Pages

Saturday, October 24, 2020

#worldbreastfeedingweek2020

 “ Puan, pembedahan dah mula ya. Puan boleh berehat. Nak tidur pun boleh. Nanti selepas bayi dah keluar, kami maklumkan” pesan saya selaku doktor bius yang menjaga si ibu.

Hari ini saya menjaga dewan bedah untuk pesakit yang akan menjalani ceaserian section. 4 kes yang telah dijadualkan. Semua kelahiran ini memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Ada yang bayi sonsang, ada yang macrosomic baby (bayi besar) yang mungkin akan mencederakan bayi jika bersalin normal.
Walaupun kebanyakan ibu mahukan kelahiran yang normal, tetapi adakalanya pembedahan merupakan cara terbaik untuk kelahiran anak-anak mereka.
***
Selalunya jika saya menjaga pesakit untuk dibedah caeserian section, saya pasti akan meminta si ibu tidur atau berehat sahaja sepanjang pembedahan.
Kerana satu fasa yang panjang sedang menanti beliau sebaik sahaja beliau keluar dari bilik bedah- iaitu fasa menyusu.
Breastfeeding.
Semua ibu mendambakan yang terbaik untuk si comel. Masakan tidak, sudah mengandung 9 bulan, lalu bersusah payah untuk melahirkan anak, kebanyakan ibu berazam untuk memberikan susu ibu kepada anaknya.
Saat keletihan selepas bertarung untuk melahirkan si manja, selepas mendengar tangisan si manja, pasti keperitan itu hilang dan diganti dengan perasaan lega.
Biarpun pelbagai kelebihan yang ditawarkan jika ibu menyusu badan, realitinya pelbagai cabaran yang mendatang.
Yes, the struggle is real.
Saat tidur malam diganggu oleh si manja yang dahagakan susu, si ibu mengorbankan masa tidurnya yang berharga. Ini tidak termasuk lagi jika terpaksa melayan karenah si manja yang mahukan posisi tertentu ketika menyusu, dihadapkan oleh si ibu demi keselesaan si manja.
Saat ibu sibuk bekerja, berkejaran juga untuk mengepam susu. Di celah waktu rehat yang suntuk, si ibu mengepam susu sambil menyuap makanan tengahari. Ketika ini sangat bersyukur jika ada breastpump handsfree (tapi tak semua orang mampu membelinya)
Saat diuji dengan nipple sore, arghh.. sakitnya jika tersentuh baju/ bra. Hanya Tuhan yang tahu betapa pedihnya si ibu. Lagi pedih ketika si manja menyusu.
Saat susu tiba-tiba kurang, susah hati si ibu mencari pelbagai kaedah dan makanan untuk menjadi milk booster, semata-mata supaya si manja tetap cukup bekalannya.
Saat ketika diuji dengan breast engorge, hanya Tuhan sahaja yang tahu berapa sakitnya dan lagi teruk jika berakhir dengan menjadi nanah ( breast abcess)
Saat anak sudah mula tumbuh gigi, aduh peritnya bila digigit oleh anak. kemudian disertai oleh muka 'innocent' si manja. Kadang tak jadi nak marah.
Kepada ibu yang telah melalui perjuangan ini, TAHNIAH. Anda ibu yang hebat.
YOU ARE AMAZING.
Semoga susu yang mengalir kepada anak-anak akan menjadi saham yang membawa kita ke syurga. insyaAllah.
BREASTFEEDING IS ABOUT
90% DETERMINATION
AND 10% MILK PRODUCTION.

No comments:

Post a Comment