Jam menunjukkan pukul 2.15 petang..
haish dah lewat ni..sepatutnya kene bertolak pukul 2 petang. jalan sesak tengahari buta macam ni.
"akak, sempat ke nak sampai sana?"
"sempat je. Tapi terpaksa la jual ikan. Kalau tremco lalu je, atau metro sampai je, terus kene lompat masuk. tak boleh toleh2 lagi" jawabku dengan senyuman kelat.
10 minit berlalu..
Haish kenapa la jalan lengang ni, biasenya tremco ke ramsis banyak je, tapi time ni satu pun takde. Tremco ke Rabaah banyak la pulak.
Orang di sekeliling pun sama. Masing2 dah berpeluh menanti kenderaan utk ke Ramsis.
Tetiba bas hijau pjg lalu, macam pisang goreng pulak..berkerumun semua ammu-ammu berpusu-pusu menaikinya. Haila pakcik driver, kot-kot iya pun. berhenti la..ni jalan slow2 je..semua yg nak naik terpaksa melompat.
Tengok kiri kanan, eyh, semua pakcik2 tadi pun dah hilang naik bas. takkan aku nak tengok je, dah lewat ni. Nak tak nak terpaksa la aku tunjukkan skill melompat jugak.
Alhamdulillah, dah dalam bas. dan bas meluncur laju ke arah ramsis.
**********************************************************
Sampai2 je di destinasi, Beyt Muntalaq, di sayeda Munira. jam menunjukkan pukul 3.15 petang.
Haila.lewat jugak, janjinya pukul 3 ptg. Masuk2 je rumah, terus dengar perbualan tuan-tuan rumah..
"Dah announce ke Keputusan pilihan Raya Mesir??"
"Belum. diorg tangguh lepas solat asar. Nak solat dengan lebih khusyuk agaknya.." jawab perempuan baik.
Laaa...padan la dalam metro tadi kecoh kecoh semua orang. Jalan raya pun lengang je. Pakcik-pakcik kedai pun macam nak tak nak je menjual, rupa-rupanya masing2 berdebar nak tahu keputusan Presiden yang bakal diumumkan. Tetiba aku pun naik berdebar. Siapakah agaknya yang bakal menerajui Mesir???
Doa bertubi-tubi di dalam hati.
Azan Asar kedengaran. Semua orang pun bersiap2 memakai telekung. Ada yang baru hendak mengambil wudhu`. Tak kurang juga mereka-mereka yag solat sunat rawatib sebelum Asar. Dan ada jugak yang tekun di hadapan laptop, melihat siaran langsung daripada Dewan persidangan. Tak sabar nak tunggu keputusan yang bakal diumumkan. Sepatutnya keputusan di umumkan khamis lepas, tapi ditangguhkan dan macam2 la yg berlaku.
"Jom la kita solat asar dulu, kang tunggu-tunggu pun tak berucap2 jugak.."
Seusai solat, kakak chantek terus menuju di depan laptop.. Tak sabar nampaknya menanti keputusan dibacakan. Oleh kerana aku kurang faham bahasa arab ammiah, so aku memilih untuk mendengarkan sahaja dari luar bilik. Sesekali aku menjengah jugak laptop yang sedang dikerumun ramai itu. Suasana berdebar-debar.
Keputusan-keputusan undian daripada setiap daerah sedang diumumkan. Hai, lama pulak pakcik ni nak umumkan siapa presiden nya. Dan aku menyambung makan. hehe..
Tiba-tiba...
"Allahuakbar!!!" jeritan kuat kedengaran. Bersambung-sambung laungan takbir. Dan diikuti dengan laungan2 Dr Morsy..Dr Morsy...dan bunyi hon-hon yang bersambung-sambung.
Aku terus menerpa ke arah laptop..tertulis..." Dr Morsy Won!" Dr Morsy, Presiden Mesir, menang Pilihanraya..."
Alhamdulillah..alhamdulillah..hati bersyukur. Sebak terasa. Tak dapat nak gambarkan perasaan gembira ketika itu.
Kawan-kawan ada yang meluru ke beranda melihat masyarakat mesir bersorak gembira. Gembira sungguh mereka. Lama sungguh sorakan kedengaran.
Ku terus mendapatkan telefon. Ingin berkongsi kemenangan ini dengan keluarga di Malaysia. Suara ayah happy di sebelah talian.
Dan kami pun, yang sepatutnya berkumpul di Beyt Munlataq ni untuk berbulatan gembira, terus tak jadi. Dan kakak naqibah cakap.."Kita usrah dekat Tahrir la nak???"
hehe...senyum semua meleret sampai ke telinga. teruskan kami bersiap-siap, sebab dah janji dengan akhawat nak gerak sesama ke tahrir pukul 5.30 petang...
**************************************************************************
5.40 petang
Semua akhawat yang berkumpul mula berjalan ramai-ramai menuju ke Tahrir square. 15 minit sahaja daripada sayeda Munira. Sambil- sambil berjalan kaki, kami rakamkan gelagat masyarakat2 sekeliling. Sungguh, sorakan kegembiraan tidak luput dari wajah mereka. sepanjang jalan raya tu, kereta yang melalui semua membunyikan hon-hon. Meraikan kemenangan. Ada jugak yang mengibarkan bendera daripada tingkap2 kereta. dan ade juga pakcik=pakcik yang berjalan ramai-ramai sambil melaungkan Huriyah..Dr Morsy..dan mereka sujud di situ, sambil2 tengah jalan kaki tu. Meriah sangat. Haila, agak2 agaknya macam mane la keadaan time Husni Mubarak letak jawatan dulu eyh?? Mesti lg gempak kan?? *senyuman meleret melihat gelagat mereka mereka semua..*
Di Tahrir Square...
Warna merah memonopoli. Satu kerana masing2 mengibarkan bendera Mesir, yang warna merah jalur putih dan hitam..dan kedua kerana masing2 memengang poster Dr Morsy yang berlatar belakangkan warna Merah.
dan kami pun turut serta meraikan kegembiraan mereka.
.....ارفع راسك فوق انت مصري
....لأ للفلول رئيسنا مرسي
Angkat kepalamu keatas..kau orang Mesir..
tidak untuk baki-baki (kezaliman), Ketua kami Morsy...
*boleh tengok video and lagu tu dkt sini..Best n superb sangat!!!
dan video waktu diumumkan kemenangan Dr Morsy boleh usha kat SINI
Apa-apa pun,
semoga kemenangan Dr Morsy ini, pintu masuk untuk kebangkitan islam. Allahuakbar!!
dan juga pintu masuk untuk pembebasan Al-Quds terchenta..
Ya Allah, semoga kami dapat bersolat di masjid Al-Aqsa suatu hari nanti...
Ameen...!
Akhawat2 yang sama 2 main-main dkt Tahrir semalam.ehe |
haa, ni dengan makcik arab lg! |
cute tak baby ni?? hoho |
tak kisah la, jubah dan tudung labuh pun semua turun padang~ |
peace!! |
sambil berarak dengan kereta |
pakcik2 yg smgt mase kami berjalan kaki ke Tahrir |
jalan raya penuh dengan kereta2 yg mengibarkan bendera dan bunyi hon-hon |
dan
Kata Dr.Sofwat Hijazi kpd Dr.Muhammad Mursi:
"Ingat, anda menang bukan kerana kekuatan anda. Bukan mereka yg disekeliling anda. Bukan juga usaha pasukan anda. Tapi ia kurniaan Allah. Jika anda mentaati Allah, kami akan mentaati anda. Jika anda menderhakaNya, maka kami akan menentang anda."
Syukur aku masih ada lagi ketika Islam menang.
Lembutnya hati seorang ulama iaitu Syeikh Sofwat Hijazi Hafizohullah menitiskan air mata selepas pengumuman kemenangan Dr Muhammad Mursi semalam.
"Ingat, anda menang bukan kerana kekuatan anda. Bukan mereka yg disekeliling anda. Bukan juga usaha pasukan anda. Tapi ia kurniaan Allah. Jika anda mentaati Allah, kami akan mentaati anda. Jika anda menderhakaNya, maka kami akan menentang anda."
Syukur aku masih ada lagi ketika Islam menang.
Lembutnya hati seorang ulama iaitu Syeikh Sofwat Hijazi Hafizohullah menitiskan air mata selepas pengumuman kemenangan Dr Muhammad Mursi semalam.
******
Kata-kata yang mendalam oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyeh.
Ajaib sungguh penjara Mesir !!!
Masuk kedalamnya Nabi Yusuf a.s, dan setelah keluar
menjadi Raja Mesir..
Masuk kedalamnya juga Dr Muhammad Mursi
dan setelah keluar diangkat menjadi Presiden Mesir
Ajaib sungguh penjara Mesir !!!
Masuk kedalamnya Nabi Yusuf a.s, dan setelah keluar
menjadi Raja Mesir..
Masuk kedalamnya juga Dr Muhammad Mursi
dan setelah keluar diangkat menjadi Presiden Mesir
*******
quote ukhti taqiah..
24 Jun 2012 :: sejarah terukir
sedar atau tidak, MEREKA, KITA dan AKU! berada dalam lipatan sejarah ini..
hari ini juga, AKU HANYA mampu bersorak gembira, share news di FB, tangkap
gambar sebanyak yg boleh dan upload..itu tidak memadai..
x sekali2 mampu merasai kepuasan mereka, kesyukuran mereka!
Allah!
biarlah pada hari Islam mencatatkan sejarahnya pula utk KEMBALI memerintah dunia,
Allah!
biarlah pada hari Islam mencatatkan sejarahnya pula utk KEMBALI memerintah dunia,
AKU adalah salah seorg drpd mereka yg gembira, lantas SUJUD tanda syukur x terhingga,
menangis, mengangkat tangan dan berdoa, melaungkan takbir dan tahmid kepadaNya..
BUKAN semata2 bersorak bertepuk dan terkinja2,
TANPA SATU AMAL dan penat lelah pun yang Engkau kira!
T_________________T
Ameen Ya Rab..
nampaknya mereka telah membuktikan..
so, kerja kita macam mana??
hanya nak memerhati sahaja kebangkitan islam, bersorak2 dan mengambil gambar??
tak nak!!
saya nak jadi orang yang menyumbang kepadanya!!
InsyaAllah...! JOM semua!!
dah berlalu waktu tidur~
Allah dah janji dlm 24:55. mari2 jgn tertinggal kete api..
Allah dah janji dlm 24:55. mari2 jgn tertinggal kete api..
p/s: nampaknya mesti lepas ni musuh2 islam takkan senang duduk. Yahudi, Israel,
Amerika mesti akan mulakan serangan bertubi-tubi..baik fizikal mahupun emosi.
Semoga bantuan Allah akn sentiasa mengiringi. Ameen..
This is not the end..This is just beginning!!!
p/s 2: Alhamdulillah Allah pilih utk merasa dan berada di sini. Baru je jeles dgn akhawat2 yg dpt pg Tahrir semalam harinya...tup tup Allah pilih utk dpt ke sana juga. Allah Maha Mendengar bisikan hati...
Bole la cerita kat anak cucu pasal mende ni..eheh...*itu pun kalo pjg umor..huuu*
p/s 2: Alhamdulillah Allah pilih utk merasa dan berada di sini. Baru je jeles dgn akhawat2 yg dpt pg Tahrir semalam harinya...tup tup Allah pilih utk dpt ke sana juga. Allah Maha Mendengar bisikan hati...
Bole la cerita kat anak cucu pasal mende ni..eheh...*itu pun kalo pjg umor..huuu*
bait amru,
6.59 pm
25 june 2012
4 syaaban 1433H
No comments:
Post a Comment