Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah atas nikmat dan kurniaNya.
Sebelum apa-apa, saya ingin memohon sejuta kemaafan kerana
membiarkan blog ini bersawang. Sejujurnya, saya seolah-oleh lupa yang saya
adalah seorang penulis.
Setiap kali bila ada semangat nak menulis, tapi lepas bukak
laptop je terus rasa blank.
(T___T)
Maka, salah satu cara untuk saya menjana idea ialah dengan
bedah movie ;)
Dah lama sebenarnya saya berniat untuk menonton movie ni,
tapi kerana kesuntukan masa, saya hampir-hampir lupa akan kewujudannya di dalam
external hard disc saya.
HOW TO TRAIN YOUR DRAGON (2010)
Menceritakan tentang seorang anak lelaki Viking, Hiccup dan
naga yang menjadi sahabatnya, Toothless..
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri (atau maybe
korag dah tengok pun, saya yang tengok lambat. Ehe) atau baca di SINI dan SINI
Walaupun hanya kartun, tetapi banyak pengajaran yang boleh
diambil daripada movie ni. Cerita ni dah lama play dekat wayang, dan dah ada sambungan
yang kedua pun. Tapi tak apa. Kerana yang saya ingin bawakan di sini adalah pengajaran
dari kaca mata tarbiah yang diextract dari cerita ini. Semoga ianya
dapat mebantu para duat sekalian.
**(Kalau ada tambahan pun, ahlan wasahlan. Sangat-sangat di
alu-alukan. Saya tahu ada yang dah buat bedah movie ni dalam usrah )
10 Seni mentajmik/ berdakwah kepada madu
- Dakwah fardhiah banyak peringkat. Hadam peringkat pertama: TAARUF
- Berani menghadapi apa sahaja
- Selidik dahulu punca masalah
- Berbuat baik sesame makhluk, apatah lagi manusia
- Kreatif dalam belajar sesuatu
- IKHLAS dalam berdakwah dan berkawan
- Berjumpa setiap hari, bukan sekali sekala
- Jujur dengan naqibah anda. Ceritakan semuanya tanpa berselindung
- Perlunya teamwork dan keserasian
- Hidup mesti pandai membalas budi
Seperti yang anda maklum, di dalam buku 7
Tahapan Dakwah Fardhiah (DF), ada disenaraikan 7 Peringkat DF. Dan tunjang kepada
kesemua 7 perkara ini adalah tahapan pertama : Proses membina ikatan hati aka
Taaruf.
Tahapan ini merupakan sesuatu yang sering diabaikan. Kadang-kadang kita menganggap
kita sudah mengenali mutarabbi kita, tetapi malangnya kita tidak membina ikatan
hati bersamanya. Jika ikatan hati telah terbina, nescaya 6 tahapan seterusnya
akan dilaksanakan dengan mudah. Sebaliknya, jika tak settle perkara pertama,
ambillah 10 tahun pun, anda belum tentu dapat melaksanakan 6 tahapan
seterusnya.
Saya akui proses taaruf adalah proses yang
panjang. Tapi, have fun with it. Macam budak tu yang berusaha untuk mengenali
dragon yang ditemuinya. Dilukiskan dragon tu dalam bukunya, study pasal dragon
tu, cuba bersembang dengan dragon tu, dan akhirnya bila dragon tu percaya yang
dia takde niat buruk, baru lah dragon tu kasi budak tu sentuh mukanya dan selepas
itu hubungan mereka sangat akrab.
Maka, taaruf yang berkesan menghasilkan
terikatan hati yang mantap, dan melahirkan Thiqah (kepercayaan) sesama mereka.
2. Berani menghadapi apa
sahaja
Ambillah keberanian Hiccup ketika mana dia
berani membuat sesuatu yang bercanggah dengan prinsip orang Viking. Iaitu
bersahabat dengan naga, sehingga akhirnya dia dikurung oleh ayahnya.
Apabila kita mengatakan kita adalah daie. Sudah
tertanam di hati kita, bahawa ini bukan jalan mewah dan jalan popularity. Jalan
ini menuntut pengorbanan kita. Jalan ini memerlukan kita menjadi pemberani
untuk menongkas arus jahiliah. Bila mana semua manusia berjalan terbalik,
kita berjalan lurus dan betul.
Dan apabila seorang gentleman cuba
menambat hati kekasih hatinya, dia kena berani menunjukkan kesungguhannya,
apatah lagi ketika ingin bertemu bakal ibu dan ayah mertuanya.
Sama seperti daie, bila mana anda ingin
menambat hati mad’u, berani menghulurkan tangan anda untuk mengajaknya
menyertai jalan dakwah ini.
3. Selidik dahulu punca
masalah
Rupa-rupanya, bukan sengaja naga-naga itu
hendak memburu makanan di kampung Hiccup, tetapi dek kerana mereka terpaksa
memberikan makanan kepada seekor naga besar, maka mereka tiada pilihan. Jika tidak,
nyawa mereka yang akan terkorban.
Setiap yang berlaku pasti ada puncanya. Selidik
dengan mata hati. Jangan tergopoh-gapah mencari kata putus.
Jika ada mutarabbi yang menolak ajakan
dakwah kita, selidiki dahulu puncanya. Boleh jadi kerana dia tidak berkenan
dengan akhlak dan adab kita. Boleh jadi kerana dia takut akan studynya
terganggu, boleh jadi mungkin selama ini dia telah didoktrin bahawa usrah ini
poyo!
Pandang mutarabbi anda dengan kasih sayang.
Kita adalah daie yang menyeru, bukanlah seorang penghukum!
4. Berbuat baik sesama makhluk,
apatah lagi sesama manusia
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya (Al-A'raaf 7:56)
5. Kreatif dalam belajar
sesuatu
Saya kagum dengan usaha Hiccup untuk
belajar tentang naga. Selepas akrab dengan Toothless, dia tahu banyak kelemahan
naga. Rupa- rupanya naga takutkan ular yang berbelang, naga suka kepada rumput
dan naga tertarik kepada pantulan cahaya. Kelemahan yang diketahui ini
digunakannya di dalam latihan melawan naga, sehingga orang ramai kagum
bagaimana Hiccup berjya menjinakkan naga dengan mudah tanpa kekerasan.
Kemudian, kreativiti Hiccup juga
ditunjukkan dalam usahanya membuat ekor kepada Toothless, itu bagi menggantikan
ekornya yang patah sebelah. Pelbagai teknik digunakan untuk mengembangkan sayap
ekor itu. Kerana tanpa sayap itu, Toothless tidak mampu terbang dengan stabil.
Subhanallah, dalam perkara sekecil ini,
Hiccup telah menunjukkan usaha kreatifnya, apatah lagi dalam menambat hati
mutarabbi, pastilah memerlukan SENI dalam berdakwah.
Dakwah itu FUN. Dakwah itu SENI.
Tutupkan mata anda, dan tingkat daya deria
anda supaya dapat menberikan sentuhan yang berseni kepada dakwah ini.
Jangan meletakkan sempadan kepada dakwah,
kerana ia tiada rules yang menyatakan Yes or No. Tapi diingatkan bahawa, jangan
terlalu kerap membuat kesilapan. Kerana takut-takut banyak perkara yang
terbazir dengan kesilapan and itu.
6. IKHLAS dalam berdakwah dan
berkawan
Berkawan harus ikhlas. Kerana keikhlasan
itu adalah sesuatu yang dapat dirasai. Seperti di point pertama, kerana
keikhlasan Hiccup, akhirnya Toothless sudi menerimanya sebagai kawan.
Ikhlas adalah kunci kepada semua perkara. Tak
guna anda membuat amal yang banyak, tetapi niat kerana manusia!
Walaupun, kadang-kadang membuat dakwah ini
adalah paksaan dan desakan daripada naqib/ naqibah, tetapi sekarang sudah tiba
waktunya untuk anda cuba menukarkan paksaan itu kepada ikhlas. Saya faham, membuat
sesuatu yang tidak diingini itu menyeksakan. Jadi, sampai bila anda ingin menyeksa jiwa anda?
Dan jika anda ikhlas untuk berkawan dengan
seseorang, dan menariknya keluar daripada kegelapan jahiliah menuju cahaya
hidayah, pasti anda akan berusaha sedaya upaya untuk itu. Bukan buat ala
kadar sahaja.
Seperti anda ingin menyelamatkan seseorang
dari dalam rumah yang terbakar, pasti anda akan berusaha menariknya
bersungguh-sungguh!
Namun jika usaha anda sudah maksimum, tetapi
bukan masanya hidayah singgah di hati mutarabbi anda, jangan bersedih. Kerana pahala
anda sudah tercatat.
Dan kerana keikhlasan itu, tetaplah
menjaga hubungan yang baik dengannya. Cuba untuk selalu keep in touch dengannya.
Ucapkan tahniah atau takziah dia atas kejayaan atau musibah yang menimpanya. Lebih-lebih
lagi ucapan Happy Birthday ketika hari jadinya.
Mana tahu stautu hari nanti tika hidayah
telah menjenguk, dia akan kembali mencari anda J
7. Berjumpa setiap hari, bukan
sekali sekala
Kita boleh lihat yang almost setiap hari
Hiccup datang berjumpa dengan Toothless. Hatta Rasulullah SAW sendiri sudah
berjumpa berkali-kali dengan Abu Lahab untuk menyerunya kepada Islam.
Apatah lagi kita? Kadang-kadang bertemu
hanya sekali dua, dan bila mutarabbi menolak dakwah kita, kita katakana yang
dia tidak mahu. Padahal mungkin kerana kurangnya sentuhan kita membuatkan madu
merasakan kita tidak berusaha!
Gunakan sebaiknya teknologi moden seperti FB, Whats up, Viber dll untuk berhubung dengan mad'u anda. At least boleh berhubung setiap hari walaupun tak boleh jumpa setiap hari,
Syok tengok hari-hari diorg terbang sama-sama |
8. Jujur dengan naqibah anda. Ceritakan
semuanya tanpa berselindung
Saya selalu membayangkan pasti Toothless
tidak akan ditangkap oleh ayah Hiccup jika awal-awal lagi Hiccup sudah berterus
terang tentang persahabatannya dengan naga.
Tetapi, mestilah anti-klimaks kan kalau
benda ni berlaku. Hehe.
Tapi, point yang saya nak tekankan, jika
berterus terang ini mengelakkan musibah, maka anda dinasihatkan untuk berbuat
demikian. Anda mempunya naqib/ah yang boleh menjadi rujukan. Ceritakan semuanya
tanpa berselindung. Pasti naqib/ah anda aka cuba membantu sedaya mana yang
beliau boleh. Inilah antara kelebihan memiliki naqib/ah. Atau paling kurang,
anda ada seseorang yang boleh meminjamkan telinganya untuk mendengar curahan
hati anda.
Di sinilah sepatutnya berlaku konsep
istisyarah (meminta pandangan) dan isti’zan (meminta izin) yang sepatutnya
berlaku di dalam tarbiah kita. Andai prinsip ini diabaikan, maka anda akan
membuat sewenang-wenangnya semua perkara.
Jika naqib/ah anda sibuk, cuba untuk
membeli masa beliau. Anda pun naqib/ah, cuba untuk prioritikan mutarabbi anda. Mereka
selalu dahagakan sentuhan anda!
(talking to myself actually T__T)
9. Perlunya teamwork dan
keserasian
Nak cakap pasal teamwork? Semua orang pun
tahu benda ni. Seronok tengok gabungan Hiccup dan Toothless ketika cuba
menumpaskan naga besar tu. Juga tak dilupakan bantuan dari rakan-rakannya yang
lain, Astrid yang cantik, si kembar Ruff dan Tuff, Fishleg dan Snotlout.
Apa yang penting? KERJASAMA |
10. Hidup mesti pandai membalas
budi
Jujurnya, antara satu perkara yang menjadi inspirasi saya
untuk all out dalam dakwah ini adalah kerana point 10 ni.
Kenapa saya boleh all out dalam medicine ini walaupun ini
bukanlah pilihan utama saya?
Kerana harapan ibubapa dan saya nak membalas jasa dan budi
mereka membesarkan saya menjadi manusia berguna.
Kenapa saya perlu all out dalam dakwah ini?
Kerana ini adalah cara saya berterima kasih kepada Allah
kerana memilih saya dalam berjuta-juta manusia lain, untuk diberikan hidayah
dan mengembalikan hidup saya kepada tujuan penciptaan saya.
Kerana saya juga menghargai usaha-usaha naqibah saya cuba
mengajak saya, sebab saya memang rebel orangnya.
Walaupun saya bukanlah baik sangat, tetapi saya selalu berharap
dengan dakwah ini mampu menghapuskan dosa-dosa dan karat-karat jahiliah yang
masih menebal pada diri saya.
Dan kerana kehidupan ini, adatnya mesti pandai membalas
budi.
Tak mungkin kita sanggup menyembunyikan syahadatul haq kita,
selepas Allah telah membangunkan hati kita. Tak mungkin kita tergamak tidur di
atas katil pada hujung minggu, setelah pernah ada orang bersusah payah mengajak
kita. Tak sopan namanya kalau kita dah dapat sesuatu, tapi kita tak membalasnya
dengan sesuatu.
Maka, saya berharap dengan pengorbanan masa,tenaga, harta, penulisan
saya ini adalah salah satu cara saya membalas semua nikmat yang telah Tuhan
kurniakan kepada saya.
(Setelah itu Kami perintahkan): "Bekerjalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba' 34:13)
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Ibrahim 14:7)
Toothless si naga pun pandai membalas budi baik Hiccup,
takkanlah kita manusia tak pandai pulak. Uhuk.
Moga Allah pandu hati-hati kita dan menguatkan langkah kaki
kita selalu.
“Allahumma Thabbit qulubana ala toati’
May Allah bless, take care people (^.^)
MHZ,
12.13am
8 Mart
2015,
Pazar
(Sunday)
Istanbul
No comments:
Post a Comment