Pages

Saturday, October 24, 2020

PRU 2018

 Semalam dekat ED, panggil no giliran ni beberapa kali, tiada pesakit yang datang ke bilik. Hairan.

Saya cuba sekali lagi.
Rupanya seorang uncle Chinese ni duduk diam di satu sudut sambil tengah dengar ceramah pakatan harapan dekat u tube.
Amboi uncle,
khusyuk sangat dengar sampai tak perasan no giliran dipanggil.
Uncle mengadu sakit bahu kanan, jatuh katil masa tidur semalam. Dan bila tengok xray,
Aduh. Patah tulang bahu.
Tapi uncle nampak cool je.
Kagum dengan uncle 86 tahun ni yang sangat cool dan berjiwa patriotik.
Nasin baik uncle kidal, so masih bole pangkah kertas undi pakai tangan kiri.
Uncle yang umur 86 tahun ni pun sibuk nak laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi kita yang muda ni. Yang lama lagi anak cucu nak hidup dan survive dekat Malaysia ni. Laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Undi dengan MATANG dan BIJAK.
Undi untuk kebaikan negara, bukan kerana peribadi.
"jangan tanya apa Malaysia boleh offer kepada kita, tapi tanyakan diri anda, apa yang anda bole contribute kepada negara dan ummah"
P/s: selamat keluar mengundi. Hati2 memandu kereta. Jangan accident tau..
Kami doktor2 ni pun nak keluar mengundi esok 9 may 2018

MHZ

No comments:

Post a Comment