Pages

Friday, March 21, 2014

[Diari] Titipan Khas Buat Mereka


Honestly, saya tak reti nak ungkapkan dengan lisan,
my verb is with my writing..


Bangun dari tidur pagi tadi, tangan rajin nak scroll Fb. Tengok apa-apa update dari rakan-rakan mukabuku.

Banyak status mereka, cinta-cinta hati yang saya stalk. Masing-masing melaporkan tentang keadaan terkini masing-masing. Ada yang masih tidak percaya bahawa mereka sudah bergelar doktor.

Tak sangka tiba juga waktu yang suatu masa dahulu aku cukup takut ianya hadir.

Saat di mana tiada lagi kakak-kakak yang berada di bumi Mesir ini.


Minta maaf kakak-kakak sekalian, saya tak dapat nak hantar antum di airport. takpe, InsyAllah jika jodoh kita panjang, akan ketemu lagi di Malaysia. InsyaAllah.

Teringat perbualan dengan ukhti semalam, 

" Kita tak dapat nak tahan air mata. Tak sangka akan menangis juga masa hantar kakak-kakak tu dekat airport", ukhti itu mengadu kepadaku.

" Ouh. saya dah menangis semasa kakak-kakak ni naik pentas graduasi dulu. Cukup la. Saya dah berjaya immune kan hati saya sekarang. Tak tahu kenapa, tapi saya just rasa macam kakak-kakak ni balik Malaysia macam cuti summer je. balik sekejap je.." aku membalas.

Aku cuba korek jauh di dalam hati. yang kutemui adalah Rindu dan Kagum dengan mereka. Sesiapa yang mengenali mereka pasti akan tahu, betapa banyaknya masa dan harta yang telah mereka korbankan untuk menanam dan menyemai benih-benih tarbiah di muka bumi ini. Semoga Allah mengganjarinya dengan sebaik-baik pahala. 

Entah la. Tak tahu apa perasaan sekarang dah jadi 'kakak sulung' di Mesir ini. Moga Allah permudahkan semuanya, ameen.


Buat kakak-kakak RJ sekalian, 

Selamat menjadi doktor yang merawat ummat dengan kasih sayang. Semoga terus thabat menapaki jalan ini yang pasti urus di Malaysia mesti lagi deras. Terus mendoakan kami di sini. Terus mendoakan kesejahteraan Mesir dan seisinya.

Sejujurnya, saya sangat mencintai kalian kerana Allah, dan moga kelak kita dapat reunion di SyurgaNya, bergelak ketawa mengimbau kembali kenangan kita di bumi perjuangan ini.

Pasti, waktu itu akan tiba insyaAllah. Uhubbuki fillah. Terima kasih dan minta maaf untuk semuanya. Terima kasih kerana telah memaksa saya menjadi matang dalam hidup ni.. huuu..


Oh ye, nak bagi hadiah ni dekat semua, which is antum mesti akan ingat lagu ni sampai bila-bila kan?

It touch my heart, deeply. Moga terus saling berpesan di atas kebenaran dan kesabaran, ameen. 


"Tanya sama iman
Apa tanda sayang
Nanti jawab iman
Saling berpesan
Pesan kebenaran, penuh kesabaran
Jaga perasaan kerana Tuhan

Tanya pada hati, apa tanda iman
Nanti jawab hati, jaga pergaulan
Tundukkan pandangan, jeling-jeling jangan
Mahalkan senyuman kerana Tuhan

Tanya sama akal, apa erti malu
Nanti jawab akal, jaga auratmu
Labuhkan pakaian, jangan jarang2
Warna jangan terang, kerana Tuhan

Tanya sama hati, pernahkah merindu
Tiap kali doa, siapa disebutmu, 
Masa berjauhan akhawat dikenang
Bila difahamkan, itulah sayang "


Basal wa Thum, 2013


Sorry tak semua ada dalam gambar. Huk


Fi amanillah.

Love fillah, 
budak nakal, Mushe <3 o:p="">


beyt SQ,
11.00 am
21 mac 2014



4 comments:

  1. Setiap pertemuan dan perpisahan kerana Allah pastinya akan ada yang Allah ganjarkan. Dearie, jazakillah khairan kathira. Moga Allah memberikan kita peluang lagi untuk bersua kembali. InsyaAllah! :) <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen ya Rab. InsyaAllah ketemu lagi. doakan kami di sini kak :) <3

      Delete
  2. subhanaAllah.. manisnya lirik tu. nak share boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. err.. sebenarnya lirik lagu tu, kakak2 ni juga yang create.
      tapi saya rase, mereka kasi je share.
      silakan :)

      Delete