Pages

Saturday, October 24, 2020

Lelaki perlu didengari


Seperti biasa sebelum tidur. Sambil tidurkan Muaz, aku usap kepala Miqdad 2-3 kali.
Elok je tanganku berhenti mengusap. Kemudian Miqdad pandang mukaku.

" Umi, buat la macam ni banyak-banyak" sambil membuat gaya menyusap kepala.

Aku tersentak.
Ingatkan dia tak perasan perbuatan ringkas aku tadi.
Kemudian aku sambung usap kepala miqdad dalam 20 minit. Sambil itu fikiranku menerawang.
Kita yang dewasa ini pun, mesti suka dan rindukan usapan mak ayah pada ubun-ubun kita, apatah lagi anak kecil.

Teringat talk Aiman Azlan dalam Forum Lelaki Hero anjuran Wanita Ikram Perak DR tempoh hari,
Q: Apakah yang diperlukan oleh seorang lelaki?
A: Lelaki perlu didengari.
Saya tak setuju dengan cara membesarkan anak lelaki secara overmasculine. Maknanya kita dibiasakan bahawa anak lelaki tak boleh menangis. Anak lelaki kena kuat. Sedangkan akhirnya terdapat banyak pesakit mental dalam kalangan lelaki- kerana mereka selalu memendam.
Ya betul. Saya setuju.
Saya setuju dengan pendekatan bahawa anak lelaki perlu didengari.
Biarkan mereka express apa yang dirasai. Biarkan mereka request apa yang mereka minta.
Dengari mereka sehingga akhirnya mereka akan membesar menjadi lelaki yang pandai mendengar dan memahami.

***
Seiring masa berlalu, anak-anak akan cepat membesar.
Kadang kita lupa, walaupun fizikal anak-anak semakin membesar,
Tetapi dalam hati mereka. Mereka masih mahu dimanjakan.
Kadang saya selalu menyesal apabila memarahi Miqdad bila dia buat adiknya menangis.
Tapi sebenarnya anak sulung lah yang perlu kita beri lebih perhatian. Kerana kelak dia akan menjadi 'role model' kepada adik-adik.
Umi dan Abi sayang awak Miqdad ❤️


Dr Musyirah Zulkarnain
23/09/2020
Will try to be a better mother every single day, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment