“ You
will fast Ramadhan here?”, tanya seorang doktor di bilik bersalin.
“ Sure.
We’re still having our clinical round and lectures during Ramadhan”, balasku.
“ Really?
Its very hot here”, sambungnya lagi. Mungkin tidak percaya yang kami bakal menyambut
Ramadhan di sini. Dalam musim panas yang membahang ini.
“ Yeah.
I know. We already face it during Ramadhan last year”, sambungku lagi menyakinkan.
Dan dia
membalas dengan anggukan.
Melihat
suasana di sekeliling bilik bersalin itu, buat aku terfikir.
‘Agak-agaknya,
macam mana la keadaanya bilik ini ketika Ramadhan nanti. Mesti doktor-doktor ni
tak dapat pergi solat terawih sebab kene attend ibu-ibu yang akan bersalin
bila-bila masa sahaja.’
Besarnya pengorbanan seorang doktor!
Besarnya pengorbanan seorang doktor!
Aku terus
teringat pesanan kakak iparku, beliau merupakan seorang HouseOfficer di
Hospital Kuala Pilah. ( InsyaAllah akan menjadi MO tak lama lagi).
“ Angah
appreciate la masa waktu study ni baik-baik. Nanti dah kerja, buzy sangat.
Ramadhan tahun lepas akak dapat solat Terawih satu hari sahaja di Masjid, yang
lain-lain tu kena solat sendiri atau tak sempat pun. Sebab kerja memang banyak. Pesakit-pesakit nak kena observe. Lagi-lagi kalau time tu tengah tagging”, pesanannya itu seolah-olah
terngiang-ngiang di telingaku.
Besarnya tanggungjawab doktor!
Besarnya tanggungjawab doktor!
Aku
maklum sahaja akan maklumat ini, tetapi sekarang ini baru aku betul-betul merasakan
bahawa saat itu semakin hampir denganku tak lama lagi. InsyaAllah tak lama lagi
aku akan menghabiskan pengajianku di sini. Dan ini mungkin kali terakhir aku
menyambut Ramadhan di bumi Anbia ini.
Pasti aku
akan merindui suasana Ramadhan di sini kelak.
***
Ramadhan
di Mesir
Can you
describe Ramadhan in Egypt in one word?
“ Fantastic!”
Mengikut
pengalaman saya selama ini, sejujurnya saya tidak tipu!
“Ramadhan
di Mesir sangat-sangat hidup. Subhanallah!!”
Mungkin
ada yang tidak dapat membayangkan betapa seronoknya ramadhan ini. Best itu
definisinya macam mana ya? Kerana saban tahun mereka melewati Ramadhan sama sahaja
seperti bulan-bulan biasa. Cuma ada tambahan Bazaar Ramadhan dan solat terawih
sahaja. Di Malaysia, mungkin suasana tu belum tersebar lagi, tetapi sikit-sikit,
tak lama lagi anda akan merasai apa yang saya rasa, InsyaAllah.
Suasana
Ramadhan di bumi kinanah sungguh meriah. Walaupun menyambutnya jauh daripada
keluarga di Malaysia, namun tidak terasa kesedihan itu dengan adanya
rakan-rakan disisi dan ditambah pula dengan kemeriahan sambutan di sini.
Apabila
tiba 10 hari terakhir syaaban, masyarakat arab sudah sibuk membuat persiapan. Selalunya
masjid-masjid dan rumah-rumah akan memasang Fanus, sejenis pelita ala ala
tanglong cina. Fungsi asalnya suatu ketika dahulu adalah untuk menerangi
jalan-jalan dan lorong-lorong ketika malam hari. Dan digunakan ketika hendak
keluar untuk ke masjid atau menziarahi kerabat.
Namun,
masa berlari laju dan sekarang lampu jalan raya sudah berada di merata-rata
tempat. Oleh itu fungsi asalnya sudah bertukar menjadi hiasan dan simbolik akan
ketibaan bulan Ramadhan. Meriah. Cukup meriah (macam ala ala nak menyambut raya
di Malaysia)
Sambutan di masjid-masjid pun apa kurangnya, kebanyakan
masjid mula menukar karpet-karpet lama kepada yang baru. Malah, ada juga masjid-masjid
yang dicat baru dan diluaskan ruang solatnya untuk menampung bilangan jemaah yang
bakal solat di sana. Juga ditambah dengan peralatan-peralatan baru.
Selipar-selipar tandas juga ditambah dan ditukar baru.
Kemudian, apabila anda mengambil angin ketika riadha petang,
anda akan mendapati di tepi-tepi jalan raya, di sudut-sudut hujung jalan, di
celah-celah deretan kedai, banyak khemah-khemah kecil yang didirikan. Ia
dinamakan Maidatur Rahman. Fungsinya sebagai tempat berbuka puasa dan
menyediakan makanan untuk fakir-fakir miskin.
Suasana kota semakin indah dan ceria, membuatkan hati-hati
tak sabar untuk menunggu tibanya bulan ramadhan yang dinanti. Seolah-olah ingin
memeluk ramadhan supaya tidak terlepas dan berlalu pergi.
Apabila masuk sahaja malam pertama Ramadhan,kebanyakan orang
Mesir akan saling mengucapkan “Ramadhan kareem, kullu sanah wa antum thayyibin”
atau “kullu ‘aam wa antum bikhoir”. Dan dibalas “ Allahu Akran, Allah yang
lebih Mulia. Saya tidak terkecuali mengucap ucapan itu kepada seorang pemandu
teksi semasa saya berada di dalam teksinya. Dan saya turut mengucapkannya juga
kepada jiran-jiran, cashier kedai, nurse-nurse, makcik cleaner di hospital dan
rakan-rakan.
Satu hal menarik yang patut kita contohi ialah, di
sepanjang bulan Ramadhan, di mana-mana
sahaja boleh didengari bacaan al-quran.
Baik ketika berjalan kaki, mahupun di dalam bas dan tremko. Ammu
(pakcik) yang menjaga kedai-kedai khusyuk membaca Al-quran. Bacaan
Al-quran diperdengarkan di dalam kenderaan. Sambil-sambil menunggu bas untuk ke
destinasi, ammu-ammu, abang, kakak, makcik-makcik di stesen bas akan membaca
Al-quran. Sehinggakan jika di mulut anda tersiul lirik-lirik lagu, terasa malu
sendiri.
Al-quran
sudah menjadi seperti handphone. Suatu keutamaan. Pergi ke mana-mana pun
wajib dibawa dan dibaca. Sambil-sambil menunggu bas, makanan yang dipesan, masa
berharga itu boleh di manfaatkan dengan bacaan Al-Quran. Maka tidak hairanlah
jika setiap seorang daripada mereka pasti akan mengkhatam Al-quran at least
sekali sepanjang bulan Ramadhan ini.
Benarlah,
mereka memang menghargai bulan Ramadhan, bulan dimana diturunkannya Al-quran.
Firman Allah Taala:
شَهْرُ
رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..
"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat),
yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. (1)
Satu suasana
yang saya takkan lupakan ialah apabila menjelang waktu berbuka puasa, biasanya
di tengah-tengah jalan raya ada sukarelawan yang akan mengedarkan makanan
berbuka puasa. Simple sahaja makanannya. Beberapa biji kurma, halawah
(manisan), dan ‘asir (air jus) yang sejuk dan manis. Kereta-kereta yang melalui
mereka memperlahankan kenderaan dan mengambil sedikit juadah.
Sehinggakan
ada juga kereta yang tidak mahu mengambilnya lagi kerana sudah penuh seat di
sebelah pemandu dengan makanan-makanan daripada pit pit stop sebegini sebelum
itu. Malah, kadang-kadang sampai tangan pun penuh, tangan kanan memegang air. tangan
kiri memegang juadah. Tangan kawan pun pegang air lagi.
Jika ketika
itu anda tiada duit untuk berbuka atau pun malas nak memasak, silakan keluar dari
rumah dan berjalan menuju ke masjid dan pasti anda akan dapat berbagai jamuan
makanan!
Benarlah,
bulan ramadhan, bulan rahmah dan barakah. Rasa persaudaraan sesama muslim
begitu kuat dan dapat dilihat dengan adanya saling tolong-menolong, sesama yang
kaya dan yang miskin.
Dan
tradisi pelajar-pelajar Malaysia, masing-masing pun tak mahu ketinggalan pahala
menjamu orang berbuka puasa, setiap hari selalunya akan ada sahaja jemputan
berbuka puasa di rumah-rumah kawan. Hari ini berbuka di Beyt Amru,
esok di beyt Tariq, lusa di beyt SQ, tulat di beyt Ithar.
Penuh planner dengan undangan iftar. Maka dapur pun keringlah tak berasap.
Selepas menjamu selera,kami akan terus bersiap-siap ke masjid
terdekat. Biasanya kami membuat Masjid Hoping. Masjid-masjid Top (kerana bacaan
Imam yang ‘basah’) harus dimasukkan ke dalam senarai yang harus diserang!
Di Masjid
Salam, Hayyu Asyer. Solat tarawih dikerjakan 8 rakaat sahaja. Tetapi penuh
dengan linangan air mata. Begitu juga dengan Masjid Tantawi, Hayyu Sabiek.
Bacaan imam penuh penghayatan. Betapa khusyuknya beliau. Nada suara
bertukar-tukar. Apabila imam membaca ayat-ayat tentang neraka,nadanya akan
bertukar menjadi sedih dan merintih. Apabila membaca ayat tentang syaitan, nada
bertukar keras. Apabila membaca ayat berkaitan orang-orang beriman, dan
naimat-nikmat syurga, nada harapan kedengaran.
Sehinggakan sesiapa yang tak faham bahasa arab pun boleh menjiwainya. Bahkan, terasa bahu berhinjut-hinjut menahan esak tangis ketakutan apabila ayat berkaitan azab neraka diceritakan. Apabila al-fatihah ditamatkan, bergegar masjid dengan suara Ameen daripada makmum.
Sehinggakan sesiapa yang tak faham bahasa arab pun boleh menjiwainya. Bahkan, terasa bahu berhinjut-hinjut menahan esak tangis ketakutan apabila ayat berkaitan azab neraka diceritakan. Apabila al-fatihah ditamatkan, bergegar masjid dengan suara Ameen daripada makmum.
Mungkin
suara imamnya tidaklah merdu, tetapi roh bacaan itu mengalir bersama-sama
dengan makmunnya. Malah, satu rakaat yang dibacakan 2-3 mukasurat pun, tidak
terasa lamanya kaki berdiri. Kemudian mereka
akan menutup solat terawih dangan 3 rakaat solat witir. Sebelum sujud terakhir,
akan dibacakan doa qunut.
Bacaan doa qunut merupakan part yang paling ditunggu-tunggu. Imam akan membacakan doa Qunut meminta
supaya Allah membantu saudara-saudara kita di Syria, Burma, Mesir, Palestin dan
dimana-mana sahaja. Turut diselitkan doa-doa keampunan kepada sekalian muslimin
muslimat. Makmun akan menangis teresak-esak mengaminkan doa. Satu keadaan yang
sukar didapati di Malaysia.
Di Mesir juga, tiada selawat yang dilakukan di antara setiap
rakaat solat tarawih. Tetapi akan diadakan tazkirah selama 5 atau 10 minit
selepas 4 rakaat solat tarawih. Solat tarawih akan disambung semula selepas
berakhirnya tazkirah tersebut. Subhanallah.Tazkirah
yang diberikan sungguh menyentap dan memuhasabah. Betapa berbezanya dengan solat tarawih di
Malaysia. 8 rakaat di Mesir sama panjangnya dengan 20 rakaat di Malaysia.
Tetapi
di Malaysia, bacaan surahnya pendek-pendek. Malah, ada yang tak sempat hendak mengangkat
takbiratul ihram, imam sudah rukuk . Ada seorang kawan saya menggelarkan masjid
di taman perumahannya sebagai Masjid Thalathah ayat! (masjid 3
ayat).
*Aduh,
jatuh kerusi*
Tetapi
bergantung kepada masjid-masjid dan imam-imamnya juga,kerana ada juga yang menunaikan
8 rakaat dengan tenang tak tergesa-gesa.
Dan
kemuncak suasana yang tidak mungkin dilupakan, suasana iktikaf dan Qiamullail, terutamanya
pada 10 malam terakhir ramadhan. Makmun memenuhi saf-saf sehingga membanjiri
jalan raya disebabkan masjid sudah penuh dengan bilangan yang tak
disangka-sangka. Subhanallah. Malam mereka semakin meriah, cerah dan sungguh
hidup, seolah-olah siang sudah bertukar menjadi malam! Lebih-lebih lagi pada
malam ke-27 ramadhan, masing-masing berebut untuk mendapatkan saf hadapan.
Sehinggakan
selesai sahaja solat Asar, kebanyakan makmun tidak berganjak daripada saf masing-masing.
Kerana takut akan kehilangan tempat itu jika mereka bangun. Lebih-lebih lagi
apabila rezekinya mendapat saf terhadapan.
Dan
kawan saya yang baru sampai di masjid itu selepas berbuka puasa, terpaksa solat
di tangga! Sedangkan fikirnya dia masih awal. Inikan pula mereka yang datang
selepas azan isyak. Di mana pula tempat mereka? Mungkin di bahu jalan
barangkali.
Ramadhan,
time to change!
Masyarakat
Mesir sangat menghormati dan memuliakan bulan ramadan ini. Kebiasaannya, apabila bulan ramadhan tiba, serta merta mereka akan berubah menjadi
baik. Yang
tak bertudung, akan terus bertudung. Yang selalu marah-marah, akan banyak
bersabar dan berselawat ke atas Nabi. Yang selalu menipu pun, tiba-tiba akan
menjadi manusia yang amanah. Ajaib bukan?? Mereka sangat menghormati bulan
mulia ini, sehingga secara tabiinya mereka tak sudi untuk mencemarkannya dengan
sesuatu yang buruk.
Tetapi, bumi mana yang selamat daripada godaan nafsu?
Tidak dinafikan, masih ada jua manusia yang sanggup
mencemarkan kesucian Ramadhan ini dengan perkara yang tidak baik. Pencuri,
pengumpat, banyak sahaja yang bermaharajalela, namun kadar bilangannya
berkurangan.
Lupakah anda kisah serangan di Medan Rabaah ketika solat
subuh pada Ramadhan tahun lepas? Haa, itulah contoh manusia-manusia yang buta
mata hatinya!
***
Terasa manisnya semua nikmat ini jika dapat melihatnya dan menghargainya dengan mata
hati.
Oleh itu, kita pilih hendak menjadi yang bagaimana?
Typikal Malaysian yang 'hooray' dengan kedatangan ramadhan
kerana tidak sabar mahu menyambut syawal, atau 'new & branded, ghuraba'
muslim' yang mahu menyahut 'grand sale' dari Rabbnya, dengan mengikut apa yang
telah diajar oleh 'great teacher' kita, Ar-Rasul S.A.W..
Mari, kita reset semula niat kita.
Letakkan target kita untuk merebut sebanyak-banyaknya peluang kebaikan dan keampunan yang telah disediakan di depan mata ini.
Letakkan target kita untuk merebut sebanyak-banyaknya peluang kebaikan dan keampunan yang telah disediakan di depan mata ini.
Mungkinkah ini ramadhan
terakhir buat kita??
(T__T)
Mari kita masuk ke bulan Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran,
beramal bersungguh-sungguh
dan graduate dari madrasah Ramadhan ini menjadi manusia yang baru, seperti bayi yang baru dilahirkan!
Jangan bertangguh!
Jangan biarkan kita tertinggal gerabak kereta api Ramadhan ini, jika
tidak makan asap sahajalah jawabnya~
Jom semua!! Mari kita panaskan enjin masing-masing. Sudah sampai
masa untuk memecut!
Mari jadikan Ramadhan
kali ini pesta ibadah, dan bukannya pesta makanan.
Mari jadikan ramadhan
kali ini Ramadhan yang terbaik, InsyaAllah (^.^)
Ya Allah, berkatilah Ramadhan
kami.
Allahumma balighna Lailatul Qadr~ Ameen Ya Rabb!
** Tagging: House Officer yang baru start kerja akan kena tagging dulu selama 2 minggu. Kerja setiap hari mula 7am-11pm. Selesai tagging baru akan bekerja mengikut shift.
p/s: Semua yang saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman saya beberapa kali menyambut Ramadhan di Mesir. Namun, tak dapat nak jangka bagaimana suasana pada tahun ini,
sekarang Sisi memerintah, rasanya macam kurang meriahnya tahun ini.
T__T
Ramadhan kareem!
MHZ,
1 Ramadhan 1435H
Beyt SQ, Kaherah,
8.00 pm
No comments:
Post a Comment