Kalau dulu, kita sentiasa rindukan suasana ramadhan, dan Alhamdulillah..Allah dah pilih kita untuk melalui madrasah ramadhan...dengan segala bagai kelebihan dan kehebatan ramadhan...dan setelah berakhirnya madrasah itu, Allah kurniakan pulak kita Syawal yang penuh rahmah. Dimana ziarah menziarahi masih lagi tak lapuk dek zaman.. Tapi, adakah kita telah grade dgn cemerlang drpd madrasah tarbiah ramadhan itu?? Nah, tanyalah diri sendiri!
Masa berlalu, dan kehidupan kita terus berjalan.. Daripada yg selama ni menganggur sementara cuti daripada kuliah, sekarang dah kembali menjadi budak skema yg belajar je..Mereka2 yg bekerja..terus bekerja...(penat tak penat mmg kene tolak tepi la, lagi2 bila time raya semua pun dah pokai dek sambutan yg gilang gemilang)..dan orang2 yg paling happy adalah kanak-kanak, budak sekolah dan cikgu-cikgu...
Ape lagi?? Mesti la sebab cuti sekolah akhir tahun bakal menjelang tak lama lagi...masing2 pun dah merangka plan-plan tindakan untuk cuti nanti...
Tapi, dalam kita sedar tak sedar, sekarang ni bulan ape ye??? Okai, tak payah la nak jawab bulan oktober..sebab yang itu, semua orang pun maklum...
Tapi semua orang maklum ke yang kita sekarang ni dah masuk bulan Zulhijjah??? Haa...ke semua orang hanya perasan seminggu lagi kita akan cuti sebab Eid Adha?? Haila...mmg tradisi orang2 malaysia ni, kalau bab-bab cuti ni, mmg cepat je nak masukkan dlm planner kn?? Aiyyo~
Erm, ape la yang hebat sangat Zulhijjah ni kan smpai semua orang nak notice???
Haaa, yang ni la saya nak habaq mai ni...
ketahuilah bahawa Allah telah bersumpah dengan hari-hari 10 pertama Zulhijjah.
Firman Allah:
وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
“Demi fajar. Dan malam yang sepuluh. Dan yang genap dan yang ganjil”. (Al-Fajr: 1-3)
Dan menurut setengah ahli tafsir: “fajr” ialah fajr Eidul Adha, iaitu hari haji akbar (terbesar)..
”Dan malam yang sepuluh” ialah dari awal Zulhijjah dan berakhir pada hari Nahar (Eidul Adha).
“Dan yang genap dan yang ganjil” ialah hari-hari Tasyrik.
Betapa, Allah dah bersumpah dalam kitab sucinya..!
dan Allah telah menjadikan bulan-bulan dan melebihkan 4 bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Allah telah memilih dari bulan-bulan yang haram ini hari-hari yang dilebihkan, di antaranya adalah 10 pertama dalam bulan Zulhijjah.
Kalau la masa bulan ramadhan dulu, sana sini terpampang hadis, ayat al-quran atau apa2 kata-kata yang menggambarkan kelebihan beramal soleh dlm bulan ramadhan, pahala dilipat ganda dan tersedia satu malam yang jika beribadah, ibarat beribadah 1000 bulan... Tapi, sebenarnya..pada awal 10 Zulhijjah ni, juga ada keistimewaannya tersendiri..Malah, Allah dan sediakan offer yg macam-macam. Cuma, kita je yang x tahu dan info ni x tersebar luas dalam masyarakat kita....(soo, sila la sebar kan ye~)
Ape sangat kelebihan 10 awal Zulhijjah ni???
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Nabi SAW telah bersabda :
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني العشر)، قالوا: “يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟” قال -صلى الله عليه وسلم-: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء”.
Yang bermaksud :
Tidak ada amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah SWT lebih daripada (amalan) pada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari bulan zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, sekalipun dengan jihad di jalan Allah?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Sekalipun dengan jihad. Kecuali jika seseorang keluar dengan dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi (mati syahid)”
Juga Sabda nabi saw:
Dan dari Hafsah isteri nabi saw berkata:
“Empat amalan yang tidak pernah ditinggalkan nabi saw ialah: Puasa pada hari ‘Asyura’, hari-hari 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”.
Maka, jom la kita perbanyak kan amal soleh kita!! Sekarang dah masuk 3 zulhijjah, then tinggal 7 hari je lagi..Haa, tunggu apa lagi?? Takmo rebut ke sale daripada Allah ni??
daaan...amal soleh tu x terhad untuk puasa, solat sunat, tilawah al-quran je...Baaanyak lagi amal soleh yg lain...contohnya, berjalan ke tempat solat, berjalan menuntut ilmu, meredakan pergaduhan antara 2 sahabat, membuang duri/ kotoran di jalanan..Haa, semua tu pun termasuk amal soleh jugak :)
Ketahuilah bahawa, setiap pahala kpd amalan yg dilakukan pada 10 awal Zulhijjah ni, akan diganda kan 700 ganda!!! wah, kalah pahala dlm bulan ramadhan, yang hanya digandakan 70 ganda!!
"puasa sehari daripadanya menyamai puasa satu tahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda"
Soo, nak berputih mata ke???
Juga Allah sediakan kemuncak Kehebatan 10 awal zulhijjah ni, dengan disediakan Hari Arafah, yakni pada 9 zulhijjah...
Nabi saw pernah ditanya tentang kelebihan puasa pada hari Arafah? Jawab nabi: “Kifarah dua tahun”. Nabi saw ditanya tentang kelebihan puasa pada hari Asyura’?. Jawab nabi: “Kifarat setahun”.
KIFARAH 2 tahun disini, bermakna..diampunkan dosa-dosa satu tahun yang lalu, dan 1 tahun yang akan datang!
“(Puasa Arafah akan) menghapus dosa-dosa kecil setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (HR. Muslim no. 1162)
Huyyo...ni mmg Offer menarik! siapa kita yg bole jamin kita takkan buat dosa lagi selepas ni kan?? takkan la kita nk tengok je offer ni tanpa bertindak??? Memang rugi aka bodoh la jugak kan?? Kalau dengan bahasa kasarnya...Maaf!
dan dalam satu riwayat:
“Puasa pada hari Arafah pahalanya menyamai puasa selama dua tahun, puasa pada hari Asyura menyamai puasa selama setahun”.
Hurmm..tahla, dah tak tau nak cakap ape lagi... Mungkin amalan kita je yang mampu berkata-kata kan? selepas baca semua ni??
Saya nak seru anda semua, jom pakat2 rebut hadiah yang Allah dah kasi kat kita ni...JOM REBUT!!
pembaca yang budiman sekalian, Kullu Sanah wa antum tayyibin!! :)
p/s: takat sini je dulu post kali ni, mungkin akan cerita lagi pasal kelebihan Eid Adha dlm post lain kali..InsyaAllah kalau ada masa :) take care semua! Sorry for everything :) dan Happy Eid!! (^.^)
bait asrar,
8.20 pm,
3 zulhijjah 1432H
tq :) dapat ilmu baru.. alhamdullilah
ReplyDelete