Dalam pada kita semua umat islam di seluruh dunia excited
hendak menerima kunjungan berhormat Ramadhan al-Mubarak 2 hari sahaja lagi, tak
sangka! Dunia digemparkan dengan berita
pembunuhan beramai-ramai di Medan Rabaah pagi tadi. Unexpected!
Suasana tenang solat subuh berjemaah dicemarkan dengan
tembakan yang menjatuhkan ramai penyokong Morsy di Medan Rabaah. Bayangkan anda sedang membaca doa qunut
ketika solat subuh, tiba-tiba ada peluru menusuk tepat ke dada. Kejam!
Ya, sejarah berulang kembali. Tika Saidina Umar ditikam
ketika mengimamkan Solat Subuh, saudara kita juga diserang ketika sedang solat
subuh. Itulah subuh para mujahid.
Dilaporkan setakat ini Tragedi Subuh tadi meragut hampir 83 angka syahid ,
termasuk 5 orang kanak-kanak dan
Saya terfikir, sampai tahap ini sekali mereka akan
menyerang? Sanggup membunuh rakyat sendiri untuk kepentingan peribadi?
Persoalannya, kenapa mereka sanggup menggulingkan
Presiden mereka sendiri? Gila kuasa ke apa? Siapakah mereka ini sebenarnya?
***
Bangsa
Arab, sebahagian besarnya adalah pengamal Islam dan menolak sekularisme dan
liberalism. Sekularisme dilihat sebagai idealogi kekal permusuhan
terhadap Islam, dan bukannya setakat idealogi yang ingin memisahkan politik dan
agama semata-mata.
Dari
perspektif keilmuan pula, Al-Azhar,pusat pengajian terbesar dunia Islam turut
dicemburui oleh pihak secular dan liberal. Di
sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh dunia. Lahirnya ribuan
ulama dan jutaan murabbi yang bertebaran ke seluruh dunia menyentuh hati-hati
manusia dengan nur islam. Sekaligus menjadikan Mesir mendapat kedudukan
istimewa di dunia islam dan membawa perubahan yang turut memberi kesan kepada
musuh-musuh islam. Maka, kehebatan ini harus dinoktahkan.
Kisah sebenar
Pada
awal pemerintahan Dr Morsy, beliau disambut dengan sokongan padu oleh rakyat tanpa
sebarang tentangan. Namun, sejak
tindakan beliau menggubal perlembagaan baru, memecat Hussein Tantawi sebagai Ketua Dewan Agung Angkatan Bersenjata Mesir, menukar
kepimpinan dalam perundangan, membuka semula kes-kes jenayah lama yang tidak
dibela, melepaskan tahanan IM dari penjara, memudahkan urusan keluar masuk ke
Gaza melalui pintu Rafah, lantang bersuara mengecam rejim Basyar Asad dan lain-lain lagi dianggap sebagai ancaman
yang bakal membawa kepada ‘pengakhiran’ segelintir golongan itu, mereka mula
bangkit bersuara.
Tepatlah
jangkaan mereka bahawa Dr Morsy dan Ikhwanul Muslimin (IM) akan mewakili
kekuatan Islam yang syumul serta membawa umat Islam berjaya menuju masa depan
kemuliaan Islam.
Inilah faktor mengapa Ikhwan
menghadapi perlawanan yang begitu sengit. Ikhwan diserang, difitnah, dan
diputar belitkan oleh sejumlah besar musuh-musuhnya dalam kalangan Yahudi,
Zionisme, Nasionalisme Arab, kaum Sekuler dan Liberal, yang sekarang berganding
tangan menghentam Ikhwan.
Maka,
bertopengkan semangat cintakan negara, pihak secular dan liberal mula mengapi-apikan
‘dosa-dosa’ Morsy di mata rakyat jelata. Mereka menyeru rakyat menuntut hak-hak
mereka. Dan menghembus tuduhan keji IM
mengutamakan kepentingan ideologi golongannya serta menjadi ancaman perpecahan
bangsa dan Negara .Tetapi
sebenarnya mereka berjuang untuk kepentingan peribadi, kerana selama-lamanya
pemikiran mereka tidak akan sefahaman dengan sistem islam yang syumul.
Oleh itu, rakyat mesir dibonekakan.
Bermodalkan isu minyak, air, elektrik, sampah, roti dan lain-lain keperluan
seharian, mereka memperkudakan golongan bawahan yang buta politik. Ditambah dengan
wayang geng fulul yang memburukkan keadaan, mengupah gangster membuat kekacauan
di merata-rata tempat, dan akhirnya rakyat semakin memberontak.
Kekecohan
semakin parah apabila media massa menunjukkan ‘taring ‘ mereka. Sebahagian pemikiran rakyat Mesir masih mentah di
dalam beberapa aspek politik Mereka tidak memahami sistem kerajaan
dan sentiasa mencari kambing hitam untuk disalahkan. Hanya khabar
buruk sahaja yang dihidangkan kepada rakyat. Mereka menyalahkan IM yang setia
berdiri di belakang Morsy dan menyalahkan Dr Morsy dengan kejatuhan matawang
USA Dollar.
Media memburukkan lagi pemerintahan islam, seolah-olah
menggambarkan bahawa mereka tidak mampu mentadbir sebuah negara. Semua ini
menjadi skrip-skrip yang masuk ke pemikiran cetek mereka tanpa tapisan.
Allah, bantulah beliau. Tak tahu ke pengorbanan beliau untuk membaiki mesir ni? |
Realiti
Teringat saya perbualan kami dengan Professor di Hospital semalam,
“Do you know what happened in Egypt right now?” professor kami bertanya sambil mengajar.
“Yes!!” Kami menjawab serentak. Ada tu siap mengangguk
kepala laju. Semangat nak mengatakan bahawa kami alert dengan isu sensasi di
Mesir.
“ So, are you with Morsy?” Professor kami bertanya
lagi. Soalan provokasi.
“Yes!!” lagi semangat kami menjawab.
Professor kami berpaling . “NO!”
Beliau menjawab sambil menggeleng-geleng. “ You still did
not understand Egyptians’s mind”. Suaranya hampa.
“ ……. Dr Morsy is a dictator” beliau menyambung lagi.
Kami semua terkejut! Terkejut dengan ulasan ringkas
professor kami.
Heh! Saya dah agak dah. Bukan nak mengata, tapi even mereka
ini golongan professional, malah Professor di Universiti Al-Azhar yang
merupakan Universiti Islam, tapi sayangnya fikiran mereka telah dijajah. Sangat
secular!
Lihatlah betapa liciknya permainan musuh, Universiti
Al-Azhar yang sangat ditakuti musuh kerana melahirkan jutaan murabbi, telah
disekularkan secara halus.
Kini, ramai sahaja graduan Al-Azhar yang tak serupa bikin.
Bukan saya mahu mengeji dan menunjuk baik, tetapi rata-rata ustaz ustazah yang
berkelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah, yang ilmunya bekepuk di dada. Menghafal
kitab tebal-tebal. Malah al-quran penuh di dada, tapi bila dilihat cara
kehidupan mereka tidak menggambarkan
luaran mereka yang gempak tu.
Ustaz! Janggut lebat tapi sibuk sahaja mencari kesalahan
orang lain.
Ustazah, tudung labuh sampai ke lutut, tapi bila mengumpat,
hamboi! Kalah Mami Jarum. Malah siap dok jelling-jeling lagi dekat golongan
macam aku yang tudung tak sampai lutut ni.
Allah!
Islam telah disekularkan. Islam telah dipisahkan dari
kehidupan. Islam hanya pada nama dan di masjid-masjid sahaja. Di luar, mereka adalah
manusia biasa.
Kesimpulannya
Kini, secular dan liberal sudah melata di seluruh pelusuk
muka bumi ini. Kasihan Islam. Sudahlah musuh Islam sudah tersedia ramai-
Yahudi, zionis, syiah, kristian, secular, liberal dll. Rupa-rupanya masih punya
ramai musuh di dalam selimut. Mereka yang megaku islam tetapi tidak mengamalkan
islam malah tidak memberi gambaran yang baik. Maka, Islam yang dikenali
hanyalah yang buruk-buruk sahaja.
***
Pemerintahan Dr Morsy penuh pancaroba dalam membaiki luka puluhan tahun
pemerintahan kediktatoran bermula zaman firaun sehingga Husni Mubarak. Banyak
pihak mempunyai kepentingannya tersendiri. Morsi juga tersepit di celah-celah gelombang Salafi, IM dan kelompok Islam sederhana, secular dan liberal. Saki-baki regim Mubarak yang mempunyai dendam dengan Ikhwan masih berpengaruh di dalam institusi kehakiman, tentera, polis dan kementerian-kementerian tertentu menyebabkan Presiden belum menguasai keadaan sepenuhnya. Disamping Amerkida dan sekutunya masih memantau dari jauh.
Bayangkan bagaimana Morsi terpaksa membuat beribu-ribu perkiraan sebelum mengambil risiko atas apa juga usaha yang cuba dilakukannya bagi memenuhi hasrat rakyat dan juga menepati janjinya kepada para syuhada yang gugur demi membayar harga sebuah kebebasan dari regim dictator. Beliau terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan.
Dalam
mahu memperbaiki kefasadan yang sudah berakar umbi ,masakan mampu dilaksanakan sekelip mata?
Seorang diri?
Sayangnya, rakyat yang
tergesa-gesa ini sudah tidak menerima alasan.
Maka berlakulah perhimpunan 30 June 2013. Pertembungan antara haq dan
batil. Antara pro-Morsy dan anti-Morsy.
Dan perhimpunan itu telah berlarutan sehingga sekarang.
Pihak penyokong Morsy akan tetap bertegas dan meminta tentera memulangkan
semula pemerintahan Dr Morsy sebagai presiden yang sah.
Dan tentera yang telah merampas kuasa Dr Morsy buat macam
Mesir ini seperti mereka yang punya.
Laknatlah As-sisi dan konco-konconya.
Heh! Kebenaran pasti akan tertegak! Jawablah kalian nanti di
hadapan Allah kelak di padang Mahsyar!
Pertembungan
haq dan batil ini bukanlah sejarah baru, malah sudah berlaku telah berlaku ribuan tahun yang lampau, saat Nabi Musa
mahu membebaskan Mesir dari kezaliman Firaun. Pertembungan haq dan batil akan
silih berganti sehingga kemenangan Islam yang hakiki kelak.
Tidak diragui Islam akan menang
cepat atau lambat, walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan konspirasi .Hal
ini mungkin memakan masa, tetapi pada akhirnya Islam akan menang. InsyaAllah!
Terus mendoakan saudara kita di
sana. Mereka pun mahu menyambut ramadhan dengan gembira, bukannya dengan linangan air mata.
Paling tidak pun, jika malas mahu mengangkat tangan menadah doa, doakan sahaja di dalam hati. atau paling tidak pun jangan dikutuk mereka ini.
Allahumma ballighna ramadhan. Moga Allah pilih kita untuk memasuki madrasah Ramadhan ini dan dapat graduate dengan cemerlangnya, InsyaAllah!
Bersedia mental, fizikal dan emosi ya! Bulan Ramadhan bulan ujian, bulan diberkati.
menulis dengan cinta,
MHZ
beyt SQ,
10. 56pm
No comments:
Post a Comment