Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua~
selepas almost 2 mggu x ada post baru..wah tahniah musyirah! errr...
buzy! serius buzy! Alkisah nye dengan aku sampai mesir pun lewat..ermm, maksud lewat tu adalah selepas kuliah dah start seminggu! hehe...malah siap ade seorang kwn pesan...
"haa, ko dah balik lambat tu, banyak kerje nak kene settle..jgn mengada2 nak jetlag!"
haha..aku hanya mampu geleng2 kepala je mase dengar tu..Tapi, lps dh menjejakkan kaki kt bumi terchenta ni, Nah kau! mmg harapan je la nk rehat lama2...(memang padan dgn muka sendiri!)
Dan Alhamdulillah Allah dengan kehidupan ini...sekarang aku dah masuk clinical round (tahun 4).. Dah start masuk Hospital~ dan cube teka apa department utk round kali ni???
FORENSIC!!! *sengih lebar*
sejujurnya, menjadi seorang ahli forensik adalah impian aku masa aku form 5 dulu..ni semua gara-gara minat sangat dengan cerita CSI dan minat untuk mengkaji dan sukakan sesuatu yang mencabar~
tapi mase form 5 dulu, sembang2 dgn ayah pasal cita-cita dan nak amek kos ape kt universiti nanti~
ayah pesan satu je!
"bagus untuk jadi ahli forensik tu.. Tapi, kalau kita nak cari pekerjaan nanti, carilah kerja yang boleh berbakti untuk masyarakat, khususnya Umat Islam. Bukan ayah nak halang angah amek forensic, tapi kalau dpt jadi doktor lagi banyak manfaatnya..Silap2 angah boleh tolong2 kerja kebajikan ke Palestin nanti.."
Aku terdiam! sebab aku mmg x pernah ada cita-cita nak jadi doktor..sebabnya, doktor ni belajar lama sangat, dan aku mmg sah-sah la manusia yang malas nk belajar! tapi lps ayah dah psycho mcm ni..aku pun terfikir2 balik la...
medic, scary huh?? |
dan memang la perancangan Allah itu yang terbaik! Nah, sekarang aku dah separuh jalan untuk menjadi doktor.. Apa yg aku fikir, jd doktor ni..at least bole penuhkan saham dunia dan yg paling penting, akhirat pun ada juga~ Sia-sia la kalau susah2 dan penat2 kerja, tapi xde langsung saham kat akhirat nanti, saham untuk alam yang kekal abadi nanti?? betul tak??
Dan cantiknya perancangan Allah ni, sekarang dapat juga aku merasa clinical round kat Forensic department ni~
serius best! rasa mcm tengah investigate case yg dlm CSI tu..haha..*berangan je!*
tp betul la, bayangkan hampir setiap hari akan jumpa kes bunuh. Bukan kes biasa2, tapi bayangkan yang mati, dengan 6-7 tikaman dekat kepala..darah mengalir laju dan lebam2 banyak sangat dekat badan dia...!
tak rase kesian ke mayat tu mati mcm tu je??
dan mase belajar forensic ni, betul la kawan aku cakap~
"lepas aku beljar forensik ni, aku rasa sangat beruntung aku ada agama. At least takde la tergamak nak bunuh kejam2.."
kejam, serius kejam! pembunuh seolah2 mcm takde langsung hati, dan memperlakukan mangsa sesuka hati seolah2 mangsa adalah binatang!! Mungkin pembunih tu gila agaknya~
Nauzubillahminzalik..semoga Allah pelihara saat kematian aku, dan tempatkan kita semua bersama org2 yg beriman~
Doakan aku dapat jadi doktor muslimah mcm ni. InsyaAllah~ (^.^) |
ok la..banyak sangat dah bebel2 ni..lain kali la aku story2 lagi~ thanx for reading :)
p/s: Azem, all da best for ur final xm! buat elok2...dan untuk hakim, jaga rabbit baru elok2 tau~ kasi die main dengan Roy~ ohye, Roy adalah buah hati saya/ si putih rabbit kesayangan dekat rumah~ :)
bait asrar,
10.08 pm
26 zulkaedah 1432 H
No comments:
Post a Comment