Pages

Wednesday, November 4, 2015

Diari Kehidupan : Of PenaWan 2015


Sahabat PenaWan



30 Oktober 2015
8.05pm

Tiba-tiba masuk satu mesej di Fb ku. Mesej dari ukhti S.

“Assalamu'alaikum warahmatullah ukhti musyirah dan ukhti nadzipah
Mohon maaf kerana mengganggu antunna berdua….. , kerana penyampai yg asal tidak dapat hadir, makcik yg menjadi PIC slot esok meminta sy menghubungi antunna untuk berkongsi hasil karya antunna J  “

Gulp!
Allah.

Untuk satu pentas bersama Ustazah Maznah, Dr Umi Kalthum yang aku kira berpangkat sifu dan mentor, buat aku rasa sangat kerdil. 

Sejujurnya niatku menyertai himpunan ini untuk mendapatkan inspirasi bagi melajukan semula penulisanku yang sudah seperti kura-kura.

Tapi, tak terduga, diminta pulak untuk menjadi penalis.

Sebab tengah dalam fasa slow menulis. Pastu nak bagi tips menulis. Dia jadi mcm.... awkward. Hehe.. Tapi insyaAllah.. Niat kerana Allah. Moga sama2 mendapat motivasi  hanya ini yang mampu aku balas. 

Berada di persimpangan.

Makcik umi kalthum mohon antunna sendkan sedikit details pengenalan diri dan latar belakang (pendidikan) ke emailnya by malam ni boleh? :)
Perlu kan gambar antunna dan gambar buku hasil tulisan antunna sekali sebagai pengenalan utk peserta” pinta ukhti S.
***

Malam itu aku mengorek semula gambar buku penulisanku di dalam henfon.

Namun hampa. Lantas, aku cuba mengoogle imej Buku Kickstart Tarbiah Dzatiah di google. Dan aku dapati beberapa review buku daripada Troll Tarbawi.

Laju aku membaca semua review itu. Dan buat aku terfikir.

“ Sebenarnya, tak payah datang ke PenaWan pun. Ini sebenarnya yang Allah nak tunjuk kepadaku. Membaca semula review pembaca membuatkan aku terkesan. Menyedarkan semula bahawa siapa lagi yang akan menghasilkan penulisan yang mengubah masyarakat jika bukan bermula dari diri sendiri?”

Malam itu aku tidur dengan semangat baru! Semangat untuk meneruskan semula penulisan buku kedua-ku yang tergantung.




31 Oktober 2015
Rumah Pena

Rumah Pena yang damai~


Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, - (Al-Qalam 68:1)


“ Kita mahukan tulisan kita bermesej dan membumikan serta menjadi solusi kepada masalah-masalah yang timbul dalam kalangan masyarakat. Bukan sekadar tulisan di awang-awangan”.


Pagi ini telah dibakar dengan beberapa ucapan pembukaan yang sangat bertenaga. Membetulkan semula niat semua penulis di sini.

Alhamdulillah, peluang bertemu almost 92 orang penulis ini sangat memberikan aku inspirasi. Insaf malihat semangat dan mujahadah peserta yang datang dari serata Malaysia- Perak, Perlis, Kedah, N9 dll.

Bukan setakat anak muda, malah makcik-makcik, akak-akak yang saya kira hati mereka mesti sangat puitis kerana tetap menulis sekalipun perlu berkaca-mata.


Subhanallah!



“Peranan dan Halatuju Penulisan Wanita untuk Dakwah”.
Ucaptama Datin Paduka Che Asmah



   Setiap orang mampu menulis dan mempunyai peranan sebagai wartawan dalam dunia hari ini, kerana setiap individu Facebook, Twitter dan blog yang membolehkan kita berkongsi kisah-kisah ringkas yang berlaku dalam kehidupan kita.
Penulisan adalah satu medan perjuangan yang mampu mendidik masyarakat selari dengan kehendak syariat.

·         Mata pena lebih tajam daripada lidah. Sepatutnya penulisan kita menjadi LIDAH kepada Fikrah kita. Bagaimna masyarakat ingin mengenali kalau tidak ditayangkan?

·         Penulisan yang baik akan mencorak pemikiran masyarakat yang baik. Oleh itu, kita perlulah menjauhi penulisan yang memuatkan unsur negatif seperti perkauman dan kebencian.

·         Penulisan adalah medium penyebaran ilmu termasuklah berkenaan wanita dan hak-hak mereka. Dedahkan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat agar mereka lebih cakna dan dapat memelihara hak mereka serta berusaha memelihara diri dari terjerumus

·         Para wanita perlu sentiasa berusaha menjadi penulis dan pembaca yang bertanggungjawab.  Responsible dengan apa yang kita tulis. Kita sepatutnya menyemak kesahihan fakta dan berita yang ditemui agar sekiranya menemui tentangan, kita mampu menjawab dengan hikmah.

·         Pelihara etika kewartawanan dengan hanya menyebarkan maklumat yang sahih. Write to tell, not to sell!

·         Kata-kata Saidina Ali: “Ikatlah ilmu dengan menulis.”

·         Tips untuk istiqamah menulis?

·         Semangat + Niat yang ikhlas + Iltizam + Usaha  + DISIPLIN à Istiqamah menulis

·         InsyaAllah, yakini bahawan penulisan ini merupakan satu medan JIHAD!

·         Usahakan untuk menghasilkan penulisan bermutu, yang berkualiti tinggi InsyaAllah. Iaitu karya yang sesuai pada semua peringkat usia, kanak-kanak, remaja dan orang tua.



Agar dapat menyebarkan risalah islam yang rahmah dan universal.


Bersambung....


MHZ
4 Nov 2015
Sri Saujana, Gombak

No comments:

Post a Comment