Pages

Saturday, October 24, 2020

Tips mengandung semasa HO


Mengandung merupakan satu pengalaman yang indah, tetapi juga satu dilemma, especially untuk pasangan HO yang baru berkahwin.
Since ada beberapa HO yang pm saya bertanyakan hal ni, saya tergerak hati untuk share beberapa tips.
1- Pregnancy is wanted
Make sure your pregnancy is a wanted pregnancy. Jangan sebab ter mengandung.
Kebanyakan HO yang mengandung adalah yang baru berkahwin. Pasangan mana yang tidak mahukan anak?
Tetapi, berbincanglah dengan pasangan anda sebaiknya, jika jadual kerja sangat penat, masih junior dan banyak benda perlu dikejar, cuba untuk merancang kehamilan ketika sudah senior posting. Ketika itu, anda sudah pandai mengawal masa dengan baik.
2- Jangan lupa menjaga pemakanan. Especially pemakanan seimbang.
3. Minum susu setiap hari. Ibu mengandung memerlukan kalsium. Kalau anda jenis yang susah nak minum susu, cuba untuk minum demi anak anda. Letak 1 kotak susu dalam beg setiap hari.
4. Minum air masak sebanyak mungkin.
Elakkan diri dari kekeringan. Bawa satu botol besar air mineral setiap hari dan pastikan ia dihabiskan sebelum pulang ke rumah.
Untuk ibu yang menyusu juga sangat memerlukan air yang cukup.
5. Be Selfish.
Be selfish for the sake of your baby. Maksud saya, kadangkala and perlu mementingkan diri, especially bab makan dan rehat.
Kerja di wad takkan pernah siap. Jika telah selesai 'active plan', sila curi-curi masa untuk makan. Ataupun buat muka tak malu untuk selit order makanan jika nampak rakan-rakan/ nurse anda ingin keluar membeli makanan.
Kalau bukan anda yang menjaga kandungan anda, then siapa lagi?
6. Sediakan coklat di dalam poket.
Jika perlu, letak roti dan air kotak dalam beg. Makanan-makanan ni akan jadi penyelemat jika anda hypo.
7- Don't skip your TCA
Walaupun sibuk berkejar dengan jadual HO, sila jangan missed antenatal check up. Selalunya doktor la yang akan jadi defaulter.
Antenatal check up merupakan hak bayi anda, sila jangan zalimi. Try to manage your time. Cuba untuk susun jadual kerja (ie: minta leave, post call, shift malam semasa hari check up. ).
Masa check up ni la kita nak tengok baby membesar dengan sihat ke tidak.
Atau kalau memang jadual padat dan tak sempat, anda boleh minta tolong MO o&g untuk cek anda.
Atau kalau mahu mempercepatkan proses menunggu dan lain-lain, saya selalunya akan ambil sendiri darah FBC sebelum check up.
Masa nak minum air gula (MGTT), saya ambil sendiri darah fasting glucose. Bancuh air gula dan minta rakan HO ambil darah saya selepas 2 jam. Saya trace result dan bawa semasa antenatal check up.
8. Elakkan untuk MC atau EL.
Sepanjang saya mengandung, saya tidak pernah MC. Saya gagahkan untuk ke hospital setiap hari.
Kerana Saya yang memilih untuk mengandung semasa HO, maka saya tak mahu kawan-kawan pula yang terpaksa bekerja extra kerana saya.
Even saya masih bekerja shift pagi sehingga saat sebelum di tolak ke labour room. (Contraction start masa tengah kerja, pagi tu dah keluar show, petang tu check bukaan dah 4cm. Elok je punch out, balik rumah solat maghrib, ambil beg dan barangan baby, terus check in labour room).
Tapi kalau dah teruk sangat sampai bleeding, baby kurang bergerak, anda perlu alert! Sila terus pergi check di PAC.
9. Enjoy your pregnancy.
Enjoy your pregnancy period. Pregnant ni seronok, kadang-kadang waris pesakit siap offer kerusi untuk kita. Terharu sangat bila nurse tolong belikan makanan untuk kita yang tak sempat makan dari pagi.
Certain hospital or department menghormati ibu mengandung. Ada yang tak bagi masuk OT, tak perlu oncall bila dah sarat, boleh kerja office hour bila dah sarat.
Tapi bergantung kepada keadaan, jika HO tak ramai dalam department anda. Memang sakit. And perlu bekerja keras. Nak MC or EL pun susah.
Tapi, apa-apa pun, selalu berdoa supaya Allah memelihara kandungan anda supaya selamat bersalin cukup bulan dan tanpa komplikasi.
Be strong, dan bayi anda juga akan kuat seperti ibunya!
Bagi kaum suami, minta prihatin dengan isteri anda, urut mereka setiap kali sebelum tidur. Dan kalau dapat belanja mesin urut pun syok. Eh!
Moga dimudahkan semua urusan para ibu sekalian 🙂


Dr MHZ
29 SEPT 2019
NEWBIE MO

No comments:

Post a Comment