Pages

Saturday, October 24, 2020

Islam, Rahmatan lil Alamin


Masih terngiang pesanan Ustaz Nik Omar (UNO) semasa PTI 2018 baru-baru ini.
"Innali nafsan tawwaqah"
kata-kata khalifah Umar Abdul Aziz yang bermaksud " sesungguhnya Aku memiliki jiwa yang obsess menginginkan sesuatu. Ketika Aku sampai kepada sesuatu, jiwaku menginginkan yang lebih tinggi darinya. Aku telah sampai menjadi khalifah. Dan kini jiwaku menginginkan syurga".
*Obsesi Dan bercita-cita tinggi*
Subhanallah, ketika Khalifah Umar Abdul Aziz telah berada di jawatan yang tinggi di dunia, dia masih mahukan tempat yang terbaik di sisi Allah.
Aku terpegun. Begitu hebat cita-citanya.
Begitu juga ramai sahabat nabi yang kita lihat tidak terkira pengorbanan mereka dalam menyebarkan agama Islam, tetapi masih berusaha dan mahukan syurga yang tertinggal di sisiNya.
Sehinggakan Saidina Umar Al Khattab yang terkenal dengan keberaniannya, dan disebabkan kehebatan dan keberaniannya, fasa dakwah Islam berubah dari fasa sirriah ( rahsia) kepada fasa jahriah( terbuka), beliau masih menangis kerana bimbang dirinya tidak tergolong di dalam ahli syurga.
Allah.
Sedangkan refleksi kepada diri Kita.
Saban hari tahajud di dalam mimpi, solat subuh kelaut, masuk kerja asal cukup acuh tak acuh, asal cukup masa punch out dan pulang ke rumah. Masa lapang diisikan dengan membawang ataupun menjadi keyboard warrior yang hebat.
Dan dengan akhlak sebegitu kita masih berharap kita akan masuk ke syurga?
*Deep*
Sambutan maulid Nabi silih berganti setiap tahun, namun sejauh manakah sirah dan keperibadian Rasulullah yang kita ketahui?
Atau sejauh manakah akhlak dan keperibadian junjungan mulia itu yang kita ikuti?
Ayuh, kita tepuk dada dan tanyakan Hati.
Apa yang aku cari dalam hidup ini?
Sudahkah aku menyumbang sesuatu dalam hidup ini?
Berkata Imam Ahmad,
" Istirahat bagi seorang pemuda adalah kelalaian"
T____T
Begitu besar sebenarnya kemampuan dan potensi yang dimiliki dalam jiwa seseorang yang perlu digilap dan disumbangkan kepada ummah. .
Pemuda adalah asset negara.
Jangan gantungkan banggunan hidupmu pada khayalan yang tidak nyata. Kerana sikap seperti ini tidak membawa keuntungan apa-apa untukmu. - Imam Al ghazali.
Mari,
Sempena maulud Nabi ini, kita contohi dan ikuti Sunnah terbesar baginda iaitu membuat dakwah.
Mari kita telusuri sejarah Nabi di mana saat Baginda menerima wahyu di gua Hira', saat beliau dipeluk oleh Malaikat Jibril lalu diminta membacakan " Iqra'".
Lalu baginda pulang ke rumah dalam ketakutan dan meminta saidatina Khadijah menyelimuti Baginda.
Lalu selepas saat itu, Baginda terus melaksanakan dakwah sehingga ajal menjemput. Jika bukan kerana kegigihan dakwah Rasulullah, nescaya tiadalah kita sekarang ini yang mengecapi nikmat Islam ini.
Lalu Rasulullah katakan kepada Khadijah,
" Telah berlalu waktu tidur, wahai Khadijah"..
MHZ

No comments:

Post a Comment