p/s: post ini adalah re-post daripada satu artikel saya di Majalah JOM Isu 17. Saya post semula di blog ini, atas permintan sahabat-sahabat yang tak sempat nak mencari majalah tersebut. Selamat membaca! (^.^)
REVOLUSI 25 JANUARI 2011
Dalam pada berjuta-juta rakyat Mesir bersorak gembira di medan Tahrir,
menyambut kejatuhan Husni Mubarak, rupa-rupanya masih ada segelintir golongan
yang ‘panas hati’memerhatikan mereka dari jauh. Mereka hanya mampu berpeluk
tubuh melihat kejatuhan pemimpin pujaan mereka kerana tidak mampu melawan suara
rakyat yang mahukan perubahan.
Masa berlalu. Tampuk pemerintahan bertukar tangan. Tepat 30 jun 2012, Dr
Morsy dinobatkan sebagai Presiden Mesir secara sah selepas memenangi pilihan
raya Mesir secara adil, kalah tipis dengan calon pilihan saki baki regim
Mubarak, Ahmad Syafiq. Rakyat menyambutnya dengan sorak gembira. Hon-hon
kenderaan bingit kedengaran di jalan raya, lagu-lagu kegembiraan dimainkan,
bunga api mewarnai Medan Tahrir, malah beberapa buah kedai membuat sale sempena perlantikan Dr Morsy.
Kemenangan Dr
Morsy
Ternyata, kemenangan Dr Morsy memberikan segaris senyuman di bibir
pejuang islam, dan memberikan harapan kepada pembebasan Palestine di samping
memberikan hentakan besar dan ‘memanaskan punggung’ pesaingnya.
Akibatnya kita boleh memahami betapa tekanan pengaruh politik selain
kumpulan Islam turut menimbulkan masalah kepada
Morsi dalam usaha meneruskan agenda demokrasinya. Golongan Liberal dan
Sekular juga mempunyai pengaruh di kalangan kelompok elit dan pertengahan
Mesir. Kelompok ini walaupun telah bersatu menjatuhkan Mubarak bersama kumpulan
Islam, namun tidak semestinya mereka bersetuju dengan kumpulan Islam dari sudut
memerintah negara.
Ancaman islam
kepada kaum secular dan liberal
Bangsa Arab, sebahagian besarnya adalah pengamal Islam dan menolak
sekularisme dan liberalism. Sekularisme dilihat sebagai idealogi kekal
permusuhan terhadap Islam, dan bukannya setakat idealogi yang ingin memisahkan
politik dan agama semata-mata.
Dari perspektif keilmuan pula, Al-Azhar,pusat pengajian terbesar dunia
Islam turut dicemburui oleh pihak secular dan liberal. Di sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh dunia.
Lahirnya ribuan ulama dan jutaan murabbi yang bertebaran ke seluruh dunia
menyentuh hati-hati manusia dengan nur islam. Sekaligus menjadikan Mesir
mendapat kedudukan istimewa di dunia islam dan membawa perubahan yang turut
memberi kesan kepada musuh-musuh islam. Maka, kehebatan ini harus dinoktahkan.
Beliau, seorang Hafiz Al-Quran |
Pemerintahan Dr Morsy
Pada awal pemerintahan Dr Morsy, beliau disambut dengan sokongan padu
oleh rakyat tanpa sebarang tentangan. Namun,
sejak tindakan beliau menggubal perlembagaan baru, memecat Hussein
Tantawi sebagai Ketua Dewan Agung Angkatan Bersenjata Mesir, menukar
kepimpinan dalam perundangan, membuka semula kes-kes jenayah lama yang tidak
dibela, melepaskan tahanan IM dari penjara, memudahkan urusan keluar masuk ke
Gaza melalui pintu Rafah, lantang bersuara mengecam rejim Basyar Asad dan lain-lain lagi dianggap sebagai ancaman
yang bakal membawa kepada ‘pengakhiran’ segelintir golongan itu, mereka mula
bangkit bersuara.
Tepatlah jangkaan mereka bahawa Dr Morsy dan IM akan mewakili kekuatan
Islam yang syumul serta membawa umat Islam berjaya menuju masa depan kemuliaan
Islam.
Inilah
faktor mengapa Ikhwan menghadapi perlawanan yang begitu sengit. Ikhwan
diserang, difitnah, dan diputarbelitkan oleh sejumlah besar musuh-musuhnya dalam
kalangan Yahudi, Zionisme, Nasionalisme Arab, kaum Sekuler dan Liberal, yang
sekarang berganding tangan menghentam Ikhwan.
Maka, bertopengkan semangat cintakan negara, pihak secular dan liberal
mula mengapi-apikan ‘dosa-dosa’ Morsy di mata rakyat jelata. Mereka menyeru
rakyat menuntut hak-hak mereka. Dan
menghembus tuduhan keji IM mengutamakan kepentingan ideologi golongannya serta menjadi
ancaman perpecahan bangsa dan Negara .Tetapi sebenarnya mereka berjuang untuk
kepentingan peribadi, kerana selama-lamanya pemikiran mereka tidak akan
sefahaman dengan sistem islam yang syumul.
Oleh itu, rakyat mesir
dibonekakan. Bermodalkan isu minyak, air, elektrik, sampah, roti dan lain-lain
keperluan seharian, mereka memperkudakan golongan bawahan yang buta politik.
Ditambah dengan wayang geng fulul yang memburukkan keadaan, mengupah gangster
membuat kekacauan di merata-rata tempat, dan akhirnya rakyat semakin
memberontak.
Kekecohan semakin parah apabila media massa menunjukkan ‘taring ‘
mereka. Sebahagian
pemikiran rakyat Mesir masih mentah di dalam beberapa aspek politik Mereka tidak memahami sistem kerajaan dan sentiasa
mencari kambing hitam untuk disalahkan. Hanya khabar buruk sahaja yang dihidangkan kepada
rakyat. Mereka menyalahkan IM yang setia berdiri di belakang Morsy dan menyalahkan
Dr Morsy dengan kejatuhan matawang USA Dollar. Media memburukkan lagi
pemerintahan islam, seolah-olah menggambarkan bahawa mereka tidak mampu
mentadbir sebuah negara. Semua ini menjadi skrip-skrip yang masuk ke pemikiran
cetek mereka tanpa tapisan.
Pemerintahan Dr Morsy penuh pancaroba dalam membaiki luka puluhan tahun pemerintahan kediktatoran bermula zaman firaun sehingga Husni Mubarak. Banyak pihak yang mempunyai kepentingannya tersendiri.
Morsi juga tersepit di celah-celah gelombang Salafi, IM dan kelompok Islam sederhana, secular dan liberal. Saki-baki regim Mubarak yang mempunyai dendam dengan Ikhwan masih berpengaruh di dalam institusi kehakiman, tentera, polis dan kementerian-kementerian tertentu menyebabkan Presiden belum menguasai keadaan sepenuhnya. Disamping Amerkida dan sekutunya masih memantau dari jauh.
Bayangkan bagaimana Morsi terpaksa membuat beribu-ribu perkiraan sebelum mengambil risiko atas apa juga usaha yang cuba dilakukannya bagi memenuhi hasrat rakyat dan juga menepati janjinya kepada para syuhada yang gugur demi membayar harga sebuah kebebasan dari regim dictator. Beliau terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan.
Dalam mahu memperbaiki kefasadan yang sudah berakar umbi ,masakan mampu dilaksanakan sekelip mata?
Seorang diri?
Sayangnya,
rakyat yang tergesa-gesa ini sudah tidak menerima alasan. Maka berlakulah perhimpunan 30 June 2013.
Pertembungan antara haq dan batil. Antara pro-Morsy dan anti-Morsy.
Kerana itu
Sheikh Yusof Qardhawy menempelak mereka, “Kamu
sanggup bertahan dengan Mubarak selama
30 tahun, dengan Morsy setahun pun kamu tak tahan? Apa kena dengan kamu! Ingat
semula kita bersama-sama bantu-membantu ketika revolusi 25 Januari lepas”
Masih terbayang akan ketelusan penyokong Morsy
berhimpun di Dataran Rabaah, tanpa sebarang senjata, hanya ditemani sepanduk
dan laungan-laungan jihad. Mereka mulakan hari-hari mereka dengan qiamullail.
Namun, Allah mentakdirkan yang berada di Medan Tahrir itu yang menang.
Namun, apabila
haq dipijak dan sekular dijadikan kiblat, maka semua pengorbanan Morsy
memperbaiki negara ini hanya dipandang sebelah mata.
Logik akal, mampukah Mesir diperintah oleh mereka yang
cetek ilmu ini? Hanya terpekik mencaci kebenaran, menghancurkan masjid sesuka
hati, dan mencabul kehormatan perempuan yang lalu lalang di Tahrir?
Entah. Mungkin Allah ada rencanaNya sendiri. Cuma
manusia sahaja yang naif dalam memahami rencanaNya. Peristiwa di Turki 1997
sedang berulang kembali .
Pertembungan haq dan batil ini bukanlah sejarah baru, malah sudah
berlaku telah berlaku ribuan tahun yang lampau, saat
Nabi Musa mahu membebaskan Mesir dari kezaliman Firaun.
Pertembungan haq dan
batil akan silih berganti sehingga kemenangan Islam yang hakiki kelak.
Tidak diragui
Islam akan menang cepat atau lambat, walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan
konspirasi .Hal ini mungkin memakan masa, tetapi pada akhirnya Islam akan
menang. InsyaAllah!
p/sss: post yang ala-ala lebih kurang, boleh baca di SINI.
dan artikel ini ditulis sebelum berlakunya rampasan kuasa. Terus mendoakan Mesir ye sahabat semua :D
MHZ,
Sri Saujana,
12.17am
19 sep 2013
tengs for sharing! :)
ReplyDelete