Alhamdulillah
walhamdulillah,
atas
nikmat kurniaannya dapat lagi kita mengecapi nikmat memasuki tahun baru maal
hijrah 1435H. Ini bermakna kita telah meninggalkan tahun 1434H dan memasuki
tahun baru. Semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa dan maksiat yang telah
kita lakukan pada tahun yang lalu dan semoga tahun baru ini, tahun baru,
semangat baru, azam baru dan diharapnya tahun ini lebih baik dari tahun yang
lepas dan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini dan seterusnya.
Untuk
pengetahuan, kalendar islam mula diperkenalkan pada zaman pemerintahan
khalifah Umar Al-Khattab, atas saranan Saidina Ali Abi Thalib. Walaupun idea
perlaksanaan tahun hijrah ini telah timbul ketika zaman pemerintahan khalifah
Abu Bakar. kerana didapati ketika itu umat islam masih menggunakan tahun gajah
dan sebagainya.
Kelebihan
Bulan Muharam
Allah berfirman,
”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas
bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di
antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah
kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum
musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan
ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah:
36)
Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di
antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu
Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang
terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)
Bulan Muharam merupakan salah satu daripada bulan-bulan
haram, di mana bulan haram antara bulan yang dimuliakan oleh Allah. Allah
melarang keras pertumpahan darah pada bulan ini. Beribadah pada bulan
haram pahalanya dilipat gandakan dan bermaksiat di bulan ini dosanya juga
dilipat gandakan.
Maka janganlah kamu menzalimi diri sendiri. Zalim dalam erti
kata yang sangat luas adalah, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Jika hak badan kita untuk sihat, maka kita harus makan
makanan yg berkhasiat, bersukan untuk menjaga hak badan.
Jika hak rohani untuk mendapat makanan hati, maka kita perlu
menambah ibadah supaya kelazatan beribadah itu dapat dirasai hati.
Jika akal mempunyai hak untuk menuntut ilmu, maka janganlah
kita serik untuk menimba ilmu sebaik-baiknya.
Jika hak aurat itu untuk ditutupi, maka seharusnya kita tidak
berdalih untuk menutup apa yang perlu ditutup, bukanlah aurat itu ditutup
kerana fesyen, segan, malu dan sebagainya, tetapi aurat itu perlu ditutup
kerana haknya perlu dijaga dan hak kita sebagai hamba Allah, perlu mengikut
suruhan Allah.
10 Muharam, Hari Asyura
Pada 10 Muharam, Allah menyelamatkan nabi Musa as dan
Bani Israil dari dikejar Firaun. Maka, Nabi Musa memuliakannya dengan berpuasa,
sebagai kesyukuran atas pertolongan Allah.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ وَجَدَهُمْ يَصُومُونَ يَوْمًا يَعْنِي عَاشُورَاءَ
فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ وَهُوَ يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَأَغْرَقَ آلَ فِرْعَوْنَ فَصَامَ مُوسَى شُكْرًا لِلَّهِ
فَقَالَ أَنَا أَوْلَى بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
Dari Ibnu Abbas RA, bahwa
nabi saw. ketika datang ke Madinah, mendapatkan orang Yahudi berpuasa satu
hari, yaitu ‘Asyuraa (10 Muharram).
Mereka berkata,“ Ini
adalah hari yang agung yaitu hari Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan
keluarga Firaun.
Maka Nabi Musa as berpuasa
sebagai bukti syukur kepada Allah.
Rasul saw. berkata, “Saya
lebih berhak mengikuti Musa as. dari mereka.”
Maka beliau berpuasa dan
memerintahkan (umatnya) untuk berpuasa” (HR Bukhari).
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun,
puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah
mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa,
bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Tahun baru, azam baru
Kebelakangan ini, saya selalu mendapat khabar gugurnya
beberapa orang pemuda al-akh yang setia di atas jalan dakwah dan tarbiah ini.
Antaranya ialah kematian akhi Iman, dan yang terakhir ini kematian akhi Ammardi Turki. Walaupun mereka baru sahaja berada di usia muda, tetapi ternyata
Allah lebih menyayangi mereka. Sungguh, saya kagum dengan pemergian mereka yang
mampu menghidupkan hati-hati manusia.
Ternyata banyak hati-hati yang terketuk dan tersentuh dengan
pemergian mereka, walaupun sebenarnya saya tidak pernah bertemu mata dengan
mereka, tapi cerita-cerita yang baik sahaja kedengaran keluar dari mulut
sahabat-sahabat yang mengenali mereka.
Muhasabah diri sendiri, adakah jika ditakdirkan aku mati
sekarang, dapatkan kematian aku memberikan sesuatu kepada ummah? Adakah jika
aku akan mati esok, amalan aku sudah melayakkan aku untuk mengecapi nikmat
syurga firdausinya?
T_____T
Saya ingin mengajak semua pembaca, untuk melihat semula dan
memuhasabahi:
- Apakah amalan kita selama ini sudah mencukupi?
- Apakah azam baru yang ingin kita laksanakan bersempena
tahun baru ini?
- Adakah kita sudah berpuas hati dengan kejayaan kita hari
ini? Maksud saya, adakah kejayaan kita hari ini akan memberi keuntungan kepada
ummah?
atau... Adakah tahun baru tidak membawa apa-apa erti dalam
hidup anda? =.=
Semangat pemuda
Sayang seribu kali sayang jika anda tidak menjadikan tahun baru
ini sebagai batu loncatan untuk memperbaiki kehidupan kita selama ini. Tahun
baru sepatutnya disertakan dengan azam baru dan tajdid niat baru. Mari kita
ambil semangat pemuda al-kahfi.
Allah
berfirman;
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya
mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan
petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)
Siapakah
itu Fityah?
Fityah
yang merujuk kepada ayat diatas, adalah pemuda-pemuda yang memiliki hammasah
(semangat) yang tinggi dan mempunyai keimanan yang jitu.
Walaupun
PBB telah mendefinasikan pemuda atau Belia ialah mereka yang berada dalam
lingkungan 15-24 tahun, tetapi Hassan Al-Banna mendefinasikan pemuda adalah
mereka yang memiliki keempat-empat rukun berikut; keyakinan, kejujuran,
semangat dan tindakan.
Sejujurnya,
saya lebih bersetuju dengan definasi yang dibawa oleh Hassan Al-Banna, kerana
sejujurnya saya selalu menemui pakcik makcik yang sudah berumur 40 tahun ke
atas tetapi memiliki hammasah yang sangat tinggi mengalahkan saya yang 'belia'
ni..
Suka
ingin saya kongsikan beberapa petikan daripada risalah Wahai Pemuda, yang
menyentap sanubari saya ketika membacanya.
"asas
keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih
dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala
asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.
Itulah
sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang
pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan
mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan
penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.
Dengan
kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan
yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang
kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu
kamu itu akan menjadi bertambah berat.
Oleh
itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu
menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta
menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.
Ada
pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang
keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran
hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya
sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya
dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.
Di
samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang
terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh;
oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak
mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan
juga telah hilang.Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda
tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih
banyak dari faedah dirinya sendiri.
Ketika
bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan
pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan
pahala di akhirat kelak"
T___________T
*
Ahh. terasa macam kene lempang laju-laju sebab nak mengaku PEMUDA pun tak layak
sebab rasa semangat juang ni dah longlai.
Lihatlah manifestasi semangat pemuda, di
mana tak mugkin ssuatu revolusi dapat dilaksanakan tanpa semangat daripada
pemuda2 yg ikhlas
|
Maka,
mari kita ambil semangat pemuda ini. Bangkitlah wahai pemuda Islam sekalian!
Manfaatkan
masa mudamu sebaiknya, kerana kelak di akhirat, Allah akan menanyakan
"
Masa mudamu, ke manakah kamu habiskan??"
Malu la kalau kita nak cakap,
" Aku buzy mengejar kemahsyuran
dunia Ya Allah!!" * Face palm*
Juga jangan lupa terus mendoakan saudara seislam kita di Mesir,
Syria dan Palestine.
Salam maal hijrah 1435H dari saya. Yok! Mari kita semua berHIJRAH
ke arah yang lebih baik!!
p/s: Sori saya dapat rasakan penulisan saya semakin kurang
bermutu. pensil sudah tumpul mungkin :( Mohon doa dari semua untuk exam
saya yang bakal berakhir hujung november nanti.
MHZ,
Road to Ustaziatul Alam,
3 Muharam 1435H.
beyt SQ,
9.00pm
6 Nov 2013
No comments:
Post a Comment