Pages

Sunday, December 7, 2014

From Egypt to Spain with Love 3.0 (Cordoba)




26 Mei 2014

Perjalanan ke Cordoba juga diserikan dengan kebun-kebun pokok zaitun di kiri dan kanan. Sepanyol merupakan negara yang terbanyak mengimport buah zaitun, baik dari buah atau minyaknya.

Sama juga seperti di Toledo, kami cuba menjejaki kesan-kesan tinggalan islam di Cordoba. Namun kerana masa yang singkat, kami hanya sempat mengujungi Masjid Cordoba dan Madinat Al-Zahra sahaja.

***

Cordoba dalam lipatan sejarah


Cordoba, atau dalam bahasa Sepanyol Córdoba, bahasa arab قُرطبة, merupakan salah satu bandar di Andalusia. 

Cordoba ditakluki oleh golongan Moors (penduduk Eropah yang beragama Islam) pada tahun 711 M daripada kuasa empayar Rom. Pengaruh orang Moor masih boleh dirasai di kota Cordoba hingga saat ini. Sewaktu pengaruh Islam, Cordoba menjadi bandar terbesar yang memiliki the most sophisticated culture dan sistem brokrasi yang paling maju dalam kalangan negara Eropah yang lain. 

Ketika Khalifah Bani Umayyah digulingkan di Damsyik, Syria pada tahun 750, Kerajaan Islam kemudian bertapak kembali di Cordoba sehingga 929. Apabila Empayar Islam diambil oleh Kerajaan Bani Abbasiyah, Abdul Rahman III (yang turut menjadi pesaing bagi jawatan Khalifah pada ketika itu) mengangkat dirinya menjadi Khalifah Cordoba yang mentransformasi kawasan jagaannya (Cordoba) menjadi suatu kerajaan yang terasing daripada Kerajaan Bani Abbasiyah.

Cordoba mencapai zaman kegemilangannya pada abad kesepuluh di bawah pemerintahan tiga pemerintah yang hebat iaitu Abdul Rahman III yang mendapat gelaran "al-Nasir" pada tahun 912, anaknya al Hakam II (961) dan Al Mansur ibn Abi Aamir (981-1002). Pada abad kesepuluh, Kerajaan Cordoba menjadi kerajaan yang paling hebat di Eropah pada ketika itu. Cordoba memiliki 250,000 penduduk, Lebih 1000 masjid dan 600 tempat mandi awam.

Kuasa Cordoba runtuh melalui persengketaan dalaman dalam awal abad kesebelas dan Andalusia berpecah kepada banyak negeri mini dipanggil taifa. Taifa yang paling berkuasa adalah taifa Seville. Cordoba kekal sebuah bandar Moor sehingga 1236 apabila ia jatuh untuk memajukan kuasa-kuasa Kristian dari utara. Sejarah Cordoba akhirnya tenggelam...

*menyelak-nyelak buku Sejarah tingkatan 4 silibus KBSM, bab enam*

Sumber dari SINI 


Seorang saudagar dari Mosul, Irak, datang ke Cordoba tahun 350 H / 961 M, ia menggambarkan kota ini dengan perkataannya,

“Kota di Andalusia yang paling besar adalah Cordoba. Di kawasan Barat tidak ada kota yang serupa dengannya dilihat dari sisi banyaknya penduduk dan luas daerahnya. 

Dikatakan bahwa Cordoba mirip dengan salah satu sisi Kota Baghdad atau bahkan mirip dengan Baghdad secara keseluruhan (Baghdad kota yang maju kala itu dan merupakan ibu kota Abbasiyah ). Kota Cordoba dibentengi dengan pagar tembok, dan terdapat dua pintu yang mengarah ke al-Wadi di ar-Rashafah yaitu tempat tinggal penduduk di dataran tinggi yang bersambung ke tempat tumbuh-tumbuhan lebat di dataran rendah.

Sumber dari SINI



Al-Himyari mengatakan,

 “Cordoba merupakan pusatnya Andalusia, ibu kota, dan tempat istana kekhalifahan Bani Umayyah II. Jejak-jejak mereka di sana tampak jelas, keutamaan-keutamaan Cordoba dan khalifahnya lebih banyak disebut (karena sedikit cacatnya). Mereka adalah tokoh-tokoh dunia dan orang-orang terpandang.

Mereka terkenal dengan madzhab yang benar, tingkah laku yang baik, identitas yang bagus, cita-cita yang tinggi, dan akhlak yang terpuji. Di sana terdapat ulama-ulama yang ternama dan para pemimpin yang mulia (ar-Raudh al-Mi’thar fi Khabar al-Aqthar, Hal. 456).


***

Madinat Al-Zahra


Madinat Al-Zahra


Madinat Al Zahra terletak luar sedikit dari kota Cordoba, hampir memakan masa 40 minit menaiki bas dari pusat Bandar Cordoba.

Dikatakan Medina az Zahra dahulunya merupakan pusat pemerintahan Cordoba, kerana melihat kedua-dua pentadbiran dan istana terletak di dalamnya. Namun sekarang, Madinat Al Zahra merupakan tinggalan dan menjadi tempat kajian arkeoloji dan tarikan pelancong.

Selepas membayar tiket masuk sebanyak 1.50 euro. Kami melawat museum yang disediakan, bagi mendengar sedikit sebanyak sejarah mengenai tempat ini. Kemudian kami dijemput menaiki bas khas yang membawakan kami ke kaki bukit tempat letaknya istana itu.

Salah satu tiang ukiran yang dapat diselamatkan

Istana Madinat Al-Zahra ini dibina dengan sangat teliti. Banyak rahsia-rahsia penciptaan terselit di sebalik seni bina tinggalan itu. Dan apabila seorang budak medic melihat seni binaan yang hebat, maka itu adalah satu kekaguman yang besar baginya! Walaupun dia tak punya ilmu untuk menghargainya.

Contohnya seperti pembinaan pintu masuk yang berbengkang-bengkok. Jalan ini sengaja dibina tidak lurus, bagi memastikan sesiapa yang melalui jalan itu untuk masuk ke kota akan memperlahankan kenderaan atau kuda tungangannya.

Sekaligus ia dicipta bagi mengelakkan musuh menyerbu kota ini dengan kudanya yang laju. Maka, dengan itu, mereka mampu melambatkan perancangan musuh.

*What a brilliant idea*

Pintu masuk yang sengaja dibina tidak lurus


Teringat saya akan satu ceramah Ust Salim A Fillah, mengenai jalan yang lurus.

“Doa terpenting yang biasa kita ucapkan dalam kehidupan seharian kita,

A006
Ya Allah, tunjukkan kepadaku jalan yang lurus. 

Minimum 17 kali sehari.

Terjemahan ini menjadi kemusykilan di antara kita kerana ketika menyebut JALAN YANG LURUS, ramai di antara kita membayangkan jalan yang lurus, mulus, indah yang tiada apa-apa rintangan melintang, tanpa onak dan duri, tanpa cabaran yang mendatang, dengan segala keinginan terkabul, segala yang kita impikan tertunai.

Sayang sekali, kerana kita melupakan satu fakta yang Allah sebutkan pada ayat yang berikutnya,

A007

Jalan yang lurus itu adalah jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat oleh Allah.

Maka al-quran ini kata ibnu Abbas RA terkandung di dalamnya 6000 kisah-kisah, 600 ayatnya tanda kebesaran Allah, 60 ayatnya tentang muamalah dan 6 ayatnya tentang hokum.

Maka,kisah-kisah yang banyak di dalam Al-quran ini menceritakan tentang apa?

Tentang JALAN YANG LURUS, iaitu jalan orang yang telah diberi nikmat oleh Allah SWT dari Nabi Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakob, yusuf, Ayyub, Shuib, Musa, Harun, Zulkefli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus,Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW .

Jadi kalau kita membayangkan siratal mustaqim ini, sebenarnya ia ialah jalan yang lurus kepada Allah.  

Sementara di dunia, jalan yang lurus itu adalah jalan yang ditempuh oleh Adam, yang turut membuat kesilapan, tetapi bagaimana ia memaknai sesal selepas membuat kesilapan.

A023
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Menyesali kegagalan bagi kita sebagai manusia ternyata lebih baik daripada Iblis yang mendabik dada.

Kita memohon jalan yang lurus adalah jalannya Nuh, Musa, Isa, Muhammad saw.

Jalan yang mungkin di dunia berliku-liku dan kita merasakan semuanya bagaikan asing, dan itulah hakikatnya jalan kita.

Mari kita memaknai jalan yang lurus yang selalu kita pinta setiap hari ini.”

Naqibah saya turut menambah,

“ Jalan yang luuurus itu sebenarnya lebih mudah mendapat kemalangan. Contohnya di Saudi, jalan rayanya lurus, maka terlihat banyak kemalangan yang terjadi. Jika dibandingkan dengan jalan berbengkok yang mana pemandu jalan raya pasti akan menekan brek dan lebih berhati-hati ketika melaluinya”

Erm.. simple analogi, yet sangat betul!

Dan apabila saya puas meronda-ronda Madinah Al-Zahra ini, saya dapati semua binaannya sangat berkait di antara satu sama lain. Malah, masjid yang dibina juga terletak elok, senget mengikut qiblat di situ. 


Peta Madinah Al-Zahra

Di salah satu bilik

Pintu gerbang utama

Peta Madinat Al Zahra

Mami dan Hazim di pintu masuk



Selesai meronda, kami dibawa menjamu selera ala-ala Classical Spain style. Uniknya restoran ini, ia sebenarnya merupakan gerabak kereta api lama yang telah diubah suai menjadi restoran yang menyajikan makanan yang lazat~

Alhamdulillah di atas semua nikmat ini.

" Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kau dustakan? " (Ar-Rahman: 13 ) 

T___T *tears*

Lunch here, with my SuperHero, Ayah terchenta 



(bersambung , InsyaAllah)


Related post: 

From Egypt to Spain with Love 1.0 ~




menulis Lillah,
MHZ,
8.20pm
6 Dec 2014 

Wednesday, November 26, 2014

From Egypt to Spain with Love 2.0 (Toledo) ~



Toledo, Kotaku yang hilang~

25 Mei 2014


Senja itu setelah menunaikan solat jamak zohor-asar. Kami mengambil angin petang sambil berjalan-jalan mengelilingi kota Toledo. Kedudukan kota ini sangat strategik. Selain berada di atas bukit, kota ini turut dikelilingi sungai. Sebuah benteng kuno dengan beberapa pintu gerbangnya tampak gagah melindungi penghuninya dari serangan musuh.

Sejujurnya, perasaan saya bercampur baur saat mengelilingi kota ini. Saya seperti masuk ke zaman Sinbad dan Ali baba. Jalannya sempit dari batu yang berlekuk, naik turun, tetapi sangat indah dan klasik suasananya. Terbayang- bayang di fikiran latar tempat cerita Sinbad.

Bangunannya dibuat dari dinding bata merah dengan lengkungan khasnya. Ini adalah ciri khas kota-kota Islam masa dahulu. Ditambah lagi dengan adanya lampu dinding yang menerangi tembok, kubah dan menara-menaranya, saya benar-benar terasa seperti memasuki negeri dongeng yang menakjubkan.
Sejarah mencatat bahwa sepanjang 373 tahun Toledo berada di bawah pemerintahan Islam. Dan di sepanjang tempoh itu, kehidupan beragama di antara pemeluk Nasrani, Yahudi dan Islam berjalan secara harmoni. Toleransi antara ketiga agama samawi ini terbukti jelas dengan diizinkan berdirinya rumah ibadah masing-masing.




“Apapun, dalam sejarah muslim di Spain, kerajaan umat Islam telah berjaya memperlihatkan sikap toleransi antara penganut agama yang sangat tinggi. Di bawah pemerintahan muslim di Spain, Yahudi dan Kristian dapat hidup dengan aman dan gemilang. Bahkan ‘The Golden Age of Jewish History’ adalah semasa pemerintahan Islam di Spain. Sehingga tokoh ilmuwan Yahudi yang terkenal Musa bin Maimun (Moses Maimonides) menganggap bahawa pemerintahan muslim di Spain adalah ‘the golden age of freedom and tolerance’ untuk penganut Yahudi.

Demikian juga penganut Kristian, mereka menikmati hak beragama dan bergaul dengan semua rakyat tanpa kezaliman dan penindasan. Ini adalah hakikat sejarah. Justeru itu, ramai penduduk Spain menganut Islam tanpa sebarang paksaan kerana memaksa seseorang menganut Islam adalah menyanggahi asas arahan al-Quran. 
(lihat: Maryam Noor Beig, The Legacy of Andalus: Muslim Spain)

Contoh bangunan yang telah di ambil alih oleh Kristian

Ilmu, sains, seni dan budaya berkembang pesat. Orang-orang Eropah yang ketika itu masih berada di masa kegelapan berdatangan untuk menuntut ilmu di berbagai universiti Islam di kota-kota kerajaan yang beribukota di Cordoba ini.
Malah, masih terdapat satu perigi yang dibina oleh orang Islam yang masih dijaga sehingga kini. Pembinaan perigi itu sangat menakjubkan. Kerana ketika di zaman itu, teknologi pukal untuk mengangkat air masih tidak diciptakan lagi. Lalu bagaimana caranya ingin mengangkat air daripada bawah tanah?
Subhanallah,lalu Allah mengilhamkan beberapa saintis Islam untuk menciptakan perigi ini, di mana ianya memberi banyak manfaat kepada rakyat tempatan dan masih dijaga sehingga kini.
Perigi dari view atas



Perigi dari view bawah. Air hujan yang ditadah akan masuk ke dalam perigi

Walaupun sudah tidak digunakan sekarang,
namun perigi di bawah tanah ini masih dijaga sehingga sekarang.



Senibina di bandar ini sangat menakjubkan. Bangunan-bangunan tua model abad pertengahan masih mendominasi kota. Sebagian besar bangunan tersebut telah bertukar menjadi gereja atau museum ketika ini. Terdapat 2 masjid yang tertulis di google yang masih terdapat di Toledo. Iaitu“ Mezquita de Tornerias” dan Mezquita Del Cristo De La Luz. 

Mezquita dalam bahasa Sepanyol ertinya adalah masjid. Namun saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencari masjid-masjid ini. Tetapi melalui pembacaan saya di blog seseorang, Khabarnya masjid itu kelihatan usang.

“Bangunan tidak seberapa besar ini seperti bangunan yang belum selesai dibangun. Walaupun sebetulnya keindahannya masih tampak jelas. Dari luar terlihat sejumlah pilar dan tangga yang tak terawat.. “ Ini namanya basa basi .. sekedar syarat pokoknya ada peninggalan yang dipertahankan. Lebih parah lagi kayaknya malah sengaja mau ngecilin peran Islam “, begitu komentar suami saya, pahit.  Yaaah … menyedihkan  sekali …”

-Copied-

Tempat-tempat perlancongan yang menjadi kunjungan ramai seperti biasa adalah Katedral dan Alcazar. Alcazar di dalam bahasa Arab bererti benteng atau istana, namun ketika ini ia merupakan Museum Tentera. Katedral dan Alcazar adalah dua bangunan yang menjadi simbol kota Toledo. Begitu juga Zocodover ( dari bahasa Arab Suk Al-Dawab ) yaitu Pasar Al Dawab.

 Tetapi, berdasarkan pemerhatian saya, bentuk katedral itu kelihatan seperti bentuk masjid. Maka, tidak mustahil katedral itu adalah masjid pada asalnya, yang telah diubah bentuk dan digunakan sebagai katedral sehingga sekarang.

Tersayat hati apabila mengenangkan tinggalan-tinggalan Islam yang ditinggalkan di Toledo, namun tidak kelihatan orang-orang Islam tempatan di sana. Yang kelihatan hanyalah pelancong-pelancong yang beragama Islam.

“373 tahun bukanlah waktu yang pendek. Pengembangan Islam ke Eropah atau kemana pun bukanlah bentuk penjajahan. Ketika Islam mendatangi suatu negeri, kejayaan dan kemegahan selalu terjadi. Masyarakat yang pada awalnya hidup tidak teratur, selalu berpindah-randah,  liar  dan tidak mengenal Tuhan segera berubah menjadi masyarakat bertamadun, madani, dan menjadi masyarakat yang berperadaban tinggi ( civilized society). Ini terbukti dengan lahirnya para ilmuwan, buku-buku pengetahuan, perguruan-perguruan tinggi, sistim pengairan, kota yang teratur, aman dan tentram.
Masyarakat Islam dimanapun berada selalu mementingkan keberadaan sebuah masjid. Masjid tidak hanya berfungsi sebagai tempat pusat ibadah solat , namun juga sebagai sarana berkumpul, bertukar pikiran dan pendapat. Apalagi dikota sebesar Toledo yang merupakan salah satu dari 5 ibu kota Al-Andalusia. ( 4 kota di luar Toledo itu adalah Kordoba, Merida, Zaragoza dan Narbonnne yang sekarang berada di wilayah Perancis Selatan). Keberadaan Grand Mosque atau Masjid Agung adalah sebuah keharusan. Dimanakah gerangan itu sekarang? Mengapa bahkan lokasi bekasnya pun tidak terindentifikasi?”
(Copied)

Disamping itu juga, yang menarik perhatian para pelancong adalah gerbang-gerbang kota dan jambatan-jambatan lama. Sebagai kota benteng Toledo mempunya beberapa pintu gerbang. Gerbang utama diberi nama The Alfonso VI Gate. (Nama asalnya adalah Bab Shagra yang dalam bahasa Arab adalah Gerbang Kecil). Ada lagi gerbang yang disebut The Sol Gate. Gerbang ini dibangun kembali pada abad 14 dengan gaya Mudejar. Sementara itu Puerte de Bisagra atau Gerbang Bisagra aslinya juga peninggalan Islam.


Padahal bila mau jujur sebenarnya peninggalan-peninggalan tersebut begitu kasat mata. Menara,  gapura dengan lengkung khasnya juga tembok-temboknya yang melindungi kota dari serangan musuh bukankah itu peninggalan Islam ? Yang memang mungkin saja bercampur dengan peninggalan Romawi dan Wisigoth yang berkuasa sebelumnya.


Demikian pula jendela-jendela rumah dengan teralisnya yang khas. Teralis  saat ini berfungsi lebih untuk pengamanan. Namun menurut adab Islam masa lalu, teralis berfungsi untuk melindungi kaum perempuan dari pandangan luar. Dengan demikian ia dapat melihat keluar jendela tanpa terlihat dari luar!

(Copied)


*Gapura= Pintu gerbang

Senibina moden di Toledo. Namun ia masih memelihara ciri-ciri klasik. 
Kota Toledo di belakang penulis 
Selepas kejatuhan Islam di Toledo,
Di tapak ini dahulu merupakan Bullring.
(gelanggang sukan lawan lembu)



dan orang ramai akan menyaksikan perlawanan itu menerusi 
tingkap-tingkap banggunan yang mengelilingi Bullring ini.


Jalan yang berlekok

My Lovely Parents berlatar belakang kota Toledo yg indah


Dan masih terdapat sisa hiasan tinggalan umat Islam di Toledo. Besi yang disulam emas keatasnya. Teknologi ini telah diasaskan oleh orang muslim. Dan hiasan ini hanya terdapat di Toledo sahaja. Namun sayangnya, kini yang mengusahakan hiasan ini adalah orang-orang Kristian.

Selepas mereka berjaya menghalau orang-orang muslim daripada kota ini, nah sekarang mereka yang menggunakan sisa-sisa tinggalan nenek moyang kita! 

‘Tahniah’ untuk mereka!*sigh*

Contoh Hiasan-hiasan emas yang sedia untuk dijual


Emas ditanam di atas besi
Pekerja yang membuat hiasan ini. He is a Christian btw (=.=)




26 Mei 2014

Keesokan paginya, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Toledo sebelum kami berangkat ke Cordoba, kami melawat-lawat Bandar Toledo dan melihat keindahan kota itu dari tempat yang tinggi.

Dari atas bukit itu, jelas kelihatan keindahan bumi Toledo, seperti istana dan kota lama yang masih mengekalkan kecantikan dan keunikannya.

Air mengalir tenang di sepanjang sungai yang mengelilingi tembok kota itu. Kami satu rombongan memilih untuk menangkap gambar kenangan secara beramai-ramai dari atas bukit itu.

Subhanallah sangat cantik sekali!

Sesudah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Cordoba. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih.


Kota Toledo dari kejauhan








(Bersambung insyaAllah...)


Related post: From Egypt to Spain with Love 1.0



Till we meet again,

MHZ,
Beyt SQ, Kaherah
26 Nov 2014
3 Safar 1436H