Bila mana nak mula je awal tahun, semua org pun akan ada azam baru, barang2 baru, dan perancangan2 awal tahun. Katanya utk amek semangat dan mood baru. Senyum!
Hurmm...sedar tak sedar. esok dah masuk satu lagi tahun baru dlm kalender islam. Selamat tahun baru semua! Selamat Awal muharram.
Semoga amalan2 kita pada tahun lps, Allah kira sebagai asbab utk mendekatkan diri kita kepada-Nya dan semoga tahun baru ni akan lagi gembira, bahagia dan diberkati Allah. InsyaAllah :)
Ohye, suka utk saya share beberapa kelebihan Awal Muharram..
Sabda Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
dan sesiapa yang berpuasa pada Hari Asyura pula....diharapkan Allah Taala memberi pengampunan dosa untuk setahun yang lepas.
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
وصيام يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله
Maksudnya: “Puasa pada hari Asyura aku mengharapkan kepada Allah supaya mengampunkan untuk setahun sebelumnya”.
(Direkod oleh Imam Muslim no: 1162).
Dan sejarah pensyariatan puasa hari Asyura dijelaskan dalam satu hadis Ibn Abbas r.a. katanya:
قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم يوم عاشوراء فقال: (ما هذا). قالوا هذا يوم صالح هذا يوم نجى الله نبي إسرائيل من عدوهم فصامه موسى. قال: (فأنا أحق بموسى منكم). فصامه وأمر بصيامه
Maksudnya:
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam datang ke Madinah, lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
Baginda bersabda, “Apakah hari ini?”.
Jawab mereka, “Ini adalah hari yang elok. Ini adalah hari Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka. Lalu Musa berpuasa pada hari itu”.
Baginda bersabda, “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu”. Lalu baginda berpuasa dan memerintahkan supaya berpuasa.
(Direkod oleh Bukhari no: 1900, dan Muslim no: 1130).
So, antara cadangan2 yang bole kita praktikkan ialah:
1. baca doa akhir tahun dan awal tahun ptg 29 zulhijjah ni.
2. Hidupkan malam2 10 awal muharram ni dgn qiam, zikir, tilawah al-quran.
Kalau kejutkan housemates/ family pun lagi best!!
3. banyakkan sedekah dan menjamu org2 yg berpuasa.
4. Berpuasa sunat di siang hari
daannnnn.....Puasa pada Hari Asyura...
So, enjoy bonus yang Allah dah bagi kat kita awal2 tahun ni.
Jom sama2 berlari ke syurga!! :)
p/s: saya personally, minx maaf kpd sesiapa y penah terasa hati dgn saya ye.!
semoga Mesir kembali aman dan
semoga tahun baru ni banyak sinar baru utk Islam. Allahuakbar!!!
thanx 4 da support readers! (^.^)
bait amru,
2.21pm
29 Zulhijjah 1432H
No comments:
Post a Comment