Pages

Monday, August 16, 2010

MR. E

-->

“Awak kalo bagi jawapan main-main macam ni, kalah nurse, baik awak jadi staff OT je”

“Kalau awk tak ingat, baik tak yah laa jadi doktor!”

Mr.E..seorang surgeon muda…yang serius, tak banyak bercakap dan tegas orangnya..aku sejujurnya kagum dan salute dengan doctor pakar ni..muda-muda lagi sudah berjaya bergelar surgeon dan menjadi orang kuat dalam department ini..bukan senang woo muda-muda nak pegang jawatan di IJN ni..
garang x??

Alkisahnya…minggu ini, alhamdulillah..Allah beri kesempatan dapat membuat attachment di Institut Jantung Negara (IJN)..aku tak tau macam mana boleh gatal tangan nak apply untuk buat attachment ni, plus aku baru sahaja nak masuk tahun 3 medical school, atau lebih tepat lagi, still PRE-CLINICAL. Jadinya, ilmu di dada ni hanya secuit je la.

Nak dijadikan pengalaman..banyak yang aku belajar kat sini..not only knowledge about medic or heart..but yang paling penting is, our relationship with people surrounding us. It is about how we treat them.

Dan kalau kehidupan sebagai doctor itself, surely kita akan deal dengan patient, nurses, patient’s family n staffness dekat hospital tu.
As aku seperti kanak-kanak kecik yang nakal dan menyibuk je nak buat attachment di IJN ni, maka as usual banyak doctor yang cakap..

“Laa..kenapa nak buat sekarang, tak payah lagi la kalau umur macam awak ni. Better tunggu 2-3 tahun lagi”

Tapi..alang- alang menyeluk pekasam, biar la sampai belajar betul-betul kan?

Satu perkara yang aku perhatikan..doktor di Malaysia ni ramai, Tapi tak ramai yg MUSLIM doctors.

Memang tak dinafikan yang semua doctors merawat pesakit. Tapi aku tengok rutin harian mereka tak ubah seperti robot. Hidup mereka just pergi hospital, ward round, check patients dekat clinic and bedah patients.

and the same things goes everyday. Macam dah kena set. Kitaran robot.

Ye, tak dinafikan ade sebahagian doctor tu membaca basmalah sebelum membedah dan merawat. ckp kt patients.. “acik, jum ikut saye mengucap”…etc2…

Tapi MUSLIM doctor bukan setakat itu sahaja. it is being muslim in da whole life…cakap pun benda-benda yang baik je, tak mencarut, tak marah-marah dekat patients yang taknak makan ubat, tak menengking nurse or doktor-doktor lain yang terbuat mistake..

Dan seorang doctor Muslim sepatutnya mempunyai jati diri mereka. Sepatutnya kita tidak terlalu mengagungkan sangat peraturan barat di dalam medical ethics. Lebih-lebih lagi yang bertentang dengan syariat Islam (e.g: nak masuk bilik bedah, kene pakai baju scrub dan tudung tidak dibenarkan..mesti pakai caps n mask je..tudung hanya dibenarkan untuk certain people sahaja.

Saya tahu mereka ingin menjaga kebersihan dan sterilization, tapi sepatutnya kita juga menghormati aurat perempuan bukan?

Dan satu pengalaman yang takkan aku lupa smpai bila-bila..

keadaan di dalam Operation Theatre (OT)
Satu hari ni ak ikut Mr E kat OT (operation theatre)..

Di dalam bilik bedah, sedang aku observe operation tu, tiba-tiba Mr E panggil aku..

“Medical students mana?” 

 “ Saya di sini!”

Aku datang dekat..

“ok, awak cakap dah belaja physiology kan? Then tell me about cardiac cycle”

Haa…rahang aku macam nak jatuh..cardiac cycle?

Jap2, yang mana satu..banyak sangat cycle yang nak kene ingat. Otak aku ligat berfikir.

Tapi akhirnya, aku masih tak dapat nak recall. Aku tak dapat menjawab walau sepatah pun..

“ Awak ni betul ke medical student? Sebelum ni kata nak exposure as doctor kan? then jawab la soalan saya,” Mr E mula menyindir.

Huu..time tu aku tak tau nak letak muka di mana..frust sangat sebab tak dapat jawab, macam bodoh sangat je rasanya..tapi rasa nak gelak pun ada jugak..tapi aku tahankan aja..hehe

“Awak kalo bagi jawapan main-main macam ni, kalah nurse, baik awak jadi staff OT je”

“Kalau awk tak ingat, baik tak yah laa jadi doktor!”

Ini penutupnya sebelum dia berlalu dengan marahnya.

Aku diam sahaja. Tetapi sebenarnya aku tersenyum di sebalik mask.

Geli hati rasanya dimarahi oleh doctor pakar yang bajet hebat ni.


So, the conclusion is..kalau nak jadi doktor ni bukan benda senang. Kena faham dan ingat. hafal kaw-kaw and ready semua benda dalam kepala..

Kalau tak, akan jadi macam kes aku di atas ni. Elok je kena marah depan 8-9 orang  yang ada dalam OT tu. Termasuk nurse dan staff sekali dengar aku kena marah. segan kot.

dan nak jadi doktor ni kena jujur dan professional. kalau rasa tak tau satu benda tu, mengaku sahaja awak tak tahu. Jangan memandai buat-buat pandai. Sebab akibatnya nanti akan kena dekat pesakit.

Dan pesanan juga, doctor mesti berbaik-baik jugak dengan nurse. Kerana mereka yang banyak membantu doctor. Trust your nurse and stafness J


p/s: aku harap sangat satu hari nanti aku boleh mempraktikkan islam dekat hospital tempat aku bekerja nanti. Harapan aku untuk create suasana hospital yang mesra ibadah..insyaAllah (^.^) doakan..

Wednesday, July 28, 2010

CaBuT RumPuT

Ermm..ape eyh yg menarik skang??
Life cam biase…jd bibik,drebar n gardener…
N skang dpt projek baru..CABUT RUMPUT!!! Haha…
Haha..tue bukan keje laki2 ke?? No, No…dlm istilah kamus hidup ayahku…
Gardener ni keje org pompuan n laki2…soo.kitorg mmg dr kecik dah di didik supaya berkebun kt taman…x kesah la..tanam pokok ke, baja pokok ke, menggembur or whatever…

N lg best kdg2 keje mengecat pon kasi hurung jugak..huu…
Then sometimes bile tgh wat keje..then ayah nmpak kitorg lembik2 je…
Ayah ckp camni “angah, nape lemah sgt?? Angah ni perempuan ke pondan??”
Saye pelik le…ak pompuan la…”angah perempuan laa…kenapa??”
Ayah jawab “ tak la…org perempuan kuat…tp org pondan yg lemah..”
Ak fikir balek…ermm…betul jugak…org perempan nmpak je lemah..
Tp siapa tahu?? Yg mengandungkan anak, yg menjaga, mendidik anak2..men`support’ suami…semuanya org PEREMPUAN kn?? Nampak je org perempuan ni cengeng, suka nangis2…
Tp, tu lah caranya perempuan melepaskn lelah, n sedih masing2…


ape pandang2?? (^^,)

~KELEBIHAN WANITA~

Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan keamanan"

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya. Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

Sedarlah wahai wanita...

Wanita,
Kita diciptakan dengan kemuliaan syahadah
Kerana benih seorang lelaki kita tersenyawa
Dikurnia tenaga hingga kita mampu menyibak
jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki ini kita ditiupkan jiwa
menjadi manusia dan mencari seorang lelaki untuk dicintai
Sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan
untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta
Kita wanita, diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepikan kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah,
kita terbit daripada rusuk lelaki
Bukan dekat kepala untuk dijunjungi
Bukan dekat bahu untuk membebani
Bukan dekat jari untuk disakiti
Bukan dekat pinggul untuk dihenyaki
Bukan dekat lutut untuk ditindihi
Bukan dekat kaki untuk ditunggangi
Tetapi dekat dengan pelusuk hati
untuk dimuliai, disayangi dan dicintai.



And my beloved along dah balek dr russia….huu…nampaknya dah ade la org nak bergaduh skang..xde la dok umah sorg2 je..haha…
Welcome home dear along!!

Wednesday, July 21, 2010

KBM yg Indah..(^.^)

Bismillahirrahmanirrahim….

Ermm…rase2 nyer..mcm sgt2 lame dah x update blog nie..bersawang campo bersemak –samun dah..huhu…tue la..byk je mende yg nk share..tp sbb tgn yg nk menaip ni tersgt lah malas…oleh itu idea2 semua nya merajuk n finally..xde habuk pon yg terhasil….huu..T_T

So, sementara idea yg kali ni x merajuk lg…soo..saye dgn sukacita nya akn menulis sikit2 la..nie adalah sharing2 pengalaman peribadi semasa menjadi fesi program KBM kembali dkt SMK bangsar pg td (selasa)..

Kak Yong punyer keje la ni..jd kak Laptop..:)

Erm…pg2 je..5.40 pg saye dah bgn..sempat la solat sunat sekejap seblum subuh masuk..then solat subuh berjemaah..gosok baju (ni keje bibik yg tiap2 pg sye kene wat), bukak pintu umah padam lampu n so on..saye terus la mandi n bersiap2…by 7.15 dah msuk dlm kete utk gerak..oooppss..tgk kat jam, aaaa….dah lewat nak antar adek g skolah..(ouh..saye cuti skrg nie..jadi bibik, gardener n driver yer..satu pakej lengkap..haha)

Dgn memecut laju…tgok kt jarum meter..80km/hour..terus drive laju2 ke sekolah adek saye..die pon dah bising.."angah, pkul 7.25 dah nk bunyi loceng..nanti akem lambat pulak”..dlm hati saye..aishh..budak nie..tau la..ngah nk pecut laju2 la nie…

Alhamdulillah..smpai jugak tepat2 kol 7.25 tue..lps antar akem..terus saye bergerak ke umah Pak Long..konon2 nye janji nk pegi SMK Bangsar nanti dgn Pak Long la…tp, smpai2 je kt umah Pak Long..ngaa…kete dah xde..alamak,dah kene tinggal ke?? terus call Mak Long.."aaa…saye nak ikot…bla..bla..” akhirye kami deal nk jmpe kat tmn koperasi polis…naek kereta kat situ…

Saye pon terus la ke sana..tp bila dah nk dkt2 smpai mak long call lg.."ermm musyirah drive kn?? Ape kate kite konvoi nak??” “aaaa…drive ke bangsar?? Jauh nyer…mesti jam pulak tue” kata hatiku…tp xde pilihan laen…akhirnye saye pon ikut la buntut kete pak long sampai la ke SMK Bangsar tue..alhamdulilah…selamat smpai even beberapa kali jugak la ter’miss’ kete pak long kt highway tue..huu…scary2…

Nak dijadikan cerita..alhamdulillah…KBM KEMBALI dibuat semula utk student2 terpilih a.k.a yg hard core2 la…dulu team KBM (Keindahan Bersama Mu) ni dah penah g sane..then skang ni lps 2 bln..nak follow up balek la…

Mase KBM yg dulu2…byk slot2 yg menyentuh hati adek2 tersebut..n kitorg cuba utk tanamkn perasaan nak berubah dlm diri adek2…then ni skang nk tgok la..ade berubah sket2 ke x?

antara adek2 yg hadir

Abg Bai selaku pengendali..Mase Abg Bai mula2 pegang mic..student2 semua buat2 x paham…malas nk layan n so on la..(boleh byg kn mcm mane ragam bdk2 hard core kalo nak dnga ceramah) huu…tp lame2 ade la respon sikit demi sket..alhamdulillah…Abg Bai recall slot2 dulu sikit2…antaranya, INTEAM..slot bersama rakan2..menyedari pentingnya rakan sekeliling utk support hidup kita..then slot MENITI ANGIN MALAM..time nie kite semua mengindah kan diri dgn Allah, Rasul ibu Bapa n di gambarkan simulasi kematian…(kalo ikot kn part simulasi kematian la yg plg real skali..konon2 kite dah mati la..tutup mata..gelap..bau kapur barus..n ade kubur kt tgh2…konon2 mcm kite dah mati la..siap ade lg bunyi2 menakutkn..mcm kite kene pukul dlm kubur la etc)…tp adek2 hard core nie semua nya konon2 x nk igt memori tue..scary agaknya..huhu…

Then kemuncak nye..Abg Bai suro adek2 tue tuliskn…"ape yg saye dah berubah?? Nyatakan…”

Adek2 tue semua mula la start tulis sikit2..tue pon lps buat muka malas semua..haha..then di beri satu lg soalan" kalau lg 2 jam saya akan mati..apakah yg akan saya lakukan??”

Lps tue abg Bai panggil sesiapa2 yg nak share ape yg ditulis..punye la payah nk panggil sape2 ke depan..akhirnya ade la sorg tue ke dpn(sbnrnye abg bai yg suro la jugak..huhu)

Adek syg ni (syg merefer kpd adek2 laki yer) bace la tulisan nyer…"perubahan saya…dah x pon ponteng sgt solat jumaat n byk berzikir” saye yg mendengar gelak2 ngan mak long..tp saye terdiam..cuba berfikir..lumrah alam skrg..x semua org laki2 yg pg solat jumaat kn..n saye paham ape yg adek tue rase…saye terus stop gelak…

The adek kasih pulak share (kasih merefer kpd adek2 perempuan).."saye kalau dulu bila ayah marah..akan lawan balik..tp skrg bila kene marah..saya senyum je” Subhanallah..hati saye terdetik..bagusnye perubahan adek ni..saye pon even kalo kene marah..xde la nk lawan balik..tp nk senyum tue..mane mahu!! ye la dah kene marah..tp adek ni boleh buat..saye termalu sendiri…

sharing from seorg adek kasih

Then seterusnya…adek syg ni mengaku..”saye skrg dah krg ponteng klas n sekolah..tp ade la ponteng sikit2..”dewan terus bergegar dgn gelak –tawa..then die smbung balik…”tp saye dah rajin buat homework..ustazah ckp markah agama saye dah naik”..waaahh..tepukan gemuruh utk adek ni…then die smbg lg..”kalau la lg 2 jam saye akn mati..saye akn lari dr skola utk cari mak ayah..nk mintak maaf”…saye terdiam..cemburu barangkali…adek ni boleh lari jmpe mak ayah nye..

Tp saye terbygkn kalau la mende tue jd kat saye mase saye di mesir…adekah saya berpeluang utk lari dan balek kpd mak ayah?? Mungkin saye hanya sempat call je..itu pon kalo la line sgt clear…then saye x mampu nk byg kn apa2 lg…nauzubillah min zalik…

wakil dari adek sayang

Last skali..ade lg seorg adek kasih yg share…pastu sbg penutup..kami beramai2 menadah tgn..mengamin kn doa yg Abg bai baca….dan last2 skali kami beramai2 menyanyikn lagu Titian Kejayaan..ni part yg plg meriah..baru la adek2 ni semua nyanyi dgn kuat.yela..happy nyanyi ramai2 n happy jugak kot prog dah abes…huhu..(^,^)

mase nyanyi Titian Kejayaan..ade yg panjat2 meja tue..:P

Akhir nya majlis bersurai…tp sblom tue seorg guru mereka berkata sesuatu..”Terima kasih semua yg dpt hadir…cikgu pasti kamu semua nk berubah tp malu nk mengaku kn?? xpe cikgu paham..even korg semua ni muka pecah rumah..tp dlm hati ada taman..”

p/s: haha..nk gelak2 dnga ayat terakhir cikgu tue..menarik2..\(^.^)/

Wednesday, June 9, 2010

kanak-kanak itu pun menangis

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala. Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab: "Aku takutkan api neraka."


Khalifah yang adil itu memujuk: "Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Namun apakah jawapan budak itu? Katanya: "Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting yang kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?"

Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…

Pengajaran: Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luarbiasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.

Monday, May 31, 2010

mereka JAHAT!!!

mereka kutuk kekasih Allah...
mereka permain & perlekehkan kesayanganku...
mereka JAHAT!!!


mane hilangnyer sense of human mereka??
kalau pun agama mereka bukan agamaku..
tp agama mereka tetap ajarkn benda2 yg baek2...
tp mereka je yg bodoh dan selewengkn agama sendiri...
selewengkn kitab mereka sendiri....

tp tolonglah jgn hina agama kami...!!!
agama kami agama terbaik...
insyaAllah..kami percaya n yakin akan janji2 Allah....


so pembaca2 sekalian....
kalau lah di facebook mereka menghina agama kita..
melukis cartoon wajah nabi...
adakah kite nk berdiam diri je???
nk tengok sahaja???

come on!!! bangkitlah..sedarlah...

kalau pun x mampu nk berjuang jauh2..ape kate kite buat yg sng je...
try to shift from facebook to other ruang sosial lain...
lagipun...facebook tu owner die Yahudi..mesti byk keuntungan mereka dpt kn??

soo...ade byk lg alternatif lain....Umma United or millatfacebook...

itu facebook utk muslim....

ayoh jom!!!

x sedih ke tgok mereka di tindas????




p/s: saye sayang Nabi..

Friday, May 21, 2010

Terima kasih guru...

maaflah kirenyer post saye nie dah nk masuk tempoh expired....
tp saye still nk post..especially kpd mereka2 yg dah byk berjasa kpd saye...dr saye baru kenal erti hidup...smpai la dah besar la nie....saye dah jd manusia....alhamdulillah....thanks a lot...


Wonderful Teacher
With a special gift for learning
And with a heart that deeply cares,
You add a lot of love
To everything you share,
And even thoughYou mean a lot,
You'll never know how much,
For you helped
To change the world
Through every life you touched.
You sparked the creativity
In the students whom you taught,
And helped them strive for goals
That could not be bought,
You are such a special teacher
That no words can truly tell
However much you're valued
For the work you do so well.

terima kasih cikgu...
dari saye mula hidup...saye diasuh oleh seorg guru di rumah..(mak saye cikgu tau)...
then menyambung journey bersame guru2 di Tadika KEMAS,
then guru2 Tadika Amal,
then guru2 SRI Al-Amin Gombak,
then guru2 SMK Sg Pusu,
then guru2 SMKA Kuala Lumpur,
then lecturer2 KMJ, tangkak,
then skarang ni dgn2 lecturer2 FMG Al-Azhar....

syukran jazilan guru...jasamu dikenang...n xkan dilupakan...smpai bila2..insyaAllah...
tanpamu guru..saye masih jahil..tika ini...

mak saye cikgu..saye nmpak...cikgu ni bukan nyer sng..susah tau nk ajar anak org..ade yg nakal2...x msuk lg kes ponteng2 klas..pastu..bile time exam la plg kalut..nk marking sumer paper..siap kene rekodkn markah lg..huu..payah2..sampai tahap..cikgu ni dah jd cam kerani lak..kene taip segala bagai..huhu...

p/s: saye mse skola dulu nakal..huhu....
n saye plg respect professional guru ni...xtau la naper...maybe guru2 ni humble kot..even mereka byk berjasa..(^.^)

Tuesday, May 4, 2010

selingan exam

salam..
hurmm..lame dah rasenyer x menulis kt sini..dgn kekangan masa..xm yg just beberape hari je lg n byk buku2 yg minta di beri kasih syg..ouh maaflah..saye bukannyer manusia yg super hero.boleh memberi keadilan kpd semua benda selayaknya...assif..

kali ni..just nk share ape yg saye kopi n pasta dr blog seseorg...seorg murabbi yg saye kagumi...beliau sgt mujahadah orgnyer...seorg doktor melayu yg bekerja di ireland..ouh..boleh lah melawat blog nyer...sila tekan sini

it is about......blame it on Murtabak Sardin

April 30, 2010
by ar-rumaisa

Orang kata, “Malaysia is food heaven”. Saya sangat setuju. 200%. Setiap kali saya berjalan longlai pulang dari Oncall dan melalui simpang tepi rumah saya di Letterkenny ini, saya akan berharap saya sedang berada di Malaysia… di mana tidak ada simpang yang akan dibiarkan sunyi sepi. Mesti akan ada makcik jual nasik lemak di situ, atau kuih, atau keropok leko, atau paling tidak, orang jual air. Kalau cari makanan sampai tengah-tengah malam buta pun, no worries, mapley kan ada.

Hmm.. ertinya, orang Malaysia ni makan 24 jam kan?

Kalau tidak, takkanlah ada restoran yang sanggup buka terus-menerus. Kedai mamak sudah jadi seperti hospital. Tidak ada hari cuti. Mamak kerja sama hebat dengan doktor. Kena Oncall.


Mungkin ini salah satu penjelasan kepada hasil kajian Kementerian Kesihatan. Statistik menunjukkan, dalam tempoh 10 tahun (1996-2006), kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat sebanyak 250% ! Manakala
- Setiap 2 daripada 5 orang dewasa di Malaysia termasuk dalam kategori gemuk.
- 38% remaja berumur 12-18 tahun juga adalah gemuk.
- 24% kanak-kanak 6-12 tahun gemuk.

Teruk ni. Dan angkanya terus meningkat.

.

Saya lampirkan di sini, makanan mamak dan kalorinya, sebagai panduan. Sedihnyaaa tengok Murtabak Sardin berada di tangga teratas kalori tertinggi dalam sejarah makanan mamak, iaitu 787 kcal. Kita hanya perlukan sekitar 2000 kcal dalam sehari. Dan seketul Murtabak Sardin sudah membekalkan hampir separuh dari bekalan kalori itu! Jadi makan Murtabak Sardin lewat malam : BAD IDEA.

.

Makanan Malaysia kita memang best, tetapi kandungannya banyak santan, minyak dan gula. Obesiti, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis – tak hairan kan.

.

Saya juga tidaklah mengatakan makanan orang barat lebih sihat. Western food contain a lot of cheese, mayonaise and butter, and on top of that, alcohol drinks. Kadar diabetes di sini, lebih kurang saja dengan Malaysia. Mereka juga ada banyak masalah hati (chronic liver disease) disebabkan minuman keras, khasnya Ireland, kerana orang Irish adalah juara minum seluruh benua Eropah. Saya memang sedang tinggal di sebuah negara yang budayanya sangat didominasi oleh arak. Sebagai doktor di sini, saya berhadapan dengan kesemua masalah dan kerosakan yang mampu dibawa oleh arak ke dalam masyarakat. Saya naik saksi dan beriman sepenuh hati dengan hikmah pengharaman arak ke atas umat Islam.

.

“You are what you eat.” How true. Telitilah apa yang kita makan, kerana jasad ini amanah Allah. Selagi bernyawa, kita akan menggunakannya. Kita tidak mahu ia rosak sebelum ajal. Kalau sakit dan rosak, nak cari ganti Transplant bukan senang. Benar manusia boleh hidup dengan hanya 1 buah pinggang, 1 paru-paru, separuh liver, separuh thyroid gland, or without appendix, without gall bladder (my fellow medics may add to this list). Namun, sesungguhnya Allah telah memberi kita semua organ-organ itu selengkapnya dan kita benar-benar akan dipersoalkan ke atas barang-barang pinjaman Allah ini. Thus, eat more fruit and veggies, less oil, less cholesterol, less sugar, no Maggi Mee (ok doctors!), no Ajinamoto, high fibre, don’t eat at midnight.. (ok, i will stop nagging now).

.

Satu perkara yang saya kagumi di kalangan rakyat di sini (ireland), ialah komitmen mereka terhadap senaman. Rakan-rakan doktor sekerja saya, ramai yang berkunjung ke gymnasium pada petang hari selepas pulang kerja dari hospital. Tidak kurang juga bilangan mereka yang sudi berbasikal pergi kerja di pagi hari. Mereka juga MAJORITInya tidak suka naik lif di hospital, mereka sentiasa memilih untuk naik tangga, termasuklah doktor-doktor pakar yang sudah berumur. Maka tangga dalam hospital adalah prominent, besar dan lebar, hidup, ada banyak papan kenyataan dan selalu saja menjadi ‘tempat pertemuan’ (meet you at the stairs in 10 minutes!).

Rata-rata tangga dalam bangunan di Malaysia, terletak di ceruk hujung yang tiada siapa tahu lokasinya, kecil, berhabuk, bersawang dan sentiasa ditutup oleh pintu, tanpa papan kenyataan atau apa-apa tanda. Yang terletak menyambut kita di depan pintu masuk bangunan ialah LIF, yang besar dan berkarpet cantik.

Betapa berbezanya budaya kita!

.

Oh.. salahkan murtabak sardin, salahkan santan, salahkan lif, salahkan Malaysia?

.

Selamat bermujahadah...


p/s..thanks kak hanim..tulisan2 akk mmg inspiring..syukran awi...