sambungan....
4.30 ptg
sampai kat airport...okeh..kami terus cari port baik untuk letak barang2 semua..alhamdulillah..jumpe 1 tempat best..soo..ape lagi, kami sorong troli ramai2 dgn beg yg banyak2 tue..kepong tempat tu..hehe..nilah tanah jajahan kami J
Waktu terus berlalu. Kami dok melepak2 di situ.sembang2 dan ade yg baca al-quran..Ye la…semua dah buat keputusan nak lepak epot awal2, supaya esok pagi bole cepat2 beratur depan pejabat BMI. Azan dah masuk ni..terus amek wudhu dan solat berjemaah.
Kami duduk2 di surau bawah tanah tu sampai la isya masuk dlm kol 6.40. so, terus solat isya` sekali.
nilah tanah jajahan kami..hehe.. tolak 7 troli dan membuat bulatan..
8 mlm
Waktu berlalu terasa lambat je. X tau nak buat ape lagi nak tunggu esok. Sekarang ni musim sejuk, so malam lama la.Lagi la rasa mcm masa ni x bergerak pon.huu L
Soo..tok hilangkan bosan, kami semua makan2 la bekalan nasi goreng, roti sardin yg dibawak. Makan2 sambil sembang2.
Terasa masa2 kami x terisi. Haa..dapat 1 idea..jom baca Yassin ramai2..mana tahu Allah oermudahkan urusan kita semua.Start la baca Yassin.
Mata sesetengah org dah start mengantuk. Ade yg dah syahid atas troli.Ade yg dah tumbang kat atas lantai. Masing2 cari port baik utk melelapkan mata. Ade jugak yang pandai, pg jalan2 sambil minum2 dekat café terdekat.minum kopi. Haha..terbaek la..boleh la mereka tolong jagakan beg sementara semua org len nk tido malam ni.
mereka yg pegi berjalan2 tu kata.. "Huyyo..kat luar dengar bunyi tembak2..macam dekat palestin je rasa.."
aku hanya terbayang bunyi tembak2 dan kereta kebal lalu2..oh imaginasi :)
Masih berjaga. Ade yg membaca al-quran. Ade yg dah tido, terjaga sebab badan sakit tido atas troli. Ada yang pandai sgt, g tengok movie berfaedah. Dan ada yang masih berjaga sambil sembang2 dan membaca buku berfaedah.
Aku buat ape?? Hehe..lepak2 dekat surau(sambil melayan movie berfaedah)..maka aku pon tido lah di situ..
mereka2 yg terkorban :)
30 jan 2011
4.15 pagi
Ecah turun surau kat tingkat bawah ni, kejut semua org bangun. Jom bangun, alang2 tu boleh qiam sekali.kami semua pon bangun la..mamai2 terus masuk tandas, siap2 n amek wudhu..solat sunat dan tunggu subuh masuk, lalu kami solat subuh berjemaah..
Dah ade antara kami yang beratur depan pejabat BMI. Tapi xde gaya nak bukak pon.sian mereka, terlentok2 tunggu. Dah ade jugak 2-3 orang mat saleh beratur sekali.
Mereka sabar menanti.
Kesabaran menanti depan pejabat mmg menguji.penantian satu penyeksaan. Masing2 dah tarik muka. Dah lama kot tunggu depan ni,kejap diri, kejap duduk atas troli.kejap sembang2.kejap2 mengaji.tapi xde tanda2 nak bukak pon. Semalam janji nak bukak pukul 5 pagi.ni dah 7 lebih xde gaya pon..ade yang dah membebel2.
Aku hanya boleh cakap” kejap lagi kot..mane tahu pakcik2 pekerja tu tunggu habes perintah b`kurung kol 8, pastu baru nak pegi keje” ,padahal dalam hati berdebar2.jgn la pekerja ni x dtg..mmg akan menghampakan kami semua yg dah berkorban utk tido semalaman di epot ni.
Alhamdulillah..akhirnya penantian itu berhasil. Pekerja pejabat tu datang. Die bukak pejabat dan terus kwn2 aku serbu.aku hanya tunggu di luar je.
Resah. Mereka di dalam pejabat x keluar2 lagi.haaiii..lain macam je..akhirnya dalam 9.20 pagi camtu mereka keluar.
“pekerja tu cakap, harini xde flight BMI ke London. Yang ade hanya lah ke New York..”
“dia tengah nak sambungkan dengan mana2 airways lain.die suroh aku datang balik pejabat tu, 2 jam lagi”
Mata aku mula terkatup tanpa aku sedari.
Terjaga. Mata dah x boleh tidur. Hati berdebar sangat. Masing2 pon nak hilangkan risau tu, bersembang2 dengan kawan2 sambil2 makan biskut dan minum air kosong.tue je bekalan yg tinggal sekarang.
11.30 pagi
Dah 2 jam berlalu. Tapi masih xde khabar berita. Baru je aku nak pegi serbu pejabat tu, datang En Ahmad, pekerja dekat pejabat BMI tu. “Until now I still can`t find any free flight to London. Hope u all just stay here, its easier for mr to reach u all if I get any information.Tq”
12.30 tgahari
Perut dah mula berkeroncong.lapar.baru perasan dari semalam makan macam x makan je. Tapi keadaan sekarang ni, mane ade kedai runcit nak beli ape2. Epot ni pon buzy giler dengan semua orang pon nak fly, tapi semua org pon stranded dlm ni. Nak masuk kaunter check –in pon sampai berebut2 macam tengah buat tawaf. Dah xde istilah beratur dalam hidup semua orang kat sini. Keadaan sgt2 tertekan. Bising dan masing2 pon berebut2.Aku hanya dapat memerhati sambil dalam hati, doa x henti2 moga allah permudahkan semuanya.
kalau tgh jalan tue terjatuh ke, mmg nahas la.
1 tgahri
En Ahmad datang. Die cakap..dia akan cuba try buat kali terakhir ni. Pukul 2.30 tghari nanti, dia kan close kaunter check-in utk penerbangan ke London. Lepas tu dia akan check bape tempat lagi kosong. Then dia akan tolong seludup kami semua senyap2…
1.30 tghari
Lepas solat zohor tadi. Dah dpt tenaga sikit. Alhamdulillah. Tapi hati makin berdebar2. Risau.hepi.cuak.semua bercampur-baur. Berlaku sedikit adegan yg x diingini.
Ade beberapa org yang mengajak kami pulang ke rumah negeri masing2. “Dah korang dok sini tunggu2 pon, x sure ade tiket”
Hampa gile aku. Hati betul2 b`tegas nak bermalam jugak kt sini kalo xde tiket harini.
Tapi ade beberapa kawan aku dah mula x sedap hati, mula rasa nak balik rumah.keadaan dah makin x terkawal. Anis perasan benda ni, soo dia ajak kami semua baca Yassin. Tambahkan lagi tawakal kepada Allah. Kami pon membuat bulatan, amek al-quran masing2 dan mulakan bacaan Yassin.
2.15 ptg
Bacaan yassin selesai. Semua org dah semakin bertenang. Riak muka lepak je, tapi dalam hati allah je tahu kan?? Huu
Semua berdebar tggu pukul 2.30 ptg.
2.30 ptg
Akhirnya masa yg ditunggu tiba. Masing2 mencari2 En Ahmad tu. 10 minit kemudian dia dtg.. “Ok, now u all please go to this way, until in front of the gate. There I’ll take u. but please, be quiet!!”
3.15 ptg
Masih depan kaunter check-in. semua org beratur dekat kaunter penerbangan ke London. Sampai2 je turn kami.. tibe2 seorang pegawai angkat tangan.. "sorry enough for today. U all can come tomorrow”
Soo..ape lagi semua org sambung beratur balik utk check-in beg masing2.
3.30 ptg
Aku org terakhir yg check-in barang. Sebenarnya beg aku sgt berat. Tapi dah kabut2 ni x kesah dah tu sume. Kat kaunter aku dengar.. "Flight will be depart at 4 o’clock. Either with or without passenger. And the gate will close 30 minutes before departure"
Aku tengok jam. ..Lagi 30 minit.. what??? Sempat ke??
Lepas dapat je boarding pass..aku terus berlari masuk dalam. Tapi kawasan tu mmg sesak gile dengan semua org yg stuck jugak. Depan meja imigresen, haiii..ni mmg plg mencabar. Kitorg kene berebut dengan pakcik2 n makcik2 korea, arab, org puteh tok dpt cop imigresen tu. Haa…mula la keluar semua skill memotong barisan..(ni mmg sila jgn contohi)
Tapi kalau x buat, mmg tertinggal flight kan??
Baru melepasi semua rintangan dan imigresen2. En Ahmad tu bantu lagi. Dalam hati harap2 la kapal terbang x terbang lahi. Sila la tunggu kami!!!
Akhirnya….finally aku smpai jugak kat depan kapal terbang tu, lepas penat rebut2 nak mintak cop, lepas penat berlari2 nak check-in, lepas penat marathon nak sampai ke sini…dan alhamdulillah kapal terbang masih di situ…
finally, kitorg dapat gak nek kapal terbang ni.. :)
Byk sgt yg aku dpt belajar dlm pengalaman ni. Bukan semua org merasa utk tido kat epot berbantalkan lengan berkatilkan troli. Dan kami dgn brutal nye dah buat semua ni.
“sesungguhnya setiap kesusahan disertai dengan kesenangan..dan Aku sgt2 percaya dgn statement ni…!!”
Allah nak bg kami rasa susah tu supaya dgn susah tu, kita akan hargai kesenangan yg diberi kemudian..alhamdulillah 3x..\(^.^)/
till then~ thanks baca!!
Gombak
1.48 pm
14 feb 2011
p/s: mlm ni nak balik kg. x sabar nak merasa mee bandung Muar..terbaek lah!!!!
terbaek la mushee!
ReplyDeleteAllah telah memilih antunna.
sangat kagum..
xsbr nk dgr citer face to face!
suka entry ni!!
ReplyDeleteterkesan dekat hati aku shen..
masa nak balik umrah, tggu beberapa jam kat airport jeddah pun aku dah trtekan..ni kan pulak nk tido semalaman..
hahah brutal lah ko! :p
kak teha: alaa..nak dengar citer korg. kene evacuate ke jeddah-mesia..mesti lg byk tarbiah kt situ..
ReplyDeleteaisya: hehe..brutal tak brutal..ko tau kn aku mmg brutal..:P ala..maybe sbb ramai2 kot.tue yg berani je. tol2..penat kot dok epot lama2..rase cam masa bazir camtu je :(
masyaAllah..memang terbaiklah k.mushee!!
ReplyDeletesgt2 suke ;))