
Sesetengah tafsir mengatakan bahawa sepuluh malam tersebut adalah 10 akhir Ramadhan. Ada yang mengatakan 10 awal Muharam. Dan ada juga yang mengatakan 10 awal Zulhijjah.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Nabi SAW telah bersabda :
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني العشر)، قالوا: “يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟” قال -صلى الله عليه وسلم-: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء”.
Yang bermaksud :
Tidak ada amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah SWT lebih daripada (amalan) pada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari bulan zulhijjah).
Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, sekalipun dengan jihad di jalan Allah?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Sekalipun dengan jihad. Kecuali jika seseorang keluar dengan dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi (mati syahid)”
Ada pendapat yang mengatakan bahawa 10 awal Zulhijjah lebih disukai Allah daripada 10 akhir ramadhan. Mungkin kerana bulan Zulhijjah merupakan antara bulan-bulan haram. Juga pada bulan Zulhijjah, tiada biah (environment) yang menggalakkan umat Islam untuk berpuasa dan beribadah. Lain sungguh dengan suasana di akhir ramadhan, di mana kebanyakan orang berlumba-lumba untuk mengejar Lailatul Qadr.
Malah, untuk mengerjakan Solat tahajud sungguh mudah. Alang-alang nak bangun sahur tu, boleh ditunaikan 2 rakaat solat sunat. Budaya bersedekah juga tidak asing sepanjang bulan ramadhan.
Tetapi, dapatkah kita temui suasana tersebut sekarang? Pada awal zulhijjah ini? Sejujurnya saya melihat semua orang kepenatan. Penat berulang-alik ke kuliah, mengejar kuliah yang baru bermula. Program-program semakin rancak. Kelas-kelas tambahan baru membuka tirai. Peperiksaan dan ujian sedang menanti, dan sebagainya. Penat dan ekxosted. Ini perasaan saya yang dapat saya simpulkan.
Nah, tiba-tiba ingin berpuasa 10 hari? Hehe..memang cabaran besar menanti.
Tapi, rupa-rupanya Allah sangat mendengar bisikan hati saya. Didatangkan bersamanya hadis-hadis yang membakar semangat untuk terus berjuang.
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)
Menurut satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:
Pada 1 Zulhijjah,
Pada Hari itu kesalahan Nabi Adam telah diampunkan oleh Allah Taala. Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu, diperkenankan oleh Allah akan doanya.
Pada 2 Zulhijjah,
pada hari itu, doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah. Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu, seolah-olah dia berpuasa setahun dan tidak pernah membuat maksiat sedikit pun.
Pada 3 Zulhijjah,
Pada hari itu doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah. Barangsiapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala dosa-dosanya.
Pada 4 Zulhijjah,
pada Hari itu Nabi Isa dilahirkan. Barangsiapa berpuasa pada hari itu, terhindar ia daripada kefakiran dan kemelaratan. Dan pada hari kiamat kelak, ia akan tergolong bersama-sama dengan orang-orang terhormat.
Pada 5 Zulhijjah,
Pada hari ini Nabi Musa AS dilahirkan. Barangsiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik dan seksa kubur.
Pada 6 Zulhijjah,
Pada hari itu Allah membuka pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, Barangsiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan pandangan rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
Pada 7 Zulhijjah,
Pada hari itu, pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula selepas 10 Zulhijjah. Barangsiapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah 30 pintu kesulitan dan dibukankan Allah 30 pintu kesenangan.
Pada 8 Zulhijjah,
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah darpada Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail. Seharian beliau berfikir adakah ini arahan daripada Allah atau bisikan syaitan. Hari ini dinamakan Hari Tarwiya (hari berfikir). Barangsiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan memberikannya pahala yang tidak terhitung jumlahnya dan hanya Allah yang mengetahui nilainya.
Pada 9 Zulhijjah,
pada hari itu, Allah memberitakan bahawa perintah menyembelih itu sememangnya perintah daripadaNya dan bukanlah bisikan syaitan. (Justeru hari ini dinamakan Hari Arafah-Hari Tahu) . Barangsiapa berpuasa pada hari itu, akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Dan pada 10 zulhijjah,
hari ini dinamakan Hari Nahar (Hari penyembelihan). Barangsiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher binatang itu akan diampunkan Allah dosa-dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barangsiapa yang bersedekah dengan memberi makan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal kebaikannya lebih berat daripada Bukit Uhud"
*Hadis ini adalah Hadis Hassan.
***
Apakah Amalan yang digalakkan??
Solat
Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim].
Puasa
Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: “Rasulullah berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]
Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.
Banyakkan berselawat, takbir, tahmid, dan tahlil
Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:
الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.
لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.
Bersedekah
(^.^)
Betapa sayangnya Allah kepada kira semua, Dia tak tinggalkan kita terkapai-kapai macam tu sahaja. Dalam kita kepenatan mengharungi kehidupan, Dia datangkan lagi bekalan untuk kita. Bekalan ibadah dan bekalan cintaNya.
Indahnya hidup menjadi orang muslim, buat apa-apa sahaja sudah mendapat pahala.
pembaca sekalian, Kullu sanah wa antum bikhair~ (^.^)
musyirahanan,
bait SQ, kaherah
10.25pm. 1 zulhijjah 1433H
thank u for sharing munsyi =)
ReplyDelete