Pages

Saturday, October 24, 2020

HAYA SOPHIA BERKUMANDANG AZAN SEMULA

 *Beraninya Presiden Recep Tayyip Erdogan*

Kerajaan Turki Uthmaniah?
Ia ibarat sebuah lagenda dan cerita yang asing bagi rakyat Turki. Turki sekarang adalah Kerajaan Republik Turki yang Moden, yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Ataturk yang sekular. Dia menjadikan barat sebagai kiblat dalam melakukan revolusi kepada Turki.
Sehinggakan generasi Turki kini tidak mengenali lagi tinggalan nenek-moyang mereka. Baik dari segi sejarah, agama, politik, ekonomi malah bahasa mereka juga telah berubah. Hanya segelintir sahaja yang masih meratap penukaran ini.
Selepas Mustafa Kamal Ataturk menjadi presiden, dengan liciknya beliau menukar sistem pemerintahan Islam Khalifah Uthmaniah kepada sistem kerajaan sekular. Perkara pertama yang ditukarnya adalah ucapan Assalamualaikum. Ucapan salam yang menjadi ucapan rasmi pembuka bicara ini ditukar kepada ucapan ‘selamat datang’.
Kemudian dia mengejutkan rakyat dengan menukar pemakaian serban kepada pemakaian topi yang menyerupai barat. Sehingga berlaku beberapa rusuhan rentetan perkara ini. Hal ini kerana ulama menyatakan haram memakai topi kerana ianya meyerupai musuh Islam.
Tak lama kemudian, dengan memberikan alasan supaya agama Islam lebih mudah difahami dengan menggunakan bahasa ibunda, Ataturk menukar azan ke dalam bahasa turki. Mahkamah Islam dihapuskan. Al quran di dalam bahasa arab juga dihapuskan dan diganti dengan bacaan di dalam bahasa turki. Sekolah agama ditutup. Wanita-wanita muslim diharamkan memakai tudung dan sebarang pakaian yang menutup aurat.
Sistem pendidikan digubal mengikut sistem pendidikan barat. Mata pelajaran matematik, sains dan… diperkenalkan, sementara matapelajaran bahasa arab dan agama dihapuskan.
Bukan itu sahaja, sistem perundangan islam juga ditukar kepada perundangan barat. Banyak sistem yang menyalahi Islam diperkenalkan. Salah satunya ialah anda dibenarkan berkahwin dengan sesiapa sahaja walaupun mereka adalah anak susuan!
***
Dan selepas pemerintahan bertukar,
Aya Sofea telah yang selama ini menjadi muzium telah menjadi masjid.
Allahuakbar!

Dr MHZ sempat ziarah Aya sofea suatu masa dulu, harapnya dimurahkan rezki dapat solat di sana. Ameen

11 JULAI 2020

IBU YANG KECEWA

 

Everyday I wish to become u good mother.
Masa weaning Miqdad dulu, zaman tu buzy HO. So sempat-sempat je nak buat puri dan bubur. Plus anak sulung, so tak banyak pengalaman dan ilmu.
My big mistake is kenalkan dia dengan cerelac. Mudah memang mudah. Tapi akhirnya dia pilih makanan yang manis-manis je. End up sampai sekarang dia punya sweet tooth tu tak boleh bincang.
Kalau aku beli desert/kek. Confirm kena sorok. Kalau tak akan bergaduh dengan Miqdad.
Dan bila zaman Muaz ni, I'll try to improve myself. Banyak masa aku spend untuk masak makanan dia.
And seronok bila tengok dia makan.
Dan untuk menambah ilmu, aku join group happy mama- dalam ni mama-mama banyak share menu yang hebat-hebat. Kadang tu rasa loser jugak bila setiap hari dok buat bubur nasi je dekat Muaz.
Then, rasa terinspirasi untuk masak special sikit untuk Muaz.
Maka, aku yang jarang buat cookies ni rasa nak buat biskut untuk Muaz. Bole la dia kunyah-kunyah sementara menunggu waktu makan.
So aku berminat nak buat biskut cair dalam mulut.
Jauh-jauh sampai Tesco kampar cari unsalted butter.( Dekat sini ada yang salted je).
Gigih aku follow resipi. Sambil-sambil tu bergaduh juga dengan Miqdad yang sibuk nak curah air atas doh ni.
Sambil-sambil tunggu biskut dibakar, tercium bau sedap dari oven.
Hatiku berbunga girang.
Abi dah doa " Ya Allah, tolonglah menjadi biskut ni. Kalau Tak, habislah umi akan moody"
Aku gelak sahaja.
Tiba-tiba hidungku terbau sesuatu yang rentung. Alamak!
Terus keluarkan biskut dari oven.
Nasib baik ada sebahagian yang boleh diselamatkan.
Aku kikis bahagian hangit di bawah biskut sambil menyedapkan hati yang sedikit kecewa.
Dengan rasa excited. Aku suap biskut ni kepada Muaz.
Muaz buat muka tak sedap. Maybe sebab biskut ni tawar.
Aku offer sebiji lagi biskut kepada Muaz. Diambilnya Muaz dan genggam.
Habis hancus biskut tu dalam genggaman beliau.
Seperti itu hancurnya hatiku.
Rasa seperti ibu yang loser.
Baru je semangat sikit nak baking, tak jadi pula. Malah, biskut tu jadi mainan pula kepada anak.
Hurm, nampaknya kena banyak belajar lagi Ni.
Pss siapa yang Ada pengalaman macam Ni?
Dr MHz
Ibu muda yang masih struggle menjadi ibu yang baik

HAMPA

 Ibu mertua Saya seorang guru besar sekolah rendah agama.

Semua maklum bahawa sekolah KAFA 'run' di bawah kerajaan negeri. Oleh itu, bajet tahunan juga diterima dari kerajaan negeri.
Banyak Mana sangatlah duit yang dapat setiap tahun + yuran pelajar yang cukup-cukup makan..
Fasa PKPP Ni, ibu mertua susah hati macam Mana nak buka sekolah Nn?
Untuk menjaga social distancing, kawasan sekolah yang kecil pasti tak dapat menempatkan semua orang pelajar.
Maka, pelajar terpaksa dibuat jadual penggiliran. Hari Isnin dan selasa untuk tahun 1,2 dan 3. Hari rabu , khamis dan jumaat untuk tahun 4,5 dan 6.
Selesai satu perkara.
Kemudian, bila memikirkan proses sanitasi sekolah sebelum dan selepas sesi pembelajaran, timbul masalah lain pula.
Setiap murid perlu membasuh tangan, hand rub dan kelas perlu di sanitasi sebelum dan selepas waktu persekolahan.
Mana nak dapat duit untuk kos membeli disinfectant Dettol berbotol-botol dan sabun berbotol-botol setiap hari?
Susah hati untuk pastikan anak-anak murid selamat.
Susah hati kalau tak ikut SOP, boleh kena saman dengan polis.
Susah hati nak cari duit tambahan untuk tampung kos sanitasi.
Susah hati nak uruskan anak murid supaya makan, belajar di tempat masing-masing sahaja.
Tup tup harini tersebar berita tentang perhimpunan di hadapan mahkamah.
Kalau ibu mertua saya tengok, pasti dia frust.
Kita punya la susah payah nak ikut SOP supaya anak-anak orang lain dapat belajar dengan selesa, tapi ade sebahagian orang dewasa yang degil dan sambil lewa.
Camne nak bagi tauladan kepada rakyat lain?
Bukan Saya yang Frontliner ni sahaja yang frust, Saya pasti kalau timbul cluster baru atau PKP diketatkan semula, pasti semua orang kecewa.
***
'Nak balik kampung, tapi takut pulak kalau terserempak dengan cluster depan mahkamah ni'
Dr MHz
28/07/2020

post PKP-- COVID 19

#worldbreastfeedingweek2020

 “ Puan, pembedahan dah mula ya. Puan boleh berehat. Nak tidur pun boleh. Nanti selepas bayi dah keluar, kami maklumkan” pesan saya selaku doktor bius yang menjaga si ibu.

Hari ini saya menjaga dewan bedah untuk pesakit yang akan menjalani ceaserian section. 4 kes yang telah dijadualkan. Semua kelahiran ini memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Ada yang bayi sonsang, ada yang macrosomic baby (bayi besar) yang mungkin akan mencederakan bayi jika bersalin normal.
Walaupun kebanyakan ibu mahukan kelahiran yang normal, tetapi adakalanya pembedahan merupakan cara terbaik untuk kelahiran anak-anak mereka.
***
Selalunya jika saya menjaga pesakit untuk dibedah caeserian section, saya pasti akan meminta si ibu tidur atau berehat sahaja sepanjang pembedahan.
Kerana satu fasa yang panjang sedang menanti beliau sebaik sahaja beliau keluar dari bilik bedah- iaitu fasa menyusu.
Breastfeeding.
Semua ibu mendambakan yang terbaik untuk si comel. Masakan tidak, sudah mengandung 9 bulan, lalu bersusah payah untuk melahirkan anak, kebanyakan ibu berazam untuk memberikan susu ibu kepada anaknya.
Saat keletihan selepas bertarung untuk melahirkan si manja, selepas mendengar tangisan si manja, pasti keperitan itu hilang dan diganti dengan perasaan lega.
Biarpun pelbagai kelebihan yang ditawarkan jika ibu menyusu badan, realitinya pelbagai cabaran yang mendatang.
Yes, the struggle is real.
Saat tidur malam diganggu oleh si manja yang dahagakan susu, si ibu mengorbankan masa tidurnya yang berharga. Ini tidak termasuk lagi jika terpaksa melayan karenah si manja yang mahukan posisi tertentu ketika menyusu, dihadapkan oleh si ibu demi keselesaan si manja.
Saat ibu sibuk bekerja, berkejaran juga untuk mengepam susu. Di celah waktu rehat yang suntuk, si ibu mengepam susu sambil menyuap makanan tengahari. Ketika ini sangat bersyukur jika ada breastpump handsfree (tapi tak semua orang mampu membelinya)
Saat diuji dengan nipple sore, arghh.. sakitnya jika tersentuh baju/ bra. Hanya Tuhan yang tahu betapa pedihnya si ibu. Lagi pedih ketika si manja menyusu.
Saat susu tiba-tiba kurang, susah hati si ibu mencari pelbagai kaedah dan makanan untuk menjadi milk booster, semata-mata supaya si manja tetap cukup bekalannya.
Saat ketika diuji dengan breast engorge, hanya Tuhan sahaja yang tahu berapa sakitnya dan lagi teruk jika berakhir dengan menjadi nanah ( breast abcess)
Saat anak sudah mula tumbuh gigi, aduh peritnya bila digigit oleh anak. kemudian disertai oleh muka 'innocent' si manja. Kadang tak jadi nak marah.
Kepada ibu yang telah melalui perjuangan ini, TAHNIAH. Anda ibu yang hebat.
YOU ARE AMAZING.
Semoga susu yang mengalir kepada anak-anak akan menjadi saham yang membawa kita ke syurga. insyaAllah.
BREASTFEEDING IS ABOUT
90% DETERMINATION
AND 10% MILK PRODUCTION.

Merdekakan diri kita

 

"Doktor, lama lagi ke pembedahan ni?" Pesakit di katil dewan bedah bertanya.

Encik Zul, seorang pesakit lelaki melayu berusia 43 tahun, yang dijadualkan untuk menjalani pembedahan membuang implant besi dalam kakinya kerana sudah dijangkiti kuman.
" Ambil masa sikit encik. Doctor tulang (baca: orthopaedic) sedang hadapi masalah untuk keluarkan besi tu "
" Ouh"
" Berapa lama Encik dah pasang besi tu?"
" Saya kemalangan 20 tahun lepas, masukkan besi tu di Hospital Selayang"
" Hurm, lama dah tu Encik. Besi tu pun dah sebati dalam tulang Encik. Analoginya macam nak cabut pokok. Lagi besar pokok, lagi susah kita nak cabut pokok tu disebabkan akarnya yang panjang di dalam tanah. So ambil masa sikit la ye Encik” saya menerangkan serba ringkas. Supaya pesakit faham dan bertenang sahaja sepanjang pembedahan berlangsung.

****
Begitulah diri kita. sepanjang kita menjalani kehidupan ini, pasti banyak pengalaman manis dan positif yang kita tanamkan dalam diri kita. Yang akhirnya menjadi akhlak dan peribadi kita.
Namun semakin banyak ‘makan garam’ dalam kehidupan ini, semakin banyak juga anasir negative yang sudah sebati tertanam dalam diri kita.
Kadang kita punctual bila nak pergi kerja, tapi bab solat kita terlengah-lengah.
Kadang kita tanpa sengaja menggunakan wifi di pejabat untuk urusan dropship kita. Sedangkan sebenarnya itu sudah dikira rezeki yang tidak berkat.
Kadang kita sengaja makan/sarapan lambat-lambat, sedangkan di saat itu kita sepatutnya sudah berada di meja pejabat kita.
Dan banyak lagi anasir negative yang kadang kita terlupa, dan sudah sebati tertanam dalam diri kita.
Sempena Malaysia menyambut kemerdekaan ke-63 beberapa hari yang lepas,
Mari kita renungi, adakah jiwa kita merdeka?
Sejauh manakah kita betul-betul menghayati erti merdeka?

Merdeka,
Membebaskan jiwa kita dari mengabdikan diiri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah.

Seperti mana kita taat kepada arahan boss kita, kerana tidak mahu diambil tindakan. Seperti itu jualah kita mesti Patuh kepada perintah Tuhan kita.
Jom jadi hamba yang disayangi Tuhan 🙂

Salam kemerdekaan,
31/08/2020
Dr MHZ

Tips kewangan Dr MHZ

 



Post ni khas pada hari gaji hari ni untuk mereka yang bekerja kerajaan. Pasca PKP ni, sebaiknya jika kita berjimat cermat. Moratorium pun dah mula habis bulan ini. So saya nak share sikit tips macam-mana nak spend duit gaji sebaiknya. Saya bukannya hebat pun, tapi nak berkongsi cara saya.
Ingat tak orang dulu selalu pakai sampul-sampul untuk pembahagian duit belanja mereka?
Dan dah 9 bulan saya amalkan cara ni, nampaknya bajet dah tak lari.
Selalunya kita akan lari bajet bila ada kecemasan, contohnya seperti kereta rosak, tiba-tiba terpaksa balik kampung, anak nak masuk sekolah/beli barang sekolah, ahli keluarga masuk hospital dan lain-lain.
Jadi, kebanyakan daripada kita tiada simpanan untuk kecemasan.
Saya sendiri mengalaminya setiap kali ketika membayar zakat pada pada akhir tahun. Setiap bulan disember, saya akan kehilangan sejumlah wang untuk membayar zakat. Hal yang sama terjadi ketika nak renew roadtax, servis kereta dan lain-lain keperluan.
Padahal sebenarnya saya dah saving semua duit tu di dalam bank, tapi al kisahnya bila nampak duit lebih je sikit dalam akaun, ke shoppe la perginya 😅. Err.
Tetapi bila amalkan simpan duit mengikut sampul masing-masing, maka tiada lagi timbul masalah bila memerlukan duit sekelepuk untuk digunakan.

Jadi, bila dapat je gaji:
1️⃣ Pertama sekali bayar siap-siap semua hutang piutang/KOMITMEN macam loan kereta, PTPTN, sewa rumah, yuran sekolah anak dll

2️⃣Kemudian asingkan 10-30% untuk SIMPANAN masa hadapan

3️⃣ Asingkan duit untuk KEGUNAAN HARIAN (contohnya RM300 untuk shopping anak, RM200 untuk makan sebulan, RM 400 untuk IBU BAPA, RM 200 untuk duit minyak kereta dll- masukkan ke dalam sampul masing-masing).
‼️ Jangan lupa juga asingkan duit untuk balik kampung. ( duit untuk minyak kereta, tol/ duit tiket bas dll)

4️⃣ Then baki yang ada, dibahagikan untuk Simpanan ZAKAT, DUIT EMERGENCY, SERVIS KERETA, SAVING ANAK-ANAK. (So setiap bulan simpan dalam ni, dan apabila diperlukan Tak payah buka sampul lain)

5️⃣Kalau ada baki, letak sikit untuk sampul KEINGINAN contohnya makan di luar/ Vacation.

So bebila rasa teringin nak makan KFC or secret recipe ke – keluarkan duit dari sampul makan di luar. Jika duit tu dah habis, maksudnya anda perlu tolak keinginan tu, SEBAIKNYA JANGAN AMEK DUIT DARI SAMPUL LAIN.
So, pandai-pandai la bajet.
Dari cara ni, suami dapat simpan RM4k semasa PKP tempoh hari, (selain sebab ade moratorium).
Sebab kita dapat bezakan KEPERLUAN dan KEINGINAN kita.


Biarlah cara ni old school, selain dapat saving duit, dapat jugak track duit kita ke mana selama ni.


Dr Musyirah Zulkarnain
24/9/2020
harapnya gaji kita berkat, ameen

pss: Saya personally ade sampul untuk duit emergency, vacation, education saya, zakat, makan di luar, simpanan sekolah anak utk tahun 2022 nanti, untuk servis kereta, sampul untuk korban raya haji 2021, sampul untuk saving Miqdad dan Muaz.

Lelaki perlu didengari


Seperti biasa sebelum tidur. Sambil tidurkan Muaz, aku usap kepala Miqdad 2-3 kali.
Elok je tanganku berhenti mengusap. Kemudian Miqdad pandang mukaku.

" Umi, buat la macam ni banyak-banyak" sambil membuat gaya menyusap kepala.

Aku tersentak.
Ingatkan dia tak perasan perbuatan ringkas aku tadi.
Kemudian aku sambung usap kepala miqdad dalam 20 minit. Sambil itu fikiranku menerawang.
Kita yang dewasa ini pun, mesti suka dan rindukan usapan mak ayah pada ubun-ubun kita, apatah lagi anak kecil.

Teringat talk Aiman Azlan dalam Forum Lelaki Hero anjuran Wanita Ikram Perak DR tempoh hari,
Q: Apakah yang diperlukan oleh seorang lelaki?
A: Lelaki perlu didengari.
Saya tak setuju dengan cara membesarkan anak lelaki secara overmasculine. Maknanya kita dibiasakan bahawa anak lelaki tak boleh menangis. Anak lelaki kena kuat. Sedangkan akhirnya terdapat banyak pesakit mental dalam kalangan lelaki- kerana mereka selalu memendam.
Ya betul. Saya setuju.
Saya setuju dengan pendekatan bahawa anak lelaki perlu didengari.
Biarkan mereka express apa yang dirasai. Biarkan mereka request apa yang mereka minta.
Dengari mereka sehingga akhirnya mereka akan membesar menjadi lelaki yang pandai mendengar dan memahami.

***
Seiring masa berlalu, anak-anak akan cepat membesar.
Kadang kita lupa, walaupun fizikal anak-anak semakin membesar,
Tetapi dalam hati mereka. Mereka masih mahu dimanjakan.
Kadang saya selalu menyesal apabila memarahi Miqdad bila dia buat adiknya menangis.
Tapi sebenarnya anak sulung lah yang perlu kita beri lebih perhatian. Kerana kelak dia akan menjadi 'role model' kepada adik-adik.
Umi dan Abi sayang awak Miqdad ❤️


Dr Musyirah Zulkarnain
23/09/2020
Will try to be a better mother every single day, insyaAllah.