Pages

Saturday, October 24, 2020

Merdekakan diri kita

 

"Doktor, lama lagi ke pembedahan ni?" Pesakit di katil dewan bedah bertanya.

Encik Zul, seorang pesakit lelaki melayu berusia 43 tahun, yang dijadualkan untuk menjalani pembedahan membuang implant besi dalam kakinya kerana sudah dijangkiti kuman.
" Ambil masa sikit encik. Doctor tulang (baca: orthopaedic) sedang hadapi masalah untuk keluarkan besi tu "
" Ouh"
" Berapa lama Encik dah pasang besi tu?"
" Saya kemalangan 20 tahun lepas, masukkan besi tu di Hospital Selayang"
" Hurm, lama dah tu Encik. Besi tu pun dah sebati dalam tulang Encik. Analoginya macam nak cabut pokok. Lagi besar pokok, lagi susah kita nak cabut pokok tu disebabkan akarnya yang panjang di dalam tanah. So ambil masa sikit la ye Encik” saya menerangkan serba ringkas. Supaya pesakit faham dan bertenang sahaja sepanjang pembedahan berlangsung.

****
Begitulah diri kita. sepanjang kita menjalani kehidupan ini, pasti banyak pengalaman manis dan positif yang kita tanamkan dalam diri kita. Yang akhirnya menjadi akhlak dan peribadi kita.
Namun semakin banyak ‘makan garam’ dalam kehidupan ini, semakin banyak juga anasir negative yang sudah sebati tertanam dalam diri kita.
Kadang kita punctual bila nak pergi kerja, tapi bab solat kita terlengah-lengah.
Kadang kita tanpa sengaja menggunakan wifi di pejabat untuk urusan dropship kita. Sedangkan sebenarnya itu sudah dikira rezeki yang tidak berkat.
Kadang kita sengaja makan/sarapan lambat-lambat, sedangkan di saat itu kita sepatutnya sudah berada di meja pejabat kita.
Dan banyak lagi anasir negative yang kadang kita terlupa, dan sudah sebati tertanam dalam diri kita.
Sempena Malaysia menyambut kemerdekaan ke-63 beberapa hari yang lepas,
Mari kita renungi, adakah jiwa kita merdeka?
Sejauh manakah kita betul-betul menghayati erti merdeka?

Merdeka,
Membebaskan jiwa kita dari mengabdikan diiri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah.

Seperti mana kita taat kepada arahan boss kita, kerana tidak mahu diambil tindakan. Seperti itu jualah kita mesti Patuh kepada perintah Tuhan kita.
Jom jadi hamba yang disayangi Tuhan 🙂

Salam kemerdekaan,
31/08/2020
Dr MHZ

No comments:

Post a Comment