Pages

Saturday, October 24, 2020

SELAMAT PENGANTIN BARU DAIE

 Musim sekolah bakal berakhir, bermakna semakin ramai pengantin baru yang baru diijab kabul sepanjang cuti ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pengantin. 🙂
Kepada pengantin yang melangsungkan walimah sepanjang cuti sekolah, Dan kepada bakal pengantin, ini post khas untuk anda 🙂
Perkahwinan pasti satu benda yang diimpikan oleh semua orang. Lagi-lagi bila tengok kawan-kawan dok post gambar dengan pasangan, dengan anak. Hati siapa yang tak terusik?
Selalu kita mengimpikan perkahwinan yang bahagia, syok masyuk, ditaburi bunga-bunga.
Tapi realitinya, kita sendiri sebenarnya yang menentukan definisi bahagia itu.
Ada waktu, Kita rasa dunia ini kita yang punya. Punya syok dilamun cinta, rasa rindu menggebu, lebih-lebih lagi semasa baru berkahwin atau semasa dapat suprise dari pasangan.
Tapi, ada waktunya kita dan pasangan sangat penat dan exhausted, sampaikan hati dah tak rasa apa-apa.
Ada waktu bila bergaduh, rasa menyampah nak tengok muka pasangan.
Semua ini lumrah, naik turun sebuah rumah tangga.
Tapi apa-apa pun, selalu balik semula kepada rujukan Kita, Allah , Al quran dan as-sunnah.
Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (An-Nisaa' 4:19)
Perkahwinan bermakna kita berkahwin dengan keluarga pasangan kita. And having 2 parents are blessed.
Seronok berkahwin ni sebab ada suami yang akan selalu mendoakan kita. Dan juga ada 2 ibu bapa yang akan mendoakan kita.
Dan lagi seronok kerana terbuka tambahan satu lagi pintu untuk ke syurga, iaitu dengan menjadi isteri solehah.
Saya honestly selalu merasakan diri ini selalu berdosa. Di hospital, kadangkala bila sibuk, waktu solat pun ke laut. Aurat pun terpaksa compromise dek infection control. (Kebanyakan prosedur kena sinsing lengan sebab takut infection).
Buat kerja dakwah dan tarbiah pun melemau.
Tapi bila suami redha dgn kita, rasa terpujuk sedikit hati ini. Terasa masih ada harapan utk ke syurga.
Tetapi bila tergaduh dgn suami. Sebagai seorang choleric, ego saya memang tinggi. Rasa kita sahaja yang betul.
"Kan Ayang dah kata patutnya buat camni, tengok dah jadi apa sekarang ni?" (Nada tak puas hati)
Seolah kita yang menentukan takdir.
Ketika itu, nak lihat muka suami pun menyampah. Bila anak-anak ajak bermain pun rasa nak marah-marah.
Dan syaitan pun bersorak gembira!
Saat ini, perbanyakkan istighfar. Buangkan ego. Mohon maaf kepada pasangan. Especially sebelum tidur.
Untuk isteri, jangan biarkan suami tidur dalam keadaan marah kepada isteri. Kerana kita tak pasti adakah esok kita masih bernafas.
Dan kalau adegan 'tergaduh' ni terjadi semasa di tempat kerja. Selalunya saya akan meminta maaf kepada suami sebelum pulang ke rumah. Sebab takut kalau 'ter accident' semasa on the way pulang ke rumah. Nauzubillah min zalik.
Apa-apa pun, saya ucapkan selamat pengantin baru, Moga bercinta sampai ke syurga.

MHZ
Masih bertatih dalam rumah tangga
MARCH 2019

No comments:

Post a Comment