Panel masing-masing menceritakan beberapa kisah hidup dan profession
mereka.
Ustazah
Maznah
-
Apabila ditanya oleh moderator,
“ Ceritakan sedikit tentang pencapaian
Ustazah?”
Ustazah
diam seketika. Dan menjawab “ Ustazah rasa ustazah tak mencapai apa-apa lagi.
Kerana kita sedang mendaki tangga. Dan selalu rasa tak puas dengan kejayaan
yang sudah dicapai, dan akan sentiasa mencapai yang lebih terbaik.
*Allah.
Ustazah yang hebat ni cakap mcm ni. Rasa kerdil sgt*
-
Saya suka membaca. Dari kecil saya akan baca semua tulisan di surat
khabar pembalut nasi lemak
-
Sebenarnya ustazah lebih suka bercerita daripada menulis
-
Yang menjadikan ustazah tetap selalu memberi, ialah kerana beliau
suka BERKONGSI. Apa-apa sahaja kebaikan, beliau akan kongsikan kepada orang
ramai.
-
Sehinggakan migraine akan hilang jika menjadi muwajih. Memberi/
menjadi muwajih menjadi penawar jika migraine menyerang
-
Ustazah memulakan dakwah di kampus dengan membuat kelas tafsir mingguan, yang akhirnya semakin ramai yang
mengikutinya
Dr Raudhah
Yunus
-
Isu wanita dan domestic violence akan sentiasa mendapat perhatian
pembaca. Kerana isu ini viral.
- “
Saya sekarang sedang mengumpulkan kisah-kisah pahit dan dilema wanita dan akan
membukukan. Kerana kisah ibu tunggal, suami panas baran, isteri dipukul,
pengorbanan ibu yang memiliki anak istimewa dan sebagainya ini perlu
diketahui oleh masyarakat. Kemudian, barulah masyarakat maklum dan akan
mengambil tindakan”
- Dokumenkan setiap
kisah yang berlaku di sekeliling kita.
Dr Umi
Kalthum Ngah
- Ketika stress, kita
akan dapat lebih tenaga, dan akan menjadi lebih produktif
-
Beliau telah menghasilkan 6 penulisan sepanjang tahun ini. Gara-gara
stress menyiapkan kajian Phd beliau.
*masyaAllah.
Saya nk siapkan 1 pun terkial2.. Tetapi dengan teknik-teknik tertentu,
sebenarnya kita boleh menulis banyak buku serentak*
-
Menulis seperti Kill bird in one stone! Serampang 2 mata.
Perbanyakkan niat ketika menulis.
-
Contohnya seperti buku Sentuhan Al-muttaqin yang telah ditulis oleh
Dr Umi. Beliau menulis buku ini berdasarkan cerita-cerita anaknya di sekolah.
Cerita harian berkisarkan kawan-kawan, guru-guru dll. Berlatar belakang sekolah
Hidayah Ipoh.
-
Kisah ini akhirnya dibukukan menjadi sebuah novel, menceritakan
tentang seorang anak lelaki yang dihantar kepada neneknya di kampung.
*
Subhanallah, buku ini berjaya menjadi contoh sekolah integrasi agama & akademik oleh Jabatan Islam Negeri perak*
-
Bila ditanya, mengapa perlu menulis?
Dr Umi menjawab,
1.
Kita perlu menulis kisah-kisah yang akan mengubah kisah-kisah yang
membodohkan masyarakat kita (eg: lebai malang, snow white dll)
2.
Kita perlu menulis, untuk mengubah akhlak anak-anak muda yang
semakin meneruk. Menulis dengan pengalaman kita dengan harapan anak-anak muda
akan tersentuh dan berubah.
“Saya
rungsing melihat trend anak muda yang semakin kurang adabnya”
-
Teliti keadaan masyarakat dan jadikan ia modal kepada penulisan
kita.
-
“ Mengapa tak dipindahkan ilmu-ilmu di dalam jurnal untuk menjadi
buku bacaan umum. Kerana masyarakat jarang membaca jurnal”
Nah,
satu cabaran untuk kita!
Ir Endok
Sempo
“ Saya adalah seorang engineer. We create and
repair. Untuk merawat hati-hati yang luka dan gersang. Kerana ini, saya
menulis”
‘ Being an engineer, I want to make it happen! So,
make it happen!”
Jadikan penulisan anda sesuatu yang realiti.
Menulislah!
“Kerana rahsia menulis adalah, memiliki SPM
sahaja!
Dan saya pasti semua di antara kita layak
untuk menulis! Mulakanlah penulisanmu”
-
Kita perlu ada ilmu dalam menangani sesuatu, jadi perlu ada
seseorang yang menuliskan ilmu itu.
-
Sumber penulisan boleh didapati melalui:
1-
mendengar cerita daripada kawan
2-
melihat sendiri
3-
melalui pembacaan.
Oleh
itu, pergilah ke mana-mana rumah perlindungan dan
tuliskan kisah-kisah mereka. Anda akan mendapat berjuta kisah pahit yang bias
ditulis, untuk menegakkan hak wanita.
-
Contohnya seperti buku “ Kisah di rumah Wirda- merupakan trilogy
bertemakan Lelaki Pelindung Wanita. Buku ini menceritakan tentang bagaimana
Islam mengupas isu ini, kisah benar dan langkah mengatasinya.
-
Cerita banyak berlegar-legar di sekeliling kita. Mengenai suka duka
kehidupan manusia. Tugas kita adalah menuliskan supaya ia dijadikan iktibar!
Kemuncak Himpunan
PenaWan ini dihangatkan pula dengan sesi dialog di antara 5 penulis wanita iaitu
Cik Roha Hassan, Ustazah Maznah Daud, Puan Atriza, Cik Musyirah Hanan
Zulkarnain dan Cik Wan Nadzipah Maharah.
Tajuk dialog tersebut adalah “Everybody
Can Write: Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih."
Roha Hassan
Penglibatan aktif dalam MyCare menjadikan dirinya seseorang yang menghargai kurniaan
Allah. Beliau belajar melihat misi kemanusiaan melalui kaca mata seorang
pendakwah.
Beliau tampil dengan
tips penulisan yang menarik iaitu B.E.L.A.S.A.H.:
1-
Be ready
(Bersedia)
-
Sentiasa
bersedia untuk menulis
-
Jika ada
mana-mana idea yang terlintas,
terus catatkan dalam buku nota
2-
Execute (Mula
menulis)
3-
Loose control
(Benarkan kesilapan)
-jangan padam apa yang ditulis, jangan terlampau control.
- Tuliskan sahaja dulu idea,
jangan fikir kesalahan ejaan
dan tulisan
4-
Arrange flow
(Gubah)
-
Baru mulakan
proses editing
5-
Seek knowledge
(Semak kesahihan fakta)
6-
Aim (Tetapkan
sasaran)
-
Tetapkan
sasaran untuk menamatkan artikel yang telah ditulis.
Jangan sekadar menjadikan ia
draft/ bacaan peribadi sahaja.
7-
Publish
(Terbitkan tulisan anda)
🔺Pada asalnya duit/ hadiah menjadi pemangkin utk menulis. Ketika itu puisi beliau memenangi sebuah pertandingan. Dari situ minat menulis semakin mendalam
🔺Org yg hebat Penanya, kurang Petah bicaranya (kebiasaan)
🔺Beliau mendapat inspirasi menulis cerpen/novel melalui novel HAMKA, tenggelamnya kapal vander wijck
🔺Sekarang sedang menyiapkan novel islamik, untuk menyaingi novel indie yang banyak di pasaran.
🔺Parahnya industri penerbitan buku- yang menggunakan bahasa yang lucah/ kesat, tetapi disukai oleh anak muda L
3- Ustazah Maznah
🔺 Penulisan bermula dengan sastera, cerpen dan menulis skrip drama radio
🔺Duit royalti buku dan penulisan menampung belajar semasa di universiti. Alhamdulillah, tidak perlu menyusahkan mak ayah di kampung.
🔺Apabila pergi ke Mesir, berazam nak meneruskan skrip drama radio
🔺tetapi akhirnya masa dan minda dipenuhi dengan bacaan buku fikrah ikhwan muslimin. Maka usaha menulis drama radio tergendala.
🔺kemudian ustazah focus kepada usaha menterjemah buku
🔺 Kata Dr Ibrahim Muneer (Setiausaha Agung IM Antarabangsa):
“Aku belum melihat tokoh wanita diperingkat
rantau ini dalam bidang fatwa yang boleh mengeluar fatwa berkaitan isu wanita
dan bidang sastera yang boleh hasilkan kisah teladan yang mendidik masyarakat.”
Maka kita ambil kata- kata ini sebagai
cabaran!
🔺Kerana islam seolah-olah ditafsir dengan kacamata lelaki kerana kebanyakan mufassir, fuqaha' majoritinya lelaki. Contohnya seperti kita ihya ulumuddin karya Imam Ghazali, Kitab2 tafsir Ibnu Kathir dll
4- Musyirah
🔺 “Pada asalnya saya menulis sekadar suka-suka. Ketika study medic, sangat stress. Maka saya salurkannya dengan menulis. Kerana penulisan tiada batas, kita bebas menulis apa-apa sahaja.
🔺Kerana islam seolah-olah ditafsir dengan kacamata lelaki kerana kebanyakan mufassir, fuqaha' majoritinya lelaki. Contohnya seperti kita ihya ulumuddin karya Imam Ghazali, Kitab2 tafsir Ibnu Kathir dll
4- Musyirah
🔺 “Pada asalnya saya menulis sekadar suka-suka. Ketika study medic, sangat stress. Maka saya salurkannya dengan menulis. Kerana penulisan tiada batas, kita bebas menulis apa-apa sahaja.
Antara motivasi untuk menulis
adalah usrah mate yang selalu refer nota usrah saya, dan mereka galakkan saya
berkongsi nota usrah di dalam penulisan saya di blog.”
🔺 Kita boleh mengambil dari bahan asal, kemudian ditambah fikrah sendiri, dan akhirnya boleh menerbitkan sebuah artikel baru
🔺 Apabila ditanya bagaimana beliau balance kan masa menulis dan masa menulis?
“ Saya banyak mencuri masa. Saya
suka melihat ragam manusia dari dalam bas ketik berulang alik dari rumah ke
hospital setiap hari. Dari tingkap bas saya akan tuliskan apa-apa idea yang
terlintas. Kemudian saya akan tuliskan semula apabila ada masa.”
🔺Tanamkan rasa sharing is caring. Erti hidup dengan memberi. Dari situ, anda akan sentiasa menulis kerna ingin berkongsi dan memberi.
🔺Jadikan msalah umat ini sebagai booster dan stress utk kita terus menulis! Untuk memperbaiki masyarakat insyaallah.
5- Ukhti Nazifah
🔺Memilih tema ukhwah utk buku pertama “ Kerana manisnya Ukhwah”
🔺Apabila ada idea terlintas, catat dlm note di handphone
🔺Masa belajar masih byk masa utk menulis berbanding alam kerjaya
From blog to book (BLOOK)
🔺Tanamkan rasa sharing is caring. Erti hidup dengan memberi. Dari situ, anda akan sentiasa menulis kerna ingin berkongsi dan memberi.
🔺Jadikan msalah umat ini sebagai booster dan stress utk kita terus menulis! Untuk memperbaiki masyarakat insyaallah.
5- Ukhti Nazifah
🔺Memilih tema ukhwah utk buku pertama “ Kerana manisnya Ukhwah”
🔺Apabila ada idea terlintas, catat dlm note di handphone
🔺Masa belajar masih byk masa utk menulis berbanding alam kerjaya
From blog to book (BLOOK)
Bak kata Tuan Zabidi:
“Kita menulis, malaikat mencatat”
Nah, sudah cukup peringatan ini supaya
kita tidak tulis benda yang bukan-bukan.
Memang benar, As-Syahid Hassan Al
Banna terlalu sibuk mencetak manusia sehingga jarang menulis,
Tetapi apa salahnya kita
seimbangkan di antara mencetak manusia dan menulis. Supaya kita dapat
meninggalkan warisan kepada generasi akan datang.
Pesan ustazah maznah:
“Panjangkan umur kita dengan warisan
kita Apabila kita mati kelak, nama kita akan hilang. Kerana tiada apa yang
kita wariskan.
(perempuan terutamanya kerana anak kita akn
ber bin/binti nama ayah).
Tetapi jika kita menulis, at least
nama kita masih ada tercetak di muka hadapan buku-buku kita, selagi mana ia
dibaca orang.
Lihat sahaja imam syafie, namanya
masih disebut-sebut biarpu dia telah meninggal dunia berates-ratu tahun dahulu.
Kerana kita hasil karangan beliau”
Kemudian moderator menutup forum
ini dengan beberapa nasihat:
“ Menulislah mengikut bahasa
masyarakat. Menulis dalam bahasa kehidupan masing-masing. Jika anda doctor,
ceritakan tentang pengalaman anda. Jika anda pensyarah, ceritakan iktibar anda.
Jika anda engineer, ceritakan tentang kisah hidup anda. Rendahkan bahasa kita. Ambil peluang dan ambil
peranan.
Walaupun tema dan mesejnya sama,
tetapi situasi yang berbeza. Dan inilah apa yang masyarakat perlukan”
***
Alhamdulillah di atas semua peluang ini.
Apa yang boleh saya simpulkan bahawa,
By inspiring people, you’re actually inspiring yourself.
Kerana pada memberi itu ada kemanisan dan kebahagiaannya.
Dan dengan memberi itu sendiri, sebenarnya menghidupkan semula jiwa-jiwa kita!
“ Terima kasih kerana sudi give a part ke dalam program
ini”, Ucap Dr Hafizah ketika kami bersalaman di atas pentas.
Saya terkedu. Sepatutnya saya yang berterima kasih kepada
mereka kerana memberikan saya peluang ini. Peluang untuk berhimpun bersama
penulis-penulis dari serata Malaysia, bertukar-tukar buah fikiran.
Terima kasih kepada semua AJK Penawan 2015.Moga Allah merahmati.
Semoga kita semua dapat terus menyentuh hati masyarakat dengan karya.Ameen..
Semoga kita semua dapat terus menyentuh hati masyarakat dengan karya.Ameen..
Take care people,
MHZ,
24 Nov 2015
No comments:
Post a Comment