Pages

Saturday, October 24, 2020

Coretan Covid-19


Covid-19
Virus Dari Tuhan
Untuk mengajar manusia erti ketuhanan,
Manusia fikir pada zaman 2020 ini, Dunia dalam kawalan manusia.
Tapi manusia lupa, sebenarnya Allah ada segalanya.
Kita fikir pada tahun 2020, kita akan lihat kereta terbang, tapi rupanya sebaliknya.
Mall lengang
Flight kosong
Saham jatuh
Ekonomi merudum
Makanan di pasaraya kehabisan
Malah ada negara yang terus lock down
Manusia-manusia yang sibuk mengejar harta,
Akhirnya Kembali duduk di rumah,
Bermesra dengan keluarga
Ibu yang sibuk bekerja, kembali meluangkan masa memasak resipi-resipi.
Kasihan anak-anak,
Cuti sekolah lebih banyak termanfaat dengan game/TV
Angkara tidak boleh keluar bermain.
Tapi masih ada sekumpulan yang degil, masih berkumpul dan berpesta
"Inilah masanya untuk bercuti. Semua benda murah"
Alaa.. kalau sakit nanti, boleh pergi hospital.
Tapi sebenarnya nilai kesihatan itu tak murah.
Banyak wang habis untuk run sample, merawat dan membendung wabak ini.
Lagi tidak murah adalah masa dan tenaga warga KKM dalam menangani wabak ini.
Cuti sekolah?
Kami tak cuti, malah cuti kami dibekukan.
Semata-mata untuk merawat manusia tegar itu.
Sabtu dan ahad pun kami perlu standby, boleh dipanggil bila-bila masa jika diperlukan.
Tapi iyalah, rakyatkan kaya. Mereka fikir hanya bayar RM1, rakyat boleh dapat apa-apa rawatan.
***
Sementara wabak ini masih 'hangat', elakkan ke tempat yang ramai orang.
Hendak memakmurkan masjid?
Tika ini, Bukan saatnya.
Bukan Kita hendak jauh dari masjid, sehingga kelak datangnya murka dari Allah.
Bukan.
Islam Bukan begitu jumud.
Ibadah bukan hanya di masjid.
Ibadah bisa dikerjakan di mana-mana.
Tapi kerna Kita tidak mahu Islam menjadi fitnah dan menyusahkan negara kerana tersebarnya wabak daripada perkumpulan agama.
Biarlah nyawa orang beriman itu mahal harganya, jangan lah kita menghampiri kehancuran.
“Apabila kamu mendengar bahawa taun menimpa sesuatu tempat maka janganlah kamu masuk ke dalam kawasan tersebut. Dan apabila kamu berada di dalam kawasan yang terdapat padanya taun, janganlah kamu keluar daripadanya.” – Riwayat Bukhari.
Kita mahu membendung wabak ini sebaiknya, agar kelak sebulan-dua nanti Malaysia kembali Aman. Wabak ini sudah berkubur.
Tapi jikalau masih Ada manusia-manusia tegar dan degil,
Yang masih tegar berjalan ke sana ke mari.
Yang bergejala tapi tak kuarantinkan diri.
Kelak takut Malaysia akan menjadi seperti Itali. Kerana mereka angkuh, akhirnya beribu maut dan negara lock down. Bayangkan semua kedai tutup. Ekonomi merudum. Makanan di pasaraya semuanya habis.
Semua hidup dalam ketakutan.
Kalian mahu Malaysia menjadi seperti itu?
Mari, Kita singsing lengan sama-sama membantu.
Kalau tak banyak, at least jaga kebersihan. Elakkan pergi ke tempat awam.
Jika bergejala, terus dapatkan rawatan.
Mahu tunggu kerajaan membantu?
Ah. Kabinet pun masih bergolak.
Apa pun yang terjadi pada politik sekarang, kami warga KKM terus harus bekerja.
Tika mall lengang, hospital semakin padat. Makin banyak pesakit yang perlu dirawat. Dan kesihatan kami masih terus terancam dek wabak ini.
Kerna kami sedia berkhidmat.


Dr MHz
15 MAC 2020
GELOMBANG PERTAMA COVID19 DI MALAYSIA

No comments:

Post a Comment