Pages

Saturday, October 24, 2020

Tips memilih posting HO


"Dapat MO di mana?"
"Perak"
"Asal dari Perak ke?"
"Tak. Parents Saya dekat gombak. Tapi sebab dah HO dekat Selangor, so MO kena keluar KL/ Selangor"
"Laaa... Padahal HO Dua tahun je, kenapa tak minta luar Selangor dulu, nanti dapat la MO dekat Selangor"
Aku hanya tersenyum.

Padaku, 'HO Dua tahun je' ni sangat crucial untuk memilih hospital dan penempatan yang sebaiknya.
Kerana bukan sedikit HO yang quit atau mengalami depression kerana tersilap memilih tempat. Lebih-lebih lagi bagi HO yang sudah berkahwin, mempunyai anak dan PJJ.
Sebelum berkahwin, Aku punya midset untuk memilih HO di Sabah, tetapi ditentang keras oleh parents. Maka aku memilih untuk ke Muar.
Sengaja memilih di luar Selangor supaya kelak aku dapat MO di Selangor. Tambahan pula, Muar merupakan kampung sebelah ayah, maka ramai pakcik saudara yang tinggal di Johor Dan Melaka.
Namun, semuanya berubah bila aku berkahwin 2 bulan sebelum HO bermula. Suami bekerja di Ampang Dan kami juga mempunyai usrah di sekitar gombak/KL.
Maka, aku Kira HKL/ hospital Ampang merupakan tempat terbaik dari segi logistik.
Aku membuat sedikit research tentang Hospital Ampang- Kadar extension rate, computerize system atau tidak dan tempat tinggal sekitarnya.
Ternyata, walaupun Hospital Ampang bukanlah main hospital seperti HKL yang mempunyai pelbagai kepakaran, rezeki aku memilih ke hospital daerah berpakar ini untuk latihan HO ku.
Padaku, ini pendapat aku tika memilih penempatan HO.

1- Pilih hospital yang dekat dengan support system ( eg: keluarga, suami, anak). Especially untuk yang dah bekeluarga.
Sebab sepanjang tempoh HO, anda memang miserable dan support system ni la yang akan banyak membantu. Family/ suami sangat digalakkan untuk hantar-ambil ke hospital Masa tagging/ balik lewat malam. Semasa tagging, and perlu bekerja dari pukul 7 pagi-10 malam.
Ye la, balik kadang2 pukul 10 malam onwards, dalam keadaan badan letih, perut lapar, kadangkala tak dapat nak concentrate untuk drive. Bukan sedikit kes kemalangan disebabkan micro sleep.
2- Support system ni penting untuk mengingatkan anda tentang menjadi manusia dan menyayangi diri sendiri. Depa la yang akan ingatkan Kita untuk makan, kadang2 siap hantarkan bekal sebab tahu jadual zombie HO tu, boleh jadi baru nak breakfast pukul 4 petang.
Especially untuk pregnant HO, lagi la perlu diingatkan untuk menjaga makan. Dan untuk breastfeeding HO, masa mengepam memang kelaut. Perlu suami yang sangat concern.

3- Pilih hospital yang computerize. Banyak kerja dimudahkan dengan computer. Senang nak trace result, dalam komputer sahaja tak payah susah2 menapak ke lab.
Nak masuk entry, discharge summary, atau nak tengok previous records semua ada dalam system.
Yet, sometimes computer pun leceh jugak. Senang nak buat review dalam BHT je. Tulis tangan lagi syok!
Lagi2 kalau system down, memang rasa nak menyumpah.
Tapi bila anda dah jadi MO Dan akan transfer ke hospital berkomputer, anda dah familiar. Takde la kena panggil HO untuk buatkan semua benda ( macam seorang MO yang baru transfer in ke labour room haritu, Jerit panggil aku macam ade emergency, padahal sebenarnya nak minta ajarkan dia camne nak order darah je pun, punyala aku berlari ingatkan ade emergency czer nak kena post case. Lol ).

4- Pilih hospital yang teaching environment. Especially university hospital. Setakat yang saya dengar antara hospital yang bagus- seremban, manjung.
Bila MO atau Pakar jenis rajin nak mengajar, Kita HO yang buzy tak sempat nak buka buku ni akan lebih bijak dan berfikir.
Bukan setakat boleh buat kerja, carry out plan sahaja. At least boleh fikir plan sendiri dan tau nak bagi ubat apa bila memerlukan.
Juga sebagai HO, bila ada soalan, suarakan Dan rajin google jawapan. Dengan macam ni baru sel-sel otak berhubung. Jangan ikut je apa senior HO ajar tanpa berfikir.

5- Untuk mereka yang join usrah, Pilih HO di tempah yang kawasan usrah subur. supaya akan istiqamah datang usrah even jadual HO padat.
Sebab kalau tercampak ke daerah yang terpencil, kena pulak nak ke usrah kena travel sejam ++, alamatnya memang rasa malas la nak ke usrah.
Sekian, ni semua pendapat peribadi aku. Tak dinafikan banyak hospital yang bagus2.
Dan tak dinafikan ramai je HO yang survive walau tercampak jauh di Sabah/ Sarawak, jauh dari family. Aku salute dengan depa ni.
Apatah lagi , yang rezeki tercampak sebab terlambat pilih hospital yang berkenan masa isi e-HO. Atau pun yang komputer hang masa isi e-HO Dan tiba-tiba dapat mana-mana hospital.
Tapi aku tak pernah menyesal memilih hospital di Selangor. Yes walau kena campak MO jauh di luar Selangor, at least aku dah spend beberapa tahun ni dekat dengan parents. Dulu dari form 1 dah duduk asrama, pastu sambung belajar ke Mesir, balik Malaysia graduate kerja pula. Parents mana yang tak sedih kalau anak nak tinggalkan depa lagi.
Moga Allah mudahkan setiap perjalanan hidup Kita, especially untuk bakal HO.
Ikhlaskan hati selalu!

Dr MHZ
bekas HO, newbie MO
30 oct 2018

*Silakan share kalau rasa bermanfaat
* Actually, tips ni Sama bila nak masuk MO, the point is support system is important. Especially kalau yang berkahwin Dan PJJ. Harus sangat tabah dan kuat, sebolehnya try minta transfer supaya dekat dgn spouse Dan anak2. Moga dimudahkan semua urusan utk yang LDR

No comments:

Post a Comment