Pages

Monday, December 22, 2014

Jaulah, pelengkap tarbiah? II




ETIKA DAN ADAB JAULAH

Subhanallah telitinya agama kita, dalam apa-apa perkara sekalipun, akan diajarkan adab dan akhlaknya. Sedangkan ketika membuang air, selepas bersin pun mempunyi adabnya tersendiri, apatah lagi ketika berjaulah.

Setelah saya terangkan tetang tujuan jaulah pada post sebelum ini, insyaAllah kali ini saya akan share tentang adab dan etika ketika jaulah:


1-   Tajdid niat. Menghadirkan niat, jaulah ini untuk beribadah kepada Allah.  

“ Dengan nama Mu Ya Allah, Aku travel”

Niatkan jaulah ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kerana dengan jaulah ini, ia dapat menyiapkan kekuatan fizikal untuk memikul beban-beban aktiviti Islam secara keseluruhan yang puncaknya adalah jihad fi sabilillah.


2- Menyiapkan jiwa, diri dan fizikal.

Siapkan bekalan untuk jaulah, dari sudut material, diri dan jiwa. Duit yang cukup dan bekalan duit di dalam bank (jika kesesakan), hati yang ceria dan lapang untuk banyak belajar ketika jaulah nanti.


3- Merasa muraqabatullah (merasa diawasi Allah) di dalam setiap keadaan.

Baik manusia di sekeliling tidak memerhatikan anda, rasakanlah kehadiran Allah di mana-mana sahaja di sepanjang jaulah anda! Sentiasa merasakan bahawa malaikat dikiri dan kanan akan terus mencatitkan amalan anda.


4- Menjaga batas-batas syariat sebelum, dan semasa jaulah.

Jaga waktu solat, aurat dan ikhtilat. Walaupun lebih baik berjalan bersama lelaki untuk keselamatan diri, tetapi ianya bukan lesen untuk berdua-duaan. Jaga batas-batas lelaki dan perempuan. Tundukkan pandangan sesama anda.


5-  Menjaga mutabaah amal harian.

Walaupun anda sedang berjaulah, ini bukanlah alasan untuk anda mengabaikan mutabaah harian anda, atau lebih menarik jika anda dapat merancang mutabaah amal jaulah bersama-sama ahli jaulah. 

Rancang yang bersesuaian dengan aktiviti harian. Walaupun sibuk ke sana ke mari, pastikan anda mampu membaca Al-quran sekurang-kurangnya 2 mukasurat sehari, di samping solat sunat 2 rakaat sehari!  

*Ini sekurang-kurangnya, lebih banyak lebih bagus*


6-  Merancang jaulah bersama-sama

Seeloknya, rancang pergerakan seharian di sepanjang jaulah bersama-sama ahli jaulah. Terikat penuh dengan jadual jaulah yang telah dirancang. Minta keizinan daripada ahli kumpulan jika mempunyai sebarang masalah atau masalah kesihatan. 


7- Mulakan hari anda dengan produktif! 

Sebaik-baiknya, mulakan hari-hari jaulah anda dengan maathurat dan set kompas. Tajdid niat di setiap hari jaulah. Supaya jaulah anda tidak terkeluar daripada niat dan tujuan sebenar berjaulah. Seeloknya, tutup hari-hari anda dengan muhasabah seharian dan membaca surah al-Mulk bersama-sama sebelum tidur.

8- Patuh kepada setiap arahan di dalam kumpulan

Sama-sama menolong dan membantu di samping menghidupkan budaya fastabiqul khairat di dalam apa-apa sahaja.

9- Segera membantu ahli jaulah yang lain jika mereka memerlukan bantuan. Bahkan lebih mengutamakan mereka daripada diri sendiri.


10-  Menjaga keselamatan diri.

Tidak memakai barangan-barangan mewah meskipun anda mampu. Contohnya seperti barang kemas. Mana tahu ada mata-mata asing yang memerhatikan anda dan keselamatan ahli kumpulan jaulah terancam oleh kerana anda seorang!

dan dinasihatkan agar tidak berjalan seorang diri. Cari teman untuk menemani anda walaupun hanya ke kedai 24 jam yang berdekatan.


11-  Tadabbur alam.

Cari beberapa saat dari waktu jaulah untuk bertafakur tentang keagungan Allah yang berada di sekeliling anda. Ambil masa untuk mentadabbur alam sekeliling dan mengambil sesuatu ibrah daripadanya.

Tidak guna sesuatu jaulah, jika ianya tidak memberi kebaikan dan ibrah kepada anda!

Dan jangan kerana terlalu asyik mengambil gambar, anda terlupa untuk menghayati perjalanan anda!


12- Menjaga ukhwah sesama ahli jaulah. 

Jangan berlebihan dalam bergurau sehingga membawa kepada terasa hati. Ambil peluang sepanjang jaulah ini untuk berkenalan dengan lebih sesama ahli jaulah.

13- Membuat laporan

Selepas jaulah, jangan lupa untuk membuat muhasabah di atas jaulah. Anda perlu menulis pengalaman/ laporan sepanjang jaulah ini supaya dapat dikongsikan bersama akhwat-akhwat lain yang tidak ikut berjaulah. 

Saya tahu ini adalah perkara yang paling malas sekali, tetapi percayalah, evaluasi ini adalah untuk kepentingan anda dan rujukan kepada akhwat lain. Bahagikan tugasan untuk membuat laporan ini dengan adil. Lebih menarik jika anda mampu membuat video!


CADANGAN AGENDA JAULAH (version akhwat)

  1. Menziarahi RI akhwat
  2. Join mana-mana daurah/ usrah/mukhayyam yang ada di kawasan itu mengikut mustawa masing-masing
  3. Ziarah universiti
  4. Join mana-mana program kebajikan di Negara tu. (eg: kitchen soup to homeless etc)
  5. Solat di masjid-masjid. Rasai perasaan solat di masjid-masjid ini.
  6. Pergi ke tempat- tempat tarikan di kawasan itu (bole google je)
  7. Membeli-belah

** jangan lupa, anda perlu memberitahu naqibah anda, atau bersama-sama naqibahlam merancang agenda jaulah.

** Jangan lupa untuk melantik seorang ketua yang berkaliber di dalam jaulah anda

** Dinasihatkan untuk membawa/ membelikan sesuatu/saguhati untuk akhwat yang membawa anda.


KESIMPULAN (diolah dari SINI)


Dan dalam membina manusia, turutannya adalah seperti berikut:

Maratib amal –> mihwar( paksi) dakwah –> marhalah dakwah –> khutuwat ( langkah2) dakwah –> wasilah dakwah –> wasilah tarbiyah

Kita hanya mengelolakan jaulah hanya jika dapat mencapai agenda tarbawi yang kita dah setkan untuk anak binaan kita.

Dari objektif yang jelas, baru tahu apa langkah-langkah yang perlu disusun atur.

Yang paling perlu dilihat adalah big picture, ke arah mana kita nak bawak anak binaan kita ini.

Selama-lamanya kita adalah hadaf oriented, dan bukannya program oriented.

Bukan semata-mata membuat program, kemudian baru fikirkan hadaf. Tapi perlu difikirkan keperluan, dan hadaf, barulah memikirkan bentuk program itu.

Seperti itu jugalah jaulah.

Ia dilaksanakan untuk mencapai hadaf tersebut.

Kalau tujuan kita untuk membentuk keakhawatan, dan mengajar mereka skill-skill di dalam berDF, maka kita membawa mereka pergi ke negeri yang ada akhawat-akhawat kabeer yang dapat mengajar mereka perkara itu.

Jika tujuan jaulah adalah untuk beri mereka semangat dalam beramal, dan melihat gerak kerja orang lain, maka kita bawakan mereka berjaulah di tempat yang akhawatnya sebaya dengan mereka, tapi tangkas dan semangat buat kerja.

Jika jaulah itu untuk menautkan hati dan berukhuwah dengan anak binaan kita, then kita buat perkara-perkara yang sweet dengan dia sepanjang jaulah. At the same time, buat benda sama-sama dengan mereka ketika jaulah itu. Untuk tujuan ini, kat mana tempat pun okay sebab tak perlukan akhawat lain.

Kalau tujuan jaulah adalah untuk membina skill kemurabbian mutarabbi, maka kita rancang perjalanan dia untuk pergi tempat yang ramai mad’u tapi kurang murabbi di situ. Dan dari situ dia dihantar bukan untuk menerima pengisian, tapi memberi pengisian.

Pengisian jaulah itu sendiri bergantung pada hadaf yang kita letakkan pada anak binaan masing-masing.

Itu menentukan bahan-bahan yang ada dalam jaulah.

Paling penting dalam jaulah adalah:
Tautan hati, dan sabar.

Sebab banyak episod ujian dalam jaulah ini, akan menunjukkan sikap sebenar kita sebagai daie dan murabbi juga.


Oleh itu, saya ucapkan selamat merancang perjalanan jaulah anda. semoga jaulah anda diberkatiNya, dimudahkan semua urusan dan mendekatkan lagi kita kepada Pencipta yang Esa.

Selamat berjaulah! 




*** Namun untuk yang masih tidak berpeluang untuk berjaulah, jangan bersedih
Saya nak ajak anda semua baca artikel di SINI , yang membuka minda saya. Yang nak berjaulah pun kena baca jugak.

Tak guna beribu-ribu jauh kilometer yang telah anda tempuhi jika tidak di amati dengan baik.

Jauh pengamatan, luas pemikiran! (^.^)

*satu muhasabah untuk saya secara peribadi..




p/s: Mohon doakan saya di dalam jaulah2 antum. May Allah bless us, till jannah.



Rujukan lain:





MHZ,
beyt SQ, kaherah,
11.50pm,
21 Disember 2014

No comments:

Post a Comment