alhamdulillah....
masih diberi nikmat Allah utk menulis lagi...
ok..sambungan...
28 jan
5 pagi
alhamdulillah.pagi tue bangun seperti biase utk menyempurnakan kewajipan seorang hamba kepada tuhannya. teringat kan najla, my housemate. Dia sepatutnya dah naik kapal terbang ke UK pukul 4 pagi tadi.sorang2 pulak tu. Semoga Allah bersamanya. Lepas amek wudhu, aku kejutkan kawan2 lain utk solat sekali.Then masa nak tunggu kwn2 lain siap, aku on la laptop sekejap, ingat nak call family lps ni. Aku terus connect ke internet...loading2...
then lame lepas tu baru aku perasan.."internet dah putus...!! "Ya Allah...time2 camni la internet nak putus..sgt2 terkilan sebab x dpt nak call family. tue la, dalam hati asyik mengutuk diri sendiri, sape suroh bertangguh. xpe la...maybe boleh call pakai phone kot jap lagi even mahal gile.
6.45 pagi
selesai solat subuh berjemaah dan membaca ma`thurat beramai2.tiba2 Ecah ketuk pintu rumah aku, ecah ni jiran tingkat bawah..
"mushee, aku nak pulangkan kete ni, kete yang pinjam buat hantar najla pagi airport tadi.Pakcik tu suroh pulangkan kereta sekarang. Alang2 tue jom la pagi main bola sekali nak?? alang2 ade kereta"
Ok..aku setuju je dan terus siap2, tukar baju, makan sikit2 dan amek bola terus keluar rumah.
7.20 pagi
kami menaiki kereta, aku, ecah,atiqah dan syeeda. Our destination is Hayyu Asyer. harini hari jumaat. weekend kat mesir.biasenye pagi2 ni, kereta x banyak.so berani la nak drive. dan alang2 dah lepas exam, sgt2 teringin utk bermain2 bola keranjang..huu..rindu...
kereta terus meluncur di atas jalan raya dan alhamdulillah selamat sampai tanpa ape2 jem.
8.15 pagi
ade kat tepi court. dah warm-up tadi tapi tengah tunggu ramai2 orang lagi. mane cukup nak main 4 orang je. yang lain semua tgh on the way. mmg janji melayu la kan?? kalo janji kol 8, kol 8 tue sebenarnya baru nak kuar umah..alahai..kene berubah ni.
8.40 pagi
baru semua orang sampai.mulakan permainan. Tapi aku ingat nak sms parents kat malaysia, tapi sgt2 terkejut bila kawan2 cakap talian sms dah diputuskan semalam lagi.so, kalo send sms pon, mmg la takkan sampai. Soo SAD!! aku nak call mak ayah, tapi kredit x cukup lak. seminit ade la dlm LE5.5o. mane nak cukup kredit.. so, cadangnye lepas main kol 10 nanti nak cari topup la. Aku sempat call lagi atiqah zul. seorang lagi player yang x sampai2.then terus letak phone and masuk court.
10.15 pagi
alhamdulillah..dah abes main. puas hati dapat keluarkan peluh.
aku tengok handphone, 1 miss call..wow...time2 ni pun ade orang nak call..aku terus call balik orang tu, aida...dia suro pesankan kepada tiqah, suroh pulangkan kunci rumah Hunain. Sambil2 call tu tangan siap2 nak berkemas balik rumah. nak kene kemas brg harini, esok dah nak pergi jalan2 lawat kawan kat ireland.Ok, set in mind.kemas barang hari ni k??
10.30 pagi
tengah tunggu tremco dekat asyer. nak balik rumah dekat hayyu sabiek. pagi tadi pergi ade la kereta, tapi nak balik ni kene balik sendiri.huuu..malas nye!! Sambil2 tunggu tremco, aku cuba call tiqah. Nak cakap suroh pulangkan kunci tu. Tapi tengok2 kat handphone, NO NETWORK COVERAGE!!
alamak...xde line dah!! teringat khabar angin yang harini kan solat jumaat, soo lepas solat tue org2 mesir nak buat rusuhan yang lagi dahsyat. So, maybe kerajaan putuskan line utk call supaya perancangan mereka terganggu . Aduhai...macam mane ni.dah la x call mak ayah lagi..huuu...mmg dalam hati menyesal yang amat la, bertangguh x call mak ayah. X la rindu sgt sampai kene call tiap2 mggu, tapi at least kasi mereka x risaukan keadaan kita kat mesir ni. Aduh, rase bersalah sgt2.
tremco sampai, aku naik, tapi x terus balik rumah pon. nak singgah gami` jap, nak beli barang2 rumah.
12 tgahari
masih berpusing2 di gami`. mencari stok makanan. risau sgt2 kalau harga akan naik mendadak nanti and plus kami semua akn tinggalkan rumah 2 mggu. soo, kene sediakan stok makanan, takut after 2 mggu t xde makanan lak. pusing2 di gami` akhirnya belilah beras 5 kilo, gula 10 peket, garam 2 peket, minyak 3 kilo. Ok. ready nak balik umah.
1 petang
sampai di rumah.dengan tangan yang penuh gile dengan barang yang berat nak rak. bayangkan aku dengan ecah je, sorang bawak 10 kilo naik bus pulak tu..aduyai.. sampai2 rumah je mmg muscle cramp la.huhu..
lepas zohor tanpa aku sedari dah terlelap atas katil. sedar2 je dah asar pukul 3 ptg. terus bangun utk solat asar.
4 ptg
lepas abes solat, sempat baca ma`thurat kejap. Aku siap2. nak kene pegi rumah seseorang, amek barang yang nak dikirimkan kepada kwn lain dekat ireland. disebab kan kami sekarang dah kembali ke zaman kuno, mmg xde line nak call..so, cara berkomunikasi hanyalah dengan kaki..pegi dari rumah ke rumah. nak hantar burung merpati pon xde.huu
6 ptg
selamat sampai di rumah semula. tadi sempat amek seorang kawan di rumah KL,Farhana. dia pun nak join jugak trip ke ireland tue. sepatutnye flight kami esok pagi pukul 8 pagi. So, kene pegi check-in pukul 5 pagi la. ingatkan nak gerak ramai2 dari umah aku. Sampai2 rumah terus buzy kemas2 beg dan kemas2 rumah.
8 mlm
Ecah datang rumah. "korang, abesla...macam mane nak pargi airport ni?? Line xde. X bole nak call pakcik driver yang nak antar kite kat airport...!"
anis pun sambung.."tau x sekarang ni Kerajaan dah isytiharkan darurat?? sekarang ni pukul 6 mlm sampai 7 pagi esok adalah tempoh berkurung. kene duduk rumah, x boleh keluar rumah langsung. Takut2 terkena apa2 dekat luar, polis2 pun akan lepaskan je tembakan merata-rata."
OK..Otak terus blank..macam mana ni?? dah la nak kene check-in pukul 5 pagi. Curfew pulak sekarang. mane nak cari transport nak pagi airport?? bukan sorang dua, trip kitorang ni ade la 15 orang. Nak cari teksi pun xde waktu2 skrg ni. Curfew!!
Terus buntu. teringat jiran bawah rumah. kami cuba mintak tolong pakcik tue carikan apa2 transport ke airport. kebetulan anak dia 2 org polis. mane tahu bole tolong apa2 ke..
tapi pakcik tu lepas dia dah cuba call macam2(call pakai number rumah x kene block)...dia hanya pasrah.."mintak maaf, aku dah cuba nak tolong kamu semua. Tapi sekarang tempoh berkurung, x bole ade apa2 kenderaan atas jalan raya melainkan kereta polis atau ambulans je. Dan sesiapa yang nak keluar rumah, kene ade polis sekali dengannya. Bole kene tangkap kalau x ikut arahan. so, aku cadangkan korang semua balik rumah tidur je la. Bgn pagi esok baru pergi sana"
cess...macam tue je..mmg xde pilihan lain la. nak keluar x bole. tapi mmg takut sagt la tiket tu burn macam tu je. Tapi ape bole buat, mmg kami semua balik rumah dan tidur je.
[bersambung...]
No comments:
Post a Comment