Pages

Thursday, June 21, 2012

Musa VS Firaun

Belek2 surah An-Naziat...
terhenti pada ayat 15-26..*cuba masing2 tengok*

err....aik...

nape mcm tengah berlaku je perkara camni..
pertarungan antara hak dan batil~
antara Nabi Musa dan Firaun..

dan sekarang Mesir mengulang semula sejarah..
pertarungan antara Dr Morsy dan Ahmed shafiq..

ok, utk sesiapa yang tak tahu menahu pasal ni, bole baca di blog APG ni

Betapa Firaun sungguh melampau batas, boleh mengaku dirinya Tuhan..
sedangkan Iblis yg kita maklum dgn keegoannya dan kejahatannya, turut mengaku bahawa Allah itu Tuhan... *cuma beliau sangat ego dan taknak sujud kepada Nabi Adam..*

Fikir logik, camne Firaun boleh buat mcm tu??

Sebabnya dia tahu bahawa kaumnya bani Israel adalah orang yang buta hati mereka dan jauh daripada keimanan...Mereka takutkan Firaun. Takut dibunuh jika melawan. Oleh itu, mereka ia kan sahaja segala kebatilan~

Kalau la kaum bani israel tu beriman kepada Allah..mereka akan tahu dan yakin bahawa kebenaran akan menentang kebatilan...Biarlah kebatilan bermaharajalela skrg, sampai pada masanya kelak, Allah akan hapuskan mereka dengan cara Allah sendiri. Orang beriman yakin dengan perkara ini. Orang beriman yakin bahawa Islam akan bangkit, lebih yakin daripada kita akn hidup lagi pada esok hari.

Tapi sayang seribu kali sayang...

"maka Firaun dengan perkataannya telah mempengaruhi kaumnya, sehingga mereka patuh kepadanya. Sungguh mereka adalah kaum yang fasik.." (az-Zukhruf: 54)

dan

" Dan Firaun berkata kepada: Wahai Haman! Buatkanlah untukku sebuah banggunan yang tinggi agar aku sampai ke pintu-pintu.

Iaitu pintu-pintu langit, agar aku dapat melihat Tuhannya Musa, tetapi aku tetap memandangnya sebagai seorang pendusta... (Ghafir: 36-37)


So, ape yang kita boleh extract drpd konteks ni??

1. Kita sebagai rakyat, jangan jadi macam bani israel ni, mereka takutkan Firaun, sehingga mengaku bahawa Firaun itu Tuhan, sedangkan Tuhan selayaknya adalah Allah. *fullstop*

So, kalau la pemerintah kita kejam dan zalim, jangan tunduk kepada kezaliman. Jangan takut untuk menegakkan kebenaran.

2. Untuk itu, haruslah kita menjadi orang yang beriman, kerana keyakinan tentang kebangkitan Islam, sukar untuk difahami oleh mereka yang tidak yakin dengan janji Allah. So, kene la banyak lagi mendalami islam ini, mendalami dengan hati, bukan sekadar ilmu sahaja.

3. Terus berdoa semoga Allah tetapkan kaki kita dalam Islam dan Iman dan tetap terus berada pada jalan ini sehingga bertemu Allah kelak..ameen!

4. Harus cakna Isu ummat islam. Jangan dok pikir tentang diri sendiri je. Oh please, jangan jual ikan lagi! (baca: sellfish)


*******************************************************************

Alhamdulillah, gempar Mesir dikejutkan dengan kejayaan Dr Morsy 18 jun lepas, undiannya melebihi 4% daripada Ahmad Syafiq...TAPI, jangan terlalu gembira..
sebabnya keputusan ni masih lagi tak official. Keputusan Official akan diumumkan esok, hari Khamis.
 Teruskan menembak doa. kerana musuh-musuh ni takkan duduk diam je...*dlm apa2 movie pun, org jahat mesti ade helah masing2...*

Semoga Allah menghancurkan apa-apa tipu daya musuh-musuh Mu Ya Allah, dan tegakkanlah al-haq di bumi kinanah ini.Ameen... :)


**Pelik, tak tahu mana datangnya 48% yang menyokong Ahmad Shafiq tu, 
dan lagi pelik kalau orang Islam yang sokong beliau. ade ke patut dia nak hapuskan silibus Al-Quran dalam pendidikan kalau dia dapat jadi Presiden...nauzubillahminzalik~ 

********************************************************************

Dalam sudut hati, sedih sangat..walaupun dunia sedang memfocus kan perhatian mereka terhadap pilihanraya di Mesir ini, tapi masih ada sahabat2 saya di Malaysia yang endah tak endah dengan isu ummat islam ni. Malah, shout out di FB masih tentang diri sendiri.."ala...laparnya!! nak nasi lemak!!" atau pun "cepat2, sale dan nak abes, kene shooping skrg!! siap ada gambar model2 yg memperagakan tudung terbelit2.

 Malah, isu kaum Rohigya dibakar hidup2 pun, bukan semua orang cakna. Oh Malaysia...aman sangat ke, sampai tak peduli isu2 dunia kini. Mahal sangat ke masa-masa  kita untuk di infakkan untuk memikirkan masalah ummat. Nak smpai Allah balas sesuatu kepada Malaysia, dah terhantuk baru tengadah .. T______________T  Oh Malaysiaku sayang~

p/s: ade lg 4 paper..cepat2, Malaysia dah melambai2 je... :(

p/ss: Berdebar nak tunggu keputusan esok. Teruskan memenbak doa.

P/sssss: Rejab dah abes, so lg sebulan lagi Ramadhan nak datang, cepat siap-siap..kita nak memecut time Ramadhan nnt~ x sabar~


Ada movie best dari Cikbeah kita...Ce tengok!! (^.^)

ok, take care semua~


bait SQ,
6.34 pm
30 rejab 1433H

2 comments:

  1. kak musyi, :')

    insyaALLAH kebenaran pasti terzahir. (taktau nak cakap apa dah) Allahumma Ameen ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahumma Ameen..

      betul2...kene baca doa byk2 tiap2 hari :))

      Delete