Pages

Tuesday, July 5, 2011

Banyak lagi yang kita tak tahu manusia...



salam alaik~


subhanallah 3x..

alhamdulillah atas semua nikmat, petunjuk dan Hidayah-Nya...(^^,)


*utk bunga itu, thanx adek-adek ;D *


tadi masa jalan2 dekat MukaBuku.. buka2 wall org..then aku nampak satu post ni...sgt tersentuh dan tertarik hati..serius x tipu...sila baca ye kwn2...


terasa yang kita ni manusia, sgt2 kerdil..nak banding dengan penciptaan Allah tu.. Maha luas dan Haibat...


byk sgt lagi ilmu Allah yang kita x tahu..(wahlal..ilmu yg dh tahu ni..mcm medic,teknikal etc etc..rase mcm nk muntah2 dah baca buku..tapi ade lg byk byk ilmu Allah yang kita x explore

lg..insaf2..)


bile baca je...aku terus terfikir...



‎"Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

nauzubillahminzalik..mcm mane kalau Allah azab kita dan hapuskan
kita dr bumi ni sbb kemaksiatan yg kita semua buat??


Dan sesungguhnya azab Allah tu sangat keras...dan azab Allah x memilih..

baik jahat ataupun alim orangnya...semua org pun akan menerima azab yang sama...


Nah, tengoklah sendiri Tsunami di Acheh. walaupun byk je pak imam2, ustaz2, alim ulama di

sana.. tapi bila Allah kata KUN FAYAKUN tu...semua org pun kene kan??

mane ade Tsunami tu pilih2 org yg buat maksiat je...


nauzubillahminzalik...*peluh besar*

dan kalaulah Allah hapuskan kita dari muka bumi ni..Allah akan gantikan dengan kaum lain...yang takkan derhaka kpd Allah...macam mana yg dah manusia ni buat..Well...itu lah janji Allah...nauzubillahminzalik....

"....Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar), Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan derhaka seprti kamu..(muhammad:38)

kalau Allah hapuskan kita...hurrmmm...xde maknenye la...kita hidup selama ni...ape?? susah payah nak jd doktor, arkitek, engineer....hai..bye bye je la...

entah2..bg sesiapa yang bujang...nak kahwin pun entah sempat atau tidak...


Then..the solution is and only..."BACK TO ALLAH. BACK TO AL-QURAN AND ISLAM"

Then only..kita akan terselamat....:D

ok..aku kopi pasta artikel tu kt bawah ni..keep reading ya!! agak panjang, tapi serius best!! and semoga amek pengajaran drpdnya~ insyaAllah..(^.^)



DI COPY PASTE DARI FB ISLAM ITU INDAH & LENGKAP

SUBHANAALLAH...


Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat... } sedikit pengalaman & kajian

Posted by Darul Manzil at 1:42 AM


Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.


Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..


Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..


Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..


Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...


Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..


Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...


Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"


Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..


Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".


Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"


Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."


Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"


Saya: "Agama apa tu..?"


Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak RIDAM.. :(


Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...


Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..


Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"


Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."


Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."


Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..


Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..


Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..


Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..


Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."


Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..


Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."


Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"


Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."


Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."


Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"


Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."


Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."


Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..


Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"


Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"


Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."


Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."


Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:

'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'


Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..


Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"


Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."


Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"


Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."


Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."


Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"


Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"


Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"


Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"


Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"


Saya: "A'ah...kenapa?"


Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."


Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."


Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."


Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"


Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."


Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."


Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."


Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"


Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"


Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."


Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"


Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."


Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..


Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

-----------------------------------------------------


3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

--------------------------------------------


Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....


Sekian..

---------------------------------------------------

'...Fakul innamal ghaibulillah.'.

Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah

(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

--------------------------------------------------


Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran:

1) Al Ankabuut - Ayat 19

'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'


2)Al An'am - Ayat 6

'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'


3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.


Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.


Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?


----------------------------------------


1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..


2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.


3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..


sekian. "dan kepada-Mu lah kami datang, dan kepada-Mu lah kami kembali"....wallahua`lam...


thanx reading. rasa macam Allah tengah cakap apa2 tak kat kita, kan manusia???


.then, sila muhasabah and take care ya~ (=.=)

Wednesday, June 29, 2011

Angin RINDU~

salam alaik~


mcm x best lak kalo x ckp thanx kat Allah kan?? dgn semua yg Dia dah bg??

alhamdulillah..alhamdulillah..n alhamdulillah...

byk sgt yg Dia dah tolong aku...especially masa2 xm ni..
(tp selama ni mmg Allah tolong byk pun semua benda...)

entah la...byk sgt benda nak tulis actually..tapi masa x izinkan...and plus buku2 patho tu, byk sgt nak kene baca.dah jerit2 mintak ak menghadap (T.T)

ouh sori yer.sat lagi yer buku.. >.<
( kalau buku tu betul2 menjerit.ouh mati la aku..uhuk2)

just nk tulis satu post rindu...

entah la..RINDU semakin memuncak lately....(utk mereka2 di malaysia...)

well...cintaku tertinggal di Malaysia...(eceh..Eh)

siap terbawa lg dlm tidur..even tidur petang yang...just take a nap je~


untuk si dia yang saya rindui..tadi godek2 blog anti..tak sangka kat tepi tu ade tulis...

Friendship never end~
me with angah...
since 17 years, 5 months and 4 weeks...

uhuk2..terbatuk2 kejap.mata macam tiba2 berair (alasan common..habuk barangkali) hehe

AIN...miss u..tak sangka kite dah kwn lama eyh...
(and actually x pasan pun bile kite start kawan.yg tahu mase kecik2 dulu laaa)
and ni la kawan ak yg first...:)
erm...kalo ikut 17 thn tu, dah bleh amek spm dah..huu..
and plus she is the only one that call me Angah..selain my family members...

ouh..teringat masa kecik2..time tu duduk rumah dekat Kg Changkat, gombak..
(sblm pindah umah skang ni)
selalu sgt bile balek dari sekolah je..
terus lari-lari nak pergi main kat umah ain...cepat2 je pergi sana sebelum maghrib..

and kalo weekend tu..haa..sah2 la muka aku dah terpacak kat sana...
tambahan pula, kami berjiran..and hanya terpisah dgn beberapa deretan rumah sahaja...

sampai kan mami aku cakap..
"dah2 la tu..kacau je rumah org tu..kot2 la ummi abah dia nak rehat"

tapi ak siap bole jawab dlm hati lg.."alaa...org main dlm bilik die..mana kacau parents die.."

haha..nakal nye ak dulu~

ouh miss da moment..and guess what??
2 hari lepas..aku mimpikan ain dan kg changkat..
mcm memory lepas semua berputar balek...aishh..T.T


and tadi pulak...godak2 blog along...
baca post ni....

tak sangka bole menitik lagi air mata ni.
hurrmm...rindu n terharu barangkali~

rindunye...rindunyer...

tak tau nak ungkap mcm mana...

pergilah kamu dgn angin lalu...sampaikan rindu ini pada mereka~


insyaAllah..kalau kita tak bersua pada wajah..tapi kita ketemu dalam doa...

Ya Allah, semoga aku dpt reunion kembali dgn mereka..org2 yg aku sayang ni...dlm syurga mu kelak..ameen....(^.^)

p/s: ramai lg yg aku rindu. geng2 smakl..kwn2 H20..adek2 cayang~
semoga anda-anda semua sentiasa dlm rahmat ilahi~ insyaAllah..


Wednesday, June 22, 2011

Tension

salam alaik~

bila2 tengah study week ni..
lepak-lepak baca buku..teringat pulak mase exam mid term aritu~

"ayah..angah tension la study ni..banyak buku kene baca..Dr pulak tak abes2 nak habiskan silibus..itu la ini la..bukannye nak bagi study leave..mane sempat nak baca buku sume...ade lagi 5 hadis nak kene hafal minggu ni..mane sempat..."

Suara tertahan-tahan. nak nangis pun ade.tension dengan kesuntukan masa dan byk tanggungjawab yang terbeban~

ayah hanya tersenyum....

"angah, dekat rumah kita ni..kalau diikutkan lah..ayah la sepatutnya orang yang paling tension sekali..keje pejabat teruk-teruk..penat-penat..kene monitor lagi org bawahan..kalau diorang salah..ayah yang kene marah dgn bos..."

"tapi relax-relax la..cool-cool... sebab tu ayah selalu cabut rumput, baja-baja pokok..utk hilangkan stress...tenangkan fikiran..kalau nk fikirkan...sampai bile pun tension tu akan go on je.."

"angah cuba la pergi shopping ke, makan2 ke..tenangkan diri..pastu baru sambung study.."

air mata mengalir laju. Terharu.

aku fikir..
betul gak ayah cakap...ni baru nk baca buku..deal dgn buku je dh stress??
haila...budak-budaknye...

kata cool n macho..(uhuk2)

thanx ayah....then angah dah cuba utk bertenang~ cuba untuk bersabar....

end up...final exam kali ni...haila..terlebih tenang pulak~
takde nak gelabah2..kalut2 nak baca buku banyak...
TAPI..bile dh pagi exam..haa..baru nak cuak!!!
huu..tak suka perasaan tu..kalut2 baca buku pagi xm tu..
kuar umah pun cukup2 makan je..and sampai je dewan peperiksaan..
semput2 je..terus nk kene start exam..huuu..lucu tol la~

then..aku hanya mampu tersenyum sendiri~ (^.^)

*******************************************************************

Having Allah in your heart..
does not means that you will not face any storm...

Actually It means that no storm can sink your boat~ (^^,)

tengok. bot kertas pun x tenggelam tau~ hee


p/s: ayah..selamat hari bapa...miss u!!
(errr..actually bile eyh hari bapa?? huuu)


7.05 am,
22 jun 2011

Thursday, June 16, 2011

Bulan


salam alaik~ (^.^)

alla kulli hal, alhamdulillah 3x...

dpt lagi menulis arini (even terlanggar janji dgn diri sendiri utk tak on9 n menghapdate blog 2 hari ni)

alamak..nampaknye kene buat janji bru lps ni~ sori diri sendiri! huu

Haaa..nak tanye..siapa perasan smlm ade gerhana bulan??? (tak yah la nak angkat2 tangan, tu budak2 je buat.hehe)

ecee..takde la...gurau je~

urm..utk sape2 yg x tahu, smlm sekitar waktu 8.30 mlm waktu mesir, alhamdulillah berlaku satu fenomena alam..Gerhana Bulan...

dan aku dapat peluang utk tgok Gerhana Bulan ni...

chantek!!! Subhanallah....(first time kot dpt tgok real.dgn pengahayatan~) huu

time pukul 8.40 mlm camtu, die tengah separuh lagi.camni la lebih kurang~


dan Bulan, Bintang, Matahari tu pun salah satu daripada sebaik2 ciptaan Allah..Maha Suci Allah...

cuba byg..benda simple pun..kalau la takde matahari??

errr...camne kita nk idup kan?? malam selama-lamanya..
pokok2 pun tak dpt buat fotosintesis..takde oksigen..
mcm tu, kita pun mati la kan kalo xde oksigen??

kalau la malam je selama-lamanye..alamatnye..mmg kita semua hibernate la manjang~
photophobia...tak pun hidup dgn lampu2 buatan semata2~

errmm....bosan nyer idup...


tapi kalau la bulan takde...siang je manjang??

erkk!!! camtu kene keje je la lama2...puasa tak buka2 la kan?? sbb xde malam..huuu


"Allah menggantikan malam dan siang. Sungguh pada yang demikian itu, pasti terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan yang tajam..(An-Nur: 44)"


" dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari kurnia-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.(A-Rum: 23)"

dan nak dijadikan cerita...
petang semalam aku pergi kelas mengaji...dlm kelas tu ustazah dan kawan2 semangat dok cerita pasal satu solat sunat ni..tapi mereka bersembang kencang dlm bahasa arab ammiah..(bahasa arab pasar la..)

haila..mane la aku nak paham kaw-kaw...cakap pun laju2 je...huu..

sampai tibe2 ustazah faham kot kitorg dh buat muka pelik...dia cakap slow2 dgn bahasa arab fusha..

"kami tgh cakap pasal solat sunat khusuf (gerhana)..malam ni..akan buat serentak di kebanyakan masjid di Mesir.."

"ouh..malam ni?? pukul berapa??"

"8.30 mlm macam tu..awak tak tahu ke??"

aku dan najla geleng2...haila~

ustazah senyum dan cakap..."kat Mesir kami selalu buat..."

then aku balek umah mlm tu...cerita dekat housemate..dan dgn semangat kak N ajak kami semua..."Jom2..solat kat masjid nak???"

pandang-pandang orang lain...senyum je..Jom la!!

************************************************************************

Pengalaman hidup dekat bumi kinanah ni..byk mengajar aku tentang erti kehidupan...
biarlah semua org pun cakap...

"errr..ape je ade kat Mesir?? padang pasir??"

atau lebih hebat lagi...

"err..ko boleh hidup ke kat sana?? makan roti manjang?? berdebu-debu.banyak sampah pulak tu..."

haha..Tapi di sebalik debu2 Mesir ni...baaaanyak permata yg boleh dicari...
(welll..utk org 2 yg benar2 sayangkan Mesir la kot je yg rasa..)

dah nama pun PERMATA..memang la kene cari..tipu la kalau die datang bergolek2 kan??

And aku suka perasaan solat dekat masjid2 kat sini..BEST n TENANG..
betul2 terasa kekuatan saf-saf jundi islam tu...(bergegar masjid bila semua makmum ameenkan al-fatihah)

masa imam baca ayat-ayat Al-Quran..even suara tak la sedap mana pun..tapi penuh penghayatan..
dan rasa macam nak menangis je..bila2 sampai kepada ayat2 peringatan~ Allah!

susah nak ungkap dengan kata-kata kot~ (bila fikir-fikir balek, aku tak penah terfikir pun utk tercampak dekat bumi ni dulu-dulu)

errmm...rasa rindu pulak dekat bulan Ramadhan...rindukan suasana tu..

"Ya Allah, panjangkanlah umur ku...supaya dapat ku bertemu bulan RamadhanMu yang Mulia itu..ameen"


"Allahumma bariklana fi rajab, wa sya`ban..wa ballighna ramadhan.."


p/s: doakan.paper Microb tinggal beberapa hari je. juga utk semua kakak2, kawan2, adek2 sayang..bitaufik wannajah...semoga kita semua naik tahun insyaAllah..MUMTAZ sekali..biiznillah (^.^)


6.20 pm
16 june 2011,
14 rejab 1432

Tuesday, June 14, 2011

Kepada siapa yang kamu lihat~


Bismillahairrahmanirrahim…J

Alhamdulilah 3x..dapat lagi Allah bagi nikmat yg sgt2 banyak. saat jari menari2 atas keyboard ni pun adelah satu anugerah..yelah…ade je manusia yg muscle paralysis..then die x boleh gerakkan tgn die.x boleh gerak jari-jari dia..or ade sumthing wrong kt brain die ..sampai die tak boleh buat gerakan-gerakan kecil dan rumit ni..hurmmm…then it is how medic teach me..oh No! that is how Allah teach me J ..To be Thankful in every single things that He gave to us…(kan2??)


Ok. Wanna share one thing~

*********************************************************************

“Mushee, tolong belikan air mineral. 4 botol..kesian orang nak minum, haus…”

“ Ouh ok.beli kat kedai depan umah ni je kan??”

“Aah.depan ni je. Ermm…sekali la, roti satu. Ok thanks …”

Maka, aku pun bersiap2 la. Kebetulan memang dah siap pakai baju lengan panjang yg menutup aurat.

Mata aku melilau2 di sekitar ruang tersebut, haa, nampak pun tudung. Terus aku capai tudung, sarungkan ke kepala..

Kaki melangkah ke meja hadapan untuk mencapai sejumlah wang.

“ok, duit dah ada.Jom!!”

“eyh2. Mane stokin ko mushe???”

Tiba2 terdengar satu suara makhluk Allah. Pantas aku menoleh. Tersengih-sengih. Hehe…

“Erm…ala…nak pergi kedai depan umah ni je. Aku rasa takde laki kot nampak. Lagipun dah malam ni. Tak pe je kot tak pakai stokin..”

Ujar aku pantas.

“huu… penah dengar satu cerita tak??”

“Cerita apa pulak ni???”

“Satu hari. Rasulullah penah tegur Saidatina Aisyah. Pasal Aurat. Ade seorang buta datang bertamu ke rumah Rasulullah. Pastu Aisyah pun datang menghidang makanan, tapi tanpa memakai purdah nye. Rasulullah pelik dan bertanya..

“Aisyah, kenapa tidak memakai purdahmu??”

“ Wahai Rasullullah, bukankah dia tidak dapat melihat??” (means..kalau die x tutup aurat or x pakai purdah pun, tetamu tersebut tidak dapat melihat auratnya)

“ Wahai Aisyah, Tutuplah auratmu bukan kepada siapa yang melihat kamu, Tapi kepada siapa yang kamu lihat”

Pesan rasulullah….”


Gulp…aku tersentak…

Heyh.macam kene perli je.tapi perlian ni halus dan menarik.

Allah kan dah jadikan kita sebaik-baik ciptaan. Maka akurlah dengan apa2 yang diperintahkan. Sebab semua benda tu ada sebabnya. Bukan saja-saja Allah cipta. Kan2???

Lagipun Allah dah bagi kita macam2. Takkan la kita takmo jadi org yang bersyukur kan??? Ermm.even aku rasa. as sense of human being pun….kita akan be thankful kpd org yang dah berjasa kpd kita. Sombong la orang tu kalau taknak berterima kasih kan???

Then apa taraf Allah yang dah bagi macam2 dekat kita selama kita dah hidup lama-lama dekat mukabumi ciptaan-Nya ni??


Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir...(Al-maarij: 19-21)


dan Allah pun cakap dalam Al-Quran...

"....dan sedikit sahaja hambaku yang bersyukur" (al-Mulk:23)

argh..sentap..

(o.O)


p/s: alhamdulillah.paper pharma dh settle...here we go..MICROB!! (sayechentamicrob..~)


bait ansar,

10.21 am,

14 june 2011

Wednesday, June 8, 2011

Conteng2 Lagi~

Bismillahirrahmanirrahim....


tangan gatal2 je nak menulis post baru..

tapi akal menidakkan...


akal: "heyh, sedar2 sket diri tu..exam pharma just 3 hari je lagi..cool beb..sabar2..baca buku pulun2 dulu.."


(T.T)


hanya mampu tersenyum dengan hati menjerit2...


ok2....


tak mampu nak share byk utk post ni....


tapi aci x kalau nk link kn something???


entah la..sempat2 juga blog-walking....


baca post tu tadi..rasa ter' refleks' balek diri sendiri...

entah ada tamaiyyuz x..bile kembali dgn sahabat2 lama...bile hang out sama2...makan2, main boling smbil gelak2...hurrmmm....hurmm..


mujahadah tu mmg payah!! tapi perlu...!!


dan Mencari Redha Ilahi, tak semudah memasak maggi~


(o.O)


p/s: 11 jun nk start final xm...ouh.doakan yer readers~ thanx..may Allah bless us, here n herefter...(dlm hati x putus2 doa..harap2 la prof kuarkn soklan yg senang2 je..huu..x patut tol doa mcm tu..) :p


love~
bait ansar,
12.25 pm
8 jun 2011