"Jika salah
seorang daripada kalian berjalan bersama saudaranya sesama Muslim,
untuk
memenuhi keperluannya, maka hal itu lebih baik baginya daripada beriktikaf di
masjidku ini (masjid Nabawi)” (Hadis riwayat Hakim)
dan
“Barangsiapa
yang berjalan untuk memenuhi keperluan sahabatnya hingga sampai tujuan,
maka
Allah akan menaunginya dengan 570 malaikat yang sentiasa berdoa untuknya.
Jika
dia berjalan di pagi hari, maka malaikat akan terus berdoa kepadanya hingga ke
petang hari, dan jika petang hari, malaikat akan terus berdoa hingga ke pagi
hari.
Dan dengan setiap satu langkahnya, Allah menghapuskan satu kesalahnnya
dan dengan setiap langkah itu juga Allah meninggikan beberapa darjatnya” (Hadis
riwayat Ibnu Hibban)
Subhanallah,
menjadi orang islam ni..buat apa2 pun boleh dapat pahala…
Lagi-lagi
la tengan fatrah imtihan ni.. musim exam ni,
Dengar je
hadis ni..terus sejuk hati..Yelah, tengah study leave ni la kita nk pulun study
yg setahun dulu belajar main2 tak sempat nak cover..
Time2 ni,
perkara2 lain sangat menguji..(contohnya nak kemas dapur, beli barang dapur, teman kawan beli barang etc)
Tapi satu
yang kene ingat, exam pun..hak kepada rakan serumah, mak ayah, dll ,semua takkan
berhenti…
Tengah pulun2
study pun, kalau dah sampai jadual memasak, nak tak nak kene la gagahkan diri berperang bersilat dekat dapur..hai, nk study pun, perut tu kene isi kan?? Huuu
***************************************************************
\Selama ni, kadang-kadang aku selalu berkira-kira untuk temankan kawan2..
Time kita nak cepat balik rumah la, kawan cakap nak beli top-up, tengah kita cepat2 nk balik sebab nak masuk tandas la, kawan nak beli roti.
Tapi saya
sangat kagum dengan beberapa akhawat yang saya kenal, mukanya sentiasa
tersenyum..
Dan kalau
nak mintak tolong, mesti perkataan ‘tidak’ takkan kedengaran..Unless, beliau
memang sangat busy ketika tu..
Subhanallah..awal2
jumpa spesies manusia macam ni, aku berfikir logic..ade lagi ke manusia yang
macam ni hidup kt bumi ni…mesti semua ni lakonan belaka..
*dengan keadaan yg sekarang ni semua org pun nak jual ikan*
*dengan keadaan yg sekarang ni semua org pun nak jual ikan*
Tapi,
lama-lama aku hidup dalam suasana tarbiah ni,
Subhanallah,
semua ini memang reality. Bukan lakonan semata-mata.
Hebatnya mereka2 ini…dan sedikit sebanyak tempiasnya terkena kepada aku.
Segan jugaklah kalau kita nak jual ikan juga dengan mereka ni kan??
Sekarang ringan la sikit tulang ni nak menolong sana sini.. dan aku cuba untuk contohi mereka, InsyaAllah...
Sekarang ringan la sikit tulang ni nak menolong sana sini.. dan aku cuba untuk contohi mereka, InsyaAllah...
Lagipun, Allah dan janjikan peluang-peluang yang haibat tu, tak nak grab ke. Untuk pengetahuan kalau ber iktikaf dekat masjid Nabawi, Allah sediakan pahala beribu2...Tapi ni just teman kawan kita penuhi keperluan dia, (haruslah benda yang baik ye!!) dah dapat pahala lebih dari beribu2 tu. Lumayan kan?? Nak tengok je ke??
****************************************************************************
"Janganlah kalian memandang remeh kebaikan sedikit pun,
meskipun kebaikan itu hanyalah berupa wajah yang berseri ketika bertemu dengan saudara kalian” (hadis riwayat Muslim)
On the way nak pergi kelas Al-quran tadi, masa tengah jalan kaki tu, dari
jauh aku ternampak seseorang…
Hurm, macam kenal je..Junior ku. tapi dlm kos lain. Universiti yang sama.
Dan bila langkah kaki
semakin mendekat. Aku tersenyum sendiri..
Kenal sangat orang yg kt depan mata ni..Tapi
dia tak perasan lagi kita tengah senyum sorang2..
Dan bila jarak antara kami hanya 50
meter..dipisahkan dengan jalan raya yang kecil.
Barulah orang di depan mata ni perasan..Cepat-cepat dia lintas jalan yang menjarakkan kami…
Barulah orang di depan mata ni perasan..Cepat-cepat dia lintas jalan yang menjarakkan kami…
“Assalamualaikum, akak…nak pergi mana ni??” Dia
terus menyapa aku.
“Waalaikumussalam ni nak pergi kelas
mengaji..dah lewat sket..hehe”
“Ouh yeke, sori la tadi tak senyum,,tengah
jalan..mengah sikit”
Dushh…..aku tak tau kenapa rasa hati ni macam kena panah…
“Eyh takpe je, tak kisah pun..ok la, jalan
hati-hati tau, akak gerak dulu” . Dan kami bertukar salam.
Hai, terasanya aku…benda2 kecik macam ni selalu
diremehkan. Even hanya memberi muka yang manis di hadapan
saudara lain.
Ni tak lagi tengok muka bila baru lepas hantar
soalan periksa yang tak dpt nk menembak menjawab dgn baik.
Tak tengok lagi bila baru lepas balek kelas
yang penuh full day. Muka tak sabar lega nak masuk pintu rumah.
Tak kira lagi muka bila terpaksa keluar rumah
time tengahari buta ni. Lagi2 la tengah musim panas ni. “Sejuk” tahu!
Tapi beliau yang hanya berjalan kaki dengan
tidak tersenyum dah minta maaf dengan bersungguh2.
Aku tak tau nak letak muka kat mana time tu~
Ya Allah, jadikan la kami dalam golongan2 yang
sentiasa menperbaiki akhlak kami. Ameen..
Ok, esok jumaat ni, macam biasa, jangan lupa
baca surah al-Kahfi ye!!
dan malam pun dah lewat,
Katil macam dah cakap hai hai..
sori panjang pulak bebel, top up balek yang tak sempat nk update selama ni~ ehe
Ok, Selamat malam kaherah!
p/s: selamat berperang untuk oral and practical forensic esok. Jampi2 sikit prof supaya tanya soalan2 yang senang. hehe. Dan selamat berimtihan semua ~
bait amru,
1.43 am
25 rejab 1433H
No comments:
Post a Comment