"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka;perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin.Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya.Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."[Riwayat Imam Ahmad]Cool bukan??? Haibatnye bile mana kita menjadi org mukmin itu..ouh sila highlight ye, org MUKMIN (beriman) bukannya org MUSLIM...
Dan telah diceritakan bahawa Saidina Umar Al
Khattab, Amirul Mukminin telah berkata ,
"Aku akan selalu mengucapkan hamdalah sebanyak empat
kali setiap musibah yang menimpa diriku :
Pertama, kerana Allah tidak menurunkan musibah yang lebih
besar dari musibah tersebut. Padahal kalau Dia mahu, Allah pasti bisa
melakukannya.
Kedua, kerana Allah tidak menimpakan musibah pada
agamaku. Kerana bagiku tidak ada yang lebih berharga dari agama.
Ketiga, kerana Allah telah memberi kesabaran kepadaku,
sementara kesabaran balasannya adalah surga!
Keempat, kerana Allah pasti menolongku memperoleh kembali
apa yang telah hilang. Sebab setiap mukmin pasti akan mendapat gantinya berupa
rahmat dan hidayah Allah!
dan katanya lagi,
"Demi Allah, selama mana aku masih menjadi
seorang Muslim, aku tidak pernah peduli dengan keadaanku"
Luar biasa sangat-sangat kan???
* dari buku yang ditulis oleh Solikhin Abu
Izzuddin 'The Way To Win'
bait amru,
9.24 am
4 muharram 1433H
No comments:
Post a Comment