30 jan 2011
4.15 pagi
Ecah turun surau kat tingkat bawah ni, kejut semua org bangun. Jom bangun, alang2 tu boleh qiam sekali.kami semua pon bangun la..mamai2 terus masuk tandas, siap2 n amek wudhu..solat sunat dan tunggu subuh masuk, lalu kami solat subuh berjemaah..
6 pagi
Dah ade antara kami yang beratur depan pejabat BMI. Tapi xde gaya nak bukak pon.sian mereka, terlentok2 tunggu. Dah ade jugak 2-3 orang mat saleh beratur sekali.
Mereka sabar menanti.
7.30 pagi
Kesabaran menanti depan pejabat mmg menguji.penantian satu penyeksaan. Masing2 dah tarik muka. Dah lama kot tunggu depan ni,kejap diri, kejap duduk atas troli.kejap sembang2.kejap2 mengaji.tapi xde tanda2 nak bukak pon. Semalam janji nak bukak pukul 5 pagi.ni dah 7 lebih xde gaya pon..ade yang dah membebel2.
Kawan2 dah tanya aku.. ''mushe, bile nak bukak ni?? Dah tunggu lama dah ni??’
Aku hanya boleh cakap” kejap lagi kot..mane tahu pakcik2 pekerja tu tunggu habes perintah b`kurung kol 8, pastu baru nak pegi keje” ,padahal dalam hati berdebar2.jgn la pekerja ni x dtg..mmg akan menghampakan kami semua yg dah berkorban utk tido semalaman di epot ni.
8.30 pagi
Alhamdulillah..akhirnya penantian itu berhasil. Pekerja pejabat tu datang. Die bukak pejabat dan terus kwn2 aku serbu.aku hanya tunggu di luar je.
9 pagi
Resah. Mereka di dalam pejabat x keluar2 lagi.haaiii..lain macam je..akhirnya dalam 9.20 pagi camtu mereka keluar.
“pekerja tu cakap, harini xde flight BMI ke London. Yang ade hanya lah ke New York..”
“haa??? Abes kita camne?? Semalam kata nak carikan..”
“dia tengah nak sambungkan dengan mana2 airways lain.die suroh aku datang balik pejabat tu, 2 jam lagi”
Aku tengok jam. Terus duduk. Tibe2 je rasa mcm harapan tue ade ke x?? mula rasa risau dan resah. Hurrmmm…tido je la kejap, sementara nak tggu 2 jam tu.
Mata aku mula terkatup tanpa aku sedari.
10.30 pagi
Terjaga. Mata dah x boleh tidur. Hati berdebar sangat. Masing2 pon nak hilangkan risau tu, bersembang2 dengan kawan2 sambil2 makan biskut dan minum air kosong.tue je bekalan yg tinggal sekarang.
11.30 pagi
Dah 2 jam berlalu. Tapi masih xde khabar berita. Baru je aku nak pegi serbu pejabat tu, datang En Ahmad, pekerja dekat pejabat BMI tu. “Until now I still can`t find any free flight to London. Hope u all just stay here, its easier for mr to reach u all if I get any information.Tq”
12.30 tgahari
Perut dah mula berkeroncong.lapar.baru perasan dari semalam makan macam x makan je. Tapi keadaan sekarang ni, mane ade kedai runcit nak beli ape2. Epot ni pon buzy giler dengan semua orang pon nak fly, tapi semua org pon stranded dlm ni. Nak masuk kaunter check –in pon sampai berebut2 macam tengah buat tawaf. Dah xde istilah beratur dalam hidup semua orang kat sini. Keadaan sgt2 tertekan. Bising dan masing2 pon berebut2.Aku hanya dapat memerhati sambil dalam hati, doa x henti2 moga allah permudahkan semuanya.
see..ramai giler org. macam buat haji dekat mekah.
kalau tgh jalan tue terjatuh ke, mmg nahas la.
1 tgahri
En Ahmad datang. Die cakap..dia akan cuba try buat kali terakhir ni. Pukul 2.30 tghari nanti, dia kan close kaunter check-in utk penerbangan ke London. Lepas tu dia akan check bape tempat lagi kosong. Then dia akan tolong seludup kami semua senyap2…
Aku dah terkata apa2. Ni je la harapan terakhir kami. Kalo x terbang jugak harini.mmg semua org pon akn down kot. Dah la tido kt epot 1 mlm pon menyeksakan. Kalau x dpt terbang jugak, duit tiket kami mmg burn camtu je la, bukan boleh dapat ganti rugi pon. Tpi aku fikir balek, ade flight ke London?? Tadi kata ke New York je ade..haii..macam2 la ..jgn dia kelentong kami sudah.
Susana masih tegang. Antara kami pon, ramai dah mula hilang sabar. Penantian tue yes, mmg menyeksakan. Aku hanya bole doa semoga hati aku cool dan semoga semua org pon bole bertahan lagi sampai kol 2.30 t.aku harap.
1.30 tghari
Lepas solat zohor tadi. Dah dpt tenaga sikit. Alhamdulillah. Tapi hati makin berdebar2. Risau.hepi.cuak.semua bercampur-baur. Berlaku sedikit adegan yg x diingini.
Ade beberapa org yang mengajak kami pulang ke rumah negeri masing2. “Dah korang dok sini tunggu2 pon, x sure ade tiket”
Hampa gile aku. Hati betul2 b`tegas nak bermalam jugak kt sini kalo xde tiket harini.
Tapi ade beberapa kawan aku dah mula x sedap hati, mula rasa nak balik rumah.keadaan dah makin x terkawal. Anis perasan benda ni, soo dia ajak kami semua baca Yassin. Tambahkan lagi tawakal kepada Allah. Kami pon membuat bulatan, amek al-quran masing2 dan mulakan bacaan Yassin.
Dalam hati aku time tue doa.. "Ya Allah, aku bukan lah Rasul-Mu yg maksum, bukan juga sahabat2mu yg hebat tapi hanya hamba-Mu yang hina, Tapi ya Allah kau perkenankanlah pinta kami. Jikalau rezeki kami utk terbang ke ireland, maka permudahkanlah urusan kami jika itu bukan rezeki kami, maka kau tenangkanlah hati kami. Ya Allah, jika kami x fly kali ni, mungkin sebahagian dari kami akn down dan x mungkin akan join tarbiyah ini lagi. Janganlah kau duga hati kami yg x sekuat mana ini..”
Dan Tawakal aku sgt tinggi waktu ni.
2.15 ptg
Bacaan yassin selesai. Semua org dah semakin bertenang. Riak muka lepak je, tapi dalam hati allah je tahu kan?? Huu
Semua berdebar tggu pukul 2.30 ptg.
2.30 ptg
Akhirnya masa yg ditunggu tiba. Masing2 mencari2 En Ahmad tu. 10 minit kemudian dia dtg.. “Ok, now u all please go to this way, until in front of the gate. There I’ll take u. but please, be quiet!!”
Kami faham.masing2 terus amek beg masing2 dan berjalan menghala ke pintu depan. Tapi dalam hati nak gelak gak, macam buat keje x senonoh je kene gerak senyap2 n perlahan2..hehe
Akhirnya kami sampai kat depan pintu tu. Tunggu la En Ahmad, 5 minit later dia sampai, dia bawak kami semua masuk check-in tapi pakai pintu lain. Masing2 menarik nafas lega bila dah sampai depan kaunter check-in tu.
3.15 ptg
Masih depan kaunter check-in. semua org beratur dekat kaunter penerbangan ke London. Sampai2 je turn kami.. tibe2 seorang pegawai angkat tangan.. "sorry enough for today. U all can come tomorrow”
Haa??? Semua orang muka terpinga2. Dah tutup ke kaunter?? Esok?? Ade harapan lagi ke nak terbang esok?? Maunye Husni Mubarak tu tutup penerbangan keluar-masuk mesir. Mmg stuck la kami dlm ni..wuaaa..hati dan nak nangis, tp cuba cool lagi.
Tiba2 encik penyelamat, En ahmad tu datang. Dia bertekak sikit dengan pegawai tu dan alhamdulillah kami semua dapat masuk!! We’re in.. muka pakcik pegawai tu ketat je.huu..
Soo..ape lagi semua org sambung beratur balik utk check-in beg masing2.
3.30 ptg
Aku org terakhir yg check-in barang. Sebenarnya beg aku sgt berat. Tapi dah kabut2 ni x kesah dah tu sume. Kat kaunter aku dengar.. "Flight will be depart at 4 o’clock. Either with or without passenger. And the gate will close 30 minutes before departure"
Aku tengok jam. ..Lagi 30 minit.. what??? Sempat ke??
Lepas dapat je boarding pass..aku terus berlari masuk dalam. Tapi kawasan tu mmg sesak gile dengan semua org yg stuck jugak. Depan meja imigresen, haiii..ni mmg plg mencabar. Kitorg kene berebut dengan pakcik2 n makcik2 korea, arab, org puteh tok dpt cop imigresen tu. Haa…mula la keluar semua skill memotong barisan..(ni mmg sila jgn contohi)
Sampai la turn kami..tah camne rezeki kami, potong line dan dpt awal padahal sian org len dah berebut (bukan beratur ye!!) lama dah. Ade org arab tue sampai nangis2 kene tolak dgn kawan aku..org korea tu dah ngamuk2 kat kami maki-hamun..haila…mmg kami ni x patut dicontohi langsung. Malu pon ade.
Tapi kalau x buat, mmg tertinggal flight kan??
4.30 ptg
Baru melepasi semua rintangan dan imigresen2. En Ahmad tu bantu lagi. Dalam hati harap2 la kapal terbang x terbang lahi. Sila la tunggu kami!!!
5.00 ptg
Akhirnya….finally aku smpai jugak kat depan kapal terbang tu, lepas penat rebut2 nak mintak cop, lepas penat berlari2 nak check-in, lepas penat marathon nak sampai ke sini…dan alhamdulillah kapal terbang masih di situ…
Rezeki kami utk naik jugak kapal terbang ni even time tu dah kol 5.40 ptg..kwn aku org yang last sampai sambil diiringi En Ahmad.haha..malu kot..tapi alhamdulillah 3x :)